Pembaca Blog Setia

Saturday 31 August 2013

Ikhtiar Mendapatkan Zuriat Dengan Set Kesuburan Shaklee


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Rasa macam nak tampar-tampar diri sendiri sebab tak bagi maklumat lengkap kepada pembaca blog Towmater dan customer-customer tersayang..! Beberapa hari ni macam kesibukan menguruskan persiapan raya sampai lah dah raya ke tujuh baru mama hakim perasan yang mama hakim tak buat entry lengkap pasal SET KESUBURAN SHAKLEE. Adoiyaiii.. perkara penting camni pun bole lupa!! Ok sebelum melalut lebih panjang baik mama hakim terangkan apa yang ada dalam SET KESUBURAN SHAKLEE ni.

Yang paling asas dalam SET KESUBURAN untuk suami isteri ni ialah ZINC COMPLEX, VITA E, GLA COMPLEX dan ALFAFA.

Selain yang asas dan bergantung kepada konsultasi berlainan customer (of kos, lain orang lain tahap kesihatannya) B COMPLEX dan VITALEA juga antara yang menjadi pilihan dalam SET KESUBURAN SHAKLEE.

Dan pilihan paling hot dan sekseyy pastilah ESP (Energizing Soy Protein). Sebab apa perlunya ESP? Sebab ia membantu MENGOPTIMUMKAN penyerapan semua vitamin yang diambil dalam badan.

Untuk KONSULTASI SEPENUHNYA, jangan segan-segan contact mama hakim ye (sms/whatsapp 018 2835 816) Mama Hakim akan terangkan dengan lebih details fungsi dan kebaikan untuk setiap satu vitamin ni.


iR RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday 21 August 2013

MENYAMBUT KEDATANGAN AHLI KELUARGA BARU..!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
 
Entry super speedy sebelum mula buat kerja..!

Alhamdulillah adik mama hakim yang kesakitan dalam labor room semalam selamat melahirkan bayi lelaki yang comel mintak ampunnn lebih kurang pukul 5.45 petang berdasarkan info dari adik mama hakim (yang kembar tu) yang ada hospital memberi laporan secara langsung dalam group Whatsapp family..
 
Nama tak rasmi Ikhwan Syahir. Mama hakim tak sure nama penuh dia. Dilahirkan secara normal ikut pintu dan seberat 3kg. Tak padan langsung ngan mak dia hokeh!! Alhamdulillah baby sihat je tapi ibunya di tahan di ICU sebab tak cukup nafas nak meneran semalam dan masalah jantung. Mohon doakan adik mama hakim kembali sihat ye. Kesian dia belum dapat pegang baby lagi..
 
Meh mama hakim tepek gamba baby motak yang comel nih..!!
 
 
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 20 August 2013

MACAM NI PUN BOLEH KE? ADOI LAA...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Dari pagi menahan perut memulas ni..adoilaa.. Mama hakim tak pasti kenapa boleh sakit perut. Nak kata cerry berry tak pulak. Salah makan pun tidak. Tapi sengal-sengal sampai ke pinggang..!!

 

Sebenarnya adik perempuan (memang adik semua perempuan..hehe) mama hakim tengah menunggu masa nak bersalin ni. Dari malam tadi dia gi hospital dan terus kena tahan wad. Pagi tadi kami mesej-mesej dalam group Whatsapp family, dia kata dah start contraction dan bukaan 3cm.

 

Yang peliknya, kakak dia kat opis ni pulak yang terasa sakitnya jugak!! Bonda ade cakap, takpelah mama hakim kongsi rasa tu takde la teruk adik mama menanggungnya nanti.. Hehehehe bunyi macam tak logik kan..!

 

 
 
Sebelum tahu dia pregnant dulu, mama hakim mimpi sambut baby perempuan yang comel sangat. Punya eksaited ngan baby tu sampai terlupa semua benda. Tapi tu dalam mimpilah kan.. Pastu terus je mama hakim mesej bonda, tanya siapa yang pregnant ni sebab mimpi pegang baby. Bila dah tanya semua adik beradik baru tahu memang ade sorang yang pregnant. Masa tu baru semua orang tahu.

 

Oh! Update setakat tengahari tadi baru 4cm bukaan katanya tapi memang tengah sakit sangat. Dan mama hakim kat sini pun memang dah tak larat nak menahan sakit perut nih..

 

Sesiapa ada pengalaman atau pernah dengar perkara macam ni? Sila lah kongsi ngan mama hakim..hehehe.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

MENGEJAR KEKAYAAN DUNIA UNTUK AKHIRAT


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Adakah masih mood raya lagi? Hehehe..biasalah sekarang kan orang raya sebulan. Masih banyak jemputan open house lagi yang perlu dipenuhi ni. Alhamdulillah rezeki Hakim, angpau raya dia bersusun-susun dalam handbag mama.. Eh! Mama tak amik tau, tolong simpan je..hihi.

 

Dulu masa kecik-kecik, masa raya la dapat rasa macam orang kaya. Masa tu tak pikir ape pun cuma nak kumpul duit raya. Konon-konon bole lah simpan sampai besar, bole beli kereta besar, duduk umah besar, beli baju mahal-mahal..! Hahaha.. impian BESAR tau walaupun masa tu umur kecik je. Masa tu kan.. pikir bila kaya begitulah caranya.

 

 
 
Bila dah besar mak-mak ni, lain pulak definisi nak jadi KAYA tu. Tapi kan mesti ada antara kita yang TAKUT nak jadi KAYA? Takut sebab nanti jadi SOMBONG, LUPA DIRI? Atau takut jadi sasaran perompak? Ish ish ishh… tidaklah sampai ke situ. Dalam Islam sendiri kita disuruh bekerja, berusaha mencari harta seolah-olah kita akan hidup selamanya, TAPI beribadah lah seolah-olah kita akan mati esok.

 

 
 
Dalam keadaan sekarang ni kan, mama hakim nak tanya korang. Berhenti baca entry ni dulu dan pikir jap PERLU KE MENJADI KAYA? Rasanya ramai je yang kata, lebih baik bersederhana. Dengan gaji sekarang pun dah cukup makan pakai kira dah baiklah tu. Dan lagi satu mama hakim nak tanya SIAPA KATA DUIT TAK BOLEH DI BAWA MATI?

 

Bayangkan kita ni kaya sangat, duit banyak dalam bank sampai 7 angka. Apa perkara pertama yang terlintas dalam pikiran korang? Mama hakim pernah baca IMPIAN seseorang yang sedang berusaha dengan bisnesnya ‘Saya nak bayar zakat sebanyak RM1juta’. Haa.. bayangkan zakat adalah hanya 2.5% daripada pendapatan, kalau RM1 juta hanya 2.5%, berapa pulak pendapatan dia?

 

Sebenarnya menjadi kaya tu dah jadi macam satu keperluan. Mama hakim sendiri nak jadi kaya supaya boleh tolong lebih ramai orang di luar sana. Boleh bersedekah tanpa perlu berfikir dua kali! Cuba bayangkan kalau kita bole bina satu yayasan untuk pendidikan anak-anak yang kurang bernasib baik? Cuba bayangkan kita bole sediakan rumah untuk anak yatim siap dengan sekolah, tenaga pengajar terbaik, makmal komputer yang canggih dan  fasiliti lain dengan lengkap? Sebab tu lah mama hakim kata DUIT MEMANG BOLEH DIBAWA MATI kalau kena dengan caranya.

 

Berimpian itu percuma kan..?! Tapi dengan usaha dan tekad, semua ini akan jadi kenyataan.. Insya Allah.. Mama hakim mengenali seseorang yang membayar zakat pendapatan sebanyak 5 angka, tetapi duduk dirumah biasa-biasa dan hanya memandu kereta Myvi (satu-satunya kereta family). Hamba Allah ni memang sangat merendah diri, sampaikan mama hakim sendiri malu bila bertemu dengan dia. Ye la dia duit berkepuk pun takde terhegeh-hegeh nak kumpul koleksi handbag atau kasut berjenama tapi kita yang biasa-biasa ni pulak yang over sangat semua pun nak berjenama bagai! Hahaha..

 

Tapikan korang, ini hanyalah pendapat peribadi dan defininasi mama hakim untuk menjadi kaya. Lain orang, lain keperluannya. Mungkin ada yang nak sponsor untuk membina masjid, nak buka ladang ayam organic yang confirm bersih & halal, yang nak travel around the world sambil bermusafir (bukan holiday semata) mencari pengalaman dan ilmu ditempat orang. Atau ada yang nak membelanjakan kekayaan bagi tujuan menegakkan agama. Semuanya pastilah Lillahi Taala..

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday 14 August 2013

Bahagianya Menjadi Salah Seorang Ahli Shaklee


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Kegembiraan di setiap pertengahan bulan sejak join Shaklee ni..hihihi. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang merasa je tahu betapa bestnya bila segala usaha dan titik peluh terbayar setiap pertengahan bulan!

Dengan rasminya mama hakim nak bagitau yang mama hakim akhirnya dah merasa CASH BONUS 4 angka bulan ini..hehe. Hampir sama dengan gaji you! Siapa nak bagi kalau bukan Shaklee, kan!! Tapi dengan syarat bukan saja-saja register pastu goyang kaki je tau.. Segalanya dengan USAHA dan IKHTIAR. Mana ada pekerjaan yang menjanjikan semudah itu untuk mendapat pulangan (kecuali yang scam!!)

Cuma, dengan Shaklee segalanya dihujung jari. Coaching di hujung jari, meeting di hujung jari, konsultasi di hujung jari malah nak order dan pos barang ke customer pun tak payah susah-susah keluar umah beratur panjang kat pejabat pos sebab SEMUANYA BOLEH DILAKUKAN SECARA ONLINE.

Selain bonus yang mama hakim dapat tiap-tiap bulan, Shaklee juga memberi CASH INCENTIVE kepada distributor yang dapat naik rank atau pangkat dalam Shaklee. Makin tinggi rank, makin banyaklah incentive nya kan. Alhamdulillah.. mama hakim akan mendapat incentive yang pertama bulan ini. Nilainya? RMxxx tau..!

Satu lagi yang bestnya dengan Shaklee ni, sampai satu peringkat kita boleh dapat CAR BONUS pulak. Car bonus bukanlah kita dapat sebiji kereta sedebuk macam tu saja. Tetapi, dengan point yang mencukupi, kita bole mendapat nilai RMxxxx setiap bulan. Kiranya untuk bayaran ansuran kereta setiap bulan lah, kereta atas pilihan sendiri. Oh! Dalam vision board mama hakim ada sebiji kereta 2 pintu yang menjadi idaman kalbu..!

Itu baru 2 C (Cash & Car Bonus) ada lagi 1 C yang paling mengujakan mama hakim, iaitu CONVENTION. Apa tu? Haa.. Convention ni sebenarnya adalah percutian 5 6 bintang (mencecah 7 bintang!) yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Dalam tahun 2012/2013 punya cycle, mereka-mereka yang bertuah ni semua dapat bercuti ke Dubai dan seterusnya melaksanakan umrah. Nak tau mereka yang bertuah ni stay mana di Dubai? Burj Al Arab hokeh!!! Meleleh ailiyor tengok gamba-gamba yang diorang upload dekat group.





Best kan..!! Selama ni tak pernah tercapai dek akal yang kita akan merasa untuk stay kat situ. Selama ni macam tak tercapai dek akal yang kita mampu merealisasikan impian kita. Selama ni macam tak tercapai dek akal yang kita mampu push diri kita untuk berusaha bersungguh-sungguh!

Alhamdulillah.. mama hakim bertemu dengan kumpulan yang betul dan bimbingan yang mantap. Group Jutawan Muslimah yang leadernya sudahpun dinobatkan sebagai Pesidential Master oleh Shaklee dan telah mendapat CASH BONUS sebanyak RM60,000.00 hanya pada satu majlis award bulan Jun yang lalu. Ini belum dikira bonus bulanan beliau lagi.

Mama hakim dah pun dapat merasa apa hasilnya. Jadi tak salah mama hakim nak berkongsi dengan semua pula. Mama hakim nak semua rasa dan dapat apa yang mama hakim dah dapat hari ini. Perasaan seronok sebab dapat bantu mak ayah, dapat bantu ringankan beban suami tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bukan sahaja badan bertambah sihat, kesihatan keluarga juga terjamin malah dapat income tambahan pulak.

Hubungi mama hakim bila-bila masa je (sms/whatsapp 018 2835 816) kalau korang nak kenal-kenal dengan lebih lanjut pasal Shaklee. Nak tanya-tanya je pun bole. Sebab itulah tujuan mama hakim berShaklee, nak berkongsi kebahagiaan dengan semua orang..!

iR RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Melegakan Rasa Sebu Perut Sebab Banyak Makan Hidangan Raya


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Masih lagi dengan mood raya ke semua? Masih lagi nak ‘ber’ lemang rendang dan ketupat? Makan tu makan juga, tapi tahap kesihatan jangan lupa pulak! Kesian kat perut tu, baru je sebulan nyahtoksin tetiba dah di sumbat dengan makanan penuh kolesterol dan lemak semula.

Eh! Bukan..bukan.. Mama hakim takde niat nak membebel pulak kat korang..hehe. Cuma nak mengingatkan sesama kita, agar kesihatan tetap diutamakan.. Muda-muda ni la nak jaga badan tau sayang-sayang..! Dah tua nanti takde la terjebak dengan penyakit tiga serangkai tuh ( darah tinggi – kencing manis –jantung ) Ya Allah.. Moga dijauhkan..

Selalunya kan bila dah banyak-banyak makan tu perut mesti rasa sebu semacam je kan. Terasa penuh dan kembung! Selain daripada Peppermint Ginger Plus, boleh jugak amalkan minum Cinch Energy Tea Mix macam mama hakim selalu amalkan ni.
TEH KURUS
Cinch Energy Tea Mix yang bole disediakan dengan air sejuk ataupun panas
Bole ditambah madu, hirisan lemon ataupun perahan limau kasturi
TEH KURUS




Antara kandungan dan fungsi penting Cinch Energy Tea Mix ni ;


1.MATCHA GREEN TEA

 - antioksida yang sangat tinggi

 - energy booster

 - metabolisme booster

 - bakar kalori up to 4 x ganda


 2. Taurina

 - menggalakkan metabolisme

 - lebih bertenaga

 - larutkan lemak

 - membantu menghasilkan otot tanpa lemak


 3. White Tea

 - membakar lemak – lemak berlebihan

 - menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu

 - meningkatkan metabolisme


 4. Rooibos Red Tea

 - melarutkan lemak

 - meningkatkan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak

 - agen detox yang kuat


So korang bole bayangkan apa yang Cinch Tea buat pada semua makanan yang korang makan tu. Semuanya akan ditukar menjadi tenaga dan lemak-lemak tak perlu akan dibakar dan dicairkan! Best kan..!! Yang membuatkan lagi best, Cinch Tea ni takde la macam sesetengah produk yang membuatkan kita tetiba jadi pengunjung tetap toilet  sampai 3-4 kali sehari!! Tidak ok TIDAK sama sekali..! Memang tak payah risau takut sakit perut ke hape bila minum Cinch Tea ni.

Jadi kepada sesiapa yang nak kenal dengan lebih lanjut dengan Cinch Tea ni, nak RESEPI dan KONSULTASI PERCUMA, bole contact mama hakim (sms/whatsapp 018 2835 816) anytime anywhere hokeh!


RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816

Sampai jumpa lagi..wassalam.

SALAM AIDILFITRI 1434H DARI BLOG TOWMATER

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
Salam Aidilfitri 1434H
 
Mama hakim ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada sesiapa yang terguris dan terasa hati dengan kata-kata mama hakim sepanjang berblog ini.
 
 
BLOGGER MAMAVOGUE
 
 
 
Tahun ini, sambutan raya menjadi lebih istimewa sebab mama hakim dapat beraya dengan chenta hati yang satu lagi ni..hehehe. Alhamdulillah tahap kesihatan Intan Nur Maisarah dah bertambah baik. Petang raya pertama, mama hakim pujuk Incik Joni untuk ke Selandar, Melaka menuju ke kampong Ibu Intan, blogger Dunia Ina Haireina.

 
 
 
DUNIA INA HAIREINA
 

 
Akhir kata, semoga Aidilfitri tahun ini memberi sinar kebahagiaan buat semua pembaca blog Towmater..!!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
 

Vitamin E Penting Untuk Kesuburan Suami Dan Isteri


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Kalau sebelum ni mama hakim dah cite pasal KEPENTINGAN B COMPLEX DALAM MENYOKONG KEHAMILAN, kali ni nak kongsi pasal VITAMIN E pulak. Alaa.. korang jangan kebosanan pulak ekk sebab mama hakim tak abis-abis dengan cerita nak tambah ahli keluarga. Mana la tau kot kot ada sesiapa yang korang kenal, saudara mara adik beradik yang sedang merancang untuk hamil. Bole la korang kongsikan artikel dari episod NAK HAMIL mama hakim ni.

Kenapa VITAMIN E penting? Apa fungsi dan kaitan VITAMIN E dengan kehamilan? Ini la yang mama hakim selalu tertanya-tanya sendiri. Jadi dengan penuh gigih mama hakim cari info dan compile dalam ni.

Kajian yang telah dilakukan pada tahun 1924 mendapati VITAMIN E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Ia mampu meningkatkan bilangan sperma. Selain itu, VITAMIN E membantu menambahkan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih. Antioksidan dalam VITAMIN E mampu melindungi DNA sperma.

Sumber makanan untuk VITAMIN E ; Badam, Zaitun, Bayam, Betik dan Minyak Bunga Matahari

SELENIUM membantu tubuh badan menyerap vitamin E dengan lebih baik. Dalam masa yang sama, SELENIUM melindungi sperma dan ovum dari radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kromosom. SELENIUM juga penting dalam penghasilan sperma yang sihat dan berkualiti.

Sumber makanan yang mengandungi SELENIUM ; Ikan merah, Ikan Kod, Tuna, Sardin dan Ayam Belanda

Disebabkan VITAMIN E dan SELENIUM ni saling memerlukan, jadi sangat penting untuk mama hakim pilih sumber makanan yang ada kedua-duanya. Selain tu, tak lupa gak supplement supaya mama hakim mendapat nutrient yang betul dan kuantiti yang tepat. Ye la kan, kadang-kadang bila mama hakim masak sumber makanan tu kita tak tau plak samada nutrient tu masih ada atau pun dah terhapus dek kepanasan.



Pilihan mama hakim of kos la SHAKLEE. Semulajadi dan selamat. VITA E COMPLEX Shaklee dibuat dari minyak soya organic dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E. Diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E menjadikan VITA E COMPLEX adalah vitamin E paling lengkap di pasaran. Dah siap-siap pun ada SELENIUM dalam tu, takyah risau dah..hehe

Jadi, sesiapa yang rasa nak mencuba VITA E COMPLEX Shaklee juga bole hubungi mama hakim bila-bila masa (sms/whatsapp 018 2835 816) untuk mendapatkan KONSULTASI SEPENUHNYA. Bila-bila masa okey..!!!
Nak tau promosi terkini dengan lebih cepat? Jom la LIKE Page mama hakim Beautiful Mama Shoppe


iR RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger