Pembaca Blog Setia

Tuesday 18 November 2014

Bahaya Masalah Anak Sembelit, Atasinya Dengan Cara Yang Selamat Dan Semulajadi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Masalah anak sembelit memang merunsingkan ibu ibu kan? Kesian sangat tengok anak terpaksa menahan sakit setiap kali nak membuang. Ada yang menangis, ada yang sampai merah padam muka menahan sakit sembelit. Ada juga anak-anak yang trauma tiap kali nak membuang, takut sakit lagi.

Biasanya kan ibu ibu, masalah anak sembelit ni berpunca dari pemakanan yang kurang seimbang. Ye la mama hakim faham, kebanyakan ibu ibu sekarang ni bekerja dan tak pasti bagaimana anak-anak makan di taska. Adakah cukup dengan serat dan protein atau tidak, kita pun tak tahu.


MEALSHAKES
Sumber : listentoyourgut.com

 Jadi, untuk mengelakkan masalah anak sembelit ni berlarutan dan menjadi lebih teruk, apa kata ibu ibu buat sesuatu bagi memastikan si anak mendapat khasiat yang secukupnya. Mama hakim nak berkongsi idea ni supaya boleh jadi rujukan di masa akan datang.

First of all, ibu ibu boleh mula bagi buah-buahan yang banyak serat dan air pada waktu pagi sebelum anak makan apa-apa. Contohnya tembikai merah dan betik. Potong kecil-kecil dan letak dalam mangkuk, berikan kepada anak untuk dimakan sementara ibu bersiap. Untuk anak yang dah ke sekolah, boleh la dibekalkan buah-buahan juga.

Kalau ada mesin juicer, lagi best! Pagi-pagi, campurkan beberapa jenis buah untuk dibuat jus. Yang ni mama hakim pasti anak-anak sukakannya. Dan ibu ibu pun boleh juga minum bersama. Anak sihat, ibu pun senang hati..!

Yang seterusnya, gantikan snek harian dengan buah-buahan kering seperti prun, apricot atau kiwi. Haa.. buah-buah ni pun bagus untuk sistem penghadaman si manja tau. Selain kaya dengan vitamin C untuk meningkatkan sistem imun jugak.

MEALSHAKES
Sumber : Google

Tapi ada satu perkara yang perlu semua ibu ambil perhatian, iaitu air masak. Pastikan juga anak-anak minum air masak yang mencukupi setiap hari. Selain bagus untuk penghadaman, air juga perlu untuk mengganti kehilangan cecair dalam badan melalui peluh.

Akhir sekali, mama hakim ada satu rahsia yang nak dikongsi untuk ibu ibu yang mahu memastikan kesihatan sistem penghadaman si manja, selain menjadikan anak lebih aktif dan meningkatkan selera makan. Klik kat SINI ye rahsia kita-kita aje tau..syyhhh!!



Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger