Pembaca Blog Setia

Friday, 7 June 2013

BILA MAMA DUK UMAH..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Salam penghulu segala hari yang penuh barakah J

 

Mama hakim masih di rumah. Teringin sangat nak bekerja dari rumah. Pagi tadi lepas subuh, bersiap seperti biasa sambil berbual ngan Incik Joni yang jugak nak gi kerja. Tengok si chenta hati masih lena dibuai mimpi so mama hakim duduk sekejap menjalin riben..hehe.

 

Jam 8 terus siapkan beg persalinan Hakim dan kejut dia bangun. Kesian pulak tengok dia terpisat-pisat so mama hakim dukung je ke luar rumah. Sampai umah babysitter, handover beg dan botol air Hakim terus singgah ke kedai membeli keperluan sikit untuk memasak. Sampai umah, terus capai mentega, kaya dan roti untuk breakfast..hehe. Masak air pulak. Pastu terus capai laptop untuk teruskan kerja. Tengahari kang berenti la kejap.

 

Insya Allah.. tak lama lagi jadual inilah yang mama hakim akan guna pakai. Bisnes partner yang seorang itu dah pun memberi persetujuan. Dan mama hakim sedang memohon petunjuk dari  ‘Bisnes Partner’ yang satu lagi. Semoga keputusan ini membawa sejuta kebaikan. Of kos laluannya takkan mudah dan penuh dengan liku-liku, hati perlu kental dan kuat. Insya Allah kami takkan mudah berputus asa kerana segala yang ingin dilakukan hanyalah kerana Allah s.w.t. semata-mata.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

HAMPIR TIGA TAHUN BERSAMA DIA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Dah lama mama hakim tak bebel pasal chenta hati yang seorang tu kan.. Sape lagi kalau bukan Azizul Hakim..heheh. Budak terlebih bijak tu.

 

 
 
Sekarang ni tengah membilang hari Hakim akan menyambut ulangtahun ke 3 pada 1 Julai ni. Alhamdulillah atas kesihatan Hakim selama hampir 3 tahun ni. Takdelah yang serius, biasanyer hanya demam nak membesar je.

 

 
 
Hobi terbaru Azizul Hakim skang ni adalah mengumpul Hotwheels..! Pantang nampak kat mana-mana pun hatta tempat favorite iaitu 7eleven. Nak buat cane kan.. Budak laki gitulah minat nyer. Redho je mama ngan abah..!

 

 
 
Bab bercakap memang masih pelat. Alaa kata bonda, budak lelaki especially yang sulung biasa lambat petahnya. Janji Hakim bercakap sudah. Walaupun jenuh mama nyer cuba memahami. Tapi satu yang selalu jadi bahan ketawa bila Hakim tiada sebutan ‘ng’. Contohnya bila sebut abang jadi ‘abam’, sayang jadi ‘sayam’ hahahaha even sebut Subang pun jadi Subam!!

 

 
 
Hakim membesar makin tinggi tapi badan kurus. Makan kuat hokey..! Tapi membuang pun bole tahan..! Kata nenek moncheh, ikut belah babah dia kecik-kecik sume kurus je. Kalau belah mama hakim, kecik-kecik kitorang semua membulat sampai naik tegang kulit tau! Takpelah, yang penting sihat dan sempurna J

 

Insya Allah ade rezeki, masa dan kesempatan teringin jugak mama hakim raikan hari lahir Hakim yang ke 3 ni. Dia pun dah besar, dah faham, mesti seronok sesekali diraikan meriah sikit dengan sepupu-sepupu dia yang seramai 12 orang tu (insya Allah akan menyambut yang ke 13 lepas raya nanti..hehe)

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 6 June 2013

MEALSHAKE UNTUK SEISI KELUARGA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 


Mama hakim sudah kembali untuk membebel kat sini..hihi. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk membebel J

 

Sempena Promosi Shaklee untuk bulan Jun 2013 ni, iaitu MEALSHAKE (yeayy!) meh mama hakim terangkan skit ape sebenarnya MEALSHAKE ni. Punya la melambak promo pasal MEALSHAKE SHAKLEE ni sekarang kan. Untuk SIAPA sebenarnya Mealshake ni? APA kandungannya? Apa KEBAIKAN Mealshake ni? KENAPA Mealshake ni menjadi pilihan ibu-ibu yang mementingkan kesihatan keluarga?

 

MEALSHAKE SHAKLEE sebenarnya sesuai untuk penjagaan kesihatan seisi keluarga. Sesiapa pun (KECUALI bayi berumur setahun dan kebawah) bole mengamalkan Mealshake DENGAN SYARAT ~ TIADA SEBARANG ALERGIK DENGAN SUSU LEMBU, SOYA DAN LAKTOSA (Lactose Intolerence). Mealshake ini dalam bentuk serbuk seperti susu tepung, sangat sesuai dicampur bersama susu anak dan minuman harian kita contohnya jus buah-buahan dan Milo. Nanti next entry mama hakim kongsikan resepi-resepi lazat dan mudah dengan Mealshake ye.

 

Dengan kebaikan mineral dan vitamin di dalam Mealshake, ianya umpama MULTIVITAMIN dalam bentuk yang boleh diminum..! Selain daripada itu, Mealshake juga diperkaya dengan KALSIUM dan kebaikan PROTEIN. Memang satu sajian yang lengkap kan..! Sangat-sangat sesuai juga untuk ibu mengandung yang tak lalu nak telan banyak-banyak pill.

 

Zaman sekarang ni kita semua nakkan sesuatu yang boleh menjimatkan masa kan.. Sebab itulah Mealshake menjadi pilihan ibu-ibu, SENANG disediakan, MUDAH, LAZAT dan semestinya PENUH KHASIAT..! Jadi, jangan ketinggalan promosi hebat Bulan Jun 2013 ini ye. Jangan tunggu lama-lama untuk sesuatu yang berbaloi-baloi. Bila keluarga sihat, mama pun senang hati nak gi kerja J

 

Harga jualan biasa adalah RM113.75 untuk satu canister. Sangat berbaloi sebab satu canister bole tahan 2 hingga 3 bulan tau! Dengan promosi ni, bolelah dapatkan satu dengan harga yang lagi berbaloi, RMXX je..!!! Cepat tau sebelum kehabisan stok! Ramai dah memborong ni.

 

Sms/whatsapp : 018 2835 816
Email : ayudzul@yahoo.com

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 3 June 2013

EMERGENCY LEAVE..!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

First of all MOHON MAAF & AMPUN dari ujung rambut ke ujung kaki.. Sebab belum announce Pemenang untuk BIRTHDAY GIVEAWAY.

Mama hakim ada dua pengumuman nak buat ni. FIRST, mama hakim.lanjutkan BIRTHDAY GIVEAWAY sampai 7 JUN 2013!

SECOND, promosi SHAKLEE untuk Bulan Jun 2013 adalah MEALSHAKE!! Yeay!! Pilihan para ibu yang sentiasa ingin memastikan keluarganya sentiasa sihat..!! Inilah masa nya nak beli dengan HARGA YANG BERBALOI-BALOI!

Mama hakim on emergency leave.. Ada beberapa personal stuff yang nak di settlekan.. So, masih sempat lagi nak hantar penyertaan untuk Giveaway tu. Hadiah dah menanti untuk dimiliki..!!

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger