Pembaca Blog Setia

Monday, 13 August 2012

SEMBUNYII..!

Assalamualaikum..


Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua..


Ari ni agak lemau di opis. Bukan sebab ari isnin, eh! Sebahagian sebab kut. Lagi sebahagian sebab dah ade mood nak bercuti. Walaupun keja melungguk-lungguk lagi ni ha.


Pagi ni si budak Hakim buat perangai ngade-ngade takmo gi umah pengasuh. Dia pun blues agak nyer..hihi. Masa dia nampak mama hakim bersiap, dia dah berubah muka. Bila Incik Joni cakap yang dia pun kena bersiap nak gi umah pengasuh, terus dia ‘ilang’ dari pandangan kami. Lari-lari sambil jerit ‘nanak…nanakkk..’ pastu tetiba senyap je. Bila mama hakim siap pakai tudung, mama hakim pun panggil lah Hakim tapi takde jawapan langsung. Aikk! Panic button buzz in my head! Tetiba..! Incik Joni bagi isyarat suh tengok dalam bilik surau, rupa-rupa nyer dia nyuruk kat bawah tempat gantung baju…!


Alahai la anak, dah ade port sembunyi ekk. Geram lah ngan awak ni. Tapi akhir nyer bukan mama hakim yang anta, babah dia yang anta ke umah pengasuh. Ye la dah kul 8.15 pagi dia masih buat perangai takmo kuar umah! Mujur opis mama dekat tau awak..!


Oh gamba memang tak sempat nak rakam ek, kelam kabut dah. Lenkali kalau dia nyuruk celah tu lagi mama hakim rakamkan buat kenangan J



Sampai jumpe lagi..wassalam.

Saturday, 11 August 2012

TERKEJUT..! TERKESIMA..!

Assalamualaikum..


Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua..



Alkisaaahhh…
Di suatu hari selepas waktu berbuka..
Tuan umah ni tengah solat maghrib dalam bilik surau kecil.
Dan setelah selesai maka terkejutlah tuan umah bila nampak ape yang telah terjadi..


^
^
^
^
^

Dan inilah rupa nyer makhluk yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut.

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Takde rase bersalah terus posing depan camera.. Padahal dah kantoi!!
Geram nyer tuan umah hanye Tuhan je yang tau J
Geram ngan makhluk kecil ni..
Geram rase nak geget-geget je jari jemari makhluk kecil yang cumel tuh!


Mujur ade penyapu kecik yang sangat berguna ni. Sebelum Incik Joni balik dari terawih, baik lah dihapuskan segala bukti..






Sampai jumpe lagi..wassalam.

Friday, 10 August 2012

I AM NOT PERFECT #13 - KELEBIHAN LAILATUL QADAR

Assalamualaikum..

Sekadar peringatan buat diri sendiri dan berkongsi ilmu.. Moga dapat dimanafaatkan bersama.


1) Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)



2) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, "Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).



3) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)



4) Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari)



5) Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari)



6) Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim)



7) Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ucapkanah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi)



8) Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas.




Sampai jumpe lagi..wassalam.

Thursday, 9 August 2012

MODE : MENGADA-NGADA #NAKMANJABARINGATASLENGANBABAH..

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua.


Oh perasaan mak mak ni selalu tau ngengada camni,rindu-rinduan pulak. Padahal malam tadi tido peluk meluk ngan si anak. Incik joni outstation, ke Pulau Pinang. Kejap je. Si anak? Sebelum kena pakse tido semalam bole la dia ketuk-ketuk pintu umah sambil cakap ‘babah.. babah..ayek’ ‘bahh..ayek’. Translation: Suruh babah dia balik gamak nyer ‘babah..balikk’. Insya Allah incik joni akan sampai sini ari jumaat pagi J


Azizul Hakim, awak dah besar J Tak sangka baby mama dah berumur 2 tahun.
Cepat nyer masa berlalu.



Dan mama masih merindui baby tembam yang kuat nanges nih!



p/s: Malam tadi Hakim tido sendiri tanpa perlu berkasih sayang J Bangun tido pun tak cari dah J



Sampai jumpe lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger