Pembaca Blog Setia

Friday 18 April 2014

Jom Hebat Mega : Program Hebat Bersama Orang Yang Hebat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Salam Jumaat yang penuh rahmat. Pagi-pagi dah hujan kat sini, hujan yang lebat tapi tanpa sebarang angin atau bunyi guruh. Alhamdulillah sebab hujan turun lepas mama hakim hantar Hakim ke taska.

Mama hakim nak mengenang balik tarikh 15 MAC 2014..dah sebulan lebih pun..hehehe.. tapi masih tetap utuh dalam ingatan. Sebelum memori itu meruap keluar dari otak, baik mama hakim cepat-cepat catatkan details tentang apa yang berlangsung hari tu. Memang la dah cerita secara general tentang program tu, tapi kali ni mama hakim nak bagitau kisah di sebaliknya pulak. Tulus dari hati gittew..hihi

Sebenarnya Program Jom Hebat Mega ni adalah kompilasi dari program-program Jom Hebat yang diadakan di seluruh Malaysia. Bayangkan betapa komitednya Master Zainul dan Master Lyna dalam usaha membantu anak cucu cicit Shaklee ni memajukan diri. Malah kebanyakan program ini ditaja oleh duit poket mereka berdua sendiri. Bayaran yang dikenakan pada peserta boleh dikatakan sangat-sangat berbaloi nak dibandingkan dengan ilmu yang diberi. Ok takmo cerita bab duit. Mama hakim hampir-hampir tak dapat nak join program mega nih tau, tapi ALHAMDULILLAH memang takde sesiapa bole halang kalau DIA dah tentukan. Kita hanya merancang, ALLAH juga yang Maha Mengetahui.

Pasangan Master Coordinator Shaklee (by this time dah jadi Presidential Master Shaklee dah) yang humble down to earth ni memang sangat ramah dan mudah didekati. Asalnya Master Lyna ni pemalu katanya, tapi bila dah kenal macam membesar bersama dari kecik..hihi.




Di sebalik program hebat ni, mama hakim nak kenalkan ahli jawatankuasa yang juga hebat-hebat belaka sehingga program ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Kebanyakan daripada mereka adalah dari group khas CoP Sisters (^^) mama hakim memang respect sangat dengan segala usaha diorang ni untuk memastikan Program Jom Hebat Mega berjalan dengan baik dan semua orang selesa. Al maklumla, program Shaklee kami ni family friendly jadi bukan senang nak memastikan bapak, anak, babies selesa sementara mak-mak menceduk ilmu.




Gamaknya, saudara Amin Idris ni dah jadi penceramah tetap geng iReach kami ni..hihi. Semangat dan auranya dalam memberikan motivasi memang sangat-sangat best. Penyampaiannya tak membosankan dan selalu melibatkan peserta yang mendengar. Walaupun masa jemputan beliau selepas watu rehat dan makan, tapi mata tetap segar tau! Semua peserta yang hadir kembali rasa bersemangat dan teruja!


AMIN IDRIS BERSAMA SHAKLEE


Secara peribadi, mama hakim sendiri memang suka menghadiri program-program macam ni. Sebagai manusia biasa, kita tak lari dari perasaan kecewa, sedih dan down apabila ditimpa dugaan jadi dengan berkumpul bersama mereka-mereka yang hebat ni, mama hakim kembali rasa bersemangat dan kuat. Bukan senang tau sebenarnya nak jumpa mereka ni selalu, masing-masing ada komitmen yang tinggi terhadap group Shaklee masing-masing, keluarga dan kerjaya. Gambar kat bawah ni antara sahabat yang dikenali dalam Shaklee tapi ukhwah yang terbina membuatkan kami sangat rapat dan dekat dihati.


JOM HEBAT MEGA SHAKLEE


Insya Allah, program Jom Hebat ini akan menjadi acara tetap group iReach. Yang bakal berlangsung, Jom Hebat Selatan yang akan diadakan di Johor pada 21 Jun 2014. Masih sempat lagi kalau ada sesiapa yang berhajat nak join terutama yang berada di selatan tanah air. Hanya perlu berdaftar sebagai Pengedar Sah Shaklee dibawah group kami.

Mudah saja nak mendaftar..! Hubungi mama hakim untuk KONSULTASI dan PANDUAN MENAMBAH PENDAPATAN hanya dengan Shaklee.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018 2835 816



Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger