Pembaca Blog Setia

Tuesday 30 April 2013

SANAH HELWAH YA ZAUJI YA HABIBI...!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

29 April 1976 – 29 April 2013
 
DEDICATED TO MY BELOVED HUBBY

 

Our life began together,
 And we even passed some rough weather.
 The love in your eyes and wisdom in your hair,
 Is what appeals to me in our little lair.
 Your birthday is a yet another time for me to wish,
 That we together make quite a dish.
 
 
 
 
You chose me as your wife,
 And that’s the best thing that has ever happened in my life.
 I am with you and I forget about the world,
 Your love for me has in many colors unfurled.
 Brighter and brighter is our love glowing,
 As you step into another year, our relationship is only but growing.
 
 
 
 
 
 
No matter how much we fight,
 Or don't get to spend together enough time.
 I will never be able to explain what you mean to me,
 You are like a rainbow coming from a cloud underneath.
HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY LOVE..!!

 


p/s: ye lewat sehari entry ini, tersalah date schedule..! dan gambo lama sebagai penyeri..hihi.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

SPONTAN TUESDAY..! AND HAPPY LABOR DAY..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Ehem..ehem.. Selamat pagi Selasa..!! Esok cuti pulak tu..hihi. So ari ni semangat nak gi keja ntah kat mana tercicir ntah! Mujur sampai gak kat opis ni..hihi. Semangat nak buat keja pulak melayang ntah ke mana..!!

 

Insya Allah kalau semuanya berjalan lancar, mama hakim akan bersiaran dari kaki Gunung Kinabalu pulak pasni.. Tak sabar nak bercuti panjang…! Mama hakim je la, Incik Joni ke sana bekerja so takde makna nyer nak berjalan bagai kan.. Mama hakim duk melepak je berduaan ngan anakanda tercinta..echehh!!
 

 

 
 
 
Selamat Hari Pekerja untuk semua..!!
Tak kira ape pun pekerjaan korang, moga diberkati dunia dan akhirat..!!
 
 

 
 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday 26 April 2013

I AM NOT PERFECT #22 - AL QURAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
 
 
Salam hari Jumaat yang penuh barakah..! Pagi-pagi lagi dapat berita kematian ibu mertua seorang sahabat Shaklee. Al Fatihah... Moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, Insya Allah.
 


 
Jom sama-sama kita amalkan!
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.
 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday 23 April 2013

WELCOMING 3 SERIES..!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 


ITS MY BIRTHDAY..!!
 
 
 
 
Thank you Google for the wish..hihi.
 


Alhamdulillah dah 30tahun menumpang di bumi Allah.
Dah 30tahun menjadi anak kepada Rosiah dan Mohd Iskak.
Dah 30tahun menjadi adik kepada kakak dan abang-abangku.






 
ALHAMDULILLAH YA ALLAH
 
atas nikmat kesihatan yang dikurniakan
 
atas nikmat bernafas, melihat mendengar dan merasa
 
atas nikmat kasih sayang
 
atas nikmat makan dan minum
 
atas nikmat persahabatan
 
atas nikmat perkahwinan
 
atas  nikmat kekeluargaan
 
atas segala nikmat yang terlalu banyak untuk disenaraikan..!!
 
 
 
DOAKU YA ALLAH
 
Bertambah lagi setahun umurku
 
Moga bertambah juga amalanku
 
Moga bertambah juga kebaikan
 
Moga bertambah juga kesyukuran
 
Moga bertambah juga kasih sayang
 
Amin Ya Rabbal Alamin…
 

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday 22 April 2013

SAKIT KAFARAH DOSA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Sakit itu penghapus dosa kan.. Yang penting IKHLAS dan SABAR menghadapi sakit tu.
 
 

 

Sejak minggu lepas, hati ni sedikit serabut dan runsing. Risau bila orang-orang yang dekat dihati jatuh sakit. Risau bila insan-insan tersayang kurang sihat. Bila mama hakim bagitau pasal keresahan hati ni, jawapan yang diterima “tak perlu la bersusah hati, ini bahagian saya. Insya Allah dengan berdoa dan berubat, sembuhlah tak lama lagi”.


 
 
Mama hakim susah hati selagi tak dapat membantu meringankan ‘bebanan’ tu. Hanya doa yang tak penah putus agar yang sakit segera sembuh. Moga yang kurang sihat akan bertambah sihat.. Insya Allah..

Mohon sahabat-sahabat maya tolong doakan jugak ye. Terima kasih sangat-sangat..!!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday 19 April 2013

PERIHAL MIMPI...samb.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Sorry..! Sorry sangat tak abiskan cite semalam. Masa begitu mencemburui saya..huuu!!
Terima kasih pada yang dah komen pasal mimpi mama hakim tu. Meh mama hakim sambung ye..

 

Perempuan muka garang tu seolah-olah marah sangat ngan kami anak beranak. Dia hayun tali/cemeti/tali pinggang tu ke arah kitorang. Mama hakim peluk si anak sambil tunduk sebab takut terkena kat si anak. Mama hakim cuba baca Ayat Kursi tapi tak lepas, tetiba macam takleh nak bukak mulut! Ntah macam mane, mama hakim cuba jerit mintak tolong! Eh ade pulak suara..!! Terus jerit Allahu Akbar banyak-banyak kali..

 

Bila dengar mama hakim jerit gitu, perempuan garang macam makin menjauh ke belakang dan akhirnya termasuk dalam bilik. Cepat-cepat mama hakim tutup pintu bilik tu!! Terdengar-dengar suara dia dari dalam bilik menjerit-jerit marah dan macam menendang-nendang pintu bilik.

 

Mama hakim cepat-cepat cari henpon konon nak bukak bacaan ayat Al Quran dan ayat-ayat Ruqyah tapi tak jumpa! Pelik betullah..padahal masa duk lepak tu kami tengah tengok henpon ler.. Akhirnya mama hakim jumpa henpon lama N95 terselit celah kusyen, bole lah kan janji ade. Bila mama hakim mula bukak surah Al Baqarah, tetiba bateri abis! Sekali lagi kitorang anak beranak mencari charger pulak!! Yang dalam bilik tu masih meraung-raung meronta-ronta..huu.

 

Dalam masa kitorang nak cas henpon tu, tetiba sliding door terbukak dan masuk 3 orang budak kecik entah dari mana!! Eh!? Rumah ni tingkat 3 okey..!! Diorang masuk, buat sepah, gelak-gelak tapi tak kacau kitorang. Mama hakim cuba baca ayat Kursi lagi sekali. Kali ni boleh, Alhamdulillah..

 

Habis je mama hakim baca ayat Kursi, terus terjaga! Hakim pun sama terjaga kat sebelah. Dia merengek-rengek je. Jam kul 5.50 pagi. Mama hakim nak masuk bilik air mandi pun Hakim tak bagi. Dia duk merengek nak berkepit je..

 

Yang pasti, bangun tido tu badan mama hakim sakit sangat macam baru lepas bergelut. Hakim cakap tapak kaki dia sakit, jalan bertengkot-tengkot sambil cakap ‘akit..akitt’.

 

Mama hakim macam tak tido je rasanyer. Tak kisah la kalau kena kat diri sendiri, tapi kalau betul Hakim pun rasa dan mimpi benda yang sama kesiannyer lah! Insya Allah kami dua beranak ok je, semoga sentiasa dibawah lindungan Nya. Terima kasih ye korang yang baca sampai abis..!!

 

p/s: Sorry Chic Na, mama hakim pun lupa malam tadi khamis malam jumaat.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday 18 April 2013

PERIHAL MIMPI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Ok saya merajuk ngan orang Malaysia.. Sebab viewer dari Kanada lagi tinggi..! Hahahaha..

 



Takde makna ler nak majuk bagai! Tak senonoh rupa orang yang dah nak masuk 3 series tapi masih vogue ni nak majuk pulak kan..

 

Entry yang muncul tiba-tiba entah dari mana angin sepoi bahasa bertiup tetiba mama hakim ade masa pulak menaip kat sini. Ok alas an klise, busy kalah calon pilihanraya! Opss!! Sampaikan yang komen-komen kat entry-entry lepas dipandang sipi-sipi je. Ok mama hakim akui, rindu sangat nak jengok ‘umah’ korang yang cantek dan sangat kreatif tu. Ade la satu dua yang mama hakim sempat kunjungi di celah-celah masa yang rasanyer sangat cepat berlalu.

 

Nak cite benda seram sikit bole tak? Bole la bole la.. Kalau takmo baca klik je ‘x’ ye. Malam tadi Incik Joni keja malam, so mama hakim tinggal berdua ngan Azizul Hakim. Kami tido lebih kurang pukul 11 agaknyer. Malam tv mmg jarang bukak, lagi-lagi kalau tinggal berdua. Mama hakim masih dibayangi perkara yang terjadi semalam sebenarnyer. Korang kalau rasa bulu roma dah berdiri jangan teruskan baca okeh..

 

Macam biasa sebelum tido dah siap-siap baca Alfatihah dan Ayat Kursi, tergoleklah kami dua beranak. Dan mama hakim pun bermimpi, walaupun rasa macam dalam reality sebab suasana mimpi adalah di ruang tamu umah sendiri.

 

Dalam mimpi tu, mama hakim dua beranak duk atas kusyen melepakkan diri. Tetiba dengar bunyi langkah kaki dari belakang kami. Eh takkan babah? Bukan ke dia dah gi keja petang tadi? Bila mama hakim berpaling, mama hakim nampak seekor lembaga yang menyerupai seorang pompuan berbadan besar dan tinggi gak lah. Riak muka dia garang sangat dan kat tangan dia macam ade tali ke cemeti ke tali pinggang ke mama hakim tak bape pasti.

 

Eh jap, takpe ke kita cite mimpi buruk kat orang ni? Maksud mama hakim bukan nak takutkan sesapa. Tapi bila benda ni terjadi rasa macam nak luahkan pulak..

 

Nanti mama hakim sambung ye, buat research jap..!!
 
 
 
p/s: Mama hakim tak rasa ini mimpi sebenarnyer. Mungkin betul kami di 'ganggu' malam tadi.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday 17 April 2013

WORDLESS WEDNESDAY #17042013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
 
 
 
 
 
SILATURRAHIM
 
 
 
Semoga ikatan silaturrahim yang terjalin di alam maya ni kekal selamanya..! Sayang semua..!!
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday 13 April 2013

Farm In The City Seri Kembangan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Alamat : Jalan Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan

Buka : 9.30 pagi hingga 6.00 petang (tutup setiap hari Selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah)

Harga Tiket : RM30.00 dewasa
                       RM25.00 kanak-kanak (bawah 90cm tiada caj)

Tapi ade family pakej gak, lebih murah la.. RM99.00 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.

FARM IN THE CITY

Entry ni walaupun dah basi sangat, mesti gak letak dalam blog..hihi. Sebagai rujukan di masa depan jugak dan kenangan Hakim main ngan haiwan-haiwan jinak kat sini. Mama hakim pegi sana dua kali dah..hihi. So gambar-gambar memang HASIL GABUNGAN PEGI DUA KALI tu..! Sebab tu nampak baju lain-lain..hahaha.


FARM IN THE CITY



FARM IN THE CITY



Kawasannya tak la besar sangat tapi penuh dengan haiwan yang bole berkeliaran kesana kemari. Kecuali untuk haiwan seperti landak, ular dan buaya of kos kena duk dalam kurungan kan..!


FARM IN THE CITY



FARM IN THE CITY


Ada gak sangkar besar untuk segala jenis burung dari yang bole terbang sampaila yang tak bole terbang. Tapi burung unta takde ekk..

FARM IN THE CITY



FARM IN THE CITY


Kawasan yang kat bawah ni macam ade parit keliling tempat arnab. Kat parit tu ada ikan-ikan kecil yang bole ditangkap untuk tujuan suka-suka. Tangkap lepas pastu tangkap lagi..hihi. Siap ade baldi kecik dan jaring disediakan. Hakim paling lama kat area ni, berpeluh ketiak mama nak ajak dia gi tempat lain..!


FARM IN THE CITY



FARM IN THE CITY



Tengokla budak yang tak tau takut ni, selamba dia gi dekat kat kambing tu. Siap ade buat bunyi ‘mehh, mehh’ (bunyi kambing Diego la tu..!)


FARM IN THE CITY





Yang lain-lain tengok gambo ye, mama hakim dah tak larat nak explain..hahaha. First time mama hakim pegi dengan keluarga mertua masa cuti Tahun Baru China. Kebetulan diorang datang sini nak gi i-City. So sebelum balik ke Tampin, ajak diorang datang sini dulu. Yang kali kedua mama hakim pegi tiga beranak je, hujung bulan Mac ari tu.
FARM IN THE CITY



FARM IN THE CITY


FARM IN THE CITY

Landak yang sangat besar! Nyorok je duk dalam tu.



FARM IN THE CITY

Ssshhh..! Musang ‘Swipper’ tengah tido..!



KURA-KURA



MARMOSET
Bagi makan kat marmoset. Kuaci tu punye la kecik!



FARM IN THE CITY




FARM IN THE CITY



FARM IN THE CITY




FARM IN THE CITY



FARM IN THE CITY


Babah yang sangat berani..hiiii

FARM IN THE CITY

Sila gelakkan aksi mak dan anak itu hahahaha


Kesimpulannya.. Echehh! Macam karangan pulak! Tempat ni memang best terutama untuk menghiburkan hati anak-anak dalam masa yang sama kenalkan diorang dengan haiwan secara lebih dekat. Pegi zoo pun bole je tapi haiwannya jauhhh nun seberang kandang. Kadang-kadang tak nampak pun. Tapi kat sini takde la haiwan besa gedabak macam badak, gajah dan yang garang macam harimau tu. Kat sini semua yang comel-comel je (kecuali landak! Haha..)


Silalah pergi beramai-ramai ye..hihihi. Promosi tak berbayar nih!


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday 12 April 2013

PELIK JAP..! HAHA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Entry super speedy Gonzales di petang Jumaat ni J

 

Mane datang nyer pulok Audiens dari belah Canada ni..hihihi. Agaknyer diorang baca blog Towmater ni guna Google Translate tak? Tetiba jadi pelik sangat..!! Hahahaha..
 



Salam Jumaat semua dan selamat berhujung minggu..!


*Updated 13/4/2013 jam 9.15 pagi..hiii. Sungguh-sungguh ye orang Canada ni baca blog
Towmater..hahahaha


 

p/s: Mama hakim kerja la esok..wuu T_T (hari ni lettew..huu)

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 9 April 2013

DATING JAP NGAN BLOGGER INA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
 

31 Mac 2013.. Kami tiga beranak ke sini lagi..

 

KAMPONG MAHMOOD
 
Kampung Mahmood
 
 
Kat sini ler..hihi
 
 
 
FARM IN THE CITY

Farm in The City
 
Ok bukan nak cite pasal ni lagi..huu. Gamba banyak tapi tak dapat nak transfer pulak! Sebenarnyer nak cite pasal pertemuan ngan kenalan BLOGGER kat Hospital Kajang. First time jumpa, kat hospital pulak tuh. Tapi bukan dia yang tak sehat atau duk hospital..
 
DUNIA INA HAIREINA
 
 
Tapi si comel adik yang bernama Intan Nur Maisarah ni. Oh gamba ini di cilok dari blog beliau ini..hihihi. Pertemuan singkat tapi penuh bermakna..! Tapi takde la bergambar pun, sebab duk sebok bersembang.
 
Alhamdulillah, terima kasih kat Incik Joni sebab tunaikan permintaan mama hakim yang satu ni. Memang lama dah teringin nak jumpa, tapi selalu tak berkesempatan. Mama hakim tak dapat peluk cium pun budak comel tu, hanya dapat bertentang mata kat cermin tingkap je. Kemain curious pandangan dia, dalam ati mesti pikir ‘eh sapa lak yang mengintai adik dari tingkap spital nih?’ Hihihihi..
 
Buat Ina, terima kasih sebab sudi terima salam perkenalan dari mama hakim. Rasa sangat bertuah sebab dapat kenal Ina secara in person. Seorang ibu yang berjiwa kental dan kuat semangat..! Insya Allah, mama hakim sentiasa ada bila Ina perlukan teman.
 
Dan buat si budak comel Intan Nur Maisarah, mama tau awak pun kuat semangat macam ibu awak. Semoga awak membesar dengan sihat dan sempurna, pastu bole main ngan abam Hakim. Doa mama selalu ade untuk awak.. Cepat-cepat sembuh ye, nanti bole gomol-gomol awak..hihi.
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 5 April 2013

DATING NGAN BONDA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Semalam mama hakim cuti..! Dan inilah aktiviti hasil bercuti semalam..hihi.

Mama hakim berdating berduaan ngan bonda. Rasanya ada sebulan gak tak jumpa bonda.. Rindu teramatttt!!!


 
 
 


Actually jumpa bonda untuk hantar supplement Shaklee untuk bekalan bulan ni. Jangan tak tau bonda pun teruja dengan Vitamin E Shaklee tau.. Selain tu bonda amik GLA Complex, Omegaguard dan tak lupa Advanced Joint Tablet untuk sakit lutut bonda tu. Alhamdulillah..bonda takde sakit-sakit ‘pakej’ ~kencing manis, darah tinggi & jantung

 

 
 
 
Mama hakim bawak bonda makan dan shopping kat Sunway Pyramid je. Selebihnya memang nak luangkan masa bersama bersembang dan bercerita. Happy sebab dapat tengok bonda happy..!


 
 
 


Syukur ke hadrat Mu Ya Allah, bonda masih sihat walaupun umur dah masuk 60 tahun ni. Syukur sangat sebab masih diberi kesempatan bermanja dengan bonda.

 
 

 
Sayang mak ketat-ketat (^_^)

 


 
Ehh..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger