Pembaca Blog Setia

Monday, 15 October 2012

MASA UNTUK BERSOSIAL..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Sejak Hakim dah berumur dua tahun lebih ni, mama hakim ngan Incik joni semacam ada rutin baru pulak J Dah name nyer budak tengah membesar, aktif pulak tu jadi haruslah Hakim diberi ruang waktu untuk bersosial dan bercampur dengan rakan-rakan sebaya. Walaupun kadang-kadang tak berkesempatan nak pegi selalu, tapi sekurang-kurang nyer seminggu sekali mesti bawak Hakim gi taman permainan.
 

Selain untuk berseronok, Hakim pun bole belajar berkongsi dan bekerjasama. Dah kat umah tu dia sensorang je kan, walaupun mama hakim atau Incik Joni main bersama tapi tetap lain kesan nyer bila Hakim bermain ngan rakan sebaya.
 
 
 
 

Mula-mula tu dah tentu gelongsor tu milik Hakim sorang..! Bila ada budak-budak lebih kurang saiz-saiz dia nak main, Hakim siap bole tinggi-tinggi suara marah pulak..! Tapi lama-lama dia macam seronok bila rebut-rebut sapa nak gelongsor dulu. Dari marah-marah dah pandai nak ketawa-ketawa..! Lepas tu seronok tengok dia berlari berkejaran kat taman. Siap buat gaya kapal terbang tau..!
 

Insya Allah satu ari nanti Hakim akan belajar menerima orang lain dalam kehidupan dia. Mama hakim nak dia tau yang dia bukan saja ada mama, babah, nenek dan atuk, sepupu-sepupu yang ramai tapi jarang jumpa, mama hakim nak dia tau yang dia bole berhubung dan berkawan dengan orang-orang disekeliling dia.
 

Lepas puas bermain, inilah upah nyer..! Pakcik ‘Mat Kool’ tu memang sengaja duduk kat tepi taman tu tau.. Mama hakim tau ramai mama-mama, ibu-ibu yang tak setuju ngan cara mama hakim yang satu ni tapi Hakim bukan sekadar makan aiskrim tu separuh je pastu dia minum air mineral dalam botol 500ml tu pun separuh.

 
 
 

Batuk? Ye..Itulah akibat nyer.. Insya Allah, mama hakim sangat memantau kesihatan Hakim. Rasa nyer kalau tak disebabkan aiskrim pun budak-budak bole kena batuk kan..?

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 11 October 2012

TIGA MALAM..!

Sampai jumpa lagi..wassalam.

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Entry super speedy Gonzales je, sebab rindu sangat kat blog. Akhir nyer setelah tiga malam tak cukup tido, mama hakim pun terdemam sudah.. Hakim makin baik, selsema makin kering cuma batuk je yang agak over lagi.
Incik Joni akan outstation lagi malam ni jadi mental dan fizikal telah pun di persiapkan untuk menghadapi aksi-aksi comel dari anak terchenta..hihi.

 

Oklah, mahu berehat sepuas nyer J Doakan mama hakim cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan ye.. Sayang selalu..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 10 October 2012

WORDLESS WEDNESDAY..! #10102012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Next National Bowler in action..!
 
 

 
Tak nampak muka..?

 
 
 
 
 
 
 
Inilah orang nyer..!
 
 
 

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 9 October 2012

TERKENANG PADA SI DIA..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Ohhoiii.. Rindu nyer nak membebel kat sini..! Sibuk sangat tu takdelah tapi my long-leave-lady boss (ade ke istilah camtu?) dah mula bekerja dah setelah berehat sejak bulan Februari atas sebab-sebab kesihatan..!

 

Banyak nyer yang nak dibebelkan sampai tak tau mane nak mula.. Puas otak menapis satu persatu cerita yang tersimpan. Tapi hari ni walaupun mata dah takleh beza ngan mata panda, ada tersimpan perasaan teruja sebab dapat email ni J Agak-agak sampai ari ni ke esok? Yang penting dia sampai sementara Incik Joni ada kat umah ni, jadi ade yang akan menyambut nyer kan..hihi. Hari khamis Incik Joni dah ke Pulau Pinang pulak..!
 

 

Semalam Incik Joni ke Kepulauan Borneo, tinggallah mama hakim dua beranak kat umah. Lepas amik Hakim dari umah pengasuh petang semalam, memang dah perasan hidung Hakim berair. Biasalah budak-budak kalau dah bermain bersama mestila berjangkit, kan.. Terus bagi Hakim Scots Emulsion..! Tapi petang tu jugak Hakim minum air Milo kotak yang sejuk..huhu. Salah sendiri, dah tau nampak hakim macam tu bole lagi bagi dia minum air sejuk..! Malam nyer Hakim dah start batuk-batuk. Dia dah tunjuk gaya tak sehat, tak bape aktif..

 

Sebelum tido dah sapu minyak angin tapi pagi tu pukul 3 lebih, Hakim dah terjaga sebab hidung tersumbat. Sian dia..! Mama hakim sapu lagi minyak kat dada dia. Hakim mintak susu, tapi lepas minum dia batuk-batuk dan termuntah. Alahai anak mama, kesian sangat tengok Hakim macamtu. Lepas bersihkan dia, bagi ubat batuk Hurix, lagi sekali sapu minyak dan tidurkan dia. Alhamdulillah, Hakim tak demam.

 

Pagi ni Hakim bangun masih lagi batuk-batuk dan dan selsema teruk. Mama hakim suap dia Scots Emulsion sebelum anta ke umah pengasuh. Ntah ape la yang Hakim buat sekarang. Jangan dia meragam sudah lah. Budak-budak kan, kalau rasa tak selesa bukan tau nak bagitau.. Kita yang dewasa ni pun kalau batuk dan selsema mesti dah merungut..huhu.

 
Tetiba tak sabar nak tunggu pukul 5..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger