Pembaca Blog Setia

Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Tuesday, 20 May 2014

Majlis Perkahwinan Adik Nombor Sembilan (9)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Ok mood kenduri kawen suda mari..hihihi. Ini cerita sebelah keluarga besar mama hakim tau. Kenduri sebelah lelaki minggu ni, 25 Mei 2014. Gambar memang banyak, jadi korang cuci la mata bersih-bersih ye.



Tepek gambar tuan rumah dulu. Bonda & Ayah tiri kami


Adik mama menikah hari sabtu pagi, 17 Mei 2014 kat Masjid Nurul Ehsan Taman Medan kul 10 pagi. Mama hakim tak join, sebab takleh masuk masjid. Jadi gambar adalah ihsan dari si kembar, adik pengantin yang dipost dalam group Whatsapp.




Lepas tu ada makan-makan dan persediaan untuk bersanding di malam berinai. Masa ni kan mama hakim takde (uhuk! Jangan pecah rahsia tau) tapi op kos la malam ni kami menghadirkan diri. Baju pengantin kaler purple, ahli keluarga lain ikut suka je. Majlis tahlil bermula selepas isyak, lepas tu makan makan dan makan sehingga lewat tengah malam..hihi.






Dan pada hari kejadian, bermula dengan nyanyian marhaban oleh kumpulan marhaban kawan-kawan bonda. Sedap woo suara acik-acik ni mendayu-dayu berzikir dan berselawat. 




Selepas habis bermarhaban, dah menjelang tengahari pun. Maka acara makan-makan pun bermula. Ramai yang datang tapi silih berganti. Takde la sekali serbu je kan..hehhee. Tugas mama hakim time ni adalah pegang beg 'mbecek' ataupun salam kaut atapun angpau yang diberi oleh tetamu yang datang. Terima kasih sangat-sangat tau..baik hati betul diorang ni semua. Senang tak keja mama hakim? kih kihhh.. susah tau! Penat berdiri seharian di samping menjaga amanah dari bonda. Dah dah meh layan gamba pulak.




Kul 12.30 tengahari kompang pun berbunyi dan pengantin di arak ke pelamin. Comey tak? Ada yang kata muka adik yang ni macam mama hakim. Tapi bagi kitorang adik beradik sume kata lain je takde yang sama pun..hihihi. Baru nak feeling jadi perantin tau!




Lepas tu korang layan la gambar kami adik beradik ye. Masa nak amik gamba keluarga, macam nak roboh pelamin penuh ngan kitorang je. Bayangkan lah, adik beradik je 11 orang campur ipar duai dan anak cucu lagi? Fuhh menjejes peluh photographer tu nak susun kitorang tau.



Mama hakim dan si kembar


Mama hakim ngan akak ipar (maklang) 


Gambar family dari IG sikembar


Suasana memang sangat meriah sebab kami adik beradik je dah cukup ramai..hihihi. Cuaca pun ok je tak panas tapi takde la hujan lebat, sekadar renyai-renyai menyejukkan je. Gambar family tu tak cukup orang tau. Maklong, adik nombor 7 dan nombor 8 tak masuk. Almaklum dah masing-masing sibuk, tak sempat nak panggil semua.

Insya Allah, kalau takde apa-apa aral ahad ni kami ke keluarga belah lelaki pulak. Tak jauh pun, sebelah taman je. Yang tu nanti cerita lain ye. Banyak lagi gambar lain, nanti mama hakim nak abadikan kat sini sikit-sikit. Ini pun jenuh pilih gambar dalam henpon sendiri tau! Tunggu dari kamera dan henpon yang lain pulak.


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 19 May 2014

Cerita Minggu Lepas Yang Super Duper Hectic..!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sebenarnya sepanjang minggu lepas mama hakim tersangat lah huru-hara. Since monday, sakit perut dan ceri beri then sister’s wedding preparation lagi. Tiga hari flat terbaring je tak mampu buat apa-apa. Mujurlah Incik Joni biasa ke dapur, mama hakim cuma bagitau dari jauh je ape yang nak di masak.

Hari Rabu, cikgu Azizul Hakim pulak bagitau pasal nak adakan Sambutan Hari Guru pada Jumaat pagi. Jadi, ku heret si chentahati ke kedai buku cari kad dan cederahati kecik. First time kan, si anak nak sambut Hari Guru..kikikii. So kad di buat dengan kreativiti si anak je. Cikgu ade lima orang, bising la mulut Azizul Hakim cakap ‘nenat la mama, nenat dah tangan akim ni’. Jenuh suruh dia habiskan tulis dan hias semua kad.

Lepas tu rushing plak ulang alik rumah mak untuk tolong apa yang patut. Sekali lagi Alhamdulillah rumah mak dekat je. Penatnya jangan cakaplah..hihi. Tapi mama hakim kan ramai adik-beradik, keluarga besar jadi takde la terasa sangat bila dah dibahagikan kerja bersama. Pastu selit pulak Blogger Movie Day Out bersama Bro Framestone di petang Sabtu..! Sempat lari dari kenduri kan..hahaha. Mampus kalau ade adik beradik yang baca nih..

Dah namanya majlis perkahwinan pastila meriah sangat..haha. Mama hakim bagi teaser je dulu okey. Nanti baru cerita penuh pasal kenduri dan pasal Blogger Movie Day Out. Kena amik aura dan semangat nih sebab kedua-dua nya pun happening dan meriah..!

Nah belanja gambar dulu seketol dua..hihi. 



Yang beramai-ramai sampai tak muat frame ni, of coz la Movie Day Out. Takyah cari mama hakim, ramai sangat tak nampak pun terselit je kat belakang..haha.



Yang ini adik mama hakim bersama bonda ayahanda dan makpak mertua dia. Sebelah kami semua berbaju biru..!




Sampai jumpa lagi..wassalam.

Saturday, 17 November 2012

WEDDING DINNER...!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Cerita agak basi, tapi nak dikongsi sebagai kenangan. Bukan mudah kami nak berkumpul macam ni. Kami-kami semua dari Asrama Toh Puan Norashikin batch 1996 – 2000. Tapi mama hakim kat sana sampai 1999 je.

 
Inipun kisah hari Sabtu 10.11.2012. Alhamdulillah salah seorang kawan selamat dinikahkan bersama pasangan pilihan hati nyer. Diorang ni bercinta senyap-senyap je, kawan-kawan memang tak kenal siapa bakal suami dia tu sampai ler ketika hari bersejarah buat mereka ni J

 
Penuh bersejarah buat mama hakim gak sebab first time drive sensorang dalam ujan lebat bertemankan co-pilot yang tak reti duduk diam! Memang sangat mencabar..! Rasa nak nanges dan nak patah balik pun ade, tapi diteruskan perjalanan sebab berkonvoi ngan member lain..huu.

 
Ok takmo bebel panjang-panjang, layan ler gamba yang disedut dari FB ni. Tema untuk kawan-kawan kate nyer pastel pink tapi ade berbagai pink dan kaler pun..hihi.



 
 
Si kecik yang giler glamer ni..
Kalau pakai Kodak dah gerenti penuh dek gamba dia jer!
 
 

 
Dia lagi.. Amboii..
 
 
 
 
Ini ler pengantin yang dirai J
 
 

Kami yang kecoh bersama ‘handbag’ memasing.
Walau di mana tak kira bila, kami tetap macam ni, dengan cara kami.
 
 
 
Ini pun masih belum cukup tau. Ade ramai lagi sebenar nyer. Memasing sibuk dengan anak kecil segala tapi masih tetap orang yang sama bila berkumpul. Tuan punye gamba ni adalah Firza Liyana @ Fizzy yang paling kiri bergambar dengan pengantin. Dia ni memang photographer untuk Awanblu. Gi ler jengok-jengok kalau free ye. Mane tau ade sape-sape yang perlukan perkhidmatan photographer professional J
 
 
 
Bila tengok balik gambar-gambar ni, terasa rindu sangat kat korang semua..!
Tak puas jumpa sekejap sangat rasa malam tu. Entah bila bole berkumpul macam ni lagi kan..
 
 
p/s: ‘Handbags’ refers to our babies..hihi
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger