Pembaca Blog Setia

Showing posts with label suka makan. Show all posts
Showing posts with label suka makan. Show all posts

Wednesday, 14 August 2013

Melegakan Rasa Sebu Perut Sebab Banyak Makan Hidangan Raya


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Masih lagi dengan mood raya ke semua? Masih lagi nak ‘ber’ lemang rendang dan ketupat? Makan tu makan juga, tapi tahap kesihatan jangan lupa pulak! Kesian kat perut tu, baru je sebulan nyahtoksin tetiba dah di sumbat dengan makanan penuh kolesterol dan lemak semula.

Eh! Bukan..bukan.. Mama hakim takde niat nak membebel pulak kat korang..hehe. Cuma nak mengingatkan sesama kita, agar kesihatan tetap diutamakan.. Muda-muda ni la nak jaga badan tau sayang-sayang..! Dah tua nanti takde la terjebak dengan penyakit tiga serangkai tuh ( darah tinggi – kencing manis –jantung ) Ya Allah.. Moga dijauhkan..

Selalunya kan bila dah banyak-banyak makan tu perut mesti rasa sebu semacam je kan. Terasa penuh dan kembung! Selain daripada Peppermint Ginger Plus, boleh jugak amalkan minum Cinch Energy Tea Mix macam mama hakim selalu amalkan ni.
TEH KURUS
Cinch Energy Tea Mix yang bole disediakan dengan air sejuk ataupun panas
Bole ditambah madu, hirisan lemon ataupun perahan limau kasturi
TEH KURUS




Antara kandungan dan fungsi penting Cinch Energy Tea Mix ni ;


1.MATCHA GREEN TEA

 - antioksida yang sangat tinggi

 - energy booster

 - metabolisme booster

 - bakar kalori up to 4 x ganda


 2. Taurina

 - menggalakkan metabolisme

 - lebih bertenaga

 - larutkan lemak

 - membantu menghasilkan otot tanpa lemak


 3. White Tea

 - membakar lemak – lemak berlebihan

 - menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu

 - meningkatkan metabolisme


 4. Rooibos Red Tea

 - melarutkan lemak

 - meningkatkan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak

 - agen detox yang kuat


So korang bole bayangkan apa yang Cinch Tea buat pada semua makanan yang korang makan tu. Semuanya akan ditukar menjadi tenaga dan lemak-lemak tak perlu akan dibakar dan dicairkan! Best kan..!! Yang membuatkan lagi best, Cinch Tea ni takde la macam sesetengah produk yang membuatkan kita tetiba jadi pengunjung tetap toilet  sampai 3-4 kali sehari!! Tidak ok TIDAK sama sekali..! Memang tak payah risau takut sakit perut ke hape bila minum Cinch Tea ni.

Jadi kepada sesiapa yang nak kenal dengan lebih lanjut dengan Cinch Tea ni, nak RESEPI dan KONSULTASI PERCUMA, bole contact mama hakim (sms/whatsapp 018 2835 816) anytime anywhere hokeh!


RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 3 April 2013

WORDLESS WEDNESDAY #03042013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
First time mencuba membuat puding karamel tanpa telur..
 
Copy resipi dari SINI
 
 
Dan hasilnya..
 
 
~
 
~
 
~
 
~
 
~
 
~
 
~
 
~
 
 
 
PUDING KARAMEL
 
 
Tak menjadi pulak..huuu.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 22 November 2012

FAREWELL LUNCHEON..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Kejadian yang berlaku pada hari Selasa, 20 November 2012.

 
Project Department ni bakal kehilangan seorang lagi ahli nyer, Asst. Project Manager. So lunch ni adalah bersempena meraikan pemergian beliau, Encik APM. Dahlah department ni makin mengecil bilangan nyer, yang ada semalam pun tak ramai setakat 4-5 orang je..huu.

 
Kami lunch dekat Kitchen Art Brasserie, Hotel Empire.
 
 
 
Was supposed to be MR. SALNIZAM SALLEH.
Reservation was done through phone J

Dan antara makanan yang menjadi pilihan di atas meja.
 
 
 

Udang itu sangat marveless..!

 


Kek dan dessert ade lagi tiga empat lima jenis tapi ni je yang termampu nak masuk dalam perut. Tak termasuk kuih-kuih tradisional tau. Ade yang mama hakim tak penah dengar atau makan pun. Salah satu nyer nama kuih “puteri duduk sebilik” tapi takde gamba pulak.



Hadiah sempena perpisahan.

 

Girls only..!
 
 

 
Gamba orang yang dirai? Kamera orang lain kut..hihihi. Rase nyer entry ni cite pasal makan je lebih..hahaha!

 

"Kepada Encik APM, semoga terus sukses dalam bidang yang bakal diceburi. Bila dah sukses, jangan dilupa kami ye J Berjaya dan bahagia dunia dan akhirat."

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 19 November 2012

STRAWBERRY CREPE PULAK..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Terima kasih pada yang mendoakan hati mama hakim yang tengah berr..(entah ape perasaan pun tak tau nak cakap)

 
Dan sekali lagi TERIMA KASIH pada penyelamat di kala berduka kerana sudi meredah ribut dan petir demi menghantar Strawberry Crepe sampai kepada mama hakim..!


Big HUGS for Aini and Kak Lin.. Mmuahh mmuahh!!
 

 
Silalah menjamu mata yer.. Ini betul-betul punye comfort food..
Hadir di saat betul-betul memerlukan J

 

Rasa nyer jangan cakaplah.. Seeedaaaappp sangattt…!!

 

Dan Portugese Egg Tart sebagai selingan..hihi.

 

Di saat entry ini dipublish, tiga ketul crepe dan seketul tart dah selamat masuk perut.. Sekian saja entry meliurkan dari mama hakim J

 

p/s: Selain menggemukkan diri dengan comfort food segala, sila jangan lupa banyak istighfar dan selawat ~ peringatan untuk diri sendiri..huu



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Saturday, 17 November 2012

JUMPA KAWAN BLOGGER a.k.a. EX-OPISMATE..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Ini cerita WW #14112012 yang lepas alkisah durian crepe..hihi.

 
Maka bertemulah dua eh tiga ex-opismate semasa mama hakim keja gomen dulu. Rindu sangat-sangat ngan diorang ni. Rindu nak kerja sama-sama, makan sama-sama, bergosip sama-sama dan bertungkus lumus kalau ade perjawatan baru sama-sama..hihi.

 
Mama hakim berblog pun sebab terpengaruh ngan mrspuex ni la hihihi. Sebelum tu selalu nyer mama hakim akan tau cite terbaru pasal dia bila dia update blog. Suka baca kisah anak dara dia Lil Aireen yang skang dah jadi kakak Aireen sebab dah dapat adik ensem, Aireil Qaid J Mrspuex a.k.a Aini pun dah up pasal ni kat SINI.


 
 

Mama hakim nak ucap million juta lemon TERIMA KASIH pada mereka berdua sebab sanggup datang jauh-jauh ke Empire semata nak anta Durian Crepe yang menjadi idaman kalbu J  Balik opis je mama hakim terus bukak ngadap..hihi. Mujur opis ni atas kayangan, takde la semerbak sampai seluruh tingkat doblas ni! Budak opis mama hakim pun kembang kempis idung menahan bau..hahaha! Dan durian crepe nyer memang marveless!!
 
 


 

 p/s: Hari Isnin ni nak anto stoberi crepe kate nyer..hihi. Aii like stoberi bery mach!!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 1 November 2012

CAKE TASTE TEST..! NYUMM..!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Entry ini bertujuan meliurkan penggemar kek J Kejam kan mama hakim ni..hihi.

Semalam dah kul 5 lebih ade call masuk kat department kami. Rupa-rupa nyer nak ajak makan kek kat Conference Room. Bukan makan kek sesaja ye. Perlu lah setiap orang yang makan menilai rasa kek tersebut dan isi borang yang disediakan. Ala-ala cake taste test giteww ler..
 



Kalau tak silap mama hakim, dorang nak bukak cawangan kedai bakeri baru di sini. Tapi kan kalau keja test mengetest ni selalu pun takpe tau..hihi! Hancuss diet ku! Malam balik tak makan dah. Sila lah menjamu mata ye  dan sila lah menjeles J Mujur mama hakim tak sempat nak rakam gamba kek satu persatu, kalau tak sendiri tengok yang terliur..!




Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 22 October 2012

KUAH KACANG DAN CUCUR KURMA..! #2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

 
Pagi-pagi letak gamba lontong kan..! Sebenar nyer mama hakim first time buat kuah kacang sendiri. Projek nak buat kuah kacang ni dari Aidilfitri ari tu sebenar nyer, terus membawa ke AidilAdha..hihi. Selama 29 tahun hidup ni, memang tak penah tau buat kuah kacang. Selama ni duk tolong kacau periuk je bila mak masak. Pastu bila dah kawen, mak mentua pun jenis yang rajin buat sendiri. Mama hakim tolong kacau je..

 
Sebenar nyer bila usia dah makin banyak ni, lagi-lagi dah jadi mama ni memang perasaan nak memasak segala benda sendiri tu membuak-buak. Ye la selalu kalau orang tanye masakan kegemaran kita, mesti kita jawab masakan mak kan..! Haa..teringin jugaklah kalau-kalau ada orang tanye Hakim nanti dia pun jawab cenggitu J tak ke bangga kembang berbunga hati mama nyer..hihi. Jadi mestilah berusaha dari sekarang supaya masakan kita menjadi kegemaran seisi keluarga.

 
Proses buat kuah kacang ni bagi orang yang dah biasa buat mungkin senang dan mudah. Tapi bagi mama hakim, setiap proses dan peringkat tak bole di ambil mudah. Bayangkan ler mama hakim dah siap-siap sediakan segala bawang, serai, gula merah, udang kering yang tengah berendam tetiba baru dapat tau blender rosak..! Aduiyai mau give up gak la time tu. Tapi dalam hidup ni, kalau mudah sangat putus asa macamane kita nak capai apa yang dihajati kan..? Jadi kena la ade plan B..!

 
Bila dah buat sendiri, step by step, stage by stage barula mama hakim tau betapa mak kita bersusah payah menyediakan semua ni semata-mata untuk kita di pagi raya. Sebelum ni mama hakim tau main request jer..huhu. Tu belum lagi rendang ayam/ daging yang confirm memerlukan masa yang panjang nak siap. Pernah tak mak mengeluh? Hmm.. Tak penah pun mama hakim dengar. Oh! Terima kasih Mak! Terima kasih Mak Mertua! Terima kasih buat semua Mak dalam dunia ni J

 
Cucur kurma tu mama hakim buat untuk breakfast ngan minum petang semalam. Incik Joni request nak breakfast yang ringan je takmo kenyang sangat. Lepas breakfast, kami gi anta kereta untuk check up dan memulakan misi mencari Taska untuk Hakim. Dari Little Qaliph ke Dzul Iman dan sampai la ke Brainy Bunch. Ade lagi Genius Aulad, Taska Al Kauthar dan jugak beberapa taska lain. Sedang mempertimbangkan lagi kemasukan Hakim ke taska. Masih tak putus berdoa agar Hakim cepat belajar berdikari. Dan masih tak putus berdoa agar apa-apa keputusan yang diambil memberi manafaat dan kebaikan buat si anak.

 
Cukup la kut membebelnyer mama hakim ni. Kalau ikutkan mau berjela sampai jadi novel lak nanti. Terima kasih kepada yang sentiasa bagi support kat blog Towmater ni J
Sayang selalu..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

KUAH KACANG DAN CUCUR KURMA..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Menu di hujung minggu.

 

 

Hari ni kesibukan teramat sebab dah bape hari tak sehat dan kerja tertangguh. Alhamdulillah dah semakin sembuh, dah ade kekuatan untuk menjalankan segala tanggungjawab.

 
Azizul Hakim..? Masih meraung di pagi hari. Hari Ahad lepas mama hakim dan Incik Joni dah pun menjalankan misi memburu beberapa buah taska di kawasan SS14/SS15, USJ9/USJ14 dan kawasan-kawasan yang mama hakim lalui masa pegi dan balik keja.

 
Insya Allah berkesempatan mama hakim cite detail J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger