Pembaca Blog Setia

Wednesday, 5 November 2014

Betul Ke Sakit Kencing Manis Berpunca Dari Keturunan?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Baru-baru ni mama hakim ada pergi ke kelas nutrisi yang dianjurkan oleh support group dan pakar nutrisi Shaklee. Memang seronok bila join kelas-kelas macam ni sebab ada berbagai informasi tentang kesihatan yang dikongsi bersama. Ada tips kecantikan dan juga tips mengoptimumkan penyerapan vitamin pada badan. Tapi kali ni mama hakim nak kongsikan pasal kecing manis, atau ada orang sebut diabetes. Sama je mana-mana pun..hihi. Tips kecantikan nanti lenkali mama hakim cerita ye.

Soalan paling popular ‘betul ke kencing manis ni penyakit keturunan?’. Maknanya kalau mak ayah kita ada penyakit kencing manis, adakah kita berpotensi nak mewarisi penyakit yang sama? Betul ke? Betul ke? Tak betul la tu. Keturunan hanya menyumbang 20% je tau. Yang lain-lain tu berpunca dari gaya hidup dan pemakanan kita.

Sebenarnya, kencing manis atau diabetes ni ada 3 jenis tau. Yang pertama, TYPE I (yang mana pancreas sudah tidak mampu menghasilkan insulin  dan pesakit memerlukan suntikan insulin), TYPE II (terjadi apabila sel-sel badan tidak lagi bertindakbalas dengan insulin) dan juga GDM (wanita hamil yang mengalami diabetes sepanjang tempoh kehamilan sahaja). Kencing manis juga boleh memberi kesan yang tidak baik kepada 6 organ badan iaitu saraf, mata, otak, jantung, buah pinggang dan juga kaki.

Antara FAKTOR UTAMA sakit kencing manis ni pula dah tentu lah obesiti atau berat badan berlebihan, gaya pemakanan kurang sihat (terlalu banyak gula), gaya hidup yang kurang aktif (tidak bersenam/bersukan) dan juga proses penuaan (pengumpalan protein AGE yang terjadi apabila gula dan protein terkumpul).

Sakit kencing manis ni sangat bahaya tau, sebab ada banyak KOMPLIKASI BESAR kepada pesakitnya. Bayangkan antara air kosong, dengan air yang dibancuh bersama gula. Dah tentu air gula kelihatan pekat dan likat kan? Begitu lah umpamanya darah pesakit diabetes. Bila darah pekat, pergerakan darah menjadi tidak lancar dan lambat. Inilah punca rasa kekejangan dan kebas-kebas. Selain daripada tu, saraf dan salur darah juga menjadi rosak. Mata pesakit kencing manis juga akan menjadi semakin kabur dan akhirnya buta disebabkan saraf mata rosak dan vitamin A tidak dapat diserap dengan baik.

Pesakit kencing manis juga berpotensi mendapat serangan jantung dan strok (disebabkan kepekatan darah) dan kegagalan fungsi buah pinggang (filter iaitu nefron dalam buah pinggang akan menjadi tebal dan susah menapis toksik). Yang paling mengerikan lagi apabila luka lambat sembuh dan akhirnya menyebabkan kaki terpaksa dipotong. Bagi pesakit lelaki, mereka berpotensi untuk mengalami kegagalan fungsi erektil (mati pucuk).



DIABETES DAN SHAKLEE

Terdapat beberapa supplemen dan vitamin Shaklee yang penting bagi MENCEGAH DAN MENGAWAL lebihan gula dalam darah pesakit kencing manis. Vitamin-vitamin ini sangat penting bagi memastikan sel-sel badan dapat berfungsi dengan baik dan bertindakbalas dengan insulin.

Antara supplemen Shaklee yang penting untuk pesakit diabetes adalah ESP, Vivix, GLA Complex, Vitamin C, Vitalea Iron Formula, Alfafa dan juga Zinc Complex. Tapi, tidaklah semestinya seorang pesakit tu kena ambil semua yang mama hakim sebutkan. Ikut keperluan juga dan fungsi setiap satu juga.. meh mama hakim explain.

Vivix – Ia bertindak terus kepada sel badan, membantu memelihara dan memberi tenaga kepada sel. Kandungan 15 jenis polyphenols dalam Vivix membantu mencegah penghasilan AGE protein.

ESP – atau Energizing Soy Protein adalah soya yang rendah indeks glisemik. Ia mengandungi 9 jenis asid amino perlu yang tidak dihasilkan oleh tubuh badan. Ia juga membantu menggalakkan penghasilan insulin dan menstabilkan hormon.

GLA Complex – sumber dari bunga borage yang berkepekatan tinggi. Ia membantu memulihkan sistem saraf, mengurangkan bengkak dan bersifat anti keradangan. GLA Complex adalah sumber Omega 6 terbaik.

SR Vita C – Ia membantu mengurangkan paras gula dalam badan dan mencegah gula dalam sel bertukar menjadi sorbitol. Bioflavonoids yang terdapat di dalam Vitamin C Shaklee meningkatkan lagi fungsi dan mencegah pengoksidaan. Yang paling penting, Vitamin C Shaklee diperbuat daripada JAGUNG.

Vitalea Iron Formula – mempunyai kromium yang membantu mengaktifkan sel-sel badan untuk bertidakbalas dengan insulin dan sangat sesuai untuk pesakit diabetes Type II

Alfafa Complex – mempunyai 300 jenis vitamin dan minerals yang membantu menyahtoksin dan memelihara kesihatan usus. Ia juga bersifat alkali.

Zinc Complex – Mineral paling asas yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Ia bertindak sebagai pencetus enzim dan hormon dalam badan dan membantu dalam pemulihan luka.

Seperti yang mama hakim cakap tadi, tak semestinya pesakit kencing manis perlu ambil semua jenis supplement yang disebutkan tu, tapi ianya bergantung kepada tahap kesihatan dan keperluan badan seseorang. Sebab tu lah pentingnya KONSULTASI bila korang mula nak ambil sebarang supplemen ataupun vitamin.

So, jangan malu-malu contact mama hakim bila-bila masa ok. Mama hakim pastikan korang akan dapat layanan first class gittew..hihihi.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger