Pembaca Blog Setia

Showing posts with label WAHM. Show all posts
Showing posts with label WAHM. Show all posts

Thursday, 8 January 2015

Kisah Mak Mak : Semakin Ditegah Semakin Menjadi-jadi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Dah nama pun blogger mak mak, mesti la terselit kisah mak mak jugak. Lama pulak tak de cerita kehidupan seorang emak yang duduk rumah sepenuh masa ni..hihihi


KISAH SEORANG MAK
Sumber : Facebook


Cer tengok gamba tu.. Mengaku tak korang pun jenis Asian Moms tu kan? Mengaku cepat! Hahaha.. Kadang-kadang anak-anak ni bukan boleh ditegah kan, lagi kita cakap JANGAN, TAK BOLEH, lagi la diorang nak buat. Sebab tu la bole keluar ayat cemtu “haa..lari la lagi..lari lah” ataupun ayat biasa “lompat la lagi, lompat tinggi-tinggi lagi..”

Tapi mama hakim tahu, disebalik kata-kata yang macam ganas tu mak mak ni sebenarnya sayang sangat-sangat kat anak-anak syurga ni kan. Amanah Allah kepada kita.


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Sunday, 30 November 2014

Dilema Anak Susah Makan Dan Mudah Jatuh Sakit Di Taska, Cegahlah Sebelum Parah!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Dilema anak-anak susah makan dan mudah jatuh sakit ni memang selalu menghantui ibu ibu berkerja kan.. Dulu zaman mama hakim bekerja di pejabat pun macam tu jugaklah. Dalam sebulan sekali tu mesti ada je selsema dan batuk. Yang paling membimbangkan bila selera makan si anak pun turut merudum. Apa lagi, makin kurus keding la dia..

Sebenarnya bila anak susah makan, kita boleh cuba pelbagai resepi ringkas dan mudah yang di ubah sikit mengikut selera anak. Atau sediakan hidangan yang penuh dengan warna untuk buat si anak tertarik mencuba.

Anak mudah jatuh sakit tu memang tak boleh kita nak elakkan bila duduk di taska. Ye la kan.. macam mana kita nak kawal pergaulan anak dengan kawan-kawan dia. Budak-budak ni bila dah berjumpa memang seronok bermain sama-sama. Bila ada yang bersin atau batuk, memang la mudah nak berjangkit.

Jadi cara yang terbaik, kita yang kena pastikan badan si anak cukup dengan nutrisi yang diperlukan supaya sistem imun badan juga meningkat dan susah untuk dijangkiti penyakit.  Mama hakim nak kongsikan pengalaman dua orang ibu yang satu masa dulu pun pernah merasa risau sebab anak susah makan dan mudah jatuh sakit ni. Jemput tengok ye.


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Bila badan anak sihat, cergas dan cerdas ibu ibu pun boleh bekerja dengan baik dan lebih efisyen.


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 28 November 2014

Perjuangan Belum Berakhir.. Hingga Ke Saat Yang Terakhir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Salam hari Jumaat buat semua pembaca TowMater. Penghujung bulan, semua SID akan mengalami kesibukan melampau..hahah. SID tu Shaklee Independent Distributor lerr.. Hujung bulan, nak closing akaun, nak monitor progress anak cucu dan juga nak layan mesej-mesej customer yang nak beli supplement sebab dah gaji kan..



Maka untuk semua SID di luar sana, mama hakim ucapkan All The Best okeh! Perjuangan belum berakhir, ade berpuluh ribu saat lagi sebelum jam 12 tengah malam 30 November 2014. Teruskan berkongsi kebaikan, teruskan berkongsi manafaat dan teruskan membantu semua yang memerlukan!


Sampai jumpa lagi..wassalam.


Tuesday, 18 November 2014

Fighting The Demon Inside You

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


“The hardest battle in life is fighting with your own demon, the small inner voice inside your head. But still you have to force yourself to be a better you each and everyday..”

Setuju tak? Setuju tak? Memang susah nak bangkit, nak lawan nafsu dan amarah sendiri kan.. Sebab apa? Sebab yang menghalang kita tu pun adalah sebahagian dari diri kita sendiri. Sebahagian kecil yang sengaja taknak lihat kita maju ke hadapan.


Sumber : Google


Maka bangkitlah, ucap terima kasih kepada ‘suara kecil’ tu dan buktikan yang dia salah tentang kita! Kita mampu lawan apa jua halangan dan kekangan yang diri kita sendiri bina untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan berjaya dunia dan akhirat, Insya Allah..


Sumber : Google



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 12 November 2014

La Tahzan.. Innallaha Ma'ana

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sebagai seorang manusia kan, kita tak lari dari perasaan sedih, kecewa dan rasa patah hati. Kadang-kadang perasaan tu berpunca dari seseorang atau sesuatu yang terjadi dan kadang-kadang ianya berpunca dari diri sendiri. Memang tak salah merasa sedih atau kecewa, cuma kalau boleh janganlah ia dibiarkan berlarutan pula..

Dalam keadaan yang sedih, sebaiknya kita kembali kepada Yang Maha Pencipta. Jumaat lepas mama hakim ada tengok rancangan Tanyalah Ustazah dan Ustazah Norhafizah cakap, merayu dan mengadulah hanya pada Dia. Merintih dan menangis lah sekalipun, Allah kan Yang Maha Mendengar dan Mengetahui.

Beberapa hari lepas mama hakim berbicara dengan seseorang yang sedang rasa sedih. Sedaya upaya mama hakim cuba naikkan kembali semangat dia sebab mama hakim tahu, dia memang seorang yang sentiasa bersemangat dan ceria. Moga-moga keadaan dia bertambah baik hari ini dan seterusnya.


Sumber : iluvislam.com

Sebenarnya, ada beberapa cara yang boleh kita lakukan bila kita rasa down dan sedih ni. Mama hakim nak kongsikan agar ianya memberi manafaat kepada semua. Semoga kita kembali gembira dan bahagia, takmo bersedih lama-lama.

Yang PERTAMA, cuba bantu orang lain yang dalam kesusahan. Dengan membantu orang lain, hati kita akan lebih bersyukur ‘Alhamdulillah, rupanya masalah kita takde lah seberat mana nak dibandingkan dengan orang lain’. Bantu dengan cara memberikan idea atau nasihat yang baik pun boleh. Kalau takde orang yang perlu dibantu disekeliling kita, cari sampai jumpa. Zaman Google ni senang je kan?

Yang KEDUA, hubungi mak ayah atau ahli keluarga kita. Bukan untuk mengadu masalah tapi cukuplah sekadar mendengar berita tentang mereka. Tanya khabar mereka, tanya mereka sedang buat apa. Kalau hubungi mak, tanya mak masak apa. Kadang-kadang perbualan ringkas macam tu pun  dah boleh memujuk hati kita yang lara..

Yang KETIGA, bersedekah terutama kepada kanak-kanak. Tak semestinya disini bersedekah duit pada fakir miskin atau peminta sedekah di tepi jalan. Memberikan sesuatu pada anak syurga kita pun boleh. Atau anak-anak jiran yang rapat. Senyuman tulus di wajah mereka memang akan membuatkan kita pun sama gembira.

Sumber : hayyatalinsan.blogspot

Cukuplah tiga cara mudah menggembirakan hati sendiri ni kan? Lainkali mama hakim kongsikan cara lain pulak. Tak susah sebenarnya nak hilangkan perasaan sedih tu, bantu dan gembirakan orang lain maka insya Allah kita juga akan lebih gembira.

Korang ada cara yang lain untuk merasa lebih bahagia? Meh la berkongsi dengan mama hakim.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 11 November 2014

Tips Mudah Buat Ibu-ibu Yang Runsing Anak Asyik Menangis Minta Dibelikan Jajan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Jajan ni kan termasuklah keropok berperisa, coklat, gula-gula dan lollipop. Siapa ibu-ibu kat sini yang ada anak gemar makan junkfood atau jajan ni? Budak-budak kan, bukan boleh ditahan-tahan kalau mereka nakkan sesuatu. Ada yang asyik menangis minta dibelikan jajan nih setiap kali kita singgah ke kedai.

Sebenarnya mama hakim nak bagitau tips mudah ‘ceraikan’ anak dengan jajan. Cara mudah dan senang je supaya mak-mak ibu-ibu tak serabut nak sediakan ‘pengganti’ jajan nih. Semoga tips ni memberi manafaat bersama dan tiada lagi aksi si anak asyik menangis meminta dibelikan jajan.

Cara PERTAMA, gantikan jajan dengan buah-buahan yang berwarna-warni contohnya betik, tembikai merah dan tembikai susu. Potong kecil-kecil dan cucuk seperti sate secara selang seli warnanya. Tapi yang ini sesuai untuk yang berumur 4 tahun ke atas ye. Kalau untuk anak yang lebih kecil, potong dan campurkan sekali dalam mangkuk. Biar nampak seperti fruit salad gittew..hihi.

Cara KEDUA, tukar jajan kepada snek yang manis-manis. Ini bagi yang gemarkan gula-gula dan coklat. Tukarkan kepada kurma, kismis, buah prun kering atau apricot kering. Lebih kurang yang macam brand Sunsweet tu.. Kan ke lebih berkhasiat? Maka akan berkurang lah siri anak asyik menangis meminta jajan.

Cara KETIGA, bagi yang suka makan keropok berperisa dan masin tu gantikan dengan kekacang (tapi yang ini kena pastikan anak-anak tak alergik ye). Boleh gantikan dengan roasted almond ke, gajus ataupun pistachio.

Dan cara KEEMPAT dan terakhir, yang ini memerlukan extra effort dari si ibu. Apa kata kita buatkan sendiri nugget ayam, donut atau biskut yang simple-simple tapi penuh kasih sayang. Google resepi ringkas dan mudah, dan yang paling best sekali kita buat bersama-sama dengan anak. Mesti diorang teruja sebab diberi kepercayaan oleh si ibu dan bole sediakan makanan sendiri. Dah tentu mereka lebih menghargainya kan.

Semoga tips mudah dan ringkas ini dapat memberi sedikit panduan kepada ibu-ibu yang runsing anak asyik menangis setiap kali singgah ke kedai sebab minta dibelikan jajan. Sharing is caring kan..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 3 November 2014

Jalinan Ukhwah Terindah Dalam Bisnes Shaklee

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Perbincangan dalam Whatsapp group Shaklee kemain rancak tengahari tadi. Semua memberi semangat dan aura positif sesame sendiri. Saling mengadu dan menyokong, pinjam meminjam bahu tu memang biasa..hihi. Hubungan kami erat macam sahabat yang kenal dari kecil lagi tau.. Inilah indahnya bisnes MLM Shaklee bersama kami ni. Boleh dapat sahabat dunia akhirat sekali.

Entah di mana lagi mama hakim nak cari support group sehebat ini. Perbincangan kami bukan pasal duit semata-mata tapi pelbagai teknik dan cara merapatkan diri dengan Yang  Esa. Malah, jujur mama hakim katakan, sejak berShaklee dengan mereka-mereka ni mama hakim lebih konsisten bertahajjud. Kami ade seorang mentor yang dipanggil ‘Mak’, supaya lebih mesra dan dekat dihati. Padahal ‘mak’ kami tu masih muda, cantik jelita lagi..hihihi.

Inilah salah satu sebab mama hakim setia bersama Shaklee. Selain daripada produk yang hebat, peluang-peluang yang menarik, kami dapat menjalinkan ukhwah dan berkasih sayang Lillahi Taala. Pengharapan dan kebergantungan kami hanya pada ALLAH swt. Tiada guna segala usaha yang dilakukan jika tidak meletakkan sepenuh pengharapan dan doa kepada ALLAH swt.

Jaga hubungan kita dengan ALLAH, maka ALLAH akan jaga hubungan kita sesama manusia.


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 31 October 2014

Perbuatan Yang Membawa Kepada Kebahagiaan?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hampir sebulan mama hakim tinggalkan blog kesayangan nih..huuu. Kesian dia abis berabuk! Fuhhh..fuhh kasi tiup skit itu habuk..

Mama hakim ada satu perangai yang suka-suka beli makanan lebih bila ke kedai atau gerai jual kuih muih tu. Maksudnya, bila nak makan karipap yang berharga 3 RM1, mama hakim bungkus lagi RM2 untuk orang lain. Siapa? Mama hakim akan bagi pada sesiapa je secara random.

Selalunya, mama hakim akan bagi kuih, roti, air mineral atau 100plus pada acik cleaner, pengumpul troli kat pasaraya, pakcik guard ataupun pencuci kat carwash.. Saja suka-suka bagi kat diorang untuk minum petang (biasanya).

Kalau time bulan puasa lagi best sebab ada bazar Ramadhan kan, beli je kuih muih atau makanan dari bazar dan bagi pada sesiapa yang mama hakim jumpa dalam perjalanan balik. Walaupun kadang-kadang diorang kelihatan terkejut tapi tetap ambil makanan tu dan senyum!

Itu je dah cukup buat mama hakim rasa seronok. Semacam ada suatu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Semoga Allah izinkan mama hakim kaya dan berjaya supaya mama hakim dapat beri lebih lagi kepada lebih ramai orang di luar sana.

Tujuan mama hakim taip entry ni bukan lah nak membangga diri, tapi sebagai perkongsian bahawa betapa mudah kita mendapat kebahagiaan hanya dengan membantu dan membahagiakan orang lain..kan?

Kesayangans semua ada cara lain tak yang boleh membahagiakan orang di sekeliling kita? Meh la kongsi bersama..


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 30 September 2014

Promosi Berganda September 2014 : Meal Shakes dan Collagen Powder Shaklee

Entry Melekit sehingga 30 September 2014
Scroll ke bawah untuk entry terbaru.
Terima kasih!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Bulan September yang paling bahagia tau ni uolls..!! Sebab Shaklee bagi PROMOSI BERGANDA tau! Pertama kali dalam sejarah mama hakim sejak join Shaklee hampir 2 tahun lepas. Promosi berganda yang bahagia ni khas untuk seisi keluarga. Meal Shakes beli 3 PERCUMA 1 dan Collagen Powder Shaklee beli 6 PERCUMA 1. Best kan? Best kan? Of kos la.. berbunga-bunga hati bila tau ada promo berganda ni.

Sebab apa mama hakim cakap promosi ni untuk seisi keluarga? Sebab MEAL SHAKES ni multivitamin dalam bentuk minuman yang boleh dinikmati dari anak kecil berusia setahun ke atas sehingga lah mak, pak, mertua, nenek, atok semua. Sesuai sangat bagi mereka yang jenis TAK BOLEH NAK TELAN PIL ATAU TABLET.


PROMO MEAL SHAKES


COLLAGEN POWDER ni pun sangatlah banyak kebaikannya tau. Selain untuk CANTIKKAN DAN ANJALKAN KULIT, baik juga untuk KESIHATAN SENDI. So inilah masanya untuk hadiahkan pada mak pak atok nenek semua. Mama hakim ada rahsia nak optimumkan kesan Collagen ni tau. Kalau nak tahu, meh kita bisik-bisik ye. EKSKLUSIF untuk customer tersayang ni tau..


PROMO COLLAGEN SHAKLEE


Jangan lepaskan peluang keemasan macam ni tau. Bukan selalu, sesekali je Shaklee buat promosi berganda macam ni! Jangan lupa hubungi mama hakim bila-bila masa untuk KONSULTASI SEPENUHNYA.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 11 July 2014

Perkara Yang Kita Kata Kita TAKKAN LAKUKAN BILA DAH ADA ANAK, Tapi Sebaliknya..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Secara jujurnya kan kita yang dah jadi mak mak ni mesti ada sebut beberapa perkara yang kita TAK MAHU LAKUKAN atau TAK MAHU TERJADI pada anak  kita SEBELUM kita ada anak. Topik ni mama hakim dapat dari blog Humbledhomemaker.com tau. Bila baca perbincangan mak mak pasal benda ni memang terasa hati sangat..haha. Sebab bila dah ada anak, kita pulak buat dan alami perkara yang kita taknak sebelum tu.

Yang PERTAMA, dalam otak dah siap-siap set kan nak diaper free si anak bila berumur 2 tahun. Dah takmo fikir pasal duit beli pampers lagi kan. TETAPI, Azizul Hakim dah berumur 4 tahun dan masih nak memakai pampers..haha. Bukan dia tak paham dan bukan mama tak ajar tapi alasan dia ‘takmo pegi toilet’. Adeh!

Yang KEDUA, sekali lagi dah set kan yang bila si anak berumur setahun nanti akan diasingkan tidur. Ye la bawah setahun kan masih kecil dan menyusu sepenuhnya. Konon-konon lah..hihi. Macam la si anak tu robot yang boleh diprogramkan ikut kehenadak hati mak ayah kan..

Yang KETIGA, akan pastikan si anak MAKAN HANYA DI MEJA MAKAN. Bukan kat tempat dia bermain, bukan atas katil atau dalam kereta. Tapi sekarang ni tiap kali mama hakim kemas mainan anak, wajib bawak kain lembab (ke lembap?) sekali untuk lap kesan coklat, biskut atau air yang melekit-lekit. Dalam kereta? Penuh dengan habuk biskut ataupun plastik makanan dan minuman. Adeh lagi sekali!




Yang KEEMPAT, bila tengok anak orang lain yang berlari berguling main kat shopping mall terus pegang perut (masa tu tengah pregnant) siap pesan kat baby dalam tu jangan ikut perangai abang akak tu ye. TAPI, bila mama hakim berduaan shopping ngan Azizul Hakim, dia siap bukak kasut kat luar kedai, main celah-celah baju atau teraburkan susunan kasut. Hahahha..yang ni memang kena ketawa kuat sikit (ketawakan diri sendiri)

Actually list mama hakim memang panjang sangat tau! Nak bagi anak duduk dalam car seat sepanjang masa memandu, nak bagi anak makanan yang sihat aje, takmo marah-marah sambil tinggikan suara kat anak, takmo membebel and the list go on and on..hihi.

Mama hakim pasti banyak lagi yang mak mak lain pernah fikirkan untuk anak masing-masing dan semuanya pasti nak yang terbaik. Tapi kita bukan lah seorang yang sempurna kan. Baik pada mata kita tak semesti baik pada pandangan orang lain. Dan anak-anak tak dilahirkan bersama dengan manual atau guide book. Setiap seorang adalah unik dan lain. Dan setiap seorang ‘mengajar’ kita sesuatu yang baru setiap hari.

Ada tak mommies yang nak share perkara yang kita kata kita takkan lakukan bila dah jadi mak tapi akhirnya kita buat jugak?



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 10 July 2014

Saat Kepala Dah Rebah Ke Bantal..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Korang semua biasa tak berangan sebelum tido? Atau baring sambil bayangkan list-to-do untuk hari esoknya. Takpun bila letak kepala atas bantal je tak sempat nak berangan atau fikir apa-apa dah terus terlelap? Yang last tu konpem sebab penat sangat tu kan..hihi. Tapi kadang-kadang tak jugak bole terus terlena, biasanya bila badan terlalu letih la kita rasa macam susah nak lelap. Lagi macam-macam yang bermain dalam otak ni ha..

Mama hakim paling geram kalau dah standby golek-golek ngan si chentahati, siap baca doa semua tapi otak masih nak bekerja. Masa tu la idea duk datang mencurah-curah, ilham datang berderet-deret. Sampaikan ade perasaan nak bangun terus buat kerja semula. Ishh ishh.. Sebab tu la henpon kena sentiasa ada di sisi. Terus masukkan semua dalam notes, so esoknya takde la terkebil-kebil memikirkan balik apa yang nak dibuat..hihihi.

Mama hakim suka guna Color Note ni. Selain bole tagging ikut warna dan priority, boleh buat checklist, reminder dan macam-macam lagi lah. Dah jadi macam organizer mama hakim dah tau. Gamba kat bawah ni dari google je. Lebih kurang macam ni la contohnya..




Yang penting, boleh sync melalui gmail so kalau tukar henpon takde la gigih kena salin balik satu persatu. Sync je nanti semua notes akan ade balik kat henpon baru. Korang suka guna apps apa? Cuba share kalau ada yang lagi best..!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 4 July 2014

5 Sebab Anda Wajib Berdaftar Sebagai Pengedar Shaklee Dengan Team Magnifique

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Semenjak fenomena Shaklee melanda negara ni, ramai benor dah SID (Shaklee Independent Distributor) atau pengedar Shaklee bagai cendawan tumbuh lepas ujan kan. Ramai sungguh! Tahniah mama hakim ucapkan sebab dah berjaya mendaftar walau dengan siapa pun. Tapi apa yang mama hakim nak bagitau ni, selain dapat kelebihan dari Shaklee sesiapa yang mendaftar dengan Team Magnifique mama hakim ni wajiblah mendapat lebih dari sekadar ID je.


PENGEDAR SHAKLEE


Sebab yang PERTAMA, SID dalam team Magnifique akan diberi tunjuk ajar dari hal yang paling asas sampaila dapat membina satu empayar yang kukuh! Selain cara pengiraan point uv dan bonus tunai, bonus kereta, pelancongan 5/6 bintang dengan Shaklee, dan KHAS untuk bulan JULAI ini saja ada DUIT RAYA TAMBAHAN dari Shaklee tau! Kami ada FB group dan juga Whatsapp group untuk memudahkan perantaraan info dengan cepat dan tepat.

Sebab yang KEDUA, team kami ade support group dari nenek moyang jelita yang tak pernah kedekut turunkan segala ilmu. Mama hakim pernah cerita pasal program JOM HEBAT kan.. kat tempat lain ade? Malah ada program-program santai seperti Family Day dan sesi coaching one to one.

Sebab yang KETIGA, selain belajar pasal produk semata kami juga ada kelas-kelas asas blogging dan FB Ads. Nak berjaya kena la ada usaha menambah ilmu kan. Tak seperti MLM lain, kelas-kelas ni korang bole join TANPA PERLU MENINGGALKAN RUMAH DAN ANAK PUN. Sambil-sambil lipat kain dan susukan anak pun bole dapat ilmu tau secara online dan webinar.

Sebab yang KEEMPAT, matlamat UTAMA team kami adalah membantu orang lain menambah baik nilai kehidupan. Bukan sekadar dapat bonus gemoks di setiap tengah bulan tapi juga dapat membayar zakat dan bersedekah dengan lebih tanpa rasa ragu-ragu.

Dan sebab yang KELIMA, sebab kami mempunyai mentor yang hebat-hebat. Yang sentiasa memberikan motivasi dan kata-kata semangat. Saling membantu dan menyokong ahli-ahli dalam team. Malah kami ade web portal sendiri (ireach.com.my) untuk dijadikan panduan penuh dalam berShaklee.


PENGEDAR SHAKLEE


Masih tertanya-tanya nak join di bawah empayar yang mana satu?
Masih terfikir-fikir nak mendaftar dengan group yang mana satu?
Hubungi saya untuk PERTANYAAN LANJUT tentang kelebihan untuk berada bersama Team Magnifique.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 24 June 2014

Bila Si Chentahati Taknak Gi Taska

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Hari ni, pagi-pagi lagi dah bersilat kat dapur..hahaha. Suka mak mak guna istilah ‘bersilat’ ni kan. Alkisahnya si chentahati takmo gi taska. Bangun tido pagi tadi terus cari abah dia ‘mama..abah mana?’ Lepas tu bila suruh dia bangun mandi selamba je dia jawab ‘hakim taknak pegi sekolah la mama, hakim nak duk umah je ni. Mama buat milo anash (panas) ye’ Amboiiii siap tambah order okey! Sabo je mama dia ni.

So sebab tu la mama hakim terus ke dapur. Buatkan milo pastu terus keluarkan ikan dan ayam (sebab takde idea nak masak apa). Lepas siap cuci beras, letak kat cooker, mama hakim buat sup cendawan dulu. Jangan tak tau, hidangan yang lengkap untuk Azizul Hakim MESTI ada sup, sayur dan ikan/ayam. Kalau tak cukup, jenuh nak jawab kat dia.. Tengok dalam peti sejuk ada meatball, so masukkan sekali dalam sup cendawan.

Azizul Hakim ni jenis yang pemakan. Asal saja kena dengan selera dia. Mujurlah setakat hari ni masakan mama dia diterima..haha. Dah ada favorite dish pun tau, antaranya daging black pepper, sambal ikan bilis kering, ayam goreng mama (sebab resepi sendiri je..hihi), sup sayur dan bebola, sambal sardine.. Kalau ada lauk-lauk ni memang makan bertambah-tambah. Membuang pun berkali-kali..hahaha.. Sikit sangat yang dia simpan kot, pasal tu la badan menten je gitu.

Masa untuk buat kerja, siap pesan dah ngan Hakim ‘jangan kacau mama buat kerja tau’ jawab dia ‘okey mama.. mama duduk je. Hakim tak kacau’. Harap bertahan lah..tapi rumah dah pastinya macam tongkang pecah! Hihihih..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 18 June 2014

Pengalaman ohSem Seorang Mama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Pengalaman menjadi seorang mama, mak, ibu, ummi memang tak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit ataupun sesuatu benda. Takde yang lebih bernilai dan berharga daripada melalui pengalaman seorang ibu kan..



image



Walau apa pun keadaannya, it is an AWESOME experience.

p/s: mula la gatai nak rindu-rindu zaman Azizul Hakim baby, zaman dia tak tido malam, zaman dia kencingkan mama sebelum sempat pakaikan pampers, zaman dia asek mengempeng je..wuwuwuuu.


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 17 June 2014

Keikhlasan Dalam Berniaga Atau Hanya Kerana Keuntungan Semata

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Mama hakim kan, ade tempat favorite baru tau untuk beli barang basah **itupun nak bagitau ke**. Alkisahnya sebelum ni mama hakim selalu beli kat kedai runcit peniaga Melayu yang sangat dekat ngan umah. Mungkin disebabkan dekat, jadi mama hakim buat tak tau je la dengan keadaan kedai yang agak kotor dan berlalat. Lantainya berair, dan barang-barang tak bape nak fresh termasuk sayur yang layu dan ikan yang sakit mata je.. (fakta sedih) Biasanya mama hakim dapat beli ikan atau sayur untuk dua tiga kali masak je.

Sampaila satu hari, bila tempe yang biasa mama hakim beli dengan harga RM1.20, saiz lebih kurang 4inci x 4 inci (lebih kurang je) menjadi saiz 4inci x 3inci naik harga ke RM1.50. Saiz makin kecik tapi harga makin mahal. Apekah? Sebagai mama yang kuat membebel, terpaksa la Incik Joni tadah telinga dengar mama hakim meluahkan perasaan pasal kedai tu. Abis bebel, Incik Joni cakap ‘gi kedai lain la mama, jauh skit takpe bukan jalan kaki pun.’ Orang laki ni respon dia memang cemtu kan..hihihi.

Jadi mama hakim mula la gi kedai seberang jalan (siap lalu traffic light hokey) untuk cari yang lebih memuaskan hati. Terjumpa dengan kedai yang tokeynya ca ya nun alif **tak berniat nak kondem kedai Melayu tapi ini fakta yang sangat sedih**. First impression, bole tahan kedainya. Padat dan penuh dengan barang tapi tersusun. Ikan dan ayam kat bahagian belakang kedai. Sampai je kat tempat ikan, terus pekerja dia tanya ‘nak tolong siangkan tak kak? Akak pilih je saya siangkan’. Sambil-sambil pilih ikan dan sayur, ada lori sampai anta stok. Tokey dia dengan selamba tolong turunkan barang dan asing-asingkan dengan pekerja lain. Diorang bekerja sambil gelak-gelak ngko.. Nampak macam pekerja dia memang di layan dengan baik.




Pekerja dia memang ramah, siap tolong kumpulkan barang yang kita pilih ke depan kaunter. Kalau kat kedai lama, terjerit-jerit la ngko nak mintak suh siangkan ikan atau nak kelapa parut. Selesai pilih, mama hakim gi kaunter dan tokey dia tanya ‘ini saja kak? Cukup ke ni? Ikan ni tak mau siang?’ Mama hakim angguk dan senyum je. Siap asingkan ikan kat plastik lain yang dilapik surat khabar.Oh lupa, pekerja-pekerja dia Melayu dan Indonesia.

Memang mama hakim tak berniat nak sentuh sensitivity sesiapa mahupun bersiftat perkauman. Tapi kadang-kadang kita dapat tengok cara dan keikhlasan orang lain dalam berniaga. Kita sebagai pembeli dan pengguna mesti la nak dapatkan perkhidmatan terbaik kan.

Dalam hati, terus simpan niat nak jadi seorang peniaga yang disenangi orang lain. Yang ikhlas dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik buat customer tersayang. Yang baik, mestila dijadikan tauladan kan.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 16 June 2014

Berhentilah Membuat Perbandingan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Kita adalah yang terbaik yang Allah jadikan sebagai diri kita sendiri. Janganlah kita membuat perbandingan di antara hidup kita dengan orang lain. Allah jadikan kita hari ini sebab Dia tahu kita layak dan mampu memikul tanggungjawab yang diberikan. Jadi berhenti mempersoalkan cara hidup, bilangan anak atau harta orang lain.




Sebenarnya kita ada amanah dan tanggungjawab kita sendiri yang perlu ditunaikan. Laksanakan ia dengan sebaiknya untuk menjadikan diri kita mendapat hasanah (kebaikan) di dunia dan akhirat. Itu adalah sebaik-baik cara kita mensyukuri dan menghargai nikmat Allah. Tipu la kalau mama hakim kata mama hakim tak pernah cemburu tengok orang lain bercuti ke sana ke sini, berbelanja di shopping complex terkemuka dan makan-makan bersama keluarga. Lumrah manusia dilahirkan dengan perasaan macam tu. Cuma, dari sudut positif ye.

Kalau kita salurkan perasaan jelly melly kita tu ke arah yang positif, maka kita akan berusaha sehabis baik untuk mendapat atau buat perkara yang sama jugak. Kita akan bekerja keras demi memastikan kita juga dapat gi bercuti dan berjalan bersama keluarga. Semestinya kita akan menunaikan semua tanggungjawab kita sehabis baik dan sehabis daya.

Jadi, jangan bandingkan dan hina diri sendiri. Ianya seolah-olah kita menghina ciptaan Allah. Ishh ishh..tak baik tu..

Muhasabah serta peringatan buat diri sendiri jugak ni..hihi.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 12 June 2014

Sebab Utama Saya 'Obses' Dengan Shaklee

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Hari-hari mama hakim update pasal Shaklee.. hari-hari cerita pasal produk Shaklee. Agak-agak korang kebosanan kot? Mama hakim tak bosan langsung..hihihi. Sebab dah jadi tanggungjawab mama hakim BERKONGSI KEBAIKAN dengan semua orang. Itulah tujuan utama mama hakim join Shaklee dulu. Mama hakim berharap boleh bantu semua orang mendapat kehidupan yang lebih baik dan sihat. Sebab bila sihat, banyak perkara yang mampu kita tunaikan. Bila sihat, kerja kita akan berjalan lancar. Bila sihat, badan kita cergas maka otak dapat berfungsi dan berfikir dengan baik.

Jom layan video ni kejap.. alaa kejap je. Video ni menjawab persoalan KENAPA MAMA HAKIM BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN SHAKLEE.




Selain produk yang selamat dan semulajadi, mama hakim ada group dan mentor yang hebat. Mama hakim rasa bertuah sebab jumpa dengan group yang betul. Yang tak jemu membimbing dan bersama-sama memajukan diri dalam Shaklee. Shaklee bukanlah semata upline goyang kaki, downline buat kerja ye. Malah ada downline dah dapat title paling tinggi iaitu Master Coordinator, melangkaui 2 orang uplinenya.. Hebat kan..!! Lagi satu yang mama hakim suka sejuta kali adalah Shaklee adalah FAMILY BUSINESS. Anak-anak boleh join mak dan ayah naik pentas amik award tau..!


MASTERS SHAKLEE


Apa yang paling penting ialah niat dan matlamat kita. Walau apa pun yang kita usahakan, pastikan niat kita adalah seiring dengan tuntutan agama. Jaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan jaga hubungan kita sesama manusia. Tak berniat pun nak bebel panjang-panjang..hihihi.



Sampai jumpa lagi..wassalam. 

Thursday, 22 May 2014

Benarkah Suri Rumah Hanya Duduk Di Rumah dan Tak Bekerja?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sebagai seorang suri rumah ni kan, mama hakim kadang-kadang terfikir apa pandangan orang lain terhadap golongan WAHM ni..hihi. Kadang-kadang je. Sebabnya memang masih ada yang cakap dengan mama hakim ‘duk umah je oklah tak penat macam orang yang pergi kerja’. Ye ke tak penat? Ye ke tak banyak keja?


WORKING AT HOME MOM


Eh? Ade yang masih belum tahu apa tu W.A.H.M? Its Working At Home Mom laa.. Zaman sekarang ni rasanya takde dah suri rumah yang hanya terikat dengan kerja rumah, semua pun dah pandai melipatgandakan kelajuan tangan membuat bermacam kerja dalam satu masa. Ada yang menjana income lebih dari encik suami sendiri. Lagipun, MOM ni kan Master Of Multitasking..!

Sebab tu sekarang ni memang dah ada macam-macam istilah tau, ada W.O.R.M. ada S.A.H.M. ada W.W.N.M dan banyak lagi lah.. Nak tau apa maksud semua tu? Meh mama hakim bisik-bisik meh..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 9 May 2014

Tips Membina Semangat Dan Sentiasa Positif

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Sekali lagi, salam penghulu segala hari. Jumaat yang mendung, sejuk dan syahdu. Alhamdulillah atas segala nikmatMu Ya Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan apa saja perancangan kawan-kawan blog Towmater hari ni.

Dalam hidup ni, memang mama hakim tak nafikan kadang-kadang kita akan rasa down dan lemah semangat. Sesekali syaitan berbisik dalam hati dan membuatkan kita menyoal ketentuan Allah ‘kenapa aku yang diduga?’ Ishh ishh.. cepat-cepat istighfar tau.

LA YUKALLIFULLAH HU NAFSAN ILLA WUS ‘AHA (Al Baqarah : 286)
“ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”

Sebab tu la kita kena sentiasa bersangka baik dan fikirkan yang positif walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Cakap macam senang kan? Insya Allah cuba dulu, baru tahu manisnya sebuah kesabaran. Mama hakim nak kongsikan tips membina semangat dan sentiasa positif. Semoga bermanafaat buat semua kawan-kawan blog Towmater ni ye.

MINAT DAN SEMANGAT
Minat akan melahirkan semangat. Bagaimana? Bila kita minat melakukan sesuatu, maka kita akan sentiasa bersemangat melakukannya. Sebagai contoh, kita memang minat membaca, jadi asal MPH atau POPULAR buat sale je mesti kita bersemangat pegi nak cari buku. Dengan minat, kita akan buat sesuatu tanpa hiraukan apa je yang orang sekeliling katakan. Jadi, berhenti baca seketika dan fikirkan apakah minat kita, hobi kita, kesukaan kita.

JATUH CINTA
Kerana cinta, kita sanggup berkorban apa saja. Atas sebab cintakan anaknya, seorang ibu sanggup mendermakan sebelah buah pinggang buat si anak. Cintakan alam sekitar, kita sanggup tolong kutip sampah yang dibuang orang merata-rata. Cintakan pasangan, kita sentiasa BERSEMANGAT nak bahagiakan mereka.
Tapi awas, jangan cintakan duit tau!


RAHSIA CERMIN AJAIB


SENTIASA POSITIF
Fikirkan hikmah dan kebaikan setiap perkara yang berlaku. Kalau kita memohon kerja di satu company yang besar tapi tak diterima, mungkin juga kerana kerjanya sentiasa banyak dan sibuk. Mungkin kalau kita diterima bekerja kita menjadi terlalu sibuk hingga melalaikan keluarga. Perancangan Allah itu lebih sempurna, kan. Buangkan kata-kata negatif dalam diri dan gantikan dengan hanya yang positif. Pandang ke dalam cermin dan katakan pada imej yang terpantul bahawa dia seorang yang hebat, positif, ceria dan bahagia.


RAHSIA CERMIN AJAIB


MELABUR PADA MINAT
Jika kita minat membaca buku, maka laburkan lah sedikit wang setiap bulan untuk membeli buku-buku motivasi dan peningkatan diri. Sentiasa upgrade diri dari semasa ke semasa. Cari buku yang boleh mengasah skill berfikir dan pengurusan masalah. Orang yang berjaya tidak lari dari masalah tetapi berdepan dengannya dan memikirkan penyelesaian.

BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF
Lihat sekeliling kita, siapa kawan-kawan kita. Kawan yang baik umpama minyak wangi, walaupun berjauhan namun baunya masih kekal. Tinggalkanlah lingkungan negative yang sentiasa menyalahkan keadaan dan orang lain. Kita layak mendapat yang terbaik kerana kita manusia hebat ciptaan Allah.

Itu saja la buat masa ni. Mama hakim menaip sambil mengingatkan diri sendiri jugak. Bila dizahirkan macam ni lebih terasa kesannya di dalam hati..hihi. Sekali lagi, semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua. Hasil penulisan ini mama hakim olah semula dari mentor tersayang, Mommy Lyna.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 7 May 2014

Wordless Wednesday #07052014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Ehem.. mama hakim mungkin hanya ada seorang anak lelaki, tapi mama hakim ada ramai anak perempuan. Salah seorang daripadanya si comel ni.




Comel sangat Amni ni.. Ramah sangat dan tak pernah lupa mama dia yang sorang ni..hihi. Mama rindu awaklah Amni. Semoga budak comel mama sentiasa sihat dan happy..!!



Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger