Pembaca Blog Setia

Monday, 17 December 2012

Kepentingan Protein Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Tajuk serius je kan.. Ha maksud nyer apa yang mama hakim akan bebelkan ni memang serius pun terutama untuk wanita-wanita yang sedang mengandung ni. Alaa.. baru nak taip ala-ala lecturer dengan penuh serius but this is sooo not me J Mama hakim bukan jenis yang macam tu, so takyah ler nak berlakon tegas sangat..hihi.

Ok mama hakim cuma nak share info pasal kepentingan protein dalam diet seharian kita. Of kos sangat penting, kalau tak sape la kita nak harap untuk membina sel-sel dalam badan ni kan.. Terutama bagi yang tengah pregnant lagi sangat-sangat penting keperluan protein ni tau.

Protein penting untuk perkembangan otak si manja dalam perut, selain untuk pembentukan otot-otot dalam badan. Agak ramai yang tak perasan yang perkembangan otak telah berlaku ketika embrio mula terbentuk lagi. Makna nyer sebaik je confirm yang kita pregnant, terus kena amik extra protein untuk memastikan perkembangan otak si manja yang baik. Of kos memula susah sebab tengah mual dan morning sickness segala, tapi sekurang-kurang nyer kita mula mengambil makanan yang mengandungi protein yang tinggi.

Protein juga membantu dalam pertumbuhan dan pembaikan otot. Sebab tu biasa nyer orang-orang yang membina badan berotot tu makan lebih protein. Dengan pengambilan protein juga memudahkan si ibu mengandung bergerak membawa kandungan nyer dan juga memudahkan proses bersalin (sebab otot-otot badan si ibu yang kuat dan sihat). Ye la bila si ibu sihat dan bertenaga, mestila anak pun ikut sama kan..!

Protein membekalkan ibu mengandung dengan nutrient dan antioksidan yang diperlukan untuk mengekalkan sistem imun yang sihat, jadi susahlah si ibu nak terkena jangkitan penyakit kan. Ramai yang pikir, vitamin C yang membantu mengelakkan dari jangkitan penyakit tapi percayalah protein lebih senang dihadam dan dikongsi bersama si manja dalam perut J Eh vitamin C pun penting ye..!

INFO


Jadi, ape kesimpulan mama hakim bebel panjang lebar ni? Belum habis lagi ye, masih nak bebel lagi ni. Sebenarnya ada sorang colleague mama hakim yang baru pregnant tapi takmo makan ape-ape supplement pun dengan alasan susah nak telan. Amboii..! Seram mama hakim dengar, sukati dia je cakap macam tu? Sian baby kat dalam perut nanti tak cukup zat. Mama hakim penah keja di Bahagian Kesihatan Ibu dan Anak tau, macam-macam kes yang penah dilihat ngan mata dua bijik ni. Ade yang kes nak jaga badan punye pasal, dah sampai masa bersalin baby hanya 800gram. Bayangkan..! Tak sampai sekilo pun. Last-last kena baby masuk inkubator. Salah sape? Hhmm.. Sian kan.

Buat kawan-kawan sahabat-sahabat maya yang sedang mengandung yang memang betul-betul takleh telan biji-biji ubat ni, cubalah yang jenis minuman. Ada macam-macam jenis di pasaran. Buatlah pilihan yang terbaik demi masa depan anak. Kalau di Shaklee, memang ada. Dah tentu nak promote sebab mama hakim skang ni sangat-sangat mementingkan kesihatan J Dan produk dari Shaklee dah tentunya selamat, halal dan berkesan.

ESP SHAKLEE


Sedikit info mengenai kebaikan ESP

·         Kandungan protein dalam satu hidangan ESP bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 21 kali ganda susu, rendah lemak dan tiada asid urik.

·         Mengekalkan awet muda, bukan sahaja kulit tapi seluruh tubuh dan organ dalaman

·         Membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah esteoporosis dan serangan jantung

·         Membekal tenaga berpanjangan. Malah sebagai diet yang sihat, mengenyangkan perut bagi yang ingin menurunkan berat badan.

·         Meningkatkan kualiti memori, mencegah nyanyuk.

INFO


Hubungi mama hakim jika nak tanye pasal ESP Shaklee atau apa-apa saja produk dari Shaklee. Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua ye. Sayang selalu..!

NAK BELI SEKARANG? KLIK KAT SINI YE.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
Email : ayudzul@yahoo.com
Sms/ Whatsapp : 018 2835 816

Sampai jumpa lagi..wassalam.

14 komen:

IDAZS said...

mmm, mcm tak logik je x boleh telan. kalau tak boleh telan sangat, potong kecik2, tak pun sumbat je dalam pisang. Fikirlah pasal baby dalam kandungan tu...huhuhuhuhuhuhu


Mama Vogue said...

IDAZS,
demi baby kan..
Tapi ntahla mmg ade je org yg mcm tu. Mamavogue penah terjumpa kes yg tak lalu nak telan iron pills, masa kandungan 6 bulan dia kena masuk 2 pain darah. Aduiyai..Tau plak tu ngadu sakit..

Qhaifa Nur said...

masa ngandung dulu2..susu ANMUM pasti minum tapi vanila saja...
skrg macam2 dah ada kini...

Mama Vogue said...

Qhaifa Nur,
skang ade banyak sangat pilihan :)

wan nurul hezrina said...

bahaya kalau zaman sekarang dengan enviroment yang tak bape nak sihat ibu2 mengandung tak makan vitamin..kalau dulu tak mcm skang oklah..nie bbahaya tuk janin..

Mama Vogue said...

nurul,
kan.. skang mudah terdedah ngan segala kesan-kesan negatif..huu

Kesuma Angsana said...

gd sharing dear tq

LydSunshine said...

Sempat lagi dia bisnes. Hehehe. Yang mama Hakim promote ni berunsurkan soya kan? Betul ke org kata soya ni tak elok sgt? Saya pun tak pasti. Tapi penah baca la dulu.

Mama Vogue said...

Lyd,
secara tak langsung awaklah yg memotivasikan mamavogue.
Pasni mamavogue cari info yg lebih psl protein soya ye :)

IntaNBerliaN said...

bg saya xda alasan bila kita pikir pasal kesihatan ank.. xleh telan pun, cr je apa2 yg boleh telan, janji anak dpt zat.. macam esp ni, minum je.. hihii

SumeSakan said...

gud info....alamak memang jenis x leh telan ubat pun...dah paksa pun x leh...muntah sehabis2nya...sebab tuh cari alternatif lain utk bekalkan vitamin dan nutrien yg ckup utk mama n baby...cam saya amik herbalife nyer produk..x pernah try ag ESP neh...x kisahlah apepun kan janji sesuai ngan tekak kita...

Mama Vogue said...

SumeSakan,
Tak kisah brand ape pun janji selamat & berkhasiat.. Yg penting mama & baby dpt kebaikan nyer :-)

Mama Vogue said...

KA,
Sama2.. Sbg panduan bersama :-)

Mama Vogue said...

Ina,
Yg penting anak sihat kan..! ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger