Pembaca Blog Setia

Showing posts with label Nak Hamil. Show all posts
Showing posts with label Nak Hamil. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

Promosi Berganda Shaklee Oktober 2014 : ESP Shaklee dan Meal Shakes

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


PROMOSI SHAKLEE TIBA LAGI.. (Nada iklan TORA..haha)
Bulan Oktober yang super best ni, Shaklee buat promosi berbaloi-baloi sebab bulan ni adalah bulan mandi dan berendam dengan ESP..!!
Ok takyah berendam pun, minum je..heheh. Tapi kalau nak buat gak, atas risiko sendiri ye.. Risiko kehabisan ESP lebih cepat dari biasa..hihi.




Memang inilah yang ditunggu-tunggu oleh penggemar dan pencinta ESP sekelian alam, kan.. Inilah masanya untuk memborongs dan dalam masa yang sama PENJIMATAN BERGANDA gittew..

ESP SHAKLEE BELI 6 PERCUMA 1
MEAL SHAKES BELI 3 PERCUMA 1

Bagi yang baru-baru nak cuba, haaa ape lagi?? Takyah tunggu lama-lama. Sementara promosi ni la berbaloi percubaan tu. Konpem jatuh cinta! Sebab mama hakim pun cemtu gak..hihih

Hubungi mama hakim untuk SEBARANG PERTANYAAN dan KONSULTASI ye. Mama hakim ada sesuatu yang EKSKLUSIF nak dikongsikan dengan customer tersayang..!

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816



Lebih info pasal ESP kesayangans nih ;





Sampai jumpa lagi..wassalam.

Saturday, 19 April 2014

Bahaya Kekurangan Potassium Ketika Hamil

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Ketika hamil, banyak perkara yang perlu kita ambil tahu dan ambil perhatian sebenarnya. Mama hakim pasti sangat ramai antara kita tak tahu tentang kekurangan potassium dalam badan ketika hamil boleh mengundang bahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Potassium adalah mineral (elektrolit) penting dalam sel badan yang berfungsi dalam melancarkan peredaran darah. Ia penting untuk otot dalam badan termasuk jantung supaya dapat berfungsi dengan efektif. Organ penting yang mengawal kestabilan dan menyingkirkan potassium berlebihan adalah buah pinggang kita. Tahap normal potassium dalam badan adalah 3.5 ke 5.0 mmol/L jadi kalau jumlahnya kurang dari 3.5 maka seseorang itu dikatakan menghidapi HYPOKALAEMIA.

Seseorang yang mengalami rendah potassium boleh juga menyebabkan peluh yang berlebihan (hyperhidrosis) selain dehidrasi.  Antara simptom kekurangan potassium adalah

~ sering letih dan penat
~ kebas dan kekejangan otot
~ jantung terasa berdebar akibat degupan yang tidak stabil
~ terasa haus
~ kerap kencing dengan jumlah yang banyak
~ pitam akibat tekanan darah yang rendah


Sumber melalui BabyCenter.com mengatakan ibu hamil memerlukan lebih elektrolit (potassium, sodium, klorida) disebabkan kehamilan membuatkan peningkatan darah sebanyak 50% dalam badan dan jantung perlu berkerja lebih daripada keadaan biasa. Ibu hamil memerlukan lebih kurang 4,700mg dalam sehari.

Tapi, jangan pulak mak-mak yang tengah pregnant ni risau. Insya Allah dengan pemakanan yang seimbang dan penuh nutrisi maka dapatlah mengurangkan risiko mengalami kekurangan potassium ni. Mama hakim share melalui gambar yang di google seperti kat bawah ni sumber makanan yang tinggi kandungan potassium. Apa pun yang kita makan, ambillah secara sederhana..tak gitu?

MAKANAN TINGGI POTASSIUM


MAKANAN TINGGI POTASSIUM


Yang selebihnya, dapatkan nasihat dari doktor ketika lawatan bulanan ke klinik ye. Mereka dah tentu lebih arif tentang perkara ini. Mana tahu kan..jika ada antara mak-mak yang mengandung ni selalu mengalami kekejangan dan keletihan yang melampau, maka mama hakim harap artikel ni bole dijadikan rujukan bersama.

Rujukan : webmd.com



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 3 April 2014

Bahaya Praeklampsia Kepada Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Baru-baru ni, ada seorang kawan mama hakim yang tengah sarat mengandung. Dia asek mengadu yang tekanan darah dia tinggi sangat. Even doctor cek waktu dia bertenang pun masih 140/110. Bayangkan lah betapa tinggi nya bp dia, terus kena tahan wad. Mama hakim tanya, ape lagi masalah dia selain tu, dia jawab kaki dia dah bengkak dan susah nak berjalan dan ada sedikit protein dalam air kencing. Alahai.. kesian sangat mama hakim dengar. Balik umah terus mama hakim google pasal ni. Ye la kan mana lah tahu kot-kot ada yang boleh dibantu untuk kurangkan kesakitan dia.

Mama hakim jumpa pasal PRAEKLAMPSIA. Nak tahu apa tu? Praeklampsia adalah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh dan protein dalam air kencing. Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boelh membahayakan bayi dalam kandungan. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi kerana oksigen dan nutrisi penting yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.

Antara risiko menghidapi praeklampsia ini adalah jika ibu hamil berusia 40 tahun dan keatas, berat badan yang berlebihan ketika hamil, mempunyai masalah kesihatan yang kronik yang boleh menjejaskan system darah (tekanan darah tinggi, LUPUS, masalah ginjal, diabetes) dan jika ibu hamil mempunyai sejarah keluarga yang mengalami praeklampsia. Jika ibu hamil pernah menghidap praeklampsia pada kehamilan pertama, 20% daripadanya akan menghidapinya pada kehamilan seterusnya.

Yang paling merisaukan mama hakim ialah, tiada rawatan pencegahan yang pasti untuk praeklampsia ini. Cara terbaik untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan adalah dengan memenuhi temujanji antenatal dengan kerap. Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah boleh memastikan ibu dan bayi tidak terancam serta dalam keadaan yang baik.

Ada bukti-bukti yang menyatakan dengan pengambilan KALSIUM yang mencukupi sebelum dan semasa kehamilan dapat mencegah dan mengawal praeklampsia ini. Jika tekanan darah tiba-tiba naik, ibu hamil dinasihatkan supaya banyak berehat, baring dengan sisi kiri supaya membantu aliran darah ke plasenta atau duduk dengan posisi tegak.

Cuba dapatkan nasihat dan rawatan doctor kalau-kalau ade ibu-ibu hamil kat sini yang rasa ada tanda-tanda macam praeklampsia ni ye. Kalau tetiba rasa tekanan darah tinggi melambung, serah diri je ke hospital berhampiran. Mencegah itu kan lebih baik.

Jadi, ibu ibu hamil ni jangan culas makan ubat/vitamin/supplement seperti yang dinasihatkan oleh doctor ye. Kalau sungguh sangat tak bole telan pun, mama hakim teringat petua dari seorang mama blogger. Katanya ‘cucuk pil tu dalam pisang yang dipotong kecil dan telan’. Insya Allah demi anak dalam kandungan dan juga diri sendiri, kan..hihi

Sumber : BabyCentre



Sampai jumpa lagi..wassalam

Saturday, 31 August 2013

Ikhtiar Mendapatkan Zuriat Dengan Set Kesuburan Shaklee


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Rasa macam nak tampar-tampar diri sendiri sebab tak bagi maklumat lengkap kepada pembaca blog Towmater dan customer-customer tersayang..! Beberapa hari ni macam kesibukan menguruskan persiapan raya sampai lah dah raya ke tujuh baru mama hakim perasan yang mama hakim tak buat entry lengkap pasal SET KESUBURAN SHAKLEE. Adoiyaiii.. perkara penting camni pun bole lupa!! Ok sebelum melalut lebih panjang baik mama hakim terangkan apa yang ada dalam SET KESUBURAN SHAKLEE ni.

Yang paling asas dalam SET KESUBURAN untuk suami isteri ni ialah ZINC COMPLEX, VITA E, GLA COMPLEX dan ALFAFA.

Selain yang asas dan bergantung kepada konsultasi berlainan customer (of kos, lain orang lain tahap kesihatannya) B COMPLEX dan VITALEA juga antara yang menjadi pilihan dalam SET KESUBURAN SHAKLEE.

Dan pilihan paling hot dan sekseyy pastilah ESP (Energizing Soy Protein). Sebab apa perlunya ESP? Sebab ia membantu MENGOPTIMUMKAN penyerapan semua vitamin yang diambil dalam badan.

Untuk KONSULTASI SEPENUHNYA, jangan segan-segan contact mama hakim ye (sms/whatsapp 018 2835 816) Mama Hakim akan terangkan dengan lebih details fungsi dan kebaikan untuk setiap satu vitamin ni.


iR RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 14 August 2013

Vitamin E Penting Untuk Kesuburan Suami Dan Isteri


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Kalau sebelum ni mama hakim dah cite pasal KEPENTINGAN B COMPLEX DALAM MENYOKONG KEHAMILAN, kali ni nak kongsi pasal VITAMIN E pulak. Alaa.. korang jangan kebosanan pulak ekk sebab mama hakim tak abis-abis dengan cerita nak tambah ahli keluarga. Mana la tau kot kot ada sesiapa yang korang kenal, saudara mara adik beradik yang sedang merancang untuk hamil. Bole la korang kongsikan artikel dari episod NAK HAMIL mama hakim ni.

Kenapa VITAMIN E penting? Apa fungsi dan kaitan VITAMIN E dengan kehamilan? Ini la yang mama hakim selalu tertanya-tanya sendiri. Jadi dengan penuh gigih mama hakim cari info dan compile dalam ni.

Kajian yang telah dilakukan pada tahun 1924 mendapati VITAMIN E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Ia mampu meningkatkan bilangan sperma. Selain itu, VITAMIN E membantu menambahkan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih. Antioksidan dalam VITAMIN E mampu melindungi DNA sperma.

Sumber makanan untuk VITAMIN E ; Badam, Zaitun, Bayam, Betik dan Minyak Bunga Matahari

SELENIUM membantu tubuh badan menyerap vitamin E dengan lebih baik. Dalam masa yang sama, SELENIUM melindungi sperma dan ovum dari radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kromosom. SELENIUM juga penting dalam penghasilan sperma yang sihat dan berkualiti.

Sumber makanan yang mengandungi SELENIUM ; Ikan merah, Ikan Kod, Tuna, Sardin dan Ayam Belanda

Disebabkan VITAMIN E dan SELENIUM ni saling memerlukan, jadi sangat penting untuk mama hakim pilih sumber makanan yang ada kedua-duanya. Selain tu, tak lupa gak supplement supaya mama hakim mendapat nutrient yang betul dan kuantiti yang tepat. Ye la kan, kadang-kadang bila mama hakim masak sumber makanan tu kita tak tau plak samada nutrient tu masih ada atau pun dah terhapus dek kepanasan.



Pilihan mama hakim of kos la SHAKLEE. Semulajadi dan selamat. VITA E COMPLEX Shaklee dibuat dari minyak soya organic dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E. Diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E menjadikan VITA E COMPLEX adalah vitamin E paling lengkap di pasaran. Dah siap-siap pun ada SELENIUM dalam tu, takyah risau dah..hehe

Jadi, sesiapa yang rasa nak mencuba VITA E COMPLEX Shaklee juga bole hubungi mama hakim bila-bila masa (sms/whatsapp 018 2835 816) untuk mendapatkan KONSULTASI SEPENUHNYA. Bila-bila masa okey..!!!
Nak tau promosi terkini dengan lebih cepat? Jom la LIKE Page mama hakim Beautiful Mama Shoppe


iR RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Saturday, 20 July 2013

GLA Complex Hanya Untuk Wanita Yang Ingin Kekal Sihat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Walaupun tajuk GLA Complex untuk wanita sahaja, tetapi sebenarnya ianya sesuai untuk lelaki jugak. Sebenarnya tiada jantina dalam produk Shaklee ni..haha. Sesiapa sahaja boleh mengamalkannya asal saja dah dapat khidmat nasihat yang selengkapnya. Apa kelebihan dan kebaikan di sebalik GLA Complex ni ye? Meh mama hakim kongsikan kat bawah ni..


SET KESUBURAN SHAKLEE

Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid menjadi lebih baik

Membantu meningkatkan kesuburan wanita

Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri wanita

Melegakan PMS (sindrom pra-haid) / senggugut

Membantu mengecutkan Cyst/Endometriosis/Fibroid

Membantu dalam menangani sindrom Menopous

Menguatkan kuku dan rambut

Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri

Membantu menangai ekzema (penyakit kulit)

Melegakan simptom akibat artritis reumatoid

Menguatkan imuniti tubuh badan

Memperlahankan proses penuaan (awet muda)

Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung

Mengawal kencing manis dan darah tinggi

Mengawal kolesterol

Membantu menurunkan berat badan


Untuk fungsi saraf



Kan mama hakim dah kata, memang hebat GLA COMPLEX ni, yang penting sambil SIHAT sambil CANTIK sambil TURUN BERAT badan gitu. Jangan tunggu sampai abis stok baru nak mesej mama hakim ok. Contact mama hakim (sms/whatsapp 018 2835 816 / emailkan ke ayudzul@yahoo.com) anytime untuk KONSULTASI SEPENUHNYA ye. Khas dan eksklusif untuk pelanggan tersayang.


iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018 2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tips Bagi Pasangan Yang Ingin Mendapatkan Zuriat


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Wahh siap ada tips bagai. Mama hakim nak letak dalam blog ni sebagai panduan diri sendiri jugek..hehe Sebab I kan sedang ehem ehem.. merancang untuk menambah ahli keluarga..hihihi. Apa yang mama hakim kongsikan kat sini, hasil dari pencarian maklumat ehsan Encik Google dan group ibu ibu yang melambak kat Facebook. Senang nak baca bila dah compile kan sekali kat sini.


TIPS 1 – MENJAGA PEMAKANAN

Of course ini paling penting. Kenapa? Sebab dari makanan lah terhasilnya sel-sel dan darah daging kita. Dan juga pemakanan yang seimbang dan sihat akan menjamin berat badan yang ideal.

·         Pilih makanan yang mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi.

·         Elakkan kafein, minuman bergas dan berais

·         Elakkan sayur-sayuran yang ‘sejuk’ dan ‘berangin’ seperti pucuk ubi, kacang panjang dan kobis

·         Jus buah-buahan tanpa gula memang bagus tapi elakkan nenas dan tebu ye sebab diorang ni ‘tajam’

·         Elakkan juga makan laksa sebab orang tua-tua kata bunga kantan kat dalam tu juga agak ‘tajam’

·         Banyakkan makan sayuran hijau dalam hidangan harian dan juga ikan (cold water fish is the best for fertility)


TIPS 2 KETAHUI NUTRIEN PENTING

Antara nutrient penting yang perlu diambil oleh bakal-bakal ibu

·         Vitamin E – Membantu meningkatkan kesihatan sperma dan kesuburan lelaki. Juga membantu penghasilan telur yang sihat untuk wanita. Sumber antioksidan terbaik yang mengurangkan kerosakan sel disebabkan radikal bebas dan penuaan.

·         Vitamin D – membantu dalam penghasilan hormone dan proses ovulasi

·         Vitamin C – menbantu meningkatkan tahap hormone dan kesuburan wanita dan juga lelaki. Mengurangkan risiko keguguran.

·         Iron – Elemen penting dalam kesuburan dan kesihatan ketika mengandung.

·         Asid folik – Rasanya semua orang tau akan kepentingan Asid Folik. Kekurangan Asid Folik boleh menyebabkan kelahiran pramatang, kekurangan berat badan bayi, spina bifida(tulang belakang), cleft lips (sumbing) dan banyak lagi komplikasi ketika mengandung

·         Zinc – Bagi wanita, Zinc bekerjasama dengan lebih dari 300 enxim dalam badan bagi memastikan segala fungsi berjalan dengan baik. Dan bagi lelaki, Zinc terbukti membantu meningkatkan kuantiti sperma yang sihat dan berkualiti.

·         Selenium – antioksidan penting yang melindungi sperma dan ovum dari serangan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan pada kromosom

·         Omega 3– mengandungi DHA dan EPA membantu menstabilkan hormone dalam badan dan meningkatkan kualiti uterus dengan melancarkan perjalanan darah ke system reproduktif.

Akhir sekali yang paling penting ialah MINUM AIR MASAK DENGAN MENCUKUPI. Selain membantu menyahtoksin, air juga membantu semua nutrient yang diperlukan menyerap ke dalam badan dengan baik.
  
Cukuplah setakat ini dulu tips mama hakim kongsikan. Panjang-panjang sangat nanti lenguh korang nak baca. Di lain entry nanti mama hakim kongsi tips penjagaan kesihatan bagi yang merancang untuk hamil.


SUMBER UTAMA
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 16 July 2013

Vitamin B Complex Shaklee Membantu Menyokong Kehamilan


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Haa.. muncul-muncul je dah begitu tajuknya. Disebabkan Azizul Hakim dah pun berumur 3 tahun, mama hakim rasa inilah masa yang paling sesuai untuk menambah ahli dalam album keluarga..hihihi. Malu pulak rasanya, itupun nak cite kat orang kan..!! Tapi kalau ada yang baca blog ni dari awal, mesti tahu betapa Azizul Hakim dianugerahkan pada ulangtahun kelima perkahwinan kami.

Jadi, apa kena mengena ngan B COMPLEX SHAKLEE? Eh Mesti la ada sebab B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B dan ASID FOLIK. Shaklee juga adalah pencipta pertama di dunia yang mencipta Asid Folik dengan KADAR BOLEH SERAPAN yang sangat tinggi dan berkualiti. B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk Biotin dan Asid Folik.

Kenapa B COMPLEX penting dalam diet harian?

ü  MENUKAR MAKANAN KEPADA TENAGA – membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga / mengurangkan masalah kelesuan dan keletihan

ü  MELAWAN TEKANAN – memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, migraine, tekanan, kemurungan dan insomnia

ü  MEMBANTU TUMBESARAN – menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang (spina bifida)

ü  RAMBUT BERUBAN DAN GUGUR – membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur dan beruban. Mengekalkan kesihatan rambut.

ü  KESIHATAN MATA – mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, menguatkan memori dan daya pemerhatian/fokus

ü  MENCEGAH ANEMIA – membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibody, merangsang perjalanan darah yang lancar

ü  MEREDAKAN SENGGUGUT – meredakan ketegangan, kerisauan dan keresahan terutama kepada mereka yang mengambil ubat hormone dan tahan sakit

ü  MENCEGAH PERLCCH – yang juga dikenali sebagai rekahan dalam mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah dan nafas berbau

ü  DETOKSIFIKASI – meredakan alergi dan alahan.

Nampak tak betapa banyak kepentingan B Complex ni? Memang mak mak macam kita ni kena ambil sebagai sebahagian dari diet harian terutama SEBAB YANG PERTAMA tu. Insya Allah bila kita tak letih dan lesu, tanggungjawab kita dapat dilakukan dengan baik.

Jangan lupa contact mama hakim (sms/whatsapp 018 2835 816 / emailkan ke ayudzul@yahoo.com) anytime untuk konsultasi yang lengkap ye. Khas dan eksklusif untuk pelanggan tersayang J


iR RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger