Pembaca Blog Setia

Tuesday 25 March 2014

From Raha Mohd Iskak's Facebook

Berita tentang MH370 sedikit sebanyak terasa tempiasnya sebab encik suami bekerja dengan syarikat penerbangan (yg tak famous pun) Sebelum ni, bila dia ke sana ke mari outstation..dalam hati memang la ada kerisauan, tapi cepat2 ditutup dengan doa dan tawakal pada ALLAH. Tapi, hari ni tak sanggup nak on tv pun. Tak sanggup tengok reaksi ahli keluarga atas kehilangan masing2.. Ya ALLAH, kuatkan hatiku & hati mereka. Redhakan hatiku & hati mereka. ALHAMDULILLAH atas rezekiMu, lepas ni no more Boeing → Airbus pulak. **hanya mampu mendengar penjelasan secara ringkas tentang Boeing 777 dari encik suami.

Monday 24 March 2014

ISTIMEWA NYA ESP SHAKLEE



 ♣ Shaklee merupakan syarikat pertama mencipta makanan tambahan protein berasaskan soya
♣ Diiktiraf seluruh dunia dgn mempunyai kajian klinikal yg sangat ekstensif & komprehensif serta memiliki kualiti protein yg tinggi yg pernah dihasilkan.
♣ Kacang soya Non-GMO diproses dgn kadar suhu yg rendah
♣ ESP Shaklee adalah rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

ESP Shaklee untuk SIAPA?
~ ibu mengandung
~ ibu menyusukan anak
~ ibu bekerjaya
~ sesiapa yg sedang berusaha menurunkan berat badan
~ anak remaja yg sedang membesar
~ sesiapa yg mahu menstabilkan gula & paras kolesterol
~ sesiapa yg ingin mencantikkan kulit

Dapatkan KONSULTASI SEPENUHNYA hanya dari saya

 iR RAHA MOHD ISKAK 
-018 2835 816-

Friday 21 March 2014

Tabiat Buruk Yang Sedang Berusaha Diubah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan. Sedar tak sedar dah sampai ke penghujung minggu pun. Allahuakbar..memang tak terkejar dengan masa..kan.

Oh! Pasal tabiat buruk tu, mama hakim memang dah lama dihantui (betul ke perkataan tu?) dengan tabiat ni. Bila mama hakim dalam mode bekerja (rajin sangat) yang memerlukan kerahan otak, selera makan memang zero! Rasa tekak memang tak boleh nak telan ape-ape selagi tak selesai. Kalau waktu biasa-biasa, rasanya badan ni boleh toleransi lagi..hehe. Tapi kalau dalam tempoh ‘renovation’ (7 hari dalam sebulan tu), badan memerlukan lebih tenaga dan nutrisi tau! Makanya semalam terus pandanganku berbalam-balam dan kepeningan sepanjang hari.

Bukan tak selera makan langsung, cuma otak ni duk gatai fokus kat satu perkara je selagi perkara tu belum settle. Pagi ni ku paksa diri makan kuih cekodok pisang yang dibeli kat Petronas lepas hantar Hakim ke taska.. dan segelas Nescafe Hazelnut White Coffee kegemarang! Heheheh..

Sebelum-sebelum ni masa kerja di opis gah MEPM tu, pernah je terjadi. Beberapa kali gak kot! Tapi Alhamdulillah mama hakim jumpa penyelesaian. Sebelum ke opis, teguk je segelas ESP Shaklee yang di ‘shake’ bersama MILO. Buat sejup-sejup guna air dalam peti ais..wallahhh! hahahhaa..memang cergas bertenaga la pastu. Confirm lupa pasal bab makanan sampai la kerja yang dibuat selesai!


ENERGIZING SOY PROTEIN


Tetapi, baru-baru ni pulak stok ESP Shaklee mama hakim abis. Almaklum, tengah promosi hebat dan ligat skang ni. Semua orang amik kesempatan nak simpan stok untuk bulan puasa nanti. Lepas ni mesti makin ramai Supermak dan Superwoman yang mampu menguruskan hal di pejabat, hal anak-anak dan suami dengan lebih baik.!! Yang dah cuba sahaja yang tahu betapa bestnya ESP Shaklee ni.

Tak kenal maka tak cinta..kan.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday 20 March 2014

Kesan Pengambilan Vitamin E Setiap Hari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Siapa yang tak kenal Vitamin E kan.. Sumber antioksidan penting untuk tubuh badan kita. Biasanya kita mendapat sumber vitamin E ini dari makanan yang diambil hari-hari. Tetapi masalahnya di sini adakah cukup untuk tubuh badan kita dan adakah vitamin tersebut tidak musnah dalam proses penyediaan makanan?

Mama hakim nak kongsikan betapa pentingnya fungsi Vitamin E yang mencukupi untuk tubuh badan kita. Disebabkan ia berfungsi sebagai anti oksidan, maka ia mampu membantu meningkat kan sistem imun tubuh badan dan mencegah radikal bebas dari merosakkan struktur sel. Selain itu, ia juga ;

  • -      Membantu mengurangkan sindrom pra haid (PMS)
  • -      Mengurangkan risiko penyakit saraf (Alzheimer), diabetes, tekanan darah tinggi dan pembentukan sel kanser
  • -      Membantu menurunkan paras kolesterol
  • -      Menghalang pembentukan ‘bloodclots’ atau gumpalan/pembekuan darah
  • -      Menghalang pembentukan platlet darah pada dinding arteri
  • -      Membantu mengurangkan risiko sakit jantung

Selain daripada kepentingan untuk tubuh badan dan KESUBURAN, Vitamin E juga mempunyai keistimewaan pada kulit. Haa..yang ni mama hakim tau korang mesti suka..! Vitamin E membantu melancarkan peredaran darah ke kulit kepala dan juga membantu dalam proses penyembuhan kulit dari kesan luka, lecur atau terbakar. Ia juga membantu memudarkan parut, merawat masalah jerawat dan melambatkan kedutan kerana Vitamin E mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Ia juga mampu membantu mengekalkan kelembapan semulajadi kulit.


VITAMIN E SHAKLEE


Jadi memandangkan Shaklee ada Vita E Complex ni, apa yang korang tunggu lagi? Vitamin E memang menjadi pilihan utama bagi sesiapa yang mementingkan kesihatan dan kecantikan sekaligus. Mudah bukan? Dapatkan KONSULTASI SEPENUHNYA eksklusif dari mama hakim untuk mendapatkan hasil dan kesan yang terbaik. Hubungi nombor dibawah ye..!!

NAK BELI SEKARANG? KLIK AJE KAT SINI YE.

iR RAHA MOHD ISKAK
-018 2835 816-
ID 909821

Sumber : newsmax.com


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday 19 March 2014

Bila Diuji Dengan Masalah, Fokus Pada Masalah Atau Penyelesaian?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Korang ingat lagi tak lagu Bangau oh Bangau? Meh nak nyanyi skit ye..hihi

‘Bangau oh Bangau
Mengapa engkau kurus
Bagaimana aku tak kurus
Ikan tak mau timbul’

Kesian kan kan bangau ni. Masalah dia adalah ikan tak timbul dipermukaan air, maka dia hanya fokus pada masalah. Dia sanggup berlapar sehingga kurus kering menunggu ikan timbul. Malah bangau meletakkan kesalahan kepada ikan – kerana ikan tak timbul maka dia kelaparan dan kurus.

Bangau dianugerahkan Allah dengan sayap dan berkeupayaan bebas bergerak terbang ke tempat lain. Mengapa tidak si Bangau menyelesaikan masalahnya dengan bergerak mencari ikan dari tasik lain? Jika diteruskan lagu Bangau oh Bangau ini, memang tak habis-habis menyalahkan orang atau benda lain.

Itulah yang terjadi kepada kita jika hanya fokus pada masalah. Apabila kita terlampau memandang berat terhadap masalah yang menimpa, secara tidak langsung kita menutup pintu dan mata hati kita untuk melihat kepada cara penyelesaian masalah. Menyalahkan keadaan atau orang sekeliling memburukkan lagi masalah yang sedia ada.

Wahai si Bangau, sedarkah kamu akan kaki dan sayapmu yng hebat? Yang membolehkan kamu bergerak dan terbang bebas mencari sumber makanan. Sedarkah kamu mempunyai leher yang panjang? Yang membolehkan kamu menyelam mencari ikan di dalam air. Mengapa di tunggu ikan terhidang di depan mata? Mengapa tidak kamu menggunakan segala potensi dirimu untuk mencari ikan yang terbaik buat mengisi perutmu?

Sayang sekali si Bangau. Hanya kerana tersalah fokus maka kamu lebih senang menyalahkan ikan dan membiarkan dirimu kurus dan kelaparan. Sedangkan kamu mempunyai segalanya untuk mengubah keadaan dirimu.


“FOKUS PADA KELEBIHAN DIRI KITA, 
BUKAN PADA KEKURANGAN YANG ADA”


Sumber : MommyLyna



Sampai jumpa lagi..wassalam. 

Makan Bawang Putih Tanpa Perlu Risaukan Bau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Siapa sini penggemar makan bawang putih? Suka letak lebih bawang putih dalam masakan? Suka makan roti nan bawang putih? Suka makan garlic bread? Bawang putih ni sebenarnya banyak khasiat tau! Antaranya membantu mengawal diabetes, kolesterol, sebagai anti radang dan anti bakteria. Tetapi, berapa ramai yang sanggup makan bawang putih? Sebab bawang putih mempunyai bau yang agak kuat.

Jadi untuk penyelesaian yang mudah, tak perlu la bersusah payah kerana bau yang kurang menyenangkan tu. Meh mama hakim perkenalkan salah satu sahabat baik mama hakim, #bestsupplementever on the list, GARLIC SHAKLEE.



KHASIAT BAWANG PUTIH


Keistimewaan Garlic Shaklee ni, ia diperbuat daripada bawang putih jenis premium, bebas racun perosak dan pastinya ditanam secara organic. Ia juga dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk mengekalkan Alicin aktif secara 100%. Shaklee juga menggunakan dwi teknologi untuk mengawal bau bawang putih dan ia mengandungi spearmint dan juga rosemary.

Antara kebaikan Garlic Shaklee ni pula, ia membantu mempertingkatkan fungsi jantung dan system penghadaman. Ia juga adalah antibiotic yang selamat dan semulajadi untuk membantu meningkatkan system imun dalam badan. Selain daripada itu, Garlic Shaklee juga membantu menstabilkan tekanan darah tinggi dan paras glukosa dalam badan.

Baguskan Shaklee ni? Sekarang ni lebih mudah untuk kita mendapat khasiat dan kebaikan bawang putih tanpa perlu risau tentang baunya. Untuk mendapatkan konsultasi sepenuhnya, hubungi mama hakim bila-bila masa ye.

NAK BELI SEKARANG? KLIK KAT SINI YE.

iR RAHA MOHD ISKAK
018 2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 18 March 2014

Kulit Halus Cerah Berseri Dengan ESP Shaklee

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam ceria korang semua. Meh sini meh mama hakim nak kongsikan something yang boleh buat korang semua teruja. Yela kan, kalau pasal kulit halus mulus gebus ni sape yang tak teruja.



VITAMIN C SHAKLEE


Bagi yang memang tiada sebarang masalah atau alergi dengan soya (soya tulen tau ni), memang amatlah digalakkan mengambil minuman protein terhangat Shaklee ni, ESP (Energizing Soy Protein). Sebab, kaklong ESP ni la punca utama korang akan dapat kulit yang gebus tau! Ops! Ade kesan sampingan pastinya iaitu badan akan terasa lebih bertenaga dan langsing

Sustained Released Vita C pulak memang partner yang terbaik untuk ESP. Sebab, kakngah C ni yang membantu membentuk kolagen supaya kulit lebih anjal. Anti oksidan terbaik ni juga dapat membantu mencerahkan kulit. Vitamin C, kalau korang tanya pakcik google, beribu-ribu kebaikan dia tau. Memang nutrient penting untuk tubuh badan kita.

Gabungan mantap berdua ni, sesuai sangatlah kulit muka yang berminyak, berjerawat, kulit kusam, tona tak sekata dan kulit sensitif. Jika diamalkan dengan betul dan konsisten, lepas ni dah tak perlu la berbedak tebal, foundation mahal-mahal sebab nak cover jerawat dan parut.

Mama hakim takmo bebel banyak-banyak nanti buat korang lagi konpius pulak. Jadi nya kalau nak kan KONSULTASI EKSKLUSIF dari mama hakim, hubungi je bila-bila masa okeh. Nombor telefon kat bawah ni haa..

ATAU KORANG NAK TERUS ORDER? BOLEH JE.. KLIK KAT SINI YE.

iR RAHA MOHD ISKAK
-018 2835 816-

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Kerinduan Yang Teramat Sangat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam kerinduan dari mama hakim yang dah lama menyepi. Ada problem dengan blog Towmater ni sebenarnya. Ini pun dalam proses membaikpulih lagi. Tak siap lagi 'susun perabot' tapi mama hakim dah tak sabo nak menaip kat sini..hehehe

Bulan ketiga dalam tahun 2014 pun dah nak berakhir. Alangkah cepat masa berlalu sekarang ni. Atau kita yang terlalu sibuk hingga tak terasa masa berlalu? Perlahan-lahan mama hakim akan mula merajinkan diri menaip lagi ye. Insya Allah.. mood tu sentiasa ada, cuma bila blog buat hal ari tu terus rasa agak menyerah! Alasan la tu..haha

Oklah takmo celoteh panjang-panjang.. nama pun intro kan..

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger