Pembaca Blog Setia

Tuesday, 4 December 2012

PERFORMANCE APPRAISAL..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Hujung tahun dah ni..huu. Kejap je rasa nyer dah nak abis Tahun 2012. Kalau masa keja government dulu, masa ni la duk sebok ngan LNPT ataupun SKT. Rasa nyer kawan-kawan yang keja ‘gomen’ skang ni pun memang tengah duk sibuk buat menda ni kan..! All the best okeh..!

 
 

Haa.. Kat opis ni pun tengah duk sibuk ngan Performance Appraisal ni ha.. Masing-masing berharap kenaikan gaji yang memuaskan dan of kos la BONUS..hihi! Kebanyakan diorang dah settle pun ngan appraisal ni, mama hakim je yang ketinggalan. Almaklum ler dah takde mak.. Pastu PE selalu kat site pulok. Cuma baru tadi je PE balik opis dan tanya pasal appraisal tu. So kitorang dah set date ari Jumaat ni J dengan harapan di hari Jumaat yang berkat, Allah murahkan rezeki mama hakim.. Aminnn..

 
Sahabat-sahabat maya mama hakim plak cane? Especially yang keja swasta, dah bermula ke sesi soal jawab dan penilaian ni?

 
Eh! Nak tau ke ape LNPT dan SKT tu? Alahai.. LNPT ialah laporan Nilaian Prestasi Tahunan dan SKT ialah Sasaran Kerja Tahunan. Sekian dari mama hakim, ex-government servant, MOH J

 
Sumber gambar dari Incik Google.
Klik untuk lebih jelas..

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 3 December 2012

TERTENGOK DAN TERFIKIR....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

 

Alhamdulillah dah bole bernafas dengan lega..! Bersyukur sebab ade 10 jari, bole menaip laju-laju dan buat kerja laju-laju J

 
Cuti seminggu mama hakim dah pun berakhir dengan cemerlang nyer..hihi. Takde la cemerlang sangat pun… Cuma puas la bergolek berpeluk ngan chenta hati nan seorang ittew..hihi. Mama hakim dua beranak takde pegi mana-mana, cuma berulang alik ke umah mak di PJ dan umah kakak di Bandar Tasik Selatan. Puas la Hakim bermain ngan sepupu dia yang ramai tu.


 
Tapi kan.. Masa kat umah, mama hakim tertengok siaran ulangan ULAR EMAS. Sape ingat drama ni? Cerita pasal Raudhah dan Fauzi lakonan Yatt Hamzah dan Erry Putra. Memang la drama ni ada unsur syirik, seram bila part Lisdawaty memuja ular hitam besar gedabak tu. Kalau dulu mama hakim tengok lebih kurang je, tak layan sangat drama macam ni. Tapi bila tertengok siaran ulangan ni, mama hakim terfokus kat si Raudhah lakonan Yatt Hamzah. Dan tiba-tiba je ada persoalan yang berlegar-legar kat kepala otak nih..

 
Betapa Raudhah ni percaya dan yakin pada suami dia. Betapa Raudhah yang mengandung sentiasa berusaha untuk menjaga diri dan bertawakkal seratus peratus pada Allah s.w.t. Betapa Raudhah ni sentiasa BERSYUKUR dan BERSANGKA BAIK. Yang sangat SABAR dan sentiasa REDHA. Ok mama hakim tau ini cuma drama..

 
Tapi bape ramai isteri-isteri zaman moden skang ni termasuk mama hakim ni yang bole buat gitu? Yang boleh PERCAYA pada suami dan YAKIN pada Allah s.w.t.? Tak kira la perangai suami ni jenis yang macam mana pun, yang rajin tolong buat kerja umah, yang rajin bebel, yang rajin berkira ataupun yang rajin ke masjid. Manusia ni tak sempurna dan Raudhah dah pun menunjukkan yang dia menerima segalanya dan yakin dengan ketentuan Allah s.w.t.


Mama hakim minta maaf kalau ada yang tersinggung dengan entry ni. Sebenar nyer ini lebih kepada peringatan buat diri sendiri. Ikatan perkahwinan ni bukan setakat di dunia tapi memang berharap sampai ke Jannah bersama si dia. Incik Joni bukan sekadar suami tapi bak kata mat salleh, he is my soulmate and my other half. I wont be complete without him.. Oh! Tetiba tak sabar nak tunggu Incik Joni balik..hihi.



Sambil taip sambil tanya diri sendiri.. How strong is my trust and faith..?
Terima kasih sudi baca sampai abis.. Sayang selalu..!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

FENOMENA COLLAGEN PULAK..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Dalam kesibukan buat kerja ni, mama hakim sempat lagi jengah Shaklee. Untuk bulan Disember ni promosi nyer bukan calang-calang tau..! Collagen Powder tuh.. Amboi bukan main lagi orang perempuan ni kan, pantang dengar benda-benda yang bole buat kita jadi cantik terus bukak mata besar-besar..!

 
Sana sini orang duk jual kolagen ni dalam bentuk rumpai laut tu atau nama nyer Pure Marine Collagen. Tapi nak merendam dan merebus segala memang makan masa. Pastu antara lalu dan tidak je nak minum air rebusan tu. Bak kata pepatah orang putih “Beauty is Pain” tapi “Women and Beauty will never be apart”. Setuju tak?..hihi.

 

Antara kebaikan Collagen Powder ni:

i)  Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%

ii)  Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%

iii) Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%

iv) Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%

v)  Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%

vi) Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%

vii) Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%

viii) Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%

ix) Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%

Info dari SINI.

 

Tapi yang mama hakim nak highlight kat sini ialah promosi beli 6 kotak PERCUMA 1 kotak..! Jimat RM298 tau.. Lagi satu beli 3 kotak dah bole dapat keahlian percuma..! Nak tau cara nyer? Contact la mama hakim J Khas untuk sayang-sayang yang rajin baca blog mama hakim, harga yang sangat istimewa menanti tau..





Collagen Powder ni bukan untuk kita sendiri-sendiri cantik je tau. Bole hadiahkan pada mak abah dan berkongsi dengan adik beradik lain. Banyak lagi khasiat yang terkandung dalam Collagen Powder, malah memang sangat sesuai untuk mak abah kita yang dah berusia sebab ia boleh merawat sakit sendi dan penglihatan yang kabur.

Facebook, Twitter @MsBlurry30, atau sms/Whatsapp 018-2835 816
 
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

I AM BACK..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Yeay..! Dah masuk opis semula.. Dah mula bekerja..!

Takde makna nak Monday Blues segala sebab keja seminggu tengah bersusun amik nombor tunggu turn untuk diselesaikan..

Sekian laporan tak rasmi mama hakim yang entah tak tau mane nak mula sebab keja banyak sangat ni.. Sayang selalu..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger