Pembaca Blog Setia

Saturday, 4 August 2012

TAK BOLE DI TINGGALKAN..!

Assalamualaikum..

Mama hakim ke kedai tadi.. Nak beli tomato dan daun sup untuk sup ikan merah. Macam biase mama hakim akan masak juadah berbuka. Ok dah lari tajuk..hii..

Tengok lah gaya anak bujang sorang ni. Nak ke kedai depan umah pun tak bole tinggal McQueen kesayangan tuh. Puas pujuk suh tinggalkan tadi tapi Hakim tetap nak bawak same.. Skang ni nak ke mane2 pun di usung bersama McQueen tu.

Oklah nak start bergelut di dapur ni. Salam ujung minggu semua! Mama hakim yakin ramai yang amik peluang cuti ari isnin ni balik ke kampung halaman berbuka ngan keluarga..! Hati-hati di jalanraya..

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 2 August 2012

ADDICTED KE..?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kenyang..
Berbuka ari ni lauk ikan keli goreng bersambal ngan sayur campur. Paling penting, air yang sedap mesti la ade..hehe.

Dah bape ari terpikir-pikir akhirnyer berjaya gak berbuka ngan air Chatime. Kali ni mama hakim amik flavor Choc Hazelnut dan incik joni request flavor Mocha. Dua-dua sedap tau..nyumm!!

Sampai jumpe lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

BILA SI DIA BERAKSI..!

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua..

Masih rindu dengan suasana di Kota Kinabalu.. Bila ujan-ujan gini teringat sangat kat sane. Mase mama hakim anak beranak berada kat sane memang musim ujan. Sampai tak bole nak ke mane-mane langsung. Lagipun ade Hakim kan, kalau berduaan je macam dulu dah ku pakse incik joni redah gak..hihi.

Antara kenangan kami kat sane.. Ngan aksi Hakim yang spontan tu..


Mama hakim nak amik gamba kabus kat belakang tu sebenar nyer..


Tapi tetiba Hakim perasan.. Terusla dia beraksi.. Marcell dah ketawakan dia kat belakang tuh!


Tetiba babah menjeles plak.. Maka,




Pastu gamba mama hakim berdua ngan Hakim. Gamba babah ngan Hakim..








Jangan dipedulikan baju yang same tu ye. Mama hakim kalau berjalan memang tak bawak baju banyak, sebab nak simpan ruang untuk bawak balik banyak menda..hihi. Dulu mase kat obersi sebulan pun bawak baju 2 helai untuk berjalan/kuar (tak termasuk untuk pegi dan balik), 2 baju untuk pakai siang & 1 baju tido. Gila malas kan.. Ade la sehelai kain batik, 3-4 pasang seluar dan 2-3 helai tudung. Cuma yang dalam-dalam tu je bawak lebih. Mesti la kan.. Nanti bila dah balik sampai umah pun takde la susah sangat nak punggah balik.. Tips santai la kira nyer nih! Tapi pun tips orang malas macam saya hik.. hik..



Ari ketiga belas puasa, jom kita bertenang dengan zikrullah, buat keja pelan-pelan (tapi bukan sampai tertangguh ye) dengan selawat dan dan isi kelapangan kita dengan tasbih dan tahmid.


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 1 August 2012

KU DI DALAM DILEMMA..!

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua..



Masa untuk mengadap dan membaca blog agak terhad skang ni. Bukan sebab keja bertambah ke hape, keja same je banyak nyer. Tapi mungkin sebab terkeja-kejar untuk siapkan keja supaya bole balik umah kul 4.30 dengan aman..hihi. Kat umah? Jangan haraplah.. Biase nyer mama hakim akan curi-curi baca kat henpon je. Si budak Hakim tu bukan bole tengok orang ngadap laptop, dia yang sebok nak tekan-tekan.. Kalau duk dendiam tu bole la bertimbang rasa lagi kan..



Alhamdulillah dah masuk ari ke doblas puasa ari ni. Pagi ni mama hakim tak sempat bersahur, ni la jadi nyer kalau incik joni keja shift malam dan ade anak yang tak berapa kecik asek ‘berkasih sayang’ sepanjang malam.. Kadang-kadang ade terpikir untuk berentikan breastfeeding Hakim ni, sebab (1) dia dah pun genap 2 tahun 1 bulan ari ni. Sebab (2) mama hakim tak berkasih sayang secara eksklusif pun, dah campur susu formula sejak umo 6 bulan kutt. Sebab (3) tiap-tiap pagi mandi terasa sangatla pedih bila yang menyusu tu dah bergigi penuh. Sebab (4) kalau dia berenti, bole lah asingkan tempat tido.



Tapi.. Tapi.. Tapi.. Ntahlah. Mama hakim sendiri tak rela kutt.. Rase macam berat ati je. Sebab (1) bila dia meragam masih bole pujuk ngan berkasih sayang. Sebab (2) kalau tak bawak susu bila kuar umah Hakim masih bole berkasih sayang. Sebab (3) mama hakim dapat peluk dan cium Hakim puas-puas masa tu. Sebab (4) bila Hakim meragam dalam keta kacau babah dia bole la mama hakim rasuah dengan berkasih sayang..ehh macam sebab (1) plak!



Perasaan? Kadang-kadang pikir, dah rezeki Hakim ade lagi ape salah nyer dia terus berkasih sayang. Tapi kadang-kadang pikir, siang dah keja malam plak memang tak cukup tido melayan dia yang asek berubah posisi sebelah kiri dan kanan. Even dalam bulan puasa, sampai umah je Hakim terus nak berkasih sayang. Susu tetap dan masih ada cukup untuk Hakim melepas dahaga.



Kritikal gak dilemma ibu-ibu nak putuskan ‘hubungan istimewa’ ngan anak-anak ni kan. Padahal dah macam-macam petua mama hakim dengar, tak penah satu pun praktikkan lagi. Masih terpikir-pikir masa yang sesuai ke atau nak biar Hakim yang buat keputusan.

Mama hakim terima ape je pendapat semua pasal ni. Memang memerlukan sangat..



Sampai jumpe lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger