Pembaca Blog Setia

Monday, 4 June 2012

DEVELOPMENT OF A TWO YEARS OLD BOY..

Assalamualaikum..

Tak lama lagi Azizul Hakim bin Dzulkhairi akan berumur genap 2 tahun J Senang nyer dalam hati bila dapat tengok Hakim membesar dengan sehat dan aktif. Membesarkan seorang anak memang banyak dugaan dan cabaran nyer. Yang penting mama hakim dan incik joni sentiasa berusaha memastikan segala yang terbaik buat si anak terutama keperluan fizikal dan mental, jasmani dan rohani. Semua ibubapa nak anak mereka membesar menjadi insan soleh dan taat, berguna dan berjasa pada agama dan bangsa kan.. Jauh nyer mama hakim merepek. Sentimental plak tetiba..

Perkembangan si kecil berusia 2 tahun pasti nyer membuatkan hati mama2 dan papa2 rase seronok sangat2. Si kecil berusia 2 tahun sudah boleh mula berkomunikasi dengan kita. Dia dah mula belajar perkataan baru, membuat ayat dan dapat memberitahu kehendak hati dengan lebih baik. Dia akan mula bercerita tentang diri nyer sendiri, aktiviti yang dilakukan, ape yang dia suka dan tak suka. Masa ni juga akan timbul konflik sekira nyer kita tak perasan dengan apa yang cuba si kecil sampaikan jadi cuba2 la galakkan si kecil bekerjasama dengan kita J

Masa ini juga kita bole bawak si kecil untuk periksaan kesihatan dan bole la kalau nak tanye 1001 soalan kat doktor/jururawat yang bertugas. Selepas itu, kena buat pertimbangan untuk diapers-free atau toilet training. Nanti mama hakim terangkan details pasal toilet training ye.



Untuk perkembangan Hakim setakat ni, dia seorang yang cepat meniru perbuatan orang lain terutama perbuatan rakan sebaya. Percakapan mama hakim dan incik joni juga terpakse dikawal sebab ade je yang dia akan ikut sebut. Bila pegi tempat yang baru, Hakim akan jadi ‘little explorer’ dengan penuh keterujaan. Hakim juga dah mula mengenal binatang, walaupon lum penah gi zoo sebab Hakim kenal binatang dalam Ipad je J so zoo dah masuk dalam list untuk family trip!



Hakim sangat cepat belajar dan mudah faham arahan. Mintak tolong amikkan remote tibi, simpan mainan, tutup tibi, gi mandi dan banyak lagi lah arahan dari mulut mama hakim yang tak reti diam nih..hihi. Yang penting kena bagi Hakim paham tindakan mane yang positif, mane yang negatif. Part tu memang agak memeningkan kepala! Semuga mama hakim dan incik joni dapat menjalankan amanah Allah yang satu ni dengan baik.




p/s: bulan yang sangat sibuk dan semak.. Incik joni kena gi Sabah pulak!


Sampai jumpe lg..wassalam.

Saturday, 2 June 2012

DIAMOND OF MY HEART..

Assalamualaikum..

Semalam mama hakim gi makan steamboat kat Kg. Melayu Subang. Lepas keja terus gi amik Hakim dan pecut ke sana. Budak yang sangat baik ni pun makan steamboat gak.

Hakim, awak sangat sweetlah. Pandai menghibur dan mengambil ati. Tak rugi mama makan ABC ngan cendol ari2 mase ngandungkan awak..heheh. Dalam ati mama, awak umpama berlian yang tak dapat dinilai tau. Hadir nyer awak membuatkan hidup mama lebih bermakna dan berseri-seri. Nak tido, senyum2 tengok awak kat sebelah. Bangun tido pun senyum2 nampak awak. Syukur Ya Allah atas nikmat Mu ini.

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 1 June 2012

MY LIFE SAVER..

Assalamualaikum..

The only thing that will keep me sane in this hectic workload! The smell will surely make me smile again.

So no more blogging, no blogwalking and no more facebook for a while..

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

I AM NOT PERFECT #10

Assalamualaikum..

Sekadar peringatan buat diri sendiri.


Wanita ideal adalah yang menjadikan para isteri Rasulullah dan sahabat sebagai suri teladan dan dia berjalan di atas jejak langkah mereka.
(Sumber : Buku tulisan Dr. Najah Ahmad Az Zhihar)

Sampai jumpe lg..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger