Pembaca Blog Setia

Monday, 24 June 2013

BERPISAH DEMI KEBAIKAN BERSAMA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Mama hakim sangat tak selesa ngan keadaan diri sendiri sekarang ni. Bukan sakit ataupun tak sehat (eh! Same je kot) Tapi mama hakim sedang berada dalam fasa perubahan hormone badan. Ala-ala anak remaja nak jadi anak dara gitu..hahaha. Badan mama hakim ni memang sangat terpengaruh ngan sebarang perubahan hormone tau.

 

Punca sebenar perubahan ni berlaku sebab kami dah berpisah..huu. Berpisah demi kebaikan sebenarnya. Kami tu ialah mama hakim dengan Azizul Hakim lah.. bukan ngan Incik Joni..! Adoii suspen pulak.. Kalau dulu mama hakim penah cerita susahnya nak selesaikan ISU ni, tapi sekarang terpaksa dan memaksa diri jugak sebab tak sampai bape hari lagi Hakim akan berumur 3 tahun.

 

Tapikan sebenrnya mama hakim tak sangka pun bole jadi sampai macam ni tau. Badan rasa macam tak stabil, nak demam tapi tak demam, sakit kat Cik B (mungkin sebab masih ada susu), mengalami pening dan mual-mual meloya terutama pagi dan malam, cepat letih tahap keja buruh kasar, mudah naik hangin (cepat sangat marah.. Astaghfirullah) dan yang paling penting jerawat penuh kat muka. Sebab tu la mama hakim kata macam remaja nak menginjak anak dara..hahaha!! Kalau jerawat sebab hormone ni kan, pakaila ape jenis pencuci muka dan krim atau makan la ape jenis vitamin sekalipun memang tak akan baik begitu saja..! Cuma bila amik vitamin tu jerawat tak la membesar dan seterusnya melobangkan kulit muka. Dia cuma naik dan menghilang tanpa kesan..hehehe.

 

Sejak bila mama hakim berazam sangat nak berpisah ngan Hakim ni? Sejak balik dari Kota Kinabalu awal bulan ari tu. Sejak tu dah terpikir mama hakim nak ke taknak ke kena jugak laksanakan..! Hakim dah hampir 3 tahun..! Dah makin pandai bercakap..! Dah sampai masanya pun kan..

 

Eh..! Tapi bole ke mama hakim salahkan situasi ni sebab ketidakselesaan badan? Ada tak yang nak berkongsi rasa bila memutuskan hubungan istimewa ngan anak ni? Mungkin bagi orang lain mudah je, kacang je nak laksanakan tapi bagi mama hakim umpama hilang separuh nyawa okeh..! Terutama bila si anak duk sebelah mengendeng lagi sambil usik-usik baju mama dia.. (T_T) Dahla susu masih ada..huuuu

 

Sudah mama hakim..sudahlah tu. Ni baru cite anak pisah susu, belum lagi alkisah anak masuk sekolah atau duk asrama.. Mau ada drama air mata dalam blog ni nanti..hahahah!! Oh! Kalau korang ingat mama hakim pregnant, tak tak tak.. mama hakim tak pregnant. Yang Maha Esa masih berahsia ngan mama hakim..hihi. Masih belum tau bila rezeki yang satu ni akan dikurniakan.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 19 June 2013

TUTUP PERIUK NASI ORANG..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Biasa je kita dengar istilah ‘tutup periuk nasi orang’ dan periuk nasi ditutup orang’ ni kan.. Malah dalam zaman berbisnes online ni, makin kerap kita dengar pasal ni. Sebab apa? Sebab makin ramai persaingan yang menjual produk atau barangan yang hampir sama.

Tapikan.. kadang-kadang kita terlupa SIAPA yang sebenarnya pegang periuk nasi kita? Siapa yang tentukan rezeki kita?

 

“Dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin ALLAH rezekinya” ~ Hud:6

 

“Siapakah yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika ALLAH menahan rezekiNYA” ~ Al Mulk:21
 
“Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH, nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendakiNYA. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu” ~ at Talaq:2-3
 

Peringatan buat diri sendiri juga, jangan mudah menyalahkan dan mengharap pada manusia. Kerana hati manusia bisa berbolak balik, berpaling dari kita. Sebaliknya serahkan lah pengharapan dan bergantunglah pada yang MAHA MENDENGAR, walau apa pun yang terjadi kita akan kuat dan bertambah kuat.

 

“Usah bersedih bila disisihkan manusia,
tetapi menangis dan merataplah bila disisihkan ALLAH s.w.t”

 
 
 

p/s: memetik kata-kata mentor saya, Master Lyna Noh.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 18 June 2013

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee Dengan Group Yang Hebat!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Bila tengok makin ramai pengedar Shaklee kat luar sana, ada juga beberapa orang yang tanya mama hakim tentang kelebihannya dan bagaimana menjadi ahli Shaklee. Tak susah pun sebenarnya, cuma daftar dan gunakan produk Shaklee sambil-sambil kumpul points. Yang selalu orang tanya mestilah cara nak daftar menjadi ahli Shaklee kan..hihi. Meh sini meh rapat skit mama hakim kongsi. Benda baik mestilah dikongsi bersama..


Cara MENDAFTAR sebagai ahli atau pengedar Shaklee ada dua, yang PERTAMA melalui pembayaran yuran keahlian sebanyak RM65 (jika ambil sales kit by hand) dan RM75 (jika sales kit diposkan). Yuran ni di bayar sekali je. TIADA renewal atau yuran pembaharuan lagi dah.. (best kan..!!)


Cara yang KEDUA adalah melalui pembelian produk Shaklee berjumlah RM600 dan ke atas ataupun pengumpulan point sebanyak 200uv dalam SATU PEMBELIAN. Produk ni boleh la nak beli kongsi-kongsi ngan ahli keluarga dan saudara mara J


Kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee ni dah tentulah korang dapat menikmati kebaikan produk Shaklee dengan HARGA AHLI. Dan satu lagi, sambil-sambil membeli dapatlah mengumpul POINT untuk setiap produk. Point ini kalau dah mencapai 150uv setiap bulan, korang boleh menikmati BONUS dalam bentuk tunai ($$$) yang Shaklee hadiahkan kepada semua pengedar setiap 15haribulan (lagi best kan..!!)


Lagi satu kelebihan mendaftar dengan GROUP mama hakim ni, mama hakim di bawah susur galur Jutawan-jutawan Muslimah yang sangat berjaya dan bergaya tau..hehe. Salah seorang nya pernah mama hakim cite kat korang kan. Group sapot menyapot antara satu sama lain. Tempat untuk pinjam meminjam ‘bahu’ untuk bermanja dan mengadu. Yang penting, leader-leader besar tak penah kedekut ILMU dan pengalaman masing-masing. Segala RAHSIA dan TIPS untuk sama-sama berjaya dikongsikan dalam group ni. Hubungi mama hakim anytime je ye (sms/whatsapp 018-2835 816)


Tapi semuanya terpulang pada korang semua untuk memilih. Mama hakim takde lah memaksa semua join mama hakim kan..hihi. Yang penting pastikan korang semua berada di kumpulan yang betul ye. Berbekalkan RM65 dan HATI yang kental, Insya Allah semua pun boleh berjaya mengejar dunia demi akhirat.


iR RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 13 June 2013

TIPS MUDAH SEMBUHKAN BATUK


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Menaip di kala batuk dan selsema melanda..hihi. Dah rasa macam nak mengada-ngada pulak sebab mama hakim jarang sangat batuk dan selsema ni. Alhamdulillah. Dalam kepala dah ligat fikir cara paling mudah nak kurangkan batuk dan selsema nih..hihi. Ada la beberapa petua yang biasa mama hakim dengar dan keluarga amalkan. Meh mama hakim kongsi ngan korang sayang-sayang semua..

 

Cara yang PERTAMA menggunakan LIMAU KASTURI dan KICAP MANIS. Yang ni memang superb la..hehe. Rasa pun mengancam! Caranya mudah je, potong dan perahkan beberapa biji limau kasturi. Lepas tu titiskan kicap manis sampai warna air perahan limau tu jadi warna kicap. Buat la banyak skit pastu simpan dalam peti sejuk. Pastu minum la sesudu ala-ala macam ubat batuk cap ibu dan anak.. Nak minum bape banyak kali pun takpe, di jamin takkan mengantuk dan overdose punya..! Tapi toksah la duk hadap secawan kan..heheh. Minum sesudu tiap kali tekak rasa gatal la.. Oh! Petua yang ni sesuai sangat untuk sakit tekak, tekak bengkak rasa kesat dan batuk yang tak berkahak.

 

Cara yang KEDUA, lagi mudah. Minum sesudu MADU tiap-tiap pagi. Insya Allah akan lega.

 

Cara yang KETIGA, lagi la sedap..! Eh mudah. Sebab hanya menggunakan COKLAT..hihi. Nyumm..! Sedap kan. Tapi make sure coklat susu biasa tu je tau. Jangan la gatai tangan amik coklat yang berkacang atau kismis pulak. Nak lagi berkesan, makan coklat pahit yang coklat semata je tu. Tak kisah la brand Cadburry ke, Van Houten ke ikut ler brand kegemaran memasing.

 

Ok cukup la kot TIGA cara mudah nak ilangkan batuk. Mama hakim kongsikan kat sini supaya mudah jadi rujukan masa akan datang. Yang penting, jangan lupa minum air masak/kosong dengan banyak ye. Supaya badan lebih sejuk gitu. Tapi ini semua usaha tau, sebelum gi jumpa doktor dan amik segala jenis ubat yang hanya membuatkan korang mengantuk tu. Mama hakim memang akan mengantuk, pasti ketiduran dalam masa yang panjang kalau amik ubat-ubat doktor ni. Sebab tu la cari alternatif lain.
 
 
 
Mudah je kan semua tu. Macam mama hakim cakap, ini semua usaha dan alternatif lain selain daripada ubat-ubatan klinik. Tapi kalau masih batuk dalam tempoh berpanjangan silalah buat pemeriksaan dengan yang lebih arif tau..! *mata dah pedih-pedih ngadap pc*
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger