Pembaca Blog Setia

Wednesday 30 May 2012

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum..

Muka yang pasrah dan redha kena gigit ngan Mama Dhuan..


Sampai jumpe lagi..wassalam.

Tuesday 29 May 2012

LEARNING TIME..

Assalamualaikum..

Ini budak yang sangat rajin sedang menconteng buku. Menulis kat buku takpe, jangan menulis kat dinding ye.. Nanti mama pukul manje tangan tu baru tau. Heboh la sambil menulis sambil tengok tibi. Hakim menulis guna krayon, freegift dari Drypers. Terima kasih Drypers, tapi hakim tak bape sesuai pakai. Sekejap je beruam montot. Layankan aje gamba2 tu ye. Yang last skali pose special si budak Hakim..hehe.

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tips Memberi Makanan Kepada Anak Yang Cerewet

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Disebabkan mama hakim perasan yang Hakim sangatlah susah nak duduk mengadap nasi tiap kali waktu makan, so mama hakim buat sikit research. Actually selalu dah mama hakim refer kat Baby Center nih bila ade segala jenis pertanyaan pasal Hakim dalam kepala nih! Kali ni pasal ‘Food Refuser’.

FOOD REFUSER


Simptom-simptom food refusers ni :

i-             Tutup mulut ketat2 bila kita cuba suap makan

ii-            Memalingkan muka ke kiri dan ke kanan

iii-           Tak nak duk diam

iv-           Terlampau ‘sibuk’ untuk makan

v-            Buang atau ludah balik makanan

vi-           Takmo makan ape2 jenis pun makanan




Mengikut review terbaru Dr. Sondheimer dari Georgetown University, apabila dia didatangi ibubapa yang risau ni, dia tanye 2 soalan

          “Adakah anda makan bersama anak anda?”

          “Adakah anda makan makanan yang sama dengan anak anda?”

Ape agak nyer jawapan mummy2, ibu2 sekelian? Biase nyer kan kita suap dulu anak kita pastu baru kita makan. So cadangan bernas dari Dr. Sondheimer ialah kita duduk dan makan bersama dengan anak. Kalau yang ade highchair, rapatkan je skali kat meja makan tu. Ape yang kita makan tu, kalau bole share kita bagi skit kat anak. Dr. Sondheimer jugak cakap kalau bole jangan alihkan perhatian anak dengan ipad ke tab ke smatfon ke, tumpukan pada makan je. Kalau anak2 kita makan sambil bermain, risiko untuk tercekik tu tinggi. Lagipun nanti anak tak dapat bezakan masa makan dan masa main.

Kat bawah ni ade beberapa tips untuk menggalakkan pemakanan yang sehat :

i-             Jangan beri anak anda makan masa dia duduk kat bouncy seat.

ii-            Makan bersama, kongsi bersama. Kalau anak kita nak makanan dalam pinggan kita, cubit sikit untuk dia.

iii-           Jangan beri anak anda makan depan tv atau ipad/tab/iphone, akan membuatkan anak anda tak focus.

iv-           Jangan ikut anak kita dengan makanan ketika dia tengah main/berlari. Suruh dia duduk dan suap dia makan. Ketika berpiknik/berkelah, suruh anak habiskan makanan. Jangan amalkan ‘eating and go!’ Kalau tercekik sape susah?? Hehe.

v-            Kalau anak anda nak makan sendiri, biarkanlah. Takpe sepah sikit janji dia makan.



Sekian saja info untuk ari ni J


Sampai jumpe lagi..wassalam.

SI DIA DENGAN SI KUCING..

Assalamualaikum..

Ape mama hakim nak merepek ari ni ye? Ape yang nak diluahkan kat blog? Nak cite pasal Hakim, aktiviti kegemaran yang terbaru adalah melalak dan meraung sepenuh tenaga bila kemahuan tak dipenuhi.. Kadang2 tu takde isu pun dia akan cuba buat perkara yang akhirnyer membawa kepada kemeraungan tahap tertinggi.


Oh ye ari tu kami gi makan kat seksyen 7 Shah Alam, sebab ni bukan entry pasal makanan jadi takde la gamba makanan ye. Cume nak kongsi keterujaan Hakim terhadap sesuatu lagi.. Kebetulan sebelah kedai makan tu ade kedai printing. Tuan kedai yang cumell ade membela kucing. Hakim ni jenis tak reti duk diam kat kedai, dia gi jalan2 tengok kedai sebelah ni. Kebetulan nampak si ibu kucing sedang berehat selepas susukan anak2 nyer kut.. pandai je buat spekulasi heheh..


Bermula dengan sesi perkenalan dan tanye kabar agak nyer.


Ibu kucing plak buat dekk je ngan Hakim. Malas nak layann. Huhh!


Tapi budak prihatin ni masih lagi try pujuk kalau2 kucing tu nak berkawan ngan dia.


Sampai macamtu skali Hakim tegur ibu kucing tu tau.
Agak kejam la ibu kucing sebab tak layan Hakim..huhu.


Sampai jumpe lagi..wassalam.

Monday 28 May 2012

HAKIM YG KETERUJAAN...!

Assalamualaikum..

Mama hakim suka tengok keterujaan Hakim pada sesuatu benda. Gamba ni mase nak cuti tahun baru cina ari tu, Encik Bos Besa dengan baik hati hadiahkan sume staff dia hamper sorang sebijik seketul sebuah kut.. Malam tu nak balik kampong sebenar nyer, dah la mama hakim balik keja lambat so main campak je hamper tu kat tepi pintu sebab nak kejarkan maghrib. Lagipun nak balik kampong, malas la nak cerai2 kan dulu isi nyer.



Tapi si budak Hakim yang teruja terus cuba untuk mengoyakkan plastik hamper. Agak nyer ade sesuatu kat dalam tu yang menarik perhatian dia. Berpusing-pusing dia cuba nak keluarkan barang2 makanan dalam tu.



Disebabkan mama hakim risau terhempap si kenit, lagipun atas skali tu ade 2 botol kaca, mama hakim bukak dan keluarkan dulu botol2 tu. Dengan seronok nyer tangan si budak Hakim menyelongkar..hehehe.




Sekian untuk tatapan di masa depan J

Sampai jumpe lg..wassalam.

Saturday 26 May 2012

DEMI MASA DEPAN..

Assalamualaikum..

Bila kuar umah skang ni, ini la pemandangan nyer. Dah 2 bulan kot projek ni bermula, malas nak amik tau. Alhamdulillah setakat ni mama hakim bole lagi kuar umah kul 8 untuk gi keja. Memang la menambah kesesakan sebab diorang tutup jalan kan, tapi demi masa depan negara hehehe.. terpatriotik pulak!








Sebenar nyer skang ni tengah berlangsung nyer projek menaiktaraf system pengangkutan awam kat area Lembah Klang ni. LRT Extension dari Kelana Jaya ke Putra Heights so USJ ni akan ade LRT tak lama lagi J Nak info lebih lanjut? Klik Blog Eric Yong. Harap2 nyer siap dalam tempoh yang ditetapkan dan memberi manafaat pada semua. Letih tau bersesak tiap hari sebab menda ni..


Sampai jumpe lg..wassalam.

IT'S MY TURN..

Assalamualaikum..

Its my turn to work today. Yes we have to work on saturdays, alternate. But the good thing is we can choose which saturday we need to come, NOT good thing is we need to come 2 saturdays a month eventhough there is public holidays on saturdays..

Pagi tadi gi keja diiringi jerit teriak Hakim, satu blok bole dengar suara dia. Aduiyai la anak.. Ari ni Hakim tinggal ngan incik joni. Mujur la babah pandai pujuk anak J Hakim agak kuat meragam kebelakangan ni. Ade je yang tak kena. Ade je yang dia tak puas ati. Mama hakim kena layan dia dengan lebih berhati-hati. Bukan manje tapi tak larat dah telinga ni nak dengar suara dia yang bingit tuh. Tido malam pun tak bape lena. Hakim makin kurang tido, mungkin tu salah satu sebab dia meragam. Badan tak sehat, tak selesa atau mungkin penat tapi dia tak tau cane nak bagitau so cara yang paling femes dikalangan budak umur cam dia ni dah tentulah buat perangai dan menangis sepuas ati.

Mama hakim sedang berusaha mencari cara untuk bagi Hakim tido lena terutama waktu malam. Puas gak pikir, adakah dia lapa? Pampers basah? Tilam tak gebu? Atau dia panas? Ade sebab lain lagi tak?? Hmm.. Lapa? Lapa nasik mungkin, sebab setiap malam Hakim kurang makan nasi, dia cuma nak biskut tiger, roti, kokocrunch yang dia akan kunyah sampai la mata terpejam. Tu belum campur dutchlady kid, milo kotak dan susu sebotol. Hampir setiap malam itulah yang mengisi perut dia skang.

Mama hakim akan terus berusaha mencari penyelesaian. Sekian karangan PMR untuk ari ni. Panjang2 kang pening kepala orang yang membaca J Insya Allah akan ade berita gembira tak lame lagi. Masih dalam pertimbangan J Ya Allah semuga dipermudahkan segala nyer.

Sampai jumpe lg..wassalam.

Friday 25 May 2012

LEWAT..

Assalamualaikum..

Demi memastikan workstation ini sesuci murni..

Demi membersihkan semak samun yang menimbun..

Terpakse kubiarkan blog bersawang buat seketika..

Terpakse ku rela melewatkan waktu untuk memeluk hakim..

Dah takyah merepek! Cepat balik!!

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

I AM NOT PERFECT #9

Assalamualaikum..

Sekadar peringatan buat diri sendiri.



Wanita ideal adalah yang dapat menjaga poket suaminya. Dia tidak membelanjakan satu sen pun kecuali dengan betul, dan tidak membelenggu suaminya dengan hutang kerana sikapnya yang suka bermewah-mewah.
(Sumber : Buku tulisan Dr. Najah Ahmad Az Zhihar)


Sampai jumpe lg..wassalam.

Thursday 24 May 2012

USAHA TANGGA KEJAYAAN..HWAITINGG!!

Assalamualaikum..

Awak, berusahalah demi kejayaan! Camni la susah payah mama bawak awak dalam perut dulu tau.. Takde la tinggi sangat kan, umah kita ni tingkat 3 je J Awak kan dah bole berlari, mama dah tak larat nak dukong awak naik tangga lagi..uhuk! Sebab berat badan mama pun….






First time panjat tangga memang ler semangat! Pastu kali kedua dan tiga, dah pandai mengeluarkan bunyi2 nak bagitau kita dia penat dah.. Tapi kalau perati betul2 Hakim macam tak bergerak pun kan? Memang pun..hehe. Pastu mama hakim dukung dia naik atas. Aksi je lebey!!


Sampai jumpe lagi..wassalam.

Wednesday 23 May 2012

BERAT MATA YG MEMANDANG..

Assalamualaikum..


Entry ni khas dibuat untuk sahabat maya mama hakim, Yayansmum a.k.a YM.

Jujurnyer mama hakim tak sanggup nak tengok gamba Yayan yang berjahit dan berwayar bagai tuh.. Semuga ibu cumell ini terus tabah dan sentiasa sehat agar dana yang mencecah RM47k tu akhirnyer dapat dikumpul untuk pembedahan Yayan.

 

"Jumlah duit terkumpul? erm...soalan yg agak menakutkan bagi YM buat masa ni.Kalau YM tempek kat sini account untuk Dana Jantung Yayan, korang semua pasti terkejut. :( YM memang tak dapat saving banyak untuk Yayan lagi sebab baru je August last year Yayan buat pembedahan.Jumlah tuh, belum pun mencecah 1/4 drpd kos pembedahahan which is RM47K."


 
"Yes, New Straits Times Charity Fund ada bagi dana, tapi masih ada kos-kos lain yang perlu kami langsaikan juga. Ada kawan-kawan yang sangat baik hati meminjamkan sejumlah wang untuk menampung here and there dan lepas pembedahan Yayan, YM berusaha untuk melangsaikan semua dengan mereka pula. "


 
"Honestly speaking, sekarang ni, baru la YM lega. YM baru je mula bertatih-tatih untuk buat simpanan untuk pembedahan Yayan. Tapi, dalam masa yang sama YM juga punya tanggungjawab yang sangat-sangat besar untuk keluarga YM di Sabah selepas ketiadaan Abah YM. YM anak sulung, so tanggungjawab YM pada family memang sangat-sangat berat. Amanah tetap amanah, walau apapun kan? YM selalu ingatkan diri YM, kalau YM tolong keluarga YM dengan ikhlas, insyaallah Allah akan membuka lebih banyak pintu rezeki untuk YM, insyaallah. Tapi, YM perlu berusaha lebih keras.YM tahu itu."
  

Hanya ini yang mampu mama hakim bantu, di samping doa yang tak penah putus buat YM sekeluarga. Sahabat2 blogger sekelian, jangan lupe jenguk Blog Yayansmum ni dan klik Tabung Jantung Yayan yer. Semuga usaha kalian diberkati Allah S.W.T.


Sampai jumpe lg..wassalam.

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum..





Memang terbaik kan..?
ABC Special Fradoo. Sape2 duk area Sek 2 Shah Alam mesti penah rase J


Sampai jumpe lg..wassalam.

Tuesday 22 May 2012

CHATIME.. YUMMY..!!

Assalamualaikum..

Syok layan chatime petang2 gini. Bertambah kesedapan bila APM yang belanje heheh.. Dah la takyah bergerak ke mane2. Cuma call, order dan delivery terus ke atas meja anda! Hanya bole dilakukan sekira nyer opis anda di atas shopping complex yer :-) So enjoy!!

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 21 May 2012

BIRTHDAY GIRL..?

Assalamualaikum..

Hajat hati nak abadikan kenangan manis sambutan hari lahir mak yang ke 59. Alhamdulillah, mak masih sehat dan kuat..heheh cam iklan milo lak. Tapi sesuai lagi ke di gelar birthday girl? Hihi jangan mare ye mak, nanti muncul kedut kat muka..

Gamba2 kat atas tu yang sempat mama hakim rakam. Mase ni hakim pun ntah kat mane ntah main ngan sepupu2 dia yang sekampung ramai nyer tuh.

Kalau ikut turutan gamba ;

1) Pasangan pengantin lame..hehe. Birthday girl yang dirai bersama suami terchenta.

2) Bersuapan kek ngan abang long yang terlebey manje plak time tu..cheh!

3) Bersuapan kek ngan pengantin pompuan yang sepatutnyer jadi watak utama malam tu.

4) Kek-kek yang jadi mangsa korban kami..heheh. Haruslah ada 2 biji, kami kan sekampung..

Majlis malam tu memang meriah la sangat2!! To all my family members, walaupun kita jarang berjumpa tapi korang selalu dalam hati dan ingatan :-)

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

HENPON TINGGAL LAGI..SANGAP!!

Assalamualaikum..

Wahh dah start minggu baru lagi.. Selamat bekerja di ari isnin ye semua J Mood acah2 ceria ni, sebab ngantuk dan sakit kepala masih bertandang takmo balik2.. Ari sabtu lepas yang sepatutnyer keja pun mama hakim tak datang. Malam pulak ade kenduri kat umah mak, tapi petang baru muncul.. Padahal jarak perjalanan tu 15 minit je.. Pagi ni gi keja Incik Joni yang anta, saje ngade2 tak larat nak drive..

Macam ni la orang ade anak kecik kan? Tapi rase nyer tak sume mama2, mummy2, ibu2 rase macam ni. Ade je anak2 yang baik mendengar kate dari kecik lagi. Especially time tido, macam Yayan bole je tido awal dan sepanjang malam kan, YM? Tapi cuba baca pengalaman Mamakembar 3 tu, lagi la jenuh bila masing2 bangun tengah malam mintak susu. Bahagian masing2 J

Sejak hakim tak sehat ari tu, dia dah tak bole nak tido sepanjang malam. Selang 2 jam dia bangun. Mintak susu lah, mintak air kosong lah, nak berkasih sayang lah. Mama hakim lak bukan jenis yang bole tido kejap2, bila dah terjaga plak susah nak lelap balik. Maka dengan rela, mama hakim terima je la tetamu tak diundang ni..sakit kepala.. Nak dihalau balik kang kecik ati pulak! Ahah! Another solution, duk google cane nak bagi budak tecik ni tido lena setiap malam.. Mekasih Incik Google..

Malam kenduri sabtu lepas tu memang meriah, pastu di penghujung nyer kami adik beradik sambut birthday mak yang ke 59 tahun. Alhamdulillah, mak masih sehat dan aktif. Majlis bermula lepas maghrib, ketibaan keluarga belah pengantin pompuan, bacaan doa selamat dan acara makan, makan dan makan. Gamba tak dapat nak share sebab tajuk di atas..hehehe. A’ah mama hakim rakam sume gamba guna henpon je. Tak dapat nak berkamera bagai, sebab ade anak yang terlebih advanced.. Tapi malam tu sebenar nyer si anak demam, agak panas badan dia. Dah name nyer budak, bila jumpe ramai rakan sebaya tak peduli pun demam ke tidak.. Kemain ligat dia main. Pastu kejap2 cari mama, letih agak nyer.

Eh eh.. Tak berniat pun nak bebel panjang2 nih. Dah terbuat karangan PMR plak. Mama hakim nak tenangkan otak ni, nak pujuk2 sakit kepala suh dia balik. Lame2 duk bertandang pun tak syok la tuan umah kan..huhu.

Sampai jumpe lg..wassalam.

Saturday 19 May 2012

TODAY...FUHH!

Assalamualaikum..

Baru sampai umah. Gi amik apam polkadot tadi. Memula janji nyer kat Alamanda, tapi last minute tuka ke Briyani gam Putrajaya, dekat hosp serdang tuh. Jenuh gak la mencari..

Nak rehat dan recharge energy dulu sebelum gi umah mak petang ni. Hakim pun dah lelap.. Mama hakim nak join gak hihi..

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 18 May 2012

WORKING MOOD..

Assalamualaikum..

Ari ni kerja memang banyak.. Actually sepanjang minggu ni macam terkejar kejar masa. Tetiba dah sampai ari jumaat yang penuh berkat ni. Esok malam kenduri doa selamat untuk abang lang yang menikah awal bulan 5 ari tu. Walaupun takde beria bersanding bagai, mak kate pacak 4 khemah tau.. Hamboi..

Penat ngan letih kena tolak tepi dulu, yang penting nak settle segala urusan dan tanggungjawab. Semuga kesihatan kami sekeluarga sentiasa dalam keadaan baik..

Ya Allah, kumohon dipermudahkan segala urusan.. Aminn..

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

I AM NOT PERFECT #8

Assalamualaikum..

Sekadar peringatan buat diri sendiri.
 

Wanita ideal adalah yang selalu menghormati selera suaminya. Sehingga dia tidak mencebiknya melalui pergerakan atau pandangannya. Dia harus berusaha sekuat tenaga untuk selalu membuatnya gembira dan berterima kasih kepadanya atas kebaikan dan pemberian suaminya.
(Sumber : Buku tulisan Dr. Najah Ahmad Az Zhihar)





Sampai jumpe lg..wassalam.

Wednesday 16 May 2012

REMINISCING...

Assalamualaikum..

Kelas yang selalu rosakkan gamba dalam Buku Tahunan Sekolah..


Class of 1996 SABKL with Puan Junaidah.



Class of 1998 SABKL with Puan..err (tak hengat la plak)




Selamat Hari Guru kepada semua che’gu che’gi satu dunia!

Sampai jumpe lg..wassalam.

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum..



Really love his expression at that moment J

Sampai jumpe lg..wassalam.

Tuesday 15 May 2012

SAPA YG JUAL IKAN NIHHH..?

Assalamualaikum…

Ingat tak mama hakim penah cakap ada satu insiden masa aktiviti memindah dan memunggah opis berlangsung? Honestly, baru ari ni semangat bekerja kembali pulih padahal perkara tu berlaku ari khamis lepas.. Ish! Ish! burok benor dah tua2 ni merajuk sendiri kan.. Let me share the details, as lesson learned..

Kat workstation yang baru ni ada almari berkunci dan kabinet yang dipasang pada dinding. Almari berkunci ada 7, but we have 3 project team and 1 authority team. So we decided to ‘first come first serve’ basis and of course yang jadi pilihan adalah yang paling dekat. Team A already booking the first 2 cupboard, then Team B (which is Cik C) took 1 beside it. So as I am the last one Team C, I arrange for the next 2 cupboards. Authority took another 2, and it happened on Tuesday, May 8. The next day, which is Wednesday, we were asked to shift everything to new workstation so we can start work on Friday. I was lucky as I already started shifting things on Monday. So there are only a few personal things to be shifted. Bagi yang bermalas-malas tu naseb ler kan.

The hectic began on Thursday when Cik C, suddenly claim that she supposed to have 2 cupboards instead of the one she reserved. What the…??? Bengang tahap gaban dah time tu. Ape hal plak? Tak tertulis kat mane2 pun yang almari tu ko punye kan..? She asked me to remove my files! Of course I said NOOO! Then she calls me selfish! Again.. What the..?? Oh, for info all the teams shifted things by ourself but Cik C called kongsi-kong (that’s what we call the contractor at site) to help her. Ok back to the story, she called my PE which is I don’t know about it and tell him that she will ask the kongsi-kong to move my files to the next cupboard. I told her I don’t agree with it but she said my PE already knows and he agreed! So I text my PE and was about to scold him then I realized that he was in a meeting.

To be honest, I don’t care about the damn cupboard! Am I a selfish person? I was angry at my PE because he didn’t back me up. I am the one who packed and shifted all the files. Then I am the one who organize all the files back at the cabinet. At least please show a bit of appreciation! Then to Cik C, you are the most SELFISH B***H I ever known! Sape suh tanak kemas awal2 kan.. then bila orang lain dah kemas, baru terhegeh nak claim sane sini. Ko nak almari tu sebab dekat ngan tempat duduk ko kan? So sape yang selfish skang??

Breath in… Breath out.. slowly..
Breath in… Breath out..

Sampai jumpe lg..wassalam.

Monday 14 May 2012

YEAY!! SAYA BEBAS...!

Assalamualaikum..

Selamat Hari Isnin semua!! Takmo blues2 ekk. Tapi mama hakim sendiri pun tak brape bersemangat nak buat keja..hihi. Tangan belah kiri rase sakit berdenyut plak. Slalu kena camtu malam2 je, time nak tido. Mata pun tak memberi kerjasama ari ni, mengantuk..

Precious prince mama hakim dah semakin berselera makan. Susu botol pun abis. Semalam incik joni mesin rambut dia bagi pendek. Rimas tengok dia tergaru garu. Mujur nyer telinga dia dah semakin baik, dah kering dan bintik kemerahan makin kurang. Cuma agaknyer sebab dia garu2, tumbuh pulak bintik kemerahan kat atas kepala. Kali ni mama hakim akan pantau betul2 supaya tak merebak.

Mama hakim tak pasti pasal mama2, mummy2 kat luar sane tapi mama hakim dan incik joni memang bagi sepenuh kebebasan kat hakim untuk explore ape saje janji tak memudaratkan atau merbahaya. Kalau dah comot, mandikan je la kan. Gamba2 ni incik joni yang rakam. Mase ni incik joni yang amik hakim kat umah pengasuh, terus bawak gi taman sementara tunggu mama hakim balik keja. Kate incik joni, memang sume mak2 pak2 pandang je incik joni biarkan hakim main kat air yang bertakung tu. Mase tu baru lepas ujan rase nyer. Tengok muka happy hakim tu, nak larang pun tak sampai ati J


“Saya sangat happy!!”

“Ntah ape yg buat air ni bertakung kat sini?”

“Jom cari katak..hehe”

“Lari-lari lagi..yeay!”

“Saya sangat bebas..! Happy!!”

Balik je umah, mama hakim berus hakim dari ujung kepala sampai ujung kaki..heheh.

Sampai jumpe lg..wassalam.

Saturday 12 May 2012

HAKIM GI KEJA..!

Assalamualaikum..

Mood nak bermalas malasan di umah je ari ni tapi Hakim dah bagi hint nak ajak kuar..huhu. Pagi tadi mama hakim keja setengah hari, bersama si budak Hakim. Bukan sengaja nak susahkan dia tapi pengasuh emergency balik kampung petang semalam. Incik joni plak shift malam, kesian pulak nak mintak dia yang jage Hakim. Itupun lepas kami balik incik joni langsung tak dapat tido.. Malam ni keja lagi..

Mase kat opis mama hakim, mujur Hakim sangat pandai membawa diri. Langsung tak meragam. Rasuah pun banyak gak..hehe. Ade roti, biskut, coklat dan tak lupa kepada Ipad. Dalam kul 11 lebih tu Hakim dah tunjuk tanda dia mengantuk, tapi dia sanggup tunggu sampai kul 1. Masuk je keta nak balik terus lelap..

Sambil buat keja, sempat lagi rakam aksi budak bertuah ni :-)

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger