Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Beberapa hari lepas,
mama hakim ternampak post seorang kawan kat facebook tentang chia seed ni. Dia
campurkan dalam air dan minum begitu saja. Sebelum tu pernah gak nampak dalam
post seorang lagi kawan. Mula la hati mama hakim terdetik, apa sebenarnya
kebaikan chia seed sampaikan makin ramai orang mula menjadikan ianya sebagai
menu harian?
Jadi dengan kelebihan
encik google, mama hakim cari la kelebihan dan kebaikan chia seed ni pada tubuh
badan kita. Dan ini lah yang mama hakim dapat. Mama hakim nak kongsikan dengan
semua.. lepas baca ni, mama hakim gerenti korang pun nak gi serang kedai organik
untuk dapatkan chia seed..hihihi.
Chia seed ni
sebenarnya tumbuhan berbunga dari kawasan Amerika Selatan. Chia itu sendiri
bermaksud ‘kekuatan’ dan masyarakat lama mengamalkannya sebagai energy booster. Rupa dia macam biji selasih tu bila dah kembang.
Kebaikan #1
Kaya dengan nutrisi. Mengandungi
serat, protein, lemak (Omega 3), Kalsium, Magnesium, Mangan dan Fosforus.
Kebaikan #2
Kaya dengan
antioksidan. Ia melindungi lemak yang berada di dalam chia seed. Ia juga
membantu mencegah pembentukan radikal bebas yang boleh merosakkan sel badan.
Kebaikan #3
Chia seed sangat
rendah karbohidrat dan tinggi serat. Dan disebabkan tinggi kandungan serat, maka
ia akan melambatkan pencernaan dan menyebabkan rasa kenyang yang lebih lama.
Serat juga membantu bakteria baik berfungsi dengan baik di dalam usus.
Kebaikan #4
Tinggi dengan protein
yang berkualiti. Pengambilan protein yang cukup akan membantu mengurangkan
selera makan. Ia juga bagus untuk golongan vegetarian yang kurang pengambilan
protein haiwan.
Kebaikan #5 (mama
hakim tahu ramai yang akan bersorak gembira!)
Chia seed membantu
menurunkan berat badan. Ianya disebabkan ia rendah karbohidrat, tinggi serat
dan protein. Kalau nak dapatkan kesan yang maksimum, perlu la disertai dengan
pemakanan yang seimbang dan senaman.
Kebaikan #6
Tinggi kandungan
Omega 3. Omega 3 adalah bagus untuk perkembangan otak dan mengelakkan kita
menjadi pelupa! Ia juga membantu menurunkan risiko penyakit jantung kerana
Omega 3 membantu menurunkan paras kolesterol.
Kebaikan #7
Menjaga kesihatan
tulang dan gigi. Kandungan kalsium, mangan dan fosforus membantu menguatkan
tulang dan gigi dan mengelakkan osteoporosis.
Kebaikan #8
Mudah disediakan!
Disebabkan rasanya yang tawar, kita boleh campurkannya dalam air (macam sirap
selasih), dalam bubur, oat ataupun sup. Gambar dari google kat bawah ni pun menarik kan!
So, lepas baca semua
kebaikan tentang Chia Seed ni, siapa yang rasa nak terus gi kedai organik
angkat mouse skang!! Hihihi.. Tak kenal maka tak cinta, kan? Bila dah tahu
banyak kebaikan biji-biji kecil berwarna hitam ni, maka dah tentu kita tak
ragu-ragu untuk amalkannya.
Ops! Mama hakim ade 1
lagi tips nak kongsi, cara membeli Chia Seed yang terbaik. Pastikan ianya tidak
berwarna kemerah-merahan sebab itu tandanya ia belum cukup matang!
Sampai jumpa
lagi..wassalam.
1 komen:
CN baru tahu, banyaknyer kebaikan dia yer ;)
Post a Comment