Pembaca Blog Setia

Sunday, 8 July 2012

PACKING..!

Assalamualaikum..
Lame betul tak menaip, terasa sunyi je blog ni kan.. Bila si anak mintak perhatian yang lebih, mula la segala kerja terpaksa ditangguh. Tapi kerja wajib mengemas membasuh tu dapat gak di selesaikan.. Ari ni mama hakim dah start packing beg untuk perjalanan ari selasa nanti. Sebenarnyer beg tu akan di hantar lebih awal, esok petang ke Subang Airport naik flight lain. Mama hakim 2 beranak akan naik Airasia, segala benda nak di caj. Even kami pilih seat pun kena caj..huhu. Jadi biarlah beg tu naik kapal lain janji dapat kurangkan kos..heheh!
Mama hakim ade dapat pesanan dari sorang kawan blogger yang mintak kirim Kopi O Tenom. Insya Allah mama hakim akan tunaikan. Lagipun blogger ni dah sarat mengandung, tunggu ari je rasa nyer. Semoga segala nyer dipermudahkan Allah, dan dapat baby yang comel macam mama nyer :-)
Aktiviti ari ni sambung dari semalam je, mengemas umah sebelum ditinggalkan..hihi. Esok Insya Allah mama hakim akan cite pasal aktiviti bowling semalam. Yang penting big supporter mama hakim pun ikut tau!
Sampai jumpe lagi..wassalam.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 4 July 2012

HIKMAH DI SEBALIK NYER..

Assalamualaikum..

Janji Allah itu pasti..kan. Eventhough I said my life was going to be super busy and tiring at work and at home but in the end there are good things going to happen. More than good, it is next to bestest things I ever have in my life. A’ah betul la tu, mama hakim maksudkan jenjalan gi Sabah next week! Wee…wee..sambil chicken dance dalam ati!


Skang ni duk sesak napas terkejar-kejar submission ke MBPJ sesambil mengajar dua orang si cantik manis yang baru masuk keja J sambil sesak napas pun bole senyum je sebab nyer jasad je ade kat opis ni tapi jiwa raga dah sampai kat negeri bawah bayu tu J maap ye mama hakim memang kemain over eksaited bila nak berjalan ni. Lagi2 memang dah lame ade dalam wishlist J Sekali lagi terima kasih buat incik joni terchenta sebab tunaikan impian mama hakim..hihi.


Mama hakim ni asek bebel je dua tiga empat ari ni kan.. Meh cuci mata tengok gamba budak umo 2 tahun dah ni J Last week balik keja lepas amik Hakim terus gi beli hotdog kat gerai burger depan 7-E USJ14. Belum sempat sampai umah dah dibukak nyer hotdog tu. Mujur tak berterabur tau. Yang mama hakim ni sambil drive sambil rakam gamba, mujur drive dalam kawasan perumahan..hihi. Sila jangan tiru aksi bahaya ini ye!

 

Leka ngadap hotdog dia..

Alamak! Dah perasan mama hakim amik gamba!


Posing dulu cam biase jari tu..huhu


Ok dah sampai depan umah, handbrake dah tarik.. Ini budak masih makan..


Sampai jumpe lagi..wassalam.
 

Tuesday, 3 July 2012

MACAM MANE EKK??

Assalamualaikum..

Di celah2 kesibukan masa ni sempat lagi mencuri waktu untuk menaip..hihi. Dah keja nyer menaip so takde la nampak sangat mama hakim menaip untuk blog! Sila jangan tiru aksi ni ye..


Waktu rehat tadi masa tengah makan, mama hakim ngan member opis bercakap pasal perkara yang jarang kami bualkan. Agak ‘berat’ gak isu nyer. Biase nyer masa makan tu la kami meluah perasaan pasal keja dan gossip kat opis J Tapi bukan itu yang mama hakim nak cite, bukan pasal gossip atau isu ‘berat’ tuh. Tapi pasal kepercayaan. Macam mana nak tau yang seseorang tu boleh dipercayai? Ade simptom2 atau tanda2 tak? Then macam mana nak tau yang orang tu mula percaya pada kita?


Mama hakim percaya semua orang nak kan pandangan yang baik2 je kan. Sape plak nak orang lain pandang serong ke senget ke atau yang buruk2 pada kita kan… Kalau kita nak meninggalkan sesuatu tempat atau seseorang pun kita nak tinggalkan dengan kenangan yang baik2 je kan.. Agak2 paham tak? Kalau tak paham pun teruskanlah baca ye.. Please…hihi.


Mama hakim selalu cuba sepenuh tenaga samada dengan orang yang dah lama kenal atau pun baru, sedaya upaya cuba bagi good impression bak kata omputih. Dan mama hakim sangat cepat percaya pada orang. Agak nyer sebab terlampau mencuba, nampak hipokrit, fake atau palsu kut..huhu. Kena tipu atau di ambil kesempatan? Dah banyak kali kena tapi tak penah amik iktibar.. Sebab mama hakim pikir, mungkin ada sebab orang tipu atau amik kesempatan. Mungkin dia terpaksa.. Mungkin dia ada masalah sendiri.. Dan disebabkan perkara ni jugak incik joni selalu cakap mama hakim tak pandai cari kawan dan berkawan. Yeah? Kadang2 kita ni percaya kat orang beriya tapi sebenar nyer belakang2 orang tu mengata kita..kan? Kadang2 kita ni share heart and soul tapi orang tu menyebarkan segala nyer pada orang lain.. Nauzubillah.. Mintak dijauhkan kawan yang macam tu.


Oklah.. Takmo berat2 kepala baca entry macam ni di petang yang bizi ni J


Sampai jumpe lagi..wassalam.

Monday, 2 July 2012

PINKY MONDAY!!

Assalamualaikum..

Giler kalau mama hakim tak publish pape ari ni. Banyak beno menda dalam kepala ni ha, jari jemari pulak ligat je menari-nari atas keyboard. Ari jumaat lepas mama hakim dah submit borang cuti dan dengan jayanyer Encik Bos Besa sain tanda setuju. Cuma PE je berat ati skiet, ye ar nanti sape nak tolong dia follow up segala isu dengan mak nenek contractor dan consultant kan.. Sori ye Encik PE. Famili first J


Aktiviti ari Sabtu takdelah heboh sangat pun.. Petang baru kuar umah gi beli pampers ngan susu Hakim sambil ditemani adik mama hakim, Nonoy ngan Aween. Pastu mama hakim gi beli kek saje2 nak potong bersama ngan sepupu Hakim yang 6 orang tuh. Mane lagi kalau bukan ke rumah Maklong. Mama hakim beli kek Blueberry Wonderland kat King’s. Bole tahan sedappp.. sebab Hakim makan dua potong! Seronok agak nyer makan ramai2.. Malang nyer tiada gamba yang di rakam sebab sibuk melayan si anak je. Hanye ada gamba kek sebelum dikorbankan beramai-ramai..hehe.



Ari ahad pagi sepatut nyer mama hakim jemput tukang urut datang umah. Badan ni dah sengal2 sangat dah. Bahu sangat2 sakit sebab Hakim suka tido atas bahu. Punye la bersemangat bangun pepagi lepas subuh tak sambung tido, akak tu call pulak nak cancel. Nasib badan la mama hakim..hihi. So mama hakim dua beranak yang kelaparan kuar umah gi carik breakfast, nasi lemak of kos! Selalu kuar umah belok kiri dah nampak tapi takde plak payung achik yang meniaga tu. Teruskan perjalanan lepas traffic lite tengok belah kiri pun masih takde. Maka abis la serata USJ 14 mama hakim ronda semata-mata nasi lemak! Kedai mamak banyak je tapi tekak ni nak nasi lemak tepi jalan. Akhir nyer terjumpe satu akak comey belakang keta Gen-2, bukak payung kecik. Mama hakim berenti dan tanye ‘nasi lemak ade lagi kak?’ Akak comey jawab ‘ade dik, nasi dagang pun ade’. Waahh! Nafsu ketamakan mula melanda, nasi dagang? Hehehe..


Akhirnyer mama hakim dua beranak balik dengan senyum lebar sebab ditangan ade sebungkus nasi lemak, sebungkus nasi dagang dan sebungkus mihun sambal kerang J Giler tamak kan! Tu sampai tengahari lah..haha! Lunch malas nak masak!


Tajuk entry? Pinky sebab ari ni ade sorang budak baru masuk untuk meringankan beban mama hakim.. Yeay! Dia pakai pink! Oklah nak serah segala tugas kat adik manis ni dulu. Jangan dia terkejut dah ler. Fresh graduate tuh!



Sampai jumpe lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger