Pembaca Blog Setia

Wednesday 30 January 2013

DI CELAH-CELAH RUANG WAKTU..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Dua tiga hari terakhir dalam bulan Januari 2013 mama hakim masih menyebokkan diri dengan kerja hakiki. Otak ni memang dah semak tahap gaban dah.. Terpaksa duk selak satu persatu bila nak ingat sesuatu perkara. Tak sempat nak bermesra dengan Januari 2013, sedar-sedar je dah sampai penghujung.

 

Alhamdulillah mama hakim ade Incik Joni yang sangat memahami..! Rasa nya bulan ni beberapa kali je dapur berasap. Itu pun masak yang simple satu dua lauk je. Kesian pun ada bila tengok dua beranak tu makan macam tu. Memang tak sampai ati sangat. Mujur nyer tahap kebizian ni di awal-awal tahun (harap nyer begitulah) je.
 

 
 

Oh ye, mama hakim dah bole upload gamba kan..! Hihihihi.. suka ati sangat. Tapi mama hakim tak buat ape-ape pun, bila try update ari tu tetiba klik bole pulak. Lega hati sanubari dah..!


 
 

Kerja masih bersusun tunggu turn nak disiapkan ni. Kepada semua yang sudi menjengah blog Towmater ni mama hakim ucapkan juta-juta lemon terima kasih tau..! Big HUG for all of you..! Persahabatan yang tejalin secara virtual ni sangat mama hakim hargai J

 

Sayang selalu..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

WORDLESS WEDNESDAY #30012013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

 
 

Indulging..
 
 
CHOC INDULGENCE
 



p/s: Oh tetiba perasaan nak makan kek..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 29 January 2013

PEMENANG NYER IALAH..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Kembali bersemangat walaupun takde kesempatan nak bebel panjang lebar.. Yang mana sempat tu mama hakim baca dan komen, yang tak sempat tu mama hakim baca je. 

 
 

Oh nak bgtau Voucher RM60 untuk minggu pertama dah ade pemenang, Noor Asyikin Mat Ripin. Tahniah ye..!! Semoga bertambah sihat dan cantik bersama Shaklee J

 

Itu baru minggu pertama. Ade banyak minggu lagi ni, jangan segan silu contact mama hakim untuk memastikan Voucher RM60 tu milik korang ye..! Sayang selalu..!

Sms/ Whatsapp : 018 2835 816

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

TINGGAL KENANGAN..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Selamat hari Selasa..! Selamat menyibukkan diri dengan kerja..!

 
Mama hakim macam biasa, kerja tetap kerja. Sampai bila pun takkan selesai selagi kita bekerja…hihi. Tapi tengah-tengah buat kerja pun fikiran duk pikir pasal si chenta hati yang satu tu. Alhamdulillah dah takde mood pelik-pelik atau raungan di pagi hari lagi. Cuma kadang-kadang je manja lebey especially bila babah nyer ade kat umah.


 

 
 
Mama hakim suka style rambut Hakim yang panjang ari tu. Tapi Incik Joni kata nampak rimas..hihi. So mama hakim abadikan gamba Hakim yang berambut panjang itu di sini.. Entah bila nak dapat style rambut cenggitu lagi kan.. Kalau ikutkan Incik Joni memang same je pesen ngan dia. Almaklum ler anak babah..hihi.

 
 
 


Rambut Hakim tu mama hakim simpan masa Incik Joni outstation ke Sabah. Balik je tak lama pastu Incik Joni mesin abis jadi macam dulu..hihi.

 

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 22 January 2013

BILA HATI DAH SAYANGGGG SANGAT..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Bila hati dah sayang, mama hakim sanggup buat apa saja untuk semua J

 
Dengan masa yang sangat jelly melly ngan mama hakim ni, entry super speedy Gonzales ini adalah untuk mengumumkan pasal Voucher RM60 yang boleh dimenangi dengan hanya membuat pembelian produk Shaklee sebanyak RM60 dalam satu resit. Bukan sekali je tau tapi voucher ni hadiah mingguan selama sebulan ni bermula semalam 21 January 2013 sampai 28 Februari 2013. Haaa best kan best kan..!

 
Semua ni sebab mama hakim sangat-sangat sayangkan semua yang sudi jengok Blog Towmater ni. Dan ni jugak adalah hadiah tanda cinta sayang mama hakim kepada customer Shaklee dan bakal-bakal customer Shaklee.

 
Syarat penyertaan mudah sangat-sangat. Cuma like fanpage mama hakim kat tepi tu pastu beli produk Shaklee yang berharga RM60 dan ke atas dalam satu resit. Voucher yang dimenangi pulak bole ditebus dalam masa sebulan dari tarikh dapat.

 

Kalau rasa-rasa nak korek info lebih lagi atau nak cadangan produk ape yang berbaloi-baloi untuk dibeli, jangan segan silu contact mama hakim anytime okeh..!

Email : ayudzul@yahoo.com
Sms/ Whatsapp : 018 2835 816

 
Sayang selalu..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday 17 January 2013

RINDU.. OH RINDU..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Rinduuu…! Rinduuuu sangattttt…! Tapi kesibukan melanda..! Tak dapat nak merepek membebel kat sini. Cepat lah abis semua ni..! Tak sabar dah! Cepatlah hand over segala menda ni..!

 

 

Dear Encik BigBoss dan Puan Money-zer,

 
Otak saya dah tepu dan mengembang..!

Dah takleh hadam dengan baik segala info yang disuap.

Mata saya kejap kabur kejap rabun kejap-kejap je terang dan jelas.

Napas saya dah macam orang semput tapi gatal nak main kejar-kejar.

Perut saya dah jadi taman rama-rama.

Kaki saya kejap keras kejung kejap lembik macam orang tak makan nasik 3 hari.

Jari jemari dah naik kematu ujung nyer macam orang keja kilang papan.

 


Daripada,

Staf yang komited (lah sangat) ngan kerja.

 


p/s: Bila rasa macam nak ‘naik antu’, mama hakim curik-curik intai blog uolls..! Hihi.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday 11 January 2013

MY DARLING GIRLFRIEND..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

 
Salam Jumaat penuh barakah..!

 
Hari ni jalan sangat jammed, luar biasa jammed. Entah kenapa biasa mama hakim gi keja 15 ke 20 minit tapi hari ni hampir sejam baru sampai.

 
Tapi hati kembali ceria bila tengok senyuman seorang kawan J I just feel relieved and happy. It is such a blessing to have a friend who you rarely talk or be with her yet she knows what is in your heart. It feels wonderful when you don’t have to say what is in your mind yet she understand. I love her for being her. We knows what is in each other mind just by looking straight in the eyes.

 
She is a strong woman, standing by herself when everybody else turning their back at her. I really feel sorry for what she is being through. Wish I could be with her everytime she upset. And she is very good hiding what is inside her broken heart.

 
 
Dear lovely friend, you know who you are..
This is dedicated to you because you inspire me so much. Your smile brighten my gloomy day. I love you for who you are and I love you for being you. All the best for your life and work. Eventhough we rarely spend time together, I just want you to know that its hurt me to see you sad. Your name will always be on my pray.
May our 'silent' fiendship last forever.
 
 
Ya ALLAH, bahagiakan dia. Rahmati dia.
Permudahkan urusan dia.
Murahkan rezeki dia. Lindungi dia.
Ampuni dia. Kuatkan semangat dia.
Hanya kepadaMU tempatku bermohon
Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Amin.
 
 

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday 10 January 2013

TERIMA KASIH DAUN KELADI..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Yeay..! Alhamdulillah..! Dah ade 100 follower blog Towmater & McQueen..!

 
BIG THANKS AND HUG (pompuan je..hii) untuk semua yang sudi baca bebelan mama hakim..!

 
Gamba masih tak bole letak. Tengah tunggu maintenance datang servis..hihi.

 
Sekali lagi TERIMA KASIH semua..! Allah je yang tau betapa mama hakim menghargai kehadiran semua dalam blog ni. Bulan depan Blog Towmater akan sambut anniversary setahun. Mama hakim tengah perah otak nak celebrate macam mane nanti..hihi.

 

Eh tengah taip-taip ni tetiba cek dah ade 101 followers la..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 8 January 2013

HELP..! SOMEBODY HELP..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Huwaaa…! Nape mama hakim tak bole upload gamba? Cane nak buat entry ni? Ada sesiapa boleh bantu? Ke setting nyer kat pc mama hakim ni? Huuu..

Mintak tolong semua…!! Tolong..! Tolong..!! Sayang semua..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday 4 January 2013

SHAKLEE UNTUK YANG TERSAYANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Salam Jumaat buat semua.. Makin hari makin sekejapan rasa masa berlalu kan..

 
Mama hakim nak minta maaf ni.. Sebab dah empat hari di bulan Januari baru mama hakim nak bagi tau pasal promosi ni. Ish ish ish.. macam tak serius je nak jadi bisneswoman kan.. Sampaikan perkara penting pun tak alert ngan customer. Minta maaf ye semua..!

 
Meh sini baca sampai abis ape yang mama hakim nak bagitau. Promosi ape yang mama hakim nak heboh-hebohkan ni. Promosi Bulan Januari 2013 dari Shaklee ialah Advanced Joint Health Tablet. Khas buat sesiapa yang mengalami sakit-sakit sendi.


 
 
Bonda pun makan tau..! Tak sampai hati dengar bonda mengeluh sakit lutut, susah nak solat kata nyer. Mama hakim pun dengan segera bukak buku Shaklee dan mencari supplement yang bole membantu mengurangkan rasa sakit. Sekarang ni Alhamdulillah bila jumpa atau call dah tak dengar cerita pasal sakit lutut lagi..hihihi. Bonda amik Advanced Joint Health dan juga Omegaguard. Mengawal paras kolesterol juga J

 
Antara kebaikan Advanced Joint Health Tablet ni :

 
·         Menyokong keselesaaan sendi

·         Bertindak sebagai kusyen

·         Memelihara tisu penyambung yang sihat

 
 
Sempena tahun baru ni Shaklee buat promosi beli 6 percuma 1 botol. Promosi ini akan berakhir pada hujung bulan ye. Inilah masanyer kita nak bagi hadiah pada kedua ibubapa tersayang J Memang seronok bila tengok muka bonda ceria je sebab dah tak sakit-sakit sendi lagi. Insya Allah kita berusaha menjaga kesihatan kan.. Kalau ada apa-apa nak tanye jangan malu dan segan hubungi mama hakim ye. Sayang selalu..!
 
Email : ayudzul@yahoo.com
Sms/ Whatsapp : 018 2835 816
 
 


Disclaimer : Penafian ini berkaitan blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organic dan produk Shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Maklumat di dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun di anggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.


 
Dengan niat Lillahi Taala, moga kekal ke hujung nyawa.
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday 3 January 2013

SEBAB SAYANGGGGG SANGAT..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Nak kata busy sangat di awal tahun tu rasa nyer biasa-biasa je. Keja memang tak pernah habis, cuma terpulang pada tahap kecekapan dan pengurusan masa masing-masing je..Huu cakap gaya lecturer lagi..hihi. Dulu-dulu memang ada cita-cita nak jadi cikgu pun J

 
Dah tiga hari di tahun baru, semangat baru dan incik azam yang baru.. Eh! Incik mama hakim tetap yang sama..hihi. Ok takmo dah mengarut. Sebenarnya mama hakim nak ucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada pembaca Blog Towmater ni. Sangat-sangat sayangkan semua yang rajin datang singgah kat sini.

 
Jadi dengan kembang kuncup hati yang tengah berdebar-debar ni (sebab bajet vogue sangat) mama hakim nak bagi hadiah comel buat 5 pengomen entry ini dengan kadar segera..! Hadiah nyer ialah sabun comel super wangi dan super sedap macam nak di makan begitu sahaja dari L’OCCITANE.

Gambar dari Google.

Silalah komen yang bagus-bagus ek contoh nyer mama hakim ni memang vogue ke, mama hakim jelita ke, mama hakim cung ke..hihihi. Sebab kata-kata tu dah macam doa tau. Moga mama hakim kekal jelita dan vogue gitu..hahahahah! Oh mama hakim memang seorang yang sangat positif terhadap diri sendiri J

 
Dah-dah cepat komen dan tinggalkan email address sekali..!

UPDATE : HADIAH COMEL AKAN DI POS PADA HARI ISNIN 7 JAN 2013. So kalau tak cukup 5 org tu mama hakim mintak maaf pd yang terlambat komen.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 1 January 2013

Berkenalan dengan Alfafa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alfafa tu ape ye? Sebenarnya sebelum kenal Shaklee, mama hakim pun tak tau dan tak penah kenal Alfafa ni. Ape tah lagi nak tau seribu kebaikan Shaklee Alfafa Complex..hihi. Banyak nyer sampai seribu, betul ke? Ke bodek je ni? Sesiapa yang dah amalkan Alfafa Complex ni saja yang tau betapa banyak kebaikan pada ciptaan Allah yang satu ni..



Incik  Google


Ini antara kebaikan Alfafa yang mama hakim google ye.. Dan ada juga yang di rujuk dari Blog Senior dalam Shaklee.  Ada juga dari customer yang sudi kongsi kesan kebaikan nyer.

ü  Sebagai agent melawan penyakit jantung, strok, kanser, diabetes dan endometriosis

ü  Membantu proses detoks – menyingkirkan segala toksin dalam badan

ü  Merendahkan kolesterol dalam darah dan mengurangkan pembentukan plak di dinding arteri

ü  Membantu menyingkirkan sisa karsinogen (yang terdapat dalam asap rokok/bas/motor) dan membersihkan usus – hasilnya nafas lebih segar

ü  Merawat anemia, ketidakstabilan hormone dan masalah haid

ü  Mengandungi Vitamin K yang diperlukan untuk menguatkan tulang

ü  Membantu menurunkan berat badan

ü  Berfungsi seperti kacip Fatimah – memulihkan keputihan, merapat dan menegangkan

ü  Sebagai ‘milk booster’ bagi ibu-ibu yang menyusukan anak


Apa yang penting bagi mama hakim? Of kos nak sentiasa sihat supaya mama hakim boleh tunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik nyer. Semoga perkongsian mama hakim dapat memberi manafaat buat semua. Jangan malu jangan segan untuk bertanya jika ada kemusykilan atau menegur sekiranya ada yang tersilap.. Sayang selalu..!

Email : ayudzul@yahoo.com
Sms/ Whatsapp : 018 2835 816



Disclaimer : Penafian ini berkaitan blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organic dan produk Shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Maklumat di dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun di anggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.


Dengan niat Lillahi Taala, moga kekal ke hujung nyawa.

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger