Pembaca Blog Setia

Tuesday, 6 May 2014

Kenapa Meal Shakes Shaklee Menjadi Pilihan Bijak Ibu-ibu Bekerja

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Dilema mak mak yang bekerja adalah apabila terpaksa menyerahkan urusan makan pakai anak ke pihak taska. Tak kira la mak yang bekerja di rumah ataupun di pejabat. Mama hakim yang bekerja dari rumah pun masih perlu hantar Hakim ke taska (9pagi hingga 3 petang) supaya mama hakim boleh menyelesaikan segala urusan dengan lebih pantas. Yela, bila Hakim balik nanti dah tentu tumpuan adalah sepenuhnya pada dia.


MEAL SHAKES SHAKLEE


Tapi kalau dah namanyer mak, sedikit kerisauan tentang anak tu pastilah ada. Bukan mudah menyerahkan tugas menjaga anak sendiri pada orang lain tau. Sebab tu mereka ni memang patut diberi penghargaan yang tiggi. Dalam kesibukan menguruskan hal kerja pun, perhatian pada si anak tak pernah kurang. Bila anak dah berubah cara makan, kurang berselera, sembelit, berat makin turun dan kuat memilih, suka makanan rapu, mestila bertambah kerisauan hati. Lagi satu kalau ada anak yang selalu kurang sihat, hidung tak pernah kering dari selsema, batuk sampai termuntah dan terkena serangan asthma.




Jadi, demi kesihatan dan masa depan si anak kebanyakan mak mak membuat pilihan bijak dengan memilih untuk memberikan MEAL SHAKES sebagai makanan tambahan harian. Maka kerisauan pun berkurangan dan kerja menjadi lebih efisyen, kann.. Mak mak ni memilih Meal Shakes sebab ianya sangat mudah disediakan, lazat dan lengkap dengan 24 vitamin, minerals dan zat. Selain tu, Meal Shakes ni boleh dipelbagaikan resepi nya dan masih mengekalkan khasiat asal saja tak didedahkan kepada haba dan kepanasan.


MEALSHAKE


Dalam keadaan yang serba pantas ni, anak boleh menikmati kebaikan dan kelazatan Meal Shakes dengan hanya mencampurkan sesudu kecil dalam minuman kegemaran atau pun jus. Selain tu bole juga dibuat style milkshakes menggunakan buah-buahan segar. Kalau duk petang-petang tu sambil makan aiskrim, jadikannya lebih berkhasiat dengan menabur sesudu Meal Shakes dan chocolate rice sebagai topping.


MEAL SHAKES SHAKLEE


Bila anak sihat dan ceria, dah tentulah mommies pun gembira. Coz we will do anything for our kids to make sure they are happy and healthy.

Nak dapatkan INFO lanjut dan RESEPI LAZAT Meal Shakes? Hubungi mama hakim anytime..! KONSULTASI PERCUMA khas buat customer tersayang..!

NAK BELI SEKARANG? KLIK KAT SINI YE.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Sunday, 4 May 2014

Kisah Sentap Di Master Celebration Master Wan Fatihanum

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Kenangan indah dan sentap masa Master Celebration (MasCel) yang berlangsung kat Pullman 2 minggu yang lepas, memang takkan mama hakim lupakan. Majlis nyer memang meriah sangat, penuh dengan motivasi dan inspirasi. Tapi mama hakim cuma sempat memeriahkan majlis sebelah pagi, yang petang tu anak terchenta dah pancit..hihi.


WAN FATIHANUM


Inilah ‘pengantin’ yang dirai. Comel kecik molek je Master Wan Fatihanum ni. Daripada kisah yang diceritakan, semuanya bermula dengan set breastfeeding Shaklee dan akhirnya menjana 5 angka menuju 6 angka bersama Shaklee. Korang nak tahu ke apa yang membuatkan mama comel ni berani mengorak langkah menumpukan masa dengan bisnes Shaklee? Agak-agak korang la kan apa push factor Master Anum ni untuk berjaya sehebat macam ni? Awalnya dia bertekad nak berbisnes disebabkan dia ingin memberi sepenuh perhatian kepada anak.


WAN FATIHANUM


Meh mama hakim kongsikan sebuah kisah yang diceritakan sendiri oleh Master Anum pada MasCel ari tu. Kisah ‘Stoking Putih’ yang boleh membuatkan mak mak terasa sangat tau..

“Suatu hari, seperti biasa balik dari kerja Master Anum terus memasak dan mengemas. Anak sulungnya mendekati sambil menunjukkan sesuatu tapi dia menolak untuk tengok dan memberitahu si anak bahawa dia akan melihatnya malam nanti. Si anak pun berlalu tanpa kata apa-apa. Setelah selesai semua urusan menjelang tengah malam, baru Master Anum teringat tentang apa yang dikatakan oleh anaknya. Apabila dia tengok apa yang ditunjuk oleh anaknya, dia terus tersentak. Cikgu meminta anaknya membawa sepasang stoking putih yang baru esok. Kalaulah dia melihat lebih awal, kan lebih mudah untuk mencarinya. Bila dah tengah malam, kat mana pulak nak dapatkan? Kalaulah dia ada lebih masa untuk diluangkan bersama anak-anak, pasti perkara macam ni tak berlaku.”

Ada satu perkara yang membuatkan mama hakim sentap sangat, sampai tak malu merabak air mata secara tiba-tiba. Ketika acara potong kek dan semua masters yang hadir dijemput ke atas pentas, Hakim dengan tiba-tiba tarik tangan mama hakim dan jalan menuju ke pentas. Bila mama hakim tahan dia, terus dia cakap ‘Hakim nak potong kek jugak, nak naik atas’. Allahuakbar, masa tu ati touching sangat tak tau nak kata apa. Mama awak ni belum naik rank Master lagi anakku, tapi disebabkan sentapan tu, mama akan usaha lebih kuat agar awak dapat teman mama naik pentas pulak lepas ni.**nanges
Gamba kat bawah bersama seorang anak CoP sisters yang sangat ramah. 




Selain daripada mengutip ilmu, semangat, motivasi dan inspirasi dari pengantin of the day, mama hakim juga dapat berkumpul mengeratkan silaturrahim dengan family Shaklee yang lain. Part ni memang sangat best. Kami mungkin orang asing pada mulanya, tak pernah mengenali satu sama lain dan berbeza latar belakang tetapi ikatan yang terjalin di Facebook dan Whatsapp membuatkan hati kami sangat dekat, My dear CoP Sisters. Meluangkan masa dengan mereka memang tak rasa masa berlalu dengan pantas. Kami berkongsi masalah, info Shaklee, strategi marketing, berbincang dan sesekali bertengkar..hihihi. Dah namanyer adik beradik kan. I LOVE COP SISTERS.

Enjoy beberapa keeping gambar yang sempat dirakam. Ade ramai lagi yang tak sempat bergambar bersama. Ada juga yang duduk di sebelah utara Malaysia. Walaupun jarak menjadi penghalang, tapi hubungan kami tetap akrab. Insya Allah saling berkongsi dan memberi sokongan agar kami sama-sama dapat majukan diri dalam bisnes dan kehidupan dunia akhirat.











Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 1 May 2014

Cara Mudah Meredakan Sakit Kepala Secara Semulajadi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Kalau tetiba kena serangan sakit kepala tu, memang sangatlah menyakitkan, kann..huu. Apetah lagi kalau kita tengah sibuk nak kejar deadline kat opis atau assignment melambak tunggu turn nak disiapkan. Mama hakim memang biasa sangat ngan situasi macam tu, rasa macam nak hentak kepala ke dinding. Kalau over sangat sampai muntah-muntah tau..! Ye mama hakim le orang yang dimaksudkan itu..huu


MIGRAIN


Tapi, sebab dah jadi mak mak ni pastilah tak boleh nak dibiarkan macam tu je kalau sakit. Tanggungjawab kita kan besar, kesian pulak kat suami dan anak kalau kita tergolek je menahan kesakitan sepanjang hari. Jadi mama hakim pun dengan rajin nyer bertanya ke orang-orang tua pasal petua dolu-dolu untuk kurangkan sakit tanpa telan Panadol terlebih dulu. Natural Remedy la kate omputih..hihi. Mama hakim listkan kat bawah ni cara mudah meredakan sakit kepala supaya semua orang bole kongsi sama-sama ehh..

Tips pertama, bila tetiba rasa menyucuk sakit kepala tu. Cepat-cepat potong limau nipis atau lemon (lagi best kalau yang sejuk disimpan dalam peti ais) dan tenyeh la kat ubun-ubun kepala atau area yang sakit. Ayat ganas skit..hihi. Gosok kan ke kepala sampai la kering limau nipis tersebut.


MIGRAIN


Tips kedua, genggam seketul ais sebesar yang mampu dipegang. Genggam sampai tangan terasa kebas dan ais mencair abis. Ulang semula kalau masih rasa sakit berdenyut.


MIGRAIN


Tips ketiga, rendam kaki dengan air sejuk berais yang diperah dengan limau nipis atau lemon. Rendam sampai rasa kebas dan lega.

Tips keempat, urutkan tangan di antara kawasan ibu jari dengan jari telunjuk. Mula-mula akan rasa sakit sangat kawasan tu tau.. bertabahlah dan teruskan mengurut dengan perlahan-lahan.

Tips kelima, yang ini boleh diamalkan secara berterusan untuk mengurangkan risiko terkena serangan sakit kepala secara tiba-tiba. Caranya mudah tapi mama hakim sendiri tak konsisten mengamalkannya..hihi iaitu minum air rebusan kulit kayu manis setiap pagi. Nak lagi sedap, boleh la tambahkan sesudu madu. Minum ala-ala teh gittew. Sedap tau..tapi malas skit merebus..kikiki.

Oklah sekian sahaja cara mudah meredakan sakit kepala secara alami dan semulajadi. Sesiapa yang sering kena tu nampaknya wajib la simpan stok limau nipis dalam peti ais lepas ni. Insya Allah boleh la membantu mengurangkan rasa sakit tu kan. Sekurang-kurangnya kita cuba J Tapi kalau sakit berpanjangan, lebih baik jumpa doktor dan dapatkan nasihat pakar okeh..!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Adab Dengan Jiran Setangga

Assalamualaikum warahmatullahi wabaralatuh..

Alkisah..suatu pagi mama hakim bukak pintu umah tetiba terkejut badak laki bini..hahah. Mana tak nyer..tetiba plak ade dua batang pokok pisang tumbuh kat tepi tangga umah siap dengan buah pisangnya!! Entah masa bila ditanam dan tumbuh pun mama hakim tak perasan.

image

Haa..cuba tengok gamba tu? Apekah ini?? Actually mama hakim duk apartment, bertentang 4 pintu. Jiran-jiran mama hakim semua bukan Melayu tapi kombinasi keluarga Cindian kat depan umah dan keluarga Cina kat sebelah umah dan keluarga India berdepan dengan keluarga Cina.

Bukanlah satu isu besar sebenarnya cuma mama hakim rasa agak kecewa sebab pokok pisang tu diletakkan tanpa memberitahu kami terlebih dahulu.

image

Tak salah kan kalau inform kitorang dulu sebelum pasang semua tu.. siap ngan panel kayu kat belah atas tau, dah macam pintu gerbang. Panel tu di hias dengan daun kelapa dan di pasang di atas keempat-empat penjuru umah kami.

Mama hakim tak tahu semua tu untuk acara apa. Ye la dah diorang pun takde nak bagi tau kan.. seminggu jugaklah menda tu terpasang. Sampai daun-daun tu kering.

Yang pasti, ia sememangnya agak mengganggu jalan keluar masuk umah..huhu. Biasalah apartment macam ni kan ruang agak terhad. Nak buat cane.. Insya Allah ade rezeki boleh la pindah umah teres yang ada laman sendiri..hihihi.

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger