Nape mama hakim jatuh chenta 8 juta kali setiap kali bgn pagi tgk azizul hakim tergolek di sisi?
Nape mama hakim asek cite psl budak x brape nak mulat ni dlm blog?Nape ari2 mama hakim update psl perangai budak xbrape botak ni?
Sebab…
Azizul Hakim bin Dzulkhairi adalah hadiah paling bermakna dlm idup mama hakim. Hadiah ulangtahun perkahwinan ke5. Mama hakim kawen September 2005. Kelahiran Hakim disambut pd Julai 2010. Sehat & sempurna J
Nikmat Allah yg amat disyukuri mama hakim & incik joni. Nikmat menjadi seorg mama & babah kpd Azizul Hakim J
Mama hakim sgt bersyukur..& xmo mintak lebih2. Kalau ade rezeki Allah nak bg lg, mama hakim terima, kalau xde pun mama hakim redha.
Mama hakim x merungut walaupun hakim kuat meragam. Mama hakim x mengeluh kena bgn mlm2 susukan hakim. Incik joni pun same. Walaupun mama hakim tau dia penat jage mama hakim berpantang sendiri. Incik joni pun x merungut kena masak bubur ari2.. Incik joni pun x mengeluh kena mandikan baby & mama ari2..
Insya Allah, dengan kekuatan yg Allah beri, kami berdua dpt sesuaikan diri dengan tanggungjwb & cara idup yg baru.
Mama hakim sayang keluarga mama. Walaupun kecil tp inilah keluarga mama hakim terchenta J
Sampai jumpe lg..wassalam.