Pembaca Blog Setia

Saturday 20 July 2013

Tips Bagi Pasangan Yang Ingin Mendapatkan Zuriat


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Wahh siap ada tips bagai. Mama hakim nak letak dalam blog ni sebagai panduan diri sendiri jugek..hehe Sebab I kan sedang ehem ehem.. merancang untuk menambah ahli keluarga..hihihi. Apa yang mama hakim kongsikan kat sini, hasil dari pencarian maklumat ehsan Encik Google dan group ibu ibu yang melambak kat Facebook. Senang nak baca bila dah compile kan sekali kat sini.


TIPS 1 – MENJAGA PEMAKANAN

Of course ini paling penting. Kenapa? Sebab dari makanan lah terhasilnya sel-sel dan darah daging kita. Dan juga pemakanan yang seimbang dan sihat akan menjamin berat badan yang ideal.

·         Pilih makanan yang mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi.

·         Elakkan kafein, minuman bergas dan berais

·         Elakkan sayur-sayuran yang ‘sejuk’ dan ‘berangin’ seperti pucuk ubi, kacang panjang dan kobis

·         Jus buah-buahan tanpa gula memang bagus tapi elakkan nenas dan tebu ye sebab diorang ni ‘tajam’

·         Elakkan juga makan laksa sebab orang tua-tua kata bunga kantan kat dalam tu juga agak ‘tajam’

·         Banyakkan makan sayuran hijau dalam hidangan harian dan juga ikan (cold water fish is the best for fertility)


TIPS 2 KETAHUI NUTRIEN PENTING

Antara nutrient penting yang perlu diambil oleh bakal-bakal ibu

·         Vitamin E – Membantu meningkatkan kesihatan sperma dan kesuburan lelaki. Juga membantu penghasilan telur yang sihat untuk wanita. Sumber antioksidan terbaik yang mengurangkan kerosakan sel disebabkan radikal bebas dan penuaan.

·         Vitamin D – membantu dalam penghasilan hormone dan proses ovulasi

·         Vitamin C – menbantu meningkatkan tahap hormone dan kesuburan wanita dan juga lelaki. Mengurangkan risiko keguguran.

·         Iron – Elemen penting dalam kesuburan dan kesihatan ketika mengandung.

·         Asid folik – Rasanya semua orang tau akan kepentingan Asid Folik. Kekurangan Asid Folik boleh menyebabkan kelahiran pramatang, kekurangan berat badan bayi, spina bifida(tulang belakang), cleft lips (sumbing) dan banyak lagi komplikasi ketika mengandung

·         Zinc – Bagi wanita, Zinc bekerjasama dengan lebih dari 300 enxim dalam badan bagi memastikan segala fungsi berjalan dengan baik. Dan bagi lelaki, Zinc terbukti membantu meningkatkan kuantiti sperma yang sihat dan berkualiti.

·         Selenium – antioksidan penting yang melindungi sperma dan ovum dari serangan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan pada kromosom

·         Omega 3– mengandungi DHA dan EPA membantu menstabilkan hormone dalam badan dan meningkatkan kualiti uterus dengan melancarkan perjalanan darah ke system reproduktif.

Akhir sekali yang paling penting ialah MINUM AIR MASAK DENGAN MENCUKUPI. Selain membantu menyahtoksin, air juga membantu semua nutrient yang diperlukan menyerap ke dalam badan dengan baik.
  
Cukuplah setakat ini dulu tips mama hakim kongsikan. Panjang-panjang sangat nanti lenguh korang nak baca. Di lain entry nanti mama hakim kongsi tips penjagaan kesihatan bagi yang merancang untuk hamil.


SUMBER UTAMA
Sampai jumpa lagi..wassalam.

2 komen:

Unknown said...

As salam dear,

Awalnya bangun pagi prepare fo sahur ye :))

Marya doa mama Hakim cepat2 dpt adik utk Hakim... Ameen ya Rab... Selamat bersahur & berpuasa :)

mummyrinazone beauty said...

kepada sesiapa yang nak mencuba boleh ambil set shaklee ni kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger