Sticky post sehingga 31 Mei 2013
(Scroll ke bawah untuk entry terbaru)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillah malam ni malam kedua mama hakim akan lena di kaki Gunung Kinabalu..hihihi. Takdela kaki gunung sangat, tapi mama hakim tiga beranak skang ni berada di Kota Kinabalu..!
Personally, mama hakim sangat sukakan Sabah. Sangat suka dengan suasana dan persekitaran kat sini. Sangat sukakan cuaca dan pantainya.. Terima kasih Incik Joni yang sudi mengimport mama hakim dan chenta hati ke sini lagi..hihi.
Mama hakim dan Hakim sampai tengahari semalam, terus balik makan dan merehatkan diri sebab keletihan. Berduaan ngan Hakim sekarang bukan perkara yang mudah! Lagi-lagi kalau mama hakim driving berdua, memang bole jadi macam-macam adegan dalam kereta termasuklah aksi jerit menjerit.
Esok dah ada aktiviti bersama keluarga Shaklee :-) jadi takde la kebosanan sangat sepanjang mama hakim kat sini. Memang takde perancangan nak ke mana-mana pun. Sekadar merehatkan diri je. Lagipun Incik Joni kan kerja.
Tapi aktiviti yang paling menghilangkan stress wajib ade..hihi. Apelagi kalau bukan shopping kan..!! So korang yang dah join GA tu nantikan hadiah istimewa dari Negeri di Bawah Bayu ni ye..!!
Sampai jumpa lagi..wassalam.
"Semoga anak mama dan babah membesar menjadi anak yang soleh ye..!
Mama ngan babah tak pernah jemu doakan kebahagiaan awak dunia dan akhirat."