Pembaca Blog Setia

Showing posts with label Vitalea Iron Formula. Show all posts
Showing posts with label Vitalea Iron Formula. Show all posts

Sunday, 30 November 2014

Menyusukan Bayi Pramatang, Perjuangan Seorang Ibu Yang Sangat Tabah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Zaman sekarang ni, memang kebanyakan ibu ibu memang nak sangat menyusukan anak sepenuhnya dengan susu badan. Penyusuan menjadi lebih mudah apabila kita dapat melahirkan anak mengikut tarikh yang ditetapkan ataupun orang putih cakap full term. Tapi bagaimana pula cara menyusu anak pramatang atau premature ni? Adakah sama dan semudah menyusu anak yang lahir cukup bulan?

Kebiasaannya bayi yang lahir pramatang perlu tinggal di hospital dalam inkubator untuk dimonitor oleh doktor. Sama ada sebab berat badan belum cukup, organ belum matang ataupun sebab-sebab kesihatan yang lain. Jadi memang agak sukar untuk si ibu memerah dan menyediakan susu badan buat si anak yang berada di dalam inkubator. Apetah lagi dalam keadaan berpantang dan susah bergerak bebas.

Mama hakim nak kongsikan pengalaman seorang sahabat yang berjaya menyusu bayi pramatang yang dilahirkan ketika berusia 32 minggu. Jom sama-sama kita tengok video ni..!


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Kalau ada ahli keluarga korang atau sesiapa yang korang kenali juga sedang struggle perkara yang sama, apa kata kongsikan video ini dengan mereka. Mana tahu, boleh menjadi penguat semangat untuk meneruskan usaha menyusukan bayi pramatang mereka. Mereka ni memerlukan sokongan kuat dari kita tau..


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 5 November 2014

Betul Ke Sakit Kencing Manis Berpunca Dari Keturunan?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Baru-baru ni mama hakim ada pergi ke kelas nutrisi yang dianjurkan oleh support group dan pakar nutrisi Shaklee. Memang seronok bila join kelas-kelas macam ni sebab ada berbagai informasi tentang kesihatan yang dikongsi bersama. Ada tips kecantikan dan juga tips mengoptimumkan penyerapan vitamin pada badan. Tapi kali ni mama hakim nak kongsikan pasal kecing manis, atau ada orang sebut diabetes. Sama je mana-mana pun..hihi. Tips kecantikan nanti lenkali mama hakim cerita ye.

Soalan paling popular ‘betul ke kencing manis ni penyakit keturunan?’. Maknanya kalau mak ayah kita ada penyakit kencing manis, adakah kita berpotensi nak mewarisi penyakit yang sama? Betul ke? Betul ke? Tak betul la tu. Keturunan hanya menyumbang 20% je tau. Yang lain-lain tu berpunca dari gaya hidup dan pemakanan kita.

Sebenarnya, kencing manis atau diabetes ni ada 3 jenis tau. Yang pertama, TYPE I (yang mana pancreas sudah tidak mampu menghasilkan insulin  dan pesakit memerlukan suntikan insulin), TYPE II (terjadi apabila sel-sel badan tidak lagi bertindakbalas dengan insulin) dan juga GDM (wanita hamil yang mengalami diabetes sepanjang tempoh kehamilan sahaja). Kencing manis juga boleh memberi kesan yang tidak baik kepada 6 organ badan iaitu saraf, mata, otak, jantung, buah pinggang dan juga kaki.

Antara FAKTOR UTAMA sakit kencing manis ni pula dah tentu lah obesiti atau berat badan berlebihan, gaya pemakanan kurang sihat (terlalu banyak gula), gaya hidup yang kurang aktif (tidak bersenam/bersukan) dan juga proses penuaan (pengumpalan protein AGE yang terjadi apabila gula dan protein terkumpul).

Sakit kencing manis ni sangat bahaya tau, sebab ada banyak KOMPLIKASI BESAR kepada pesakitnya. Bayangkan antara air kosong, dengan air yang dibancuh bersama gula. Dah tentu air gula kelihatan pekat dan likat kan? Begitu lah umpamanya darah pesakit diabetes. Bila darah pekat, pergerakan darah menjadi tidak lancar dan lambat. Inilah punca rasa kekejangan dan kebas-kebas. Selain daripada tu, saraf dan salur darah juga menjadi rosak. Mata pesakit kencing manis juga akan menjadi semakin kabur dan akhirnya buta disebabkan saraf mata rosak dan vitamin A tidak dapat diserap dengan baik.

Pesakit kencing manis juga berpotensi mendapat serangan jantung dan strok (disebabkan kepekatan darah) dan kegagalan fungsi buah pinggang (filter iaitu nefron dalam buah pinggang akan menjadi tebal dan susah menapis toksik). Yang paling mengerikan lagi apabila luka lambat sembuh dan akhirnya menyebabkan kaki terpaksa dipotong. Bagi pesakit lelaki, mereka berpotensi untuk mengalami kegagalan fungsi erektil (mati pucuk).



DIABETES DAN SHAKLEE

Terdapat beberapa supplemen dan vitamin Shaklee yang penting bagi MENCEGAH DAN MENGAWAL lebihan gula dalam darah pesakit kencing manis. Vitamin-vitamin ini sangat penting bagi memastikan sel-sel badan dapat berfungsi dengan baik dan bertindakbalas dengan insulin.

Antara supplemen Shaklee yang penting untuk pesakit diabetes adalah ESP, Vivix, GLA Complex, Vitamin C, Vitalea Iron Formula, Alfafa dan juga Zinc Complex. Tapi, tidaklah semestinya seorang pesakit tu kena ambil semua yang mama hakim sebutkan. Ikut keperluan juga dan fungsi setiap satu juga.. meh mama hakim explain.

Vivix – Ia bertindak terus kepada sel badan, membantu memelihara dan memberi tenaga kepada sel. Kandungan 15 jenis polyphenols dalam Vivix membantu mencegah penghasilan AGE protein.

ESP – atau Energizing Soy Protein adalah soya yang rendah indeks glisemik. Ia mengandungi 9 jenis asid amino perlu yang tidak dihasilkan oleh tubuh badan. Ia juga membantu menggalakkan penghasilan insulin dan menstabilkan hormon.

GLA Complex – sumber dari bunga borage yang berkepekatan tinggi. Ia membantu memulihkan sistem saraf, mengurangkan bengkak dan bersifat anti keradangan. GLA Complex adalah sumber Omega 6 terbaik.

SR Vita C – Ia membantu mengurangkan paras gula dalam badan dan mencegah gula dalam sel bertukar menjadi sorbitol. Bioflavonoids yang terdapat di dalam Vitamin C Shaklee meningkatkan lagi fungsi dan mencegah pengoksidaan. Yang paling penting, Vitamin C Shaklee diperbuat daripada JAGUNG.

Vitalea Iron Formula – mempunyai kromium yang membantu mengaktifkan sel-sel badan untuk bertidakbalas dengan insulin dan sangat sesuai untuk pesakit diabetes Type II

Alfafa Complex – mempunyai 300 jenis vitamin dan minerals yang membantu menyahtoksin dan memelihara kesihatan usus. Ia juga bersifat alkali.

Zinc Complex – Mineral paling asas yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Ia bertindak sebagai pencetus enzim dan hormon dalam badan dan membantu dalam pemulihan luka.

Seperti yang mama hakim cakap tadi, tak semestinya pesakit kencing manis perlu ambil semua jenis supplement yang disebutkan tu, tapi ianya bergantung kepada tahap kesihatan dan keperluan badan seseorang. Sebab tu lah pentingnya KONSULTASI bila korang mula nak ambil sebarang supplemen ataupun vitamin.

So, jangan malu-malu contact mama hakim bila-bila masa ok. Mama hakim pastikan korang akan dapat layanan first class gittew..hihihi.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 10 July 2014

Benarkah Supplemen Shaklee Tak Boleh Diambil Ketika Period?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Memang ramai yang bertanya pasal ni, sebab nya mama hakim pun tak tahu. Mungkin juga ada sesetengah jamu atau ubat tradisional memang tak boleh diambil ketika sedang period. Tapi mama hakim bukan nak cerita pasal jamu atau ubat tradisional yang lain, mama hakim cuma nak tekankan kat sini yang semua supplemen Shaklee BOLEH diambil setiap masa malah ketika period sekali pun.

Sebenarnya, pengambilan nutrisi yang betul ADALAH SANGAT PENTING masa period tau. Sebab ketika ini kebanyakan dari kita kehilangan darah dan mengalami ketidakstabilan hormon. Pasal tu la kadang-kadang kita akan jadi agak pemarah dan cepat letih, sebab hormon yang tak seimbang.

Sebagai contoh, semasa period mama hakim akan wajibkan diri ambil B Complex, Vitalea, Vitamin C, GLA Complex dan Ostematrix. Memang ini vitamin wajib mama hakim pun terutama Vitamin C, memang wajib makan hari-hari. Nampak macam banyak kan, tapi memang ini lah keperluannya. Kalau tak mama hakim akan mengalami kekejangan terutama kat perut, pening dan mual, sakit kepala dan sakit pinggang.

Bila dah sakit macam tu, macam mana kita nak tunaikan segala tanggungjawab dengan baik, kan. Mama hakim ni sejak jadi mak memang tak mampu nak jatuh sakit layan moody lama-lama tau.. Sayang je terbazir masa berharga dengan si anak. Jadi sebab tu lah kena ikhtiar cari penyelesaian supaya badan sentiasa sihat dan bertenaga.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Saturday, 31 August 2013

Ikhtiar Mendapatkan Zuriat Dengan Set Kesuburan Shaklee


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Rasa macam nak tampar-tampar diri sendiri sebab tak bagi maklumat lengkap kepada pembaca blog Towmater dan customer-customer tersayang..! Beberapa hari ni macam kesibukan menguruskan persiapan raya sampai lah dah raya ke tujuh baru mama hakim perasan yang mama hakim tak buat entry lengkap pasal SET KESUBURAN SHAKLEE. Adoiyaiii.. perkara penting camni pun bole lupa!! Ok sebelum melalut lebih panjang baik mama hakim terangkan apa yang ada dalam SET KESUBURAN SHAKLEE ni.

Yang paling asas dalam SET KESUBURAN untuk suami isteri ni ialah ZINC COMPLEX, VITA E, GLA COMPLEX dan ALFAFA.

Selain yang asas dan bergantung kepada konsultasi berlainan customer (of kos, lain orang lain tahap kesihatannya) B COMPLEX dan VITALEA juga antara yang menjadi pilihan dalam SET KESUBURAN SHAKLEE.

Dan pilihan paling hot dan sekseyy pastilah ESP (Energizing Soy Protein). Sebab apa perlunya ESP? Sebab ia membantu MENGOPTIMUMKAN penyerapan semua vitamin yang diambil dalam badan.

Untuk KONSULTASI SEPENUHNYA, jangan segan-segan contact mama hakim ye (sms/whatsapp 018 2835 816) Mama Hakim akan terangkan dengan lebih details fungsi dan kebaikan untuk setiap satu vitamin ni.


iR RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 8 July 2013

Kebaikan Vitalea Iron Formula Untuk Dikongsi Bersama


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Bila mama hakim berkongsi pasal VITALEA IRON FORMULA, ada yang tertanya-tanya siapa yang sesuai atau boleh mengambilnya sebagai supplement. Ok ok salah sendiri sebab tak explain dengan lebih jelas..hihihi.


Ok sayang-sayang semua..! VITALEA IRON FORMULA ni kan multivitamin. Jadi sangat sesuai dijadikan amalan harian oleh sesiapa sahaja. Meh mama hakim bagi details skit. Vitalea sangat sesuai diamalkan oleh ;


v  Ibu-ibu comel yang menyusukan anak
v  Mommy-mommy jelita yang sedang hamil
v  Lelaki-lelaki aktif bekerjaya
v  Bapa-bapa ensem yang kerja shift
v  Remaja-remaja yang aktif bersukan dan melakukan aktiviti luar
v  Mama-mama cantik yang menguruskan rumahtangga sepenuh masa

Multivitamin bukan pengganti makanan harian ye, ianya sebagai supplement yang menyokong dan membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan tubuh badan ketika kita menjalankan aktiviti harian.


Jangan lupa contact mama hakim (sms/whatsapp 018 2835 816 / emailkan ke ayudzul@yahoo.com) anytime untuk KONSULTASI SEPENUHNYA ye. Khas dan eksklusif untuk pelanggan tersayang.


iR RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Sunday, 7 July 2013

Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Vitalea Iron Formula

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Tik tok tik tok.. semua orang sedang mengira hari untuk bertemu dengan bulan Ramadhan kan. Ada lebih kurang 4-5 hari saja lagi. Mama hakim takmo bebel panjang-panjang ari ni, sebab mama hakim ada satu tugasan penting. Ari ni mama hakim nak memperkenalkan korang semua dengan multivitamin pertama di dunia dalam bentuk cecair, yang dicipta pada tahun 1915 dan dikenali sebagai Vitalize Mineral. Dan kini, dengan teknologi yang lebih baik ia telah diubah kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vitalea Iron Formula.

Kalau korang nak tau, setiap biji tablet Vitalea ni mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayur-sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA. Ujian klinikal yang dibuat telah membuktikan bahawa pengambilan Vitalea selama satu tahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.


IRON PILLS, TAMBAH DARAH



Kepentingan utama VITALEA IRON FORMULA



~ Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu system memori dan fokus dalam aktiviti seharian


~ Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalam diet tidak seimbang terutama bagi mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian dan anemia


~ Keupayaan Sistem Reproduktif – Penting kepada remaja yang sedang membesar


~ Metabolisme – Sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan


~ Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.


~ Melindungi Organ Penting – melindungi fungsi hati, buah pinggang dan jantung
Jadi sayang-sayang semua, mama hakim berbesar hati berkongsi kebaikan Shaklee ni dengan semua agar kita dapat menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik. Semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada kita bersama. Sebab utama, mama hakim tau tanggungjawab seorang ibu dan isteri zaman sekarang ni sangat berat. Kita memang memerlukan tahap kesihatan yang baik agar dapat menjaga keluarga dengan baik.. kan!
Jangan lupa contact mama hakim (sms/whatsapp 018 2835 816) atau email (ayudzul@yahoo.com) je sebarang pertanyaan dan kalau nak mintak harga kasih sayang okeh..!


iR RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816

Sampai jumpa lagi..wassalam.



Thursday, 2 May 2013

Multivitamin Shaklee Untuk Semua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Ehem ehem.. gorjes mommies semua..! Meh sini dengar baca celoteh mama hakim pasal kepentingan multivitamin, Vitalea Iron Formula dari Shaklee. Kenapa multivitamin ni penting? Kenapa Vitalea Iron Formula ada dalam setiap set Shaklee?  SET KURUS ade Vitalea, SET BERPANTANG ade Vitalea, SET MENYUSU pun ada Vitalea tau..! Multivitamin ni bole dikatakan kepentingan asas untuk tubuh badan kita, makanan untuk sel-sel badan.


Vitalea Iron Formula Shaklee ni sebenarnya adalah multivitamin yang pertama didunia dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee pada tahun 1915 dan dikenali sebagai Vitalized Minerals pada mulanya. Ianya mengandungi 28 VITAMIN DAN MINERALS yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Tapi kenapa kena pilih Shaklee? Bukan jenama lain yang melambak kat pasaran dan farmasi? Pilihan tetap di tangan consumers tapi dalam masa yang sama, korang kena lah tahu sebab musabab korang pilih jenama yang menjadi pilihan hati tu kan..


Bagi mama hakim, Vitalea Iron Formula Shaklee tetap DIHATI sebab ia disokong oleh TUJUH kajian klinikal..! Teknologi salutan MIKRO Shaklee memudahkan Vitalea ni larut dalam badan kita ( kalau letak dalam air, 5 minit dah larut tau..!!) so mempercepatkan kadar penyerapan oleh badan kita. Vitalea ni jugak telah menjalani lebih daripada 340 UJIAN KUALITI hokehh!! Jadi dah memang pasti dengan kualiti dan hasilnya..! Yang pasti semestinya SEMULAJADI. Selain meningkatkan tahap kesihatan badan secara keseluruhan, Vitalea Iron Formula ni juga meningkatkan jangka hayat dan fungsi usus, hati dan mata.



MULTIVITAMIN SHAKLEE



Kalau korang nak tau banyak lagi kebaikan dan cara pengambilan Vitalea ni, jangan segan silu call, sms, whatsapp atau wechat mama hakim anytime ye. Nak email pun bole! Skang ni kita ada macam-macam medium untuk berhubung so tunggu ape lagi, kann..!!


iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
Sms/ Whatsapp : 018 2835 816



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 14 December 2012

Set Berpantang Cara Moden Hanya Dengan Shaklee

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salam Jumaat kepada semua J

Atas permintaan seorang sahabat maya yang sedang menikmati saat-saat indah mengandung semalam, bukan mengandung semalam tapi permintaan nyer dikomen semalam..hihi. So mama hakim gigih cari info untuk set berpantang bersama Shaklee. Bukan Lyd je, sapa-sapa yang sedang mencari set berpantang pun bole buat rujukan ok..!

Sebenar nyer set berpantang Shaklee ni sesuai sangat bagi yang berpantang sendiri. Supplement yang ada dalam set ni ialah (skema gitu..hihi) Vitamin B Complex (dengan Asid Folik), Vitalea Iron Formula, Vitamin C dan Zinc. Fungsi setiap satu pulak mama hakim asingkan seperti kat bawah ni ye.

Vitamin B Complex

~ Berupaya meningkatkan pembentukkan sel darah merah

~ Menstabilkan emosi ibu-ibu yang berpantang, mengelakkan meroyan

~ Asid Folik membantu mencegah kecacatan tiub saraf

~ memelihara kulit dan salah satu vitamin yang penting untuk kecantikan


Vitalea Iron Formula

~ membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Sangat penting sebab ketika pantang, tak semua makanan kita bole makan. Jadi dari sini lah badan kita dapat segala nutrin yang diperlukan.

~ menghasilkan sel darah merah, untuk menggantikan kehilangan darah yang bayak ketika bersalin

~ komponen penting dalam hemoglobin yang membantu membawa oksigen ke seluruh badan


Vitamin C

~ Yang sangat penting untuk proses penyembuhan luka jahitan

~ membaik pulih segala tisu yang rosak ketika proses kelahiran

~ mencegah dari terkena jangkitan demam dan selsema

~ warna kulit sekata dan menghilangkan parut


Zinc

~ Penting untuk menyembuhkan luka jahitan dan dalaman. Ikan haruan juga kaya dengan Zinc.

~ membantu masalah keguguran rambut / menyihatkan kuku dan kulit

~ mengurangkan keletihan

~ mengekalkan kesihatan tulang

~ salah satu keperluan untuk membina sel-sel baru


Ini lah antara info pasal set berpantang Shaklee yang mama hakim rujuk dari SINI dan lain-lain website. Semoga dapat membantu serba sedikit dalam pencarian set berpantang ni. Yang pasti, dengan Shaklee semuanya mudah dan tersedia serta memberi kesan yang baik pada ibu-ibu yang mengamalkan nyer.

SET BERPANTANG

Bole hubungi mama hakim terus melalui emel ayudzul@yahoo.com untuk tanya apa-apa sahaja soalan mengenai Set Berpantang ataupun produk-produk Shaklee yang lain. KONSULTASI SEPENUHNYA khas dan eksklusif buat customer tersayang!


iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018 2835 816

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger