Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Cerita ni dah basi sangat, kisah di Aidiladha yang lepas..huu.
Sebenar nyer mama hakim tunggu gamba dari henpon Incik Joni. Lepas raya haji tu
Incik Joni kat outstation lebih kurang 40 hari tu yang terpendam je hasrat hati
nak bercerita pasal ni.
Sekali cek kalendar ni kisah bulan Oktober la..aduiyaii..
Alkisah nyer kami tiga beranak pulang ke Gemencheh sambut Aidiladha 1433 yang
jatuh pada hari Jumaat 26 Oktober 2012. So di hari Sabtu yang indah (sangattt)
27.10.2012, Incik Joni bawak ler mama hakim dua beranak ke Zoo Melaka. Lagipun
Hakim dah pandai mengenal haiwan dalam tibi mahupun Ipad dia. So kitorang nak
ler tunjuk secara live pulak kat Hakim.
On the way ke sana Hakim tido dalam kereta (macam biasa..huu)
Dengan cuaca panas terik, berpeluh-peluh dia. So bila sampai je dia agak
terpinga-pinga sikit.
Zoo Melaka ni pulak best sangat. Harga tiket untuk dewasa rm7.00
dan kanak-kanak kecil macam Hakim ni free..! Yeay..! Sampai umo 5 tahun pulak
tu. Masuk-masuk je dah ada yang menyambut. Cantik-cantik pulak tu. Yang best nyer burung kakak tua yang warna
warni tu duk je diam-diam kat situ.
Tepek gamba mama ngan Hakim sebijik
Motip amik gamba ni? Heheheh..
Haiwan nyer banyak gak tapi ada yang jauh dan ada duk tidur di
tengahari buta..huu. So layan je la gamba-gamba yang mama hakim sempat rakam di
samping melayan si anak yang teruja..! Tak terkejar tau dengan tenaga dia..
Orang utan ni siap tadah tangan tunggu pemberian orang.
Amboii..!
Macam tau je apa yang dibaca nyer tu..huu.
Ini pulak aksi kejar mengejar..hahaha.
Babah pun pancit nak
kejar hero yang seorang ni.
Lepas tu sesi menghibur hati sendiri masa tunggu babah solat
zohor.
Agak-agak la kan, lagu ape yang Hakim nyanyi tu?
Sorry ye teknik mengambil gamba oleh mama hakim ni tak professional
langsung. Ntah ape jadah duk amik gamba kat celah-celah orang ntah..hihi. Yang
penting Hakim seronok sangat dan mama dan babah nyer letih sangat..hahaha!
Takpela bukan selalu pun. Sekali sekala berpenat lelah janji anak happy kan..! Of kos kami akan kembali lagi.. Selagi free untuk Hakim..hahaha.
Sampai jumpa lagi..wassalam.