Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh..
Mama hakim pasti sangat kawan-kawan
semua aware pasal kepentingan Vitamin C dalam diet seharian dan kebaikannya
untuk tubuh badan kita. Malangnya badan kita takleh membina Vitamin C ni
sendiri jadi kita perlu ambil dari sumber makanan atau minuman. Vitamin C ni
sangat mudah diperolehi dari buah-buahan dan sayuran hijau. Cuma kita tak pasti
kandungannya cukup tak untuk membantu tubuh badan berfungsi dengan baik.
Menurut webmd.com, Vitamin C adalah
salah satu nutrient paling selamat dan efektif. Ia mungkin tidak dapat
menyembuhkan batuk dan selsema tapi ia mampu menghalang dari kesan yang lebih
teruk. Kebaikan Vitamin C ini termasuklah melindungi tubuh badan dari gangguan system
imun, penyakit kardiovaskular, masalah kesihatan ketika hamil, penyakit mata
dan juga melambatkan proses penuaan kulit.
Melalui howstuffworks.com pula,
selain daripada kepentingan Vitamin C dalam penghasilan kolagen, ia juga
membantu dalam proses penyembuhan luka. Ini termasuklah semua jenis luka biasa,
luka melecur, luka pembedahan dan patah tulang. Vitamin C yang diambil secara
oral (ditelan/kunyah) membantu proses penyembuhan dengan lebih baik dan cepat.
Vitamin C juga membantu melindungi kulit dari radikal bebas apabila terdedah
kepada sinaran UV.
Di pasaran, memang banyak jenis
jenama Vitamin C. Ada yang mengandungi sehingga 1000mg dalam satu tablet. Tapi
apakah kelebihan SUSTAINED RELEASED VITA C PLUS SHAKLEE? Kenapa kita perlu
pilih jenama Shaklee?
Tentulah sebab Sustained Released
iaitu pembebasan berterusan secara semulajadi yang direka khas oleh Shaklee.
Ianya membuatkan Vitamin C dilepaskan secara perlahan dalam badan dan mampu
kekal lebih lama dalam plasma darah. Selain tu, manafaat Vitamin C Shaklee ni
termasuklah senarai yang kat bawah ni ye ;
- ~ Merangsang pembentukan kolagen
- ~ Membantu meningkatkan system imunisasi
tubuh
- ~ Anti oksidan yang membantu
meningkatkan interferon semulajadi tubuh
- ~ Melambatkan proses penuaan, mencegah
pigmentasi kulit
- ~ Mencegah pendarahan berterusan (gusi
berdarah/luka)
- ~ Membantu penyerapan zat besi dengan
optimum
Banyak kan kebaikan Vitamin C ni?
Memang vitamin asas yang menjadi keperluan wajib untuk tubuh badan kita. Lagi-lagi
zaman bakteria dan virus yang sangat advanced ni, tak salah kita lindungi tubuh
badan kita dengan system imunisasi yang kuat. Sebotol ada 180biji dan berharga
RM92.50.
Hubungi mama hakim untuk sebarang
pertanyaan lanjut dan KONSULTASI SEPENUHNYA SECARA PERCUMA ya.
Nak BELI SEKARANG? KLIK KAT SINI YE.
Nak BELI SEKARANG? KLIK KAT SINI YE.
iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816
Sampai jumpa lagi..wassalam.