Pembaca Blog Setia

Wednesday, 12 June 2013

MY LITTLE PRINCESS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
Di sebalik keresahan sebab drama sedih pagi tadi, ada berita gembira yang mama hakim terima. Alhamdulillah Ya Allah. Adik Intan Nur Maisarah dah ditukarkan ke wad biasa.
 
Kuasa Allah tak siapa tahu. Minggu lepas adik di tolak masuk bilik bedah, mama hakim ada bersama ibu masa tu. Macam-macam perasaan yang ada sambil tak putus-putus berdoa agar segalanya berjalan lancar. Jangkaan doktor adik akan duk dalam wad ICU selama sebulan atau lebih ternyata meleset sangat. Hari ni mama hakim dapat tau adik dah duk wad biasa dah. Syukur Ya Allah. Ibu kata adik nampak sihat je. Senang hati mama hakim dengar.
 
 
  
 
 
 
Mama hakim penah cerita pasal pertemuan dengan ibu, blogger Dunia Ina Haireina ni masa kat Hospital Kajang. Masa tu adik demam dan ditahan wad. Tapi sekarang insya Allah adik akan bertambah sihat. Mama hakim bersyukur sangat dipertemukan dengan ibu yang kuat semangat mental dan fizikal dan bertuah sebab diberi peluang menyayangi dan menjadi sebahagian dari hidup adik. Mama tunggu adik keluar hospital pulak ye..!
 
*ini adalah summary dari karangan panjang lebar 300 patah perkataan tapi tak save..huwaa!!!
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 10 June 2013

PENGUMUMAN HADIAH BIRTHDAY GIVEAWAY..!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
 
Bersiaran di pagi Isnin yang sangat COOL..! Selamat memulakan tugas harian ye semua J Mama hakim tau korang semua lama dah tunggu pengumuman nih kan. Mohon ampun dan maaf sebab kelewatan. Mama hakim masih menaruh harapan, kot-kot ade lagi yang nak kan hadiah-hadiah Giveaway tu kan..hehehe
 
Ok ok senarai yang dah join Giveaway adalah seperti kat bawah ni :
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Syukur ada gak yang merajinkan diri join..hehe. So 8 orang ni memang dah takyah nak pilih-pilih, korang semua akan dapat hadiah Giveaway tu ye. Mohon tinggalkan nama, alamat dan no henpon kat email mama hakim ayudzul@yahoo.com.
 
 
 
 
 
Inilah hadiah-hadiahnyer ye. Cenderahati dari Kota Kinabalu.
Nak bagi lagi best, mama hakim bagi korang pilih je mana yang berkenan di hati ok..!

 

So mama hakim tunggu email dari senarai nama di atas tau..!! Sapa cepat dia dapat yang pilihan hati..!!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 7 June 2013

MEMBURU ILMU..!

 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Haa.. beso sikit tulisannyer kan..hehe. Oh kembali ke tajuk tu, baru-baru ni mama hakim pegi memburu ilmu dari seorang yang mama hakim anggap sifu dan mentor dalam bisnes Shaklee. Lebih kurang seminggu kami bermain teka teki untuk set tarikh, almaklum ler si dia sibuk teramat!

 

Lepas mama hakim bagi tarikh, si dia pulak nak outstation. Then mama hakim kejar jugak..hahah! Demi ilmu yang lebih berharga dari segunung emas pun..!! Akhirnya setelah capai kata sepakat, kami berjanji untuk berjumpa. Katanya akan join coaching dengan beberapa orang lagi. Hmm.. tak kisah lah janji dapat menuntut ilmu, kan. Tetapi malam sebelum berjumpa sekali lagi date tu kemungkinan untuk dibatalkan. Dugaan orang nak berguru macam tu lah. Takpe mama hakim redha je.
 
 
Alhamdulillah pagi-pagi dah dapat mesej kat FB ngan Whatsapp dari si dia J terus la kami berjanji untuk berjumpa di One Utama. Akhirnya dapat jugak, jantung ku berdegup pantas sebab nak jumpa orang beraura ni lain macam perasaan nyer..heheh.
 
 
 
 
 
 
Inilah orangnya, kecik molek comel lote dan pemalu sebenarnya. Walaupun baru dua tiga kali berurusan (entry lain ye) tapi dia sangat mesra macamlah kami ni dah kenal sejak lahir..! Yang paling penting, si dia seorang yang sangat merendah diri.
 
 
 
 
 
Jutaan terima kasih pada Master Lyna Noh atas segala tunjuk ajar! Insya Allah takkan saya sia-siakan semua ilmu itu. Penuh sendat padat senk otak dengan segala yang dicurahkan. Orang tak kedekut ilmu, gitula. Kalau bole nak berguru sampai malam tapi tak mungkinla kan..haha. Masing-masing punya komitmen, mane mau ku campak Azizul Hakim tu kalau sampai ke malam?

 

On the way balik meredah jammed, tetiba rasa perjalanan tu indah je. Walaupun ujan rintik-rintik air bergelombang eh! Sekali dengan eksiden melibatkan 4 biji kenderaan lagi. Tak putus-putus ucapan syukur dari hati mama hakim sebab Allah s.w.t. izinkan pertemuan itu. Walau banyak rintangannya termasukla takde parking, berpusing-pusing 20 minit mencari tapi akhirnya dapat gak berpeluk-peluk amik aura dengan si dia.

 

Terima kasih sekali lagi. Hanya Allah s.w.t saja yang dapat membalas segala jasa dan tunjuk ajar Master Lyna. Jalan telah dipermudah, tinggal tunggu saya mengorak langkah je sama ada berani atau tidak. Kalau tidak sekarang, bila lagi? Kalau bukan saya, siapa?
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.
 
 

Mungkinkah Bayi Alergik Dengan Susu Ibu?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Agak-agak korang lah.. Ade ke baby yang alergik dengan susu ibunya? Boleh ke perkara camtu terjadi? Sebenarnya mama hakim dapat tahu tentang perkara ni dari seorang kenalan. Mama hakim yang curious ni terus je korek-korek buat research bila terdengar pasal hal ni.

Fakta dari ehow.com cakap, TAK MUNGKIN baby akan alergik dengan susu ibunya MELAINKAN baby tersebut ada reaksi alergik dengan sumber PROTEIN atau komponen lain dalam susu ibu. Biasanya adalah protein dari susu lembu yang diminum oleh ibu. Kalau perkara ini terjadi, si ibu cuba hentikan dulu minum susu lembu. Consider jugak kekacang, soya telur dan gandum. SIMPTOM baby alergik protein ni biasanya berak berdarah, kembung, muak atau muntah yang berlebihan dan perut tak selesa (biasanya baby akan meragam menanges sepanjang hari)

Sumber dari livestrong.com pun cakap perkara yang sama sebab ada sebilangan kecil baby tidak dapat memproses galaktosa yang terkandung dalam susu ibu. Berkemungkinan juga baby itu menghidapi GALACTOSEMIA, satu keadaan genetic yang serius.

Apa SIMPTOM Galactosemia ni? Macam mane kita nak tau yang baby kita alergik? Biasanya simptom ni muncul lepas beberapa hari kelahiran. Antaranya, HATI membengkak, LESU dan cecair yang berkumpul di abdomen. Galaktosa yang berlebihan dalam badan juga boleh merosakkan hati, buah pinggang, otak dan mata.

So mommies kat luar sana, especially yang bakal menimang cahaya mata tak kira la yang pertama, kedua, ketiga atau keempat kan.. Jangan risau dan bimbang plak baca artikel mama hakim ni. Tak berniat nak takutkan korang semua. Mama hakim buiat research ni sebab dah lihat keadaan nya depan mata sendiri. Dapatkan nasihat doctor dan pakar Paed kalau nak tau lebih pasal hal ni. Harap perkongsian ini memberi manafaat ye..!


Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger