Pembaca Blog Setia

Wednesday, 19 December 2012

WORDLESS WEDNESDAY #19122012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Nama nyer Rabu KurangKata.. Jadi toksah ler mama hakim bebel panjang-panjang ye..


Cantek tak kopiah yang berjambul ni?
 
 
Siap ada nama Hakim lagi J
 
 
Hadiah buatan tangan khas dari nenek a.k.a bonda.
 
 
Terima kasih nenek..!

 

p/s: kantoi umah yang tunggang langgang di background itu..huu

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 18 December 2012

SI DIA DAN 'ALISH'..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Bila si anak dah mula kenal makanan manis, sejuk dan sedapp..hihihi. Sejak 7eleven bukak kedai baru kat tingkat bawah umah pengasuh hakim, maka sejak itu jugak lah mama hakim gigih ‘menabung’ kat 7eleven tersebut..hahahaha. Dah menabung bukan bole korek-korek balik time sesak. Pun takkan dapat dividen tiap tahun dan pulangan beserta interest ketika dah mencapai umur pencen..huu.

 
Ok dah-dah ler merepek wahai mama hakim..! Pening orang membaca nyer..! Tapi mama hakim akan pastikan seminggu sekali je bole dapat reward macam ni. Tu pun kalau cuaca mengizinkan. Kalau time mama hakim amik Hakim dari umah pengasuh tu time ujan, memang takde makna ler nak singgah ‘menabung’ di 7e tersebut. Memang terus dukung masuk kereta je.

 
Ni salah satu hari yang cahaya matahari cantik memancar terang lagi panas, jadi dapat la Hakim menyejukkan tekak dia..hihihi. Oh, seminggu sekali je kan..? Lagi enam hari Hakim tak mintak? Mama hakim tak menabung? Silalah buang idea tu jauh-jauh ye. Hari-hari sebenar masuk 7e dan permintaan yang sama. Cuma mama hakim mengerah seluruh tenaga otak untuk menolak permintaan dia dan bagi benda lain. Contoh nyer roti coklat Gardenia, roti coklat Sweetie, air kotak Milo atau Dutch Lady Kid. *sigh (-_-)



Lepas tu terus makan dalam perjalanan balik ke umah tak seberapa kangkang katak tu, mama hakim tunggu ler sampai dia habis makan. Bila tengok muka yang sangat gumbira tersengih cenggini walaupun comot hilang segala penat lelah setelah bekerja J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 17 December 2012

Kepentingan Protein Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Tajuk serius je kan.. Ha maksud nyer apa yang mama hakim akan bebelkan ni memang serius pun terutama untuk wanita-wanita yang sedang mengandung ni. Alaa.. baru nak taip ala-ala lecturer dengan penuh serius but this is sooo not me J Mama hakim bukan jenis yang macam tu, so takyah ler nak berlakon tegas sangat..hihi.

Ok mama hakim cuma nak share info pasal kepentingan protein dalam diet seharian kita. Of kos sangat penting, kalau tak sape la kita nak harap untuk membina sel-sel dalam badan ni kan.. Terutama bagi yang tengah pregnant lagi sangat-sangat penting keperluan protein ni tau.

Protein penting untuk perkembangan otak si manja dalam perut, selain untuk pembentukan otot-otot dalam badan. Agak ramai yang tak perasan yang perkembangan otak telah berlaku ketika embrio mula terbentuk lagi. Makna nyer sebaik je confirm yang kita pregnant, terus kena amik extra protein untuk memastikan perkembangan otak si manja yang baik. Of kos memula susah sebab tengah mual dan morning sickness segala, tapi sekurang-kurang nyer kita mula mengambil makanan yang mengandungi protein yang tinggi.

Protein juga membantu dalam pertumbuhan dan pembaikan otot. Sebab tu biasa nyer orang-orang yang membina badan berotot tu makan lebih protein. Dengan pengambilan protein juga memudahkan si ibu mengandung bergerak membawa kandungan nyer dan juga memudahkan proses bersalin (sebab otot-otot badan si ibu yang kuat dan sihat). Ye la bila si ibu sihat dan bertenaga, mestila anak pun ikut sama kan..!

Protein membekalkan ibu mengandung dengan nutrient dan antioksidan yang diperlukan untuk mengekalkan sistem imun yang sihat, jadi susahlah si ibu nak terkena jangkitan penyakit kan. Ramai yang pikir, vitamin C yang membantu mengelakkan dari jangkitan penyakit tapi percayalah protein lebih senang dihadam dan dikongsi bersama si manja dalam perut J Eh vitamin C pun penting ye..!

INFO


Jadi, ape kesimpulan mama hakim bebel panjang lebar ni? Belum habis lagi ye, masih nak bebel lagi ni. Sebenarnya ada sorang colleague mama hakim yang baru pregnant tapi takmo makan ape-ape supplement pun dengan alasan susah nak telan. Amboii..! Seram mama hakim dengar, sukati dia je cakap macam tu? Sian baby kat dalam perut nanti tak cukup zat. Mama hakim penah keja di Bahagian Kesihatan Ibu dan Anak tau, macam-macam kes yang penah dilihat ngan mata dua bijik ni. Ade yang kes nak jaga badan punye pasal, dah sampai masa bersalin baby hanya 800gram. Bayangkan..! Tak sampai sekilo pun. Last-last kena baby masuk inkubator. Salah sape? Hhmm.. Sian kan.

Buat kawan-kawan sahabat-sahabat maya yang sedang mengandung yang memang betul-betul takleh telan biji-biji ubat ni, cubalah yang jenis minuman. Ada macam-macam jenis di pasaran. Buatlah pilihan yang terbaik demi masa depan anak. Kalau di Shaklee, memang ada. Dah tentu nak promote sebab mama hakim skang ni sangat-sangat mementingkan kesihatan J Dan produk dari Shaklee dah tentunya selamat, halal dan berkesan.

ESP SHAKLEE


Sedikit info mengenai kebaikan ESP

·         Kandungan protein dalam satu hidangan ESP bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 21 kali ganda susu, rendah lemak dan tiada asid urik.

·         Mengekalkan awet muda, bukan sahaja kulit tapi seluruh tubuh dan organ dalaman

·         Membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah esteoporosis dan serangan jantung

·         Membekal tenaga berpanjangan. Malah sebagai diet yang sihat, mengenyangkan perut bagi yang ingin menurunkan berat badan.

·         Meningkatkan kualiti memori, mencegah nyanyuk.

INFO


Hubungi mama hakim jika nak tanye pasal ESP Shaklee atau apa-apa saja produk dari Shaklee. Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua ye. Sayang selalu..!

NAK BELI SEKARANG? KLIK KAT SINI YE.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
Email : ayudzul@yahoo.com
Sms/ Whatsapp : 018 2835 816

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Saturday, 15 December 2012

OH..! HATIKU..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Bekerja di hari Sabtu..huu. Dan Hakim tinggal bersama babah sebab pengasuh ada hal. Tapi babah baru balik pagi tadi kul 8 lepas keja shif malam yang sangat memenatkan.. Oh hati mama hakim langsung tak tenteram..! Task untuk keja setengah hari ni pulak kemain berderet..

 
Hati ni memang dah beberapa hari tak tenteram.. Teringat bonda yang tak berapa sehat. Mama hakim tau mungkin sebab umur bonda dah nak masuk 60 tahun. Lagipun selama ni bonda tak penah sakit terlantar, takde masalah kencing manis, takde darah tinggi, takde sakit jantung.. Syukur Alhamdulillah.. Allah masih bagi peluang kat mama hakim untuk berbakti pada bonda. Tapi mama hakim sendiri banyak bazirkan peluang tu. Sekarang ni dah macam terkejar-kejar. Macam takut tak sempat. Skang ni duk sibuk nak belikan supplement untuk bonda, sebab dari minggu lepas bonda mengadu sakit lutut, dah tak bole nak sembahyang dengan sempurna, kena duduk atas kerusi.

 
Oh hati.. Bertenanglah.. Kat opis ni pulak dah ada isu tak puas ati dan PHD. Alahai manusia, ini la jadi nya kalau membiarkan diri dikuasai makhluk yang jahat tu..! Nak cakap pun serba salah.. Cam nak meraung pun ada. Ya Allah moga dikuatkan hati ni..

 
Tetiba rindu kat bonda..huu. Padahal malam tadi baru gi jumpa dia. Ya Allah, lindungilah bonda ku walau di mana pun dia berada.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger