Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Wahh
siap ada tips bagai. Mama hakim nak letak dalam blog ni sebagai panduan diri
sendiri jugek..hehe Sebab I kan sedang ehem ehem.. merancang untuk menambah ahli
keluarga..hihihi. Apa yang mama hakim kongsikan kat sini, hasil dari pencarian
maklumat ehsan Encik Google dan group ibu ibu yang melambak kat Facebook.
Senang nak baca bila dah compile kan sekali kat sini.
TIPS
1 – MENJAGA PEMAKANAN
Of course ini paling penting. Kenapa? Sebab dari makanan lah terhasilnya sel-sel dan darah daging kita. Dan juga pemakanan yang seimbang dan sihat akan menjamin berat badan yang ideal.
·
Pilih makanan yang mempunyai kandungan anti
oksidan yang tinggi.
·
Elakkan kafein, minuman bergas dan berais
·
Elakkan sayur-sayuran yang ‘sejuk’ dan ‘berangin’
seperti pucuk ubi, kacang panjang dan kobis
·
Jus buah-buahan tanpa gula memang bagus
tapi elakkan nenas dan tebu ye sebab diorang ni ‘tajam’
·
Elakkan juga makan laksa sebab orang
tua-tua kata bunga kantan kat dalam tu juga agak ‘tajam’
·
Banyakkan makan sayuran hijau dalam hidangan
harian dan juga ikan (cold water fish is the best for fertility)
TIPS
2 KETAHUI NUTRIEN PENTING
Antara
nutrient penting yang perlu diambil oleh bakal-bakal ibu
·
Vitamin E – Membantu meningkatkan kesihatan
sperma dan kesuburan lelaki. Juga membantu penghasilan telur yang sihat untuk
wanita. Sumber antioksidan terbaik yang mengurangkan kerosakan sel disebabkan
radikal bebas dan penuaan.
·
Vitamin D – membantu dalam penghasilan hormone
dan proses ovulasi
·
Vitamin C – menbantu meningkatkan tahap
hormone dan kesuburan wanita dan juga lelaki. Mengurangkan risiko keguguran.
·
Iron – Elemen penting dalam kesuburan dan
kesihatan ketika mengandung.
·
Asid folik – Rasanya semua orang tau akan
kepentingan Asid Folik. Kekurangan Asid Folik boleh menyebabkan kelahiran
pramatang, kekurangan berat badan bayi, spina bifida(tulang belakang), cleft
lips (sumbing) dan banyak lagi komplikasi ketika mengandung
·
Zinc – Bagi wanita, Zinc bekerjasama dengan
lebih dari 300 enxim dalam badan bagi memastikan segala fungsi berjalan dengan
baik. Dan bagi lelaki, Zinc terbukti membantu meningkatkan kuantiti sperma yang
sihat dan berkualiti.
·
Selenium – antioksidan penting yang
melindungi sperma dan ovum dari serangan radikal bebas yang boleh menyebabkan
kerosakan pada kromosom
·
Omega 3– mengandungi DHA dan EPA membantu menstabilkan hormone dalam badan dan
meningkatkan kualiti uterus dengan melancarkan perjalanan darah ke system reproduktif.
Akhir
sekali yang paling penting ialah MINUM AIR MASAK DENGAN MENCUKUPI. Selain
membantu menyahtoksin, air juga membantu semua nutrient yang diperlukan
menyerap ke dalam badan dengan baik.
Cukuplah setakat ini dulu tips mama hakim kongsikan. Panjang-panjang sangat nanti lenguh korang nak baca. Di lain entry nanti mama hakim kongsi tips penjagaan kesihatan bagi yang merancang untuk hamil.
SUMBER UTAMA
SUMBER UTAMA
Sampai jumpa lagi..wassalam.
2 komen:
As salam dear,
Awalnya bangun pagi prepare fo sahur ye :))
Marya doa mama Hakim cepat2 dpt adik utk Hakim... Ameen ya Rab... Selamat bersahur & berpuasa :)
kepada sesiapa yang nak mencuba boleh ambil set shaklee ni kan?
Post a Comment