Pembaca Blog Setia

Monday, 8 July 2013

Kebaikan Vitalea Iron Formula Untuk Dikongsi Bersama


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Bila mama hakim berkongsi pasal VITALEA IRON FORMULA, ada yang tertanya-tanya siapa yang sesuai atau boleh mengambilnya sebagai supplement. Ok ok salah sendiri sebab tak explain dengan lebih jelas..hihihi.


Ok sayang-sayang semua..! VITALEA IRON FORMULA ni kan multivitamin. Jadi sangat sesuai dijadikan amalan harian oleh sesiapa sahaja. Meh mama hakim bagi details skit. Vitalea sangat sesuai diamalkan oleh ;


v  Ibu-ibu comel yang menyusukan anak
v  Mommy-mommy jelita yang sedang hamil
v  Lelaki-lelaki aktif bekerjaya
v  Bapa-bapa ensem yang kerja shift
v  Remaja-remaja yang aktif bersukan dan melakukan aktiviti luar
v  Mama-mama cantik yang menguruskan rumahtangga sepenuh masa

Multivitamin bukan pengganti makanan harian ye, ianya sebagai supplement yang menyokong dan membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan tubuh badan ketika kita menjalankan aktiviti harian.


Jangan lupa contact mama hakim (sms/whatsapp 018 2835 816 / emailkan ke ayudzul@yahoo.com) anytime untuk KONSULTASI SEPENUHNYA ye. Khas dan eksklusif untuk pelanggan tersayang.


iR RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Sunday, 7 July 2013

Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Vitalea Iron Formula

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Tik tok tik tok.. semua orang sedang mengira hari untuk bertemu dengan bulan Ramadhan kan. Ada lebih kurang 4-5 hari saja lagi. Mama hakim takmo bebel panjang-panjang ari ni, sebab mama hakim ada satu tugasan penting. Ari ni mama hakim nak memperkenalkan korang semua dengan multivitamin pertama di dunia dalam bentuk cecair, yang dicipta pada tahun 1915 dan dikenali sebagai Vitalize Mineral. Dan kini, dengan teknologi yang lebih baik ia telah diubah kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vitalea Iron Formula.

Kalau korang nak tau, setiap biji tablet Vitalea ni mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayur-sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA. Ujian klinikal yang dibuat telah membuktikan bahawa pengambilan Vitalea selama satu tahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.


IRON PILLS, TAMBAH DARAH



Kepentingan utama VITALEA IRON FORMULA



~ Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu system memori dan fokus dalam aktiviti seharian


~ Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalam diet tidak seimbang terutama bagi mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian dan anemia


~ Keupayaan Sistem Reproduktif – Penting kepada remaja yang sedang membesar


~ Metabolisme – Sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan


~ Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.


~ Melindungi Organ Penting – melindungi fungsi hati, buah pinggang dan jantung
Jadi sayang-sayang semua, mama hakim berbesar hati berkongsi kebaikan Shaklee ni dengan semua agar kita dapat menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik. Semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada kita bersama. Sebab utama, mama hakim tau tanggungjawab seorang ibu dan isteri zaman sekarang ni sangat berat. Kita memang memerlukan tahap kesihatan yang baik agar dapat menjaga keluarga dengan baik.. kan!
Jangan lupa contact mama hakim (sms/whatsapp 018 2835 816) atau email (ayudzul@yahoo.com) je sebarang pertanyaan dan kalau nak mintak harga kasih sayang okeh..!


iR RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816

Sampai jumpa lagi..wassalam.



Tuesday, 2 July 2013

SIMPLE BIRTHDAY CELEBRATION...pt #1


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Ya Allah.. nak pensan rasanya..! Sebab tak sempat buat ape-ape entry pasal birthday si chenta hati semalam. 1 Julai 2013, Azizul Hakim berumur genap 3 tahun. Kan mama hakim cakap nak celebrate, Alhamdulillah dapat gak buat sambutan kecil-kecilan Ahad lepas tapi meriah sebab adik beradik yang ramai..hehehe. Sambil-sambil main masak-masak kat umah untuk menyambut Ramadhan.

 

Kemudian je mama hakim letak gamba ye.. walaupun takde gamba potong-potong kek tapi kek nya tetap ade..! Dua biji tau..hehe demi mencukupkan untuk semua orang merasa. Antara makanan lain, bonda goreng mee pagi tu, pastu buat laksa. Lepas tu duk heboh menguli tepung nak buat donut. Abang lang bawak ayam dan kambing yang dah siap diperap, maka berbarbeque la kami.

 

Memang seronok sangat makan dari pagi sampai malam..hahaha. Yang penting kitorang semua dapat berkumpul adik beradik kat umah keluarga. Nanti mama hakim cite lagi ye, sekali dengan gamba. Baru puas bercerita.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 25 June 2013

AKIBAT JEREBU


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Jerebu oh jerebu.. makin lama makin teruk pulak. Kesian mommy-mommy yang ada anak kecik. Kesian budak-budak sekolah. Kesian kat semua orang..!

 

Mama hakim pasti korang semua dah tau langkah-langkah pencegahan semua kan. Mesti buat tau, jangan baca je. Ramai dah yang share kat facebook semua. Kat blog pun ada yang dah kongsi tips bila berhadapan dengan jerebu ni.

 

Keadaan cuaca yang berjerebu camni bole mendatangkan banyak masalah kesihatan. Salah satunya pasti lah asma (ke athma..hehe) tak sanggup mama hakim tengok orang yang diserang asma tau. Semput pun sama, lebih kurang la tu. Selain tu jerebu gak bole menyebabkan skin allergy okeh! Jadi, kepada sesiapa yang rasa kulit dia sensitip, rajin-rajinlah memakai baju berlengan panjang atau pakai cardigan bila berada di luar. Haa..amaran gak kepada orang yang mengalami sinus ataupun resdung. Sila ambil extra precautions ye. Sentiasa pakai mask tau!

 

Kita yang sehat ni pun terasa kesan dari jerebu, inikan pulak mereka-mereka yang mama hakim bagitau kat atas tu. Korang.. minum banyak air kosong ye. Banyak dah status kat FB ni cakap pasal sakit tekak, pedih mata, batuk-batuk. Jaga diri okeh..! Dan jom sama-sama berdoa agar jerebu ni akan berakhir dengan cepat. Kalau bole sebelum Ramadhan kan.. Takleh imagine kita berpuasa dalam keadaan macam ni..huu.

 

Oh ye, kalau lah hujan dalam masa terdekat ni pastikan seboleh-bolehnya elakkan diri dan ahli keluarga lain dari terkena air hujan ni tau. Bayangkan betapa kotornya udara skang ni, dah tentu air hujan tu pun mengandungi debu dan kotoran jugak. Bahaya kalau terkena kulit..

 

p/s: IPU area Subang/Shah Alam – 289 (setakat mama hakim menaip)

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger