Pembaca Blog Setia

Wednesday, 1 August 2012

KU DI DALAM DILEMMA..!

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua..



Masa untuk mengadap dan membaca blog agak terhad skang ni. Bukan sebab keja bertambah ke hape, keja same je banyak nyer. Tapi mungkin sebab terkeja-kejar untuk siapkan keja supaya bole balik umah kul 4.30 dengan aman..hihi. Kat umah? Jangan haraplah.. Biase nyer mama hakim akan curi-curi baca kat henpon je. Si budak Hakim tu bukan bole tengok orang ngadap laptop, dia yang sebok nak tekan-tekan.. Kalau duk dendiam tu bole la bertimbang rasa lagi kan..



Alhamdulillah dah masuk ari ke doblas puasa ari ni. Pagi ni mama hakim tak sempat bersahur, ni la jadi nyer kalau incik joni keja shift malam dan ade anak yang tak berapa kecik asek ‘berkasih sayang’ sepanjang malam.. Kadang-kadang ade terpikir untuk berentikan breastfeeding Hakim ni, sebab (1) dia dah pun genap 2 tahun 1 bulan ari ni. Sebab (2) mama hakim tak berkasih sayang secara eksklusif pun, dah campur susu formula sejak umo 6 bulan kutt. Sebab (3) tiap-tiap pagi mandi terasa sangatla pedih bila yang menyusu tu dah bergigi penuh. Sebab (4) kalau dia berenti, bole lah asingkan tempat tido.



Tapi.. Tapi.. Tapi.. Ntahlah. Mama hakim sendiri tak rela kutt.. Rase macam berat ati je. Sebab (1) bila dia meragam masih bole pujuk ngan berkasih sayang. Sebab (2) kalau tak bawak susu bila kuar umah Hakim masih bole berkasih sayang. Sebab (3) mama hakim dapat peluk dan cium Hakim puas-puas masa tu. Sebab (4) bila Hakim meragam dalam keta kacau babah dia bole la mama hakim rasuah dengan berkasih sayang..ehh macam sebab (1) plak!



Perasaan? Kadang-kadang pikir, dah rezeki Hakim ade lagi ape salah nyer dia terus berkasih sayang. Tapi kadang-kadang pikir, siang dah keja malam plak memang tak cukup tido melayan dia yang asek berubah posisi sebelah kiri dan kanan. Even dalam bulan puasa, sampai umah je Hakim terus nak berkasih sayang. Susu tetap dan masih ada cukup untuk Hakim melepas dahaga.



Kritikal gak dilemma ibu-ibu nak putuskan ‘hubungan istimewa’ ngan anak-anak ni kan. Padahal dah macam-macam petua mama hakim dengar, tak penah satu pun praktikkan lagi. Masih terpikir-pikir masa yang sesuai ke atau nak biar Hakim yang buat keputusan.

Mama hakim terima ape je pendapat semua pasal ni. Memang memerlukan sangat..



Sampai jumpe lagi..wassalam.

5 komen:

Chekpid said...

slow & steady. cuma kalau boleh jgn pula sampai umur 4 tahun..time tu dia pun dah pandai bercerita ngan kawan2.menambah aib kt kita pula :p

ai dulu guna kekdah psikologi...bgtau la dia dah big boy...malu...eee geli...macam2 lagi lah. mmg ambil masa. cumanya putus susu ni peringkat awal buat kita pulak rasa sedih..rasa macam dipinggirkan gitu...lama2 ok. we do for his own good

mamavogue said...

rasa dipinggirkan..huhu
dah sebak dah ni.

kalau babah dia ade malam2, babah dia yang pujuk elakkan dia dari mama nyer. tapi mama nyer yang purak2 tido mendiamkan diri tu sangat sayu okeh..huh!

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Kene kuat dear.Ni semua pun untuk dia jugak.Beri dia ruang untuk membesar. Macam YM nih contohnya, kalau diikutkan, mmg nak peluk Yayan tiap2 malam, nak dia dekat ngan YM, tapi bila fikir2, sampai bila kan?Sebab tu bila Yayan umo 6 bulan, dia dah tido sendiri.Dah takde dah tido sekali ngan YM.Bagi dia ruang untuk jadi anak yang kuat, ye?bukan apa, nak ke taknak ke, masanya akan sampai jugak....camne pun kita halang, diorang tetap akan membesar..so, as a Mom, lengkapkan diorang dengan kekuatan kita...insyaallah...good luck dear.

mamavogue said...

Thanks YM..!
betul gak tu, sampai masa kena lepaskan gak. Insya Allah akan cuba kuat..eh mesti kuatkan diri..
nak diskusi ngan babah lah malam ni..

teratak hati said...

Tak tau nk bg pndapat,klu hakim dh dpt adik kot dia berenti sndiri..hik2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger