Pembaca Blog Setia

Tuesday 11 November 2014

Fungsi Dan Kebaikan Minyak Ikan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Dalam pencarian minyak ikan terbaik untuk si anak dan suami terchenta, mama hakim terjumpa dengan Omegaguard Shaklee ni. Minyak ikan tulen yang melalui proses 3 kali penapisan untuk menyingkirkan logam-logam berat. Kenapa mama hakim pilih Omegaguard? Ada banyak kebaikan yang nak mama hakim kongsikan bersama kat sini. Yang paling best, bulan November ade promosi istimewa lagi tau..!


PROMOSI OMEGAGUARD


Antara yang wajib mama hakim kongsikan ialah ;

Kolesterol – membantu menurunkan paras kolesterol LDL dalam salur darah dalam masa yang sama meningkatkan kolesterol HDL.

Salur darah – mencegah pembekuan darah (blood clot) serta melancarkan peredaran darah.

Perkembangan bayi – DHA adalah penting untuk membantu tumbesaran dan perkembangan otak bayi, penglihatan dan pendengaran.

Keradangan – EPA yang terkandung di dalam Omegaguard membantu mengurangkan keradangan dan sakit sendi serta memelihara fungsi sendi.

Asthma – EPA juga membantu meningkatkan sistem imun badan, bersifat anti-radang dan memelihara sistem paru-paru.

Otak – membantu meningkatkan fungsi otak supaya lebih fokus, mencegah dari penyakit dementia (pelupa/nyanyuk)

ADHD – Omega 3 dipercayai membantu mengurangkan simptom ADHD dan meningkatkan keupayaan mental seperti berfikir, fokus belajar dan meningkatkan memori. ADHD adalah singkatan untuk Attention deficit-hyperactivity Disorder

Depresi/kemurungan – pengambilan Omega 3 yang mencukupi boleh membantu mengurangkan simptom kemurungan dan meningkatkan sistem anti depresi tubuh.

Dalam masa yang sama, apabila kolesterol dan lemak dalam salur darah disingkirkan maka saiz pinggang kita juga bakal mengecil. Hal ini terjadi apabila Incik Joni sendiri mengamalkan secara konsisten dan mula terasa seluar agak longgar selepas sebulan. Part ni memang sangat best, kan!

Omegaguard ni adalah salah satu yang sangat penting dalam Set Kesihatan Jantung dan juga sangat sesuai diamalkan oleh pesakit darah tinggi. Selain itu, ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk mengambil Omegaguard.

Mama hakim juga pastikan Hakim mengambil Omegaguard sebiji sehari bagi memastikan tahap kesihatan paru-paru Hakim dalam keadaan yang baik. Kali terakhir Hakim warded disebabkan semput adalah bulan Mei yang lalu. Lepas tu mama hakim konsisten bagi Hakim setiap hari. Alhamdulillah, kalau batuk pun hanya dua tiga hari je lepas tu sembuh.

Kata kuncinya adalah konsisten. Pengambilan dengan jumlah yang betul dan disiplin setiap hari mampu memberikan kesan terbaik pada tubuh badan kita. Kata orang, mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi memang sangat sesuai dijadikan sebahagian dari amalan pemakanan seharian kita.

Hubungi mama hakim anytime untuk KONSULTASI SEPENUHNYA dan peluang untuk mendapatkan KEAHLIAN PERCUMA pada bulan November ni.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger