Pembaca Blog Setia

Wednesday, 17 October 2012

BILA TAHAP KREATIVITI MENINGKAT..! # 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Ahha.. Hakim dah mula nak menulis lah..! Sejak Hakim menunjukkan kreativiti dulu, mama hakim duk memikir macamane nak mengelakkan dia menulis di tempat-tempat tak sepatut nyer.  Jadi pada suatu hari yang aman damai (drama lebihh), mama hakim ajak Incik Joni ke kedai alat tulis J Pelik gak Incik Joni, di tanye nak beli ape tapi mama hakim malas nak explain..hahahaha!

 
So ini penyelesaian yang pertama, walaupun tak berapa efektif sebab Hakim menulis melangkaui sempadan..huu. Mama hakim beli kertas mahjong banyak-banyak (5 keping je!) pastu lekat dekat dinding sekeping dulu. Bila dah penuh dengan hasil tulisan, mama hakim tampal lagi satu J
 
 


Haa.. Kretip tak mama..hihihi! Tak penah terpikir lak nak rakam gamba Hakim menulis kat sini, kalau tak, bole juga dijadikan bahan bukti..
 

 
Setelah itu mama hakim beli pulak kertas itam ni @ sugar paper. Ni nak buat tampal-tampal. Mama hakim beli sticker ABC pastu bagi Hakim main tampal-tampal, cara nyer sama, lekat dulu kertas itam tu di dinding.
 
 

 
Seronok betul jari-jari kontot tu menampal. Mama hakim suruh dia ikut susunan seperti yang asal kat sticker.
 
 

Hasil akhir, bole la kan walaupun senget benget.
 
 

 
Penyelesaian yang ketiga, Incik Joni download apps Mufradat (Arabic Vocabulary) kat ipad untuk Hakim. Ha.. Yang ni untuk tulisan jawi pulak. Beriya la Hakim mengadap nyer. Mula-mula diconteng-conteng je tapi setelah beberapa kali ajar baru dia dapat ikut titik-titik sambung membentuk huruf. 
 
 
 
Hasil sambungan titik-titik sambil tangan mama tolong pegang jari kontot J Sambil menulis, sambil belajar bahasa Arab, bagus kan..!

Alhamdulillah, sekurang-kurang nyer Hakim ada tempat yang betul untuk dia salurkan kreativiti dia tu kan..! Mama hakim berharap sangat apa yang dibuat ni membantu Hakim belajar tentang sesuatu perkara dengan betul. Budak-budak ni dia serap je apa yang dia nampak dan kita ajar, tak tahu nak beza baik dan buruk lagi. Jadi, inilah penyelesaian yang mama hakim nampak setakat ni. Hakim pun enjoy je bila dapat belajar benda-benda baru J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

WORDLESS WEDNESDAY..! #17102012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

“Babah.. kerusi ni memang sesuai untuk saya.. Kan kan..?”


 


*Lokasi : IKEA
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 16 October 2012

SETIAP TAHUN PUN..! HUU..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Setahun sekali, mama hakim mesti ada masalah ni. Geram pun ade, rimas pun ade. Tapi nak buat cane, setiap tahun mesti kena sambut punyer..huu.



Cuba tengok, melekat-lekat kan.. Mama hakim tak tau ape masalah nyer. Tengok kereta orang lain elok je pulak.



Agak nyer mama hakim yang tak pandai tanggalkan kut.. Comot..!



Memang bole nampak tahun-tahun lepas punye kesan tinggalan kat cermin tu kan..



Ok, masa untuk menggantikan dengan yang baru J



Selesai dah tugasan yang tak susah tapi leceh ni..hihi. Kesan-kesan lame tu pun tak tau cane nak ilangkan. Melekat-lekat je rupa nyer. Mama hakim lap ngan kain basah je tapi pun tak bape bersih. Cermin keta ni yang bermasalah kut..haha..!

 

p/s: Ada ke cara untuk tanggalkan roadtax lame tu dengan senang ye?

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 15 October 2012

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Ingat tak Doa yang penah mama hakim kongsi dulu tu..? nak bagitau ini lah buku nyer. Ha.. Tengok betul-betul tau. Tajuk nyer Indahnya Hidup Bersyariat karya Ustaz Dato’ Ismail Kamus.
 
 

Kalau tak silap mama hakim harga nyer RM55.00. Sorry la gamba terkabur pulak.
 


Antara doa yang ada dalam buku ni..
 


Mama hakim harap perkongsian ni membawa manafaat pada semua, Insya Allah.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger