Pembaca Blog Setia

Tuesday 18 November 2014

Usah Abai Rasa Lesu Dan Keletihan Melampau, Ia Mungkin Simptom Penyakit Yang Tidak Boleh Dirawat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Beberapa hari lepas, mama hakim belajar tentang penyakit yang tidak dapat diubati iaitu diabetes atau dalam bahasa harian kita sebut kencing manis. Sebenarnya boleh dikatakan dah 3 kali mama hakim attend kelas ni, 2 kali secara bersemuka dengan Nutritionist Shaklee dan sekali ketika webinar (online class). Apa itu penyakit diabetes? Ia adalah keadaan di mana terdapat gula yang berlebihan dalam salur darah kita.

Selalunya yang orang kita tahu, kencing manis ni penyakit keturunan kan. Tapi sebenarnya keturunan hanya menyumbang 20% je tau. Yang lagi 80% tu dari cara hidup dan pemakanan kita. Kalau korang nak tahu, 1/5 dari rakyat Malaysia skang ni adalah penghidap diabetes! Haa..ramai kan?

Macam mana nak tahu kalau ada di antara kita yang ada kencing manis ni? Meh sini mama hakim nak kongsikan simptom-simptom yang dialami oleh seseorang yang menghidap kencing manis.

Kerap Kencing – apabila terdapat gula berlebihan dalam badan, kita akan kerap ke tandas sebab badan akan cuba menyingkirkan lebihan gula tersebut




Rasa Haus – apabila kita kerap kencing, maka akan berlaku dehidrasi pada badan. Sebab tu la kita akan rasa haus je.

Badan Lesu – Disebabkan sel-sel badan tidak mendapat tenaga dari gula, maka kita akan mudah rasa letih dan lesu. Selalu rasa tak bermaya nak buat kerja.




Perubahan Berat Badan – Untuk pesakit Diabetes Type I, biasanya berat badan akan turun mendadak dan untuk pesakit Diabetes Type II, akan mengalami peningkatan berat badan.

Luka Lambat Sembuh – Gula yang berlebihan dalam salur darah menarik perhatian bakteria dan menyebabkan luka kecil melarat menjadi teruk

Kebas dan Kekejangan – Pesakit diabetes akan mengalami kekejangan dan kebas-kebas terutaman di tapak tangan dan kaki disebabkan pergerakan darah yang lambat dan tidak lancar.

Jadi, sekarang ni cuba periksa keadaan kita adakah letih-letih dan lesu yang kita alami selama ni sebahagian dari simptom kencing manis? Selain letih, ada lagi tak simptom-simptom lain yang kena dengan diri kita? Kalau ada, cepat-cepatlah ke klinik ataupun farmasi untuk buat pemeriksaan gula dalam darah.

Jika kandungan gula terlebih skit dalam badan dan kita dapat kesan lebih awal maka lebih mudah untuk kita mengawal pemakanan dan amalkan cara hidup yang lebih sihat. Mencegah lebih baik dari mengubati kan? Takkan sampai kena bergantung kepada ubat semata-mata baru kita nak ubah gaya hidup?

Jom mulakan hari ini! Amalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat..! Dan mama hakim ada rahsia untuk membantu MENGAWAL DIABETES dari terus melarat tau!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

1 komen:

LydSunshine said...

lesu dan kebas tu saya selalu rasa. Eh, risau pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger