Pembaca Blog Setia

Tuesday, 2 October 2012

GORGEOUS MOMMY..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Introducing gorgeous mommy yang mama hakim cakap taip bagitau semalam. Actually mommy ni kawan sekolah Incik Joni masa tingkatan tiga dolu-dolu kat Gemencheh. Bangga kan ada kawan macam mommy ni J

 
 

Tapi memang sayang seribu kali sayang sebab tak amik nombor henpon atau emel atau ape-ape je lah cara untuk hubungi dia. Yang Incik Joni ingat Ustazah Asni Mansor ni berasal dari Felda Pasir Besar, Gemas. Masa bergambar tu Hakim memang nampak sangat baik je, lepas je mama hakim turunkan terus dia pecut 100kmj berlari di celah-celah orang ramai. Nak salam peluk cium ucap terima kasih selamat tinggal jumpa lagi pun tak sempat..huu..


 


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 1 October 2012

YEAYY! SAYA MENANG..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Mama hakim menang..Yeayy!! Menang Giveaway Nudetude ni J
Thanks fidza a.k.a desperate mama..!!
Thanks random.org sebab pilih email mama hakim..!
 
Tetiba rasa nak buat lompat bintang plak!
 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

SELIPAR CUMELL..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Azizul Hakim, bila kat kampong, meriah nyer la nak berlari ke sana kemari. Ye la orang jarang jumpa tanah la katakan. Kejap-kejap dia ajak keluar, kejap-kejap menjerit suh pakaikan sandal dia. Sandal tu dia tau sarung je tapi tak tau cane nak lekatkan, so marah ler Hakim bila dia berjalan sandal tu tercabut.

 
Bila tengok Hakim dah pandai sarung sandal tu, mama hakim bagi cadangan bernas kat Incik Joni untuk belikan Hakim selipar biasa-biasa yang mudah untuk dia pakai dan bukak sendiri. Heboh la mama hakim ni, pasal selipar pun nak cite kan..? Hihihi..

 
Petang tu kami tiga beranak pegi la mencari selipar cumell untuk Hakim, geram pulak mama hakim tengok selipar-selipar yang kecik-kecik tuh..! Bila suh Hakim try, dengan laju nyer dia pakai..! Mama hakim lak yang over nak pilih selipar yang bertemakan kartun ape untuk Hakim!

 
Tapi akhir nyer berkenan dengan selipar Boboiboy nih J

 
Layan aksi budak dapat selipar baru ni..!

 
Gitu sekali lagak nyer..!

 
Geram nyer tengok kaki kecikk nih..!

 

Anak mama dah besa lah..! Happy sangat tengok perkembangan awak tapi dalam masa yang sama mama rindu masa awak baby dulu J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

WEEKEND YANG LALU..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Selamat hari Isnin semua..! Saja buat gempak nampak bersemangat untuk bekerja di hari Isnin ni J Sebab mama hakim sangat enjoy pada sabtu dan ahad lepas.. Mama hakim dapat menyebokkan diri kat Program Raudhah di Hatiku TV9, pastu dapat jumpa dengan seorang yang sangat tak disangka-sangka, pastu balik kampong..hihi!

 

Oh..! Mama hakim tak dapat jumpa dengan gorgeous lady, Maria Elena tu, tak sempat.. tapi mama hakim dapat jumpa dengan gorgeous mommy ni J Tapi sorry ye gamba kat Incik Joni pulak. Lupa nak bluetooth dari henpon dia..huu. Insya Allah esok mama hakim bagitau sapa gorgeous mommy tu J Sayang nyer tak dapat mintak nombor henpon atau apa-apa cara untuk contact dia. Rugi sangat rasa nyer.

 

Hakim? Tersangatlah teruja bila di bawa berjalan pagi-pagi lagi, berlari macam tak cukup tanah! Memang sangat memenatkan membawa seorang budak berumur 2 tahun ke tempat yang terbuka macam tu. Nak makan pun terpaksa bergilir dan cepat-cepat takyah kunyah 40 kali terus telan je janji bole kenyang..! Kami tak lama pun kat program tu, tak sampai pukul 10 pun. Nasi Lemak Kopi O pun tak abis lagi rakaman nyer.

 

Tapi dalam kul 9.30 camtu, kembar botak yang glamer dan sangat berpengaruh Upin & Ipin pun menjelmakan diri. Dari jauh Hakim punye la teruja sambil jerit-jerit ‘Pin..! Pinn..!’ tapi bila dah semakin hampir, lain pulak yang keluar dari mulut dia.. ‘iishh, nanak..! nanak..! ee..isshh..!’ sambil cuba melepaskan diri dari pelukan babah! Hahahaha… Incik Joni ngan mama hakim terbahak-bahak tengok gelagat Hakim..! Meh kongsi gamba yang sempat mama hakim rakam J

 


Muka tak bole belah budak yang terkedu tengok Ipin yang sangat besa..!

 



Nak dekat kul 10, kami berundur diri nak gerak balik ke kampong Incik Joni pulak. Jalan agak jem, banyak keta especially kat Seremban. Masa balik USJ malam tadi pun sangatlah banyak keta menuju ke KL. Oh ada benda nak kongsi pasal balik kampong kali ni..hhmm..!

 

Sampai jumpe lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger