Pembaca Blog Setia

Wednesday 29 August 2012

WORDLESS WEDNESDAY..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



 
Semangat nak pakai baju sendiri tu dah ade..
 
 

Cuma perlu diperbaiki lagi..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 28 August 2012

MAKAN-MAKAN..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Kami di Project Management buat makan-makan ari ni. Simple dan sederhana. Department ni pun tak sampai 15 orang kut. Tu pun termasuk Project Manager tau.. Kecil dan comel je keluarga projek ni J

 

Ni la antara makanan yang ada. Kuih muih nampak meriah kan J First time rasa kuih kapit yang special tau, dalam ade peanut butter..! Terus jatuh cinta!

 

Dalam bekas putih tu nasi himpit, ade kek pisang dalam bekas kuning, rendang ayam, kuah kacang dan serunding ayam J

 
 


Kami makan sambil buat keja, pastu sape-sape yang naik ke teratak ni dapat la jamah sepotong dua..hihi. Biarpun simple tapi puas hati sebab dapat makan same-same dan berulang kali..hahaha!
 
“Pastu komplen badan dah tembun kan” ~ ayat Incik Joni tetiba terngiang di telinga..huishh!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday 27 August 2012

PORT BARU..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Dua tiga menjak ni, si budak Hakim ade tabiat baru. Ade port baru untuk dia bergolek menyusu botol. Ntah mana dapat idea camtu ntah. Agak nyer feeling lebih skit kut bila menyusu kat situ.. Masalah nyer kalau port tu sesuai takpelah jugak. Ini badan dia yang kecik tu terhegeh-hegeh dia adjust supaya muat. Mujur tak tergolek tau. Bila dia baring kat situ menyusu, mama hakim duduk berhampiran untuk perhatikan dia. Memang ngam-ngam je pun, risau tergolek..hihi.

 
Haa.. ni lah port baru dia..




^
 
^
 
^
 
^
 
^
 
^
 
^
 
^
 
^


 
 
 
Aduhai la anak.. Janji awak habiskan susu, sukati awaklah nak minum kat mane pun. Tapi of cos la mama risau sebab meja tu kecik je kan..

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

BONDA + KELUARGA BESAR..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Selamat memulakan tugas harian semua. Hari ni kebanyakan daripada kita dah pun mula bekerja. Alhamdulillah, list to do for today tak panjang berjela J

 
Raya tahun ni mama hakim beraya di umah mertua di Gemenceheh. Sebelum balik ke kampong pada ari sabtu, jumaat malam tu lepas Incik Joni balik dari terawih kami balik ke umah mama hakim yang jarak nyer hanya 15 minit je dari USJ J Mujur sempat jumpa adik-adik kesayangan dan bonda terchenta. Satu-satu nyer kakak mama hakim beraya di Johor tahun ni, dia dah pun sampai ke umah mertua dia di sana malam tu so tak sempat nak jumpa pun.


Takmo bebel panjang-panjang, mama hakim cuma nak simpan gamba bonda dan adik kembar kesayangan kat blog J Adik kembar ni yang bongsu dalam keluarga besar kami, yang ke 10 & 11. Skang kat UiTM Melaka, part 5 rase nyer J


Gamba kembar beraya tahun ni J


 
Bersama bonda terchenta yang keja pada ari raya pertama.


 
Tak nampak muka bonda? Ni gamba bersama adik yang ke 9, atas kembar.

 
Kan mama hakim penah bagitau kami ramai J tapi masih tak sempat nak bergambar semua sekali. Gamba kembar tu pun sedut dari facebook je.


 
Gamba terakhir ni pun masa raya pertama tahun 2009.
Bonda keja so kami ramai-ramai pegi bermaafan kat tempat kerja bonda.
Tiga orang pompuan takde dalam gamba.
 
Sedikit sebanyak yang mama hakim bole share pasal keluarga besar mama hakim J Itu baru yang pompuan, mama hakim ade tiga orang abang lagi tau. Walaupun kami ramai, tapi masing-masing ade personality dan karakter sendiri. Bila dah kawen dan bekerja ni, masing-masing terikat ngan tanggungjawab. Tapi jauh di sudut hati kecil mama hakim berharap sangat kami dapat berkumpul tak kira la di hari raya ataupun hari biasa.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday 24 August 2012

BILA DAH PANDAI MEMINTA-MINTA..!

Assalamualaikum..

Jam 7 petang (ke malam?), tv3 siarkan cite kartun Naruto Shipuden.. Sebelum tu ada iklan kartun Boboiboy.. Hakim bergolek depan tibi sambil menyusu botol. Tetiba dia merengek "boy..boy.." Mama hakim ingatkan dia nak ape, bila tanye kenapa dia jawap "boy" sambil tunjuk kat tibi..

Rupa-rupa nyer nak tengok kartun Boboiboy. Tapi yang tengah disiarkan kartun Naruto! Agaknyer sebab sebelum tu iklan Boboiboy, maka berharaplah si anak nak tengok kartun kesukaan dia tu.

Alahai la anak.. sekarang pun  awak dah pandai request nak tengok cite ape, mama tak leh bayangkan 10 tahun akan datang bila awak mahukan sesuatu yang awak suka.. 

Sekadar bebelan seorang mama hakim..

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

KEMBALI BEKERJA..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Hari pertama bekerja setelah cuti raya memang gini ler mood nyer. Mujur keja tak melungguk! Thank my PE..! Next week bila semua dah ada kat opis, hajat hati nak jamu mereka ni dengan ketupat dan rendang J Insya Allah.. ade rezeki, bole kongsi J

 

Gamba raya keluarga kecil mama hakim ada kat Incik Joni pulak. So nanti-nantilah cite pasal raya ye J Sedang cuba mengambil mood keja ni. Kepada yang sudah pun memulakan tugas semalam atau Rabu, majulah kalian untuk kompeni..!

 

Sampai jumpe lagi..wassalam.

Thursday 23 August 2012

REMEDI..!

Assalamualaikum..

Budak bijak kesayangan mama hakim masih kurang sehat.. Sebenar nyer dah sembuh tapi kembali sakit selepas raya pertama. Kali ni batuk dan selsema. Punca? Mama hakim rasa semua pun tahu kan.. Sebab melantak air sejuk berais tak hengat dunia siang dan malam sepanjang beraya.

Bukan nyer mama hakim tak larang, tapi kalau tuan umah dah hidang.. Mama hakim ngan Incik Joni memang dah tak larat nak melawan kehendak Hakim. Akibat yang terpaksa di tanggung, Hakim berkahak dan berhingus.. Kesian tengok dia tak lena tido.

Tapi Alhamdulillah walaupun perlahan, selsema Hakim dan beransur kering. Lain orang lain cara nyer kan. Cara mama hakim, tu gambo Peel Fresh kat atas tu. Lebih baik kalau 100% oren nyer. Mama hakim bagi Hakim minum sikit-sikit dan yang pasti bukan yang sejuk! Insya Allah.. Satu lagi, mama hakim bagi Hakim berkasih sayang. Susu ibu kan penuh segala khasiat..! Tapi itu bermakna proses memberhentikan Hakim dari breastfeeding tertangguh buat seketika..huu.. Mama hakim sendiri pun kena jaga makan dan tak bole minum air sejuk.

Bukan taknak bawak gi klinik. Tapi kalau bole biarlah Hakim sembuh dengan cara semulajadi dulu.

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 22 August 2012

REZEKI SI ANAK..!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk bertemu di blog. Malam tadi mama hakim sekeluarga sampai dari kampung. Walaupun tak sesak sangat tapi banyak jugak kereta yang menuju balik ke KL.

Suasana raya tahun ni agak kurang meriah, biasa-biasa je. Mungkin sebab kesihatan ayah mertua yang tak berapa baik. Akak ipar pun dua-dua batuk selsema sampai ilang suara.

Sepanjang di kampung, sempat la kami beraya di rumah mak teh, mak anjang, induk dan puan. Rezeki Hakim pun lebih skit tahun ni. Syukur Alhamdulillah.. Macam-macam angpau yang Hakim dapat. Tapi yang paling mama hakim suka, tu yang tulis pasport malaysia ngan gamba henpon blackberry tu..hihi.. Ohh! Ari jumaat dah start keja lah..!

Sampai jumpe lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 16 August 2012

SALAM AIDILFITRI...!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




Dengan penuh rasa rendah diri dan ikhlas hati, mama hakim, babah hakim dan Hakim ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala silap salah kami sepanjang mama hakim berblogging.

Selamat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Berhati-hatilah di jalanraya dan semuga semua nya selamat sampai destinasi yang dituju.

Alhamdulillah, sambutan raya tahun ni membawa seribu rahmat kepada mama hakim sekeluarga J Syukur Ya Allah. Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan Hakim.




Insya Allah kita jumpa lagi selepas raya nanti J wassalam.

TAK SEHAT..!

Assalamualaikum..

Kul 6 pagi, sedang elok je mama hakim nak pakai telekung tetiba terdengar rengekan dari Hakim. Mama hakim tanye dia, nak susu ke dia pun jawab 'suu'.. Selesai buat susu, mama hakim sarung kembali telekung. Lagi sekali terganggu dengan suara Hakim terbatuk-batuk. Bila mama hakim gi jenguk dia, susu dah pun terlambak atas toto.. Keluar dari mulut dia!

Bila mama hakim usap belakang dia terasa agak panas. Tapi rase nyer macam baru nak demam kut. Setelah membersihkan Hakim dan kesan muntah, lagi sekali mama hakim sarungkan telekung.

Ya Allah, lindungilah dan rahmatilah keluarga kecilku ini. Aminn..

Sampai jumpe lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 15 August 2012

MOOD RAYA + LAGU RAYA

Assalamualaikum..


Salam Aidilfitri buat semua dari mamavogue sekeluarga J

Mood raya memang dari isnin lagi dah. Keja yang melungguk dibuat dengan tak berapa bersungguh tapi mujur nyer siap dan takde komplen dari boss. Radio plak memang dah asek ulang lagu raya je kan. Lagu raya kesukaan mama hakim semesti nyer lagu Aisyah – Pulanglah. Sayu betul dengan lagu tu..



Sayang
 Di hari yang mulia ini
 Ku pohon keampunan
 Hanya satu yang ku pinta
 Pulanglah

Termenung ku sendiri
 Memendam rindu tidak menentu
 Kasih suci murni yang kita bina
 Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
 Hati sayu mengenang dirimu
 Mudahnya kau menggantikan diriku
 Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
 Aidilfitri satu titik akhir
 Sekian lama bercinta
 Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
 Sekiranya aku yang berdosa
 Pulanglah ku merindui mu sayang
 Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )

Apakah suratan
 Aidilfitri satu titik akhir
 Sekian lama bercinta
 Kau tiada di hari mulia

Pulanglah kepangkuan ku oh… sayang
 Ku menunggu mu di hari raya



Alhamdulillah raya tahun ni akhir nyer mama hakim dapat buat persiapan yang sederhana tapi puas hati J Kali ni kali ketiga beraya ngan anak terchenta, Hakim dan akhir nyer barulah dapat beli baju raya sedondon sekeluarga. Tu pun masih lagi sangat memenatkan bila bawak Hakim shopping raya tau. Budak tengah lasak camtu lah. Nak suh try baju pun susah.


Tema baju sedondon tu dari mula-mula kawen lagi kami amalkan..heheh. Incik Joni tu walaupun muka nampak ganazz tapi hati sangat kembang mewangi gitu..hihi. Dulu tiap-tiap tahun dia akan tanye mama hakim nak baju kaler ape pastu dia akan beli baju melayu yang same kaler. Penah gak kami beli sepasang dari jenis kain dan corak yang sama J


Gamba ni masa Aidiladha tahun bila ntah..hihi. Bersama makpak mama hakim.


Tahun ni baju melayu Hakim ngan Incik Joni kaler biru dan mama hakim setelah penat kaki + sakit pinggang berpusing mencari baju dan kaler yang sedondon dapat la satu baju kurung Pahang kaler biru+silver J


Insya Allah tahun ni kami balik beraya di Gemencheh kampong Incik Joni. Raya kali ni jadi lebih bermakna bila sampai ari ni pun mama hakim masih berpuasa penuh J



Sampai jumpe lagi..wassalam.

Monday 13 August 2012

SI DIA DAN KERETA..!

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua..




Tengok tajuk, buka kereta mainan tau! Tapi kereta sebenar lah. Kereta babah Hakim. Kalau mama hakim yang drive jangan haraplah Hakim leh buat camni. Duk atas riba je mata mama hakim dah terlindung dek kepala dia. Tapi memang lah pernah berlaku sambil drive sambil pegang Hakim, sambil peluk Hakim ngadap ke belakang sebab dia tido (kira nyer kepala dia duk atas bahu mama) dan penah gak sambil drive sambil pegang Hakim tengah berkasih sayang..!




Ni masa jalan-jalan di waktu petang lepas mama hakim balik keja.




Ni plak masa kuar gi mane ntah! Haha..




Dan yang lain-lain mama hakim takleh nak ingat sebab banyak sangat!
Muka memang sangat gumbira sebab dapat pegang stereng ngan babah. Keta bergerak ni tau.


Bagi yang tak biasa, perbuatan ni memang bahaya tau. Sangat merbahaya sebenar nyer. Kalau bole jangan lah dibiasakan anak-anak kecil ngan stereng keta. Biar diorang besa dulu dah bijak pandai sendiri amik lesen keta.




Bukan nyer Hakim takde baby carseat, of kos ade tapi dia bole duk dalam tu masa mama hakim drive je. Bila ngan babah dia, mula la manje tak hengattt!




Haa.. Tapi kalau keta ni takpe ye. Cuma sediakan je duit hengget berkepuk-kepuk untuk memuaskan ati anak-anak ye.




Sampai jumpe lagi..wassalam.

SEMBUNYII..!

Assalamualaikum..


Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua..


Ari ni agak lemau di opis. Bukan sebab ari isnin, eh! Sebahagian sebab kut. Lagi sebahagian sebab dah ade mood nak bercuti. Walaupun keja melungguk-lungguk lagi ni ha.


Pagi ni si budak Hakim buat perangai ngade-ngade takmo gi umah pengasuh. Dia pun blues agak nyer..hihi. Masa dia nampak mama hakim bersiap, dia dah berubah muka. Bila Incik Joni cakap yang dia pun kena bersiap nak gi umah pengasuh, terus dia ‘ilang’ dari pandangan kami. Lari-lari sambil jerit ‘nanak…nanakkk..’ pastu tetiba senyap je. Bila mama hakim siap pakai tudung, mama hakim pun panggil lah Hakim tapi takde jawapan langsung. Aikk! Panic button buzz in my head! Tetiba..! Incik Joni bagi isyarat suh tengok dalam bilik surau, rupa-rupa nyer dia nyuruk kat bawah tempat gantung baju…!


Alahai la anak, dah ade port sembunyi ekk. Geram lah ngan awak ni. Tapi akhir nyer bukan mama hakim yang anta, babah dia yang anta ke umah pengasuh. Ye la dah kul 8.15 pagi dia masih buat perangai takmo kuar umah! Mujur opis mama dekat tau awak..!


Oh gamba memang tak sempat nak rakam ek, kelam kabut dah. Lenkali kalau dia nyuruk celah tu lagi mama hakim rakamkan buat kenangan J



Sampai jumpe lagi..wassalam.

Saturday 11 August 2012

TERKEJUT..! TERKESIMA..!

Assalamualaikum..


Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua..



Alkisaaahhh…
Di suatu hari selepas waktu berbuka..
Tuan umah ni tengah solat maghrib dalam bilik surau kecil.
Dan setelah selesai maka terkejutlah tuan umah bila nampak ape yang telah terjadi..


^
^
^
^
^

Dan inilah rupa nyer makhluk yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut.

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Takde rase bersalah terus posing depan camera.. Padahal dah kantoi!!
Geram nyer tuan umah hanye Tuhan je yang tau J
Geram ngan makhluk kecil ni..
Geram rase nak geget-geget je jari jemari makhluk kecil yang cumel tuh!


Mujur ade penyapu kecik yang sangat berguna ni. Sebelum Incik Joni balik dari terawih, baik lah dihapuskan segala bukti..






Sampai jumpe lagi..wassalam.

Friday 10 August 2012

I AM NOT PERFECT #13 - KELEBIHAN LAILATUL QADAR

Assalamualaikum..

Sekadar peringatan buat diri sendiri dan berkongsi ilmu.. Moga dapat dimanafaatkan bersama.


1) Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)



2) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, "Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).



3) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)



4) Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari)



5) Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari)



6) Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim)



7) Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ucapkanah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi)



8) Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas.




Sampai jumpe lagi..wassalam.

Thursday 9 August 2012

MODE : MENGADA-NGADA #NAKMANJABARINGATASLENGANBABAH..

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua.


Oh perasaan mak mak ni selalu tau ngengada camni,rindu-rinduan pulak. Padahal malam tadi tido peluk meluk ngan si anak. Incik joni outstation, ke Pulau Pinang. Kejap je. Si anak? Sebelum kena pakse tido semalam bole la dia ketuk-ketuk pintu umah sambil cakap ‘babah.. babah..ayek’ ‘bahh..ayek’. Translation: Suruh babah dia balik gamak nyer ‘babah..balikk’. Insya Allah incik joni akan sampai sini ari jumaat pagi J


Azizul Hakim, awak dah besar J Tak sangka baby mama dah berumur 2 tahun.
Cepat nyer masa berlalu.



Dan mama masih merindui baby tembam yang kuat nanges nih!



p/s: Malam tadi Hakim tido sendiri tanpa perlu berkasih sayang J Bangun tido pun tak cari dah J



Sampai jumpe lagi..wassalam.

Wednesday 8 August 2012

WORDLESS WEDNESDAY..

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua.




My little sunshine.. Your smile brighten my day J

Sampai jumpe lagi..wassalam.

Tuesday 7 August 2012

AKHIR NYER.. SAYA LEGA!

Assalamualaikum..


Salam Ramadhan yang barakah buat semua.


Akhir nya dilemma yang mama hakim hadapi sejak minggu lepas dah pun menunjukkan penyelesaian nyer. Walaupun bukan lagi seratus peratus tapi nampak nyer Hakim paham ape yang mama hakim cuba bagitau kat dia. Terima kasih jugak atas komen-komen sokongan dari YM ngan Chekpid. Tapi kalau ikut kata teratakhati, alamat nyer sampai bebila la Hakim tak berenti berkasih sayang..hihi. Mama hakim tau teratak hati cuma bergurau J



Alkisah nyer bermula sabtu pagi. Hakim ikut mama hakim ngan incik joni bangun sahur kul 5. Mama hakim yang bangun kul 5, incik joni 4 lebih dah terjaga dah..hihi. Lepas bersahur dan solat subuh, mama hakim baring-baring sambil tengok tibi. Hakim pun macam biasa terus landing kat atas lengan mama hakim belah kanan. Dia memang layan kalau sambil tengok tibi sambil berkasih sayang..! Sambil tangan dia try nak selak baju, mama hakim cakap pelan-pelan sambil peluk dia. Pujuk-pujuk jugak bagitau ‘mama sakit la awak, awak kan dah besa. Malu la kalau masih berkasih sayang’. Memula of kos la Hakim merengek, terus bangun pegi kat babah dia yang tengah bersiap nak gi keja. Nak mengadu la tu agak nyer. Bila incik joni dah gi keja, dia bergolek lagi sebelah mama hakim, mencuba untuk selak baju lagi. Mase tu perasaan mama hakim sedih sangat-sangat. Seriously! Terus mama hakim buatkan dia susu. Hakim merengek-rengek tak mau susu tapi mama hakim cuba kuatkan semangat bertegas ngan dia. Akhir nyer dia ambil jugak botol susu, minum dan tertido sebelah mama hakim.



Tengahari mama hakim buat-buat sibuk di dapur dan berkemas. Mama hakim tak duduk main ngan dia ataupun layan dia tengok tibi. Siap masak nasi dan buat sup ikan, mama hakim suap Hakim makan kenyang-kenyang. Alhamdulillah dia berselera makan. Akhir nyer petang sementara tunggu incik joni balik Hakim ajak baring, ngantuk dah rupe nyer. Sambil baring sambil cuba selak baju lagi, dan mama hakim yang sayu tengok dia pun bagi la Hakim berkasih sayang. Mulut ni plak membebel manje kat Hakim ‘sekejap je ye sayang, nanti malam tak payah ye. Hakim kan dah besa..bla bla bla’. Yang buat mama hakim terharu, si kecik ni terangguk-angguk kepala seolah paham.. Memang sekejap je dia minum, pastu terlena.


Malam, dia masih lagi nak berkasih sayang sebelum tido walaupun sebelum tu dah abiskan susu sebotol. Mujur ade babah tolong, akhir nyer Hakim tertido sendiri. Sepanjang malam plak Hakim tak meyusu sebab mama hakim tak dapat tido, takde la baring sebelah dia. Tu nanti cite lenkali.



Ni baru ari pertama.. Ahad dan Isnin mama hakim ada kat umah, berusaha bersungguh-sungguh untuk berentikan Hakim berkasih sayang. Tapi memang ade rasa sedikit ‘berat’ kat breast. Dalam masa yang sama macam ngilu pun ade. Setakat ari ni, dah nampak la Hakim memberi kerjasama dan menerima keadaan yang baru ni. Dia masih lagi berkasih sayang tapi sekejap-sekejap je dan takde la asek bergantung je macam dulu-dulu.



Azizul Hakim,
Mama tau awak paham ape yang cuba mama buat ni. Bukan mama nak halang awak berkasih sayang tapi dah sampai mase nyer untuk awak membesar menjadi seorang yang kuat dan berani. Walaupun nampak susah, tapi kita akan lakukan bersama dan harungi bersama. Semuga awak membesar menjadi seorang yang Gagah dan Berani seperti mana nama awak. Mama dan babah sayang awak sangat-sangat!



Sampai jumpe lagi..wassalam.

Saturday 4 August 2012

TAK BOLE DI TINGGALKAN..!

Assalamualaikum..

Mama hakim ke kedai tadi.. Nak beli tomato dan daun sup untuk sup ikan merah. Macam biase mama hakim akan masak juadah berbuka. Ok dah lari tajuk..hii..

Tengok lah gaya anak bujang sorang ni. Nak ke kedai depan umah pun tak bole tinggal McQueen kesayangan tuh. Puas pujuk suh tinggalkan tadi tapi Hakim tetap nak bawak same.. Skang ni nak ke mane2 pun di usung bersama McQueen tu.

Oklah nak start bergelut di dapur ni. Salam ujung minggu semua! Mama hakim yakin ramai yang amik peluang cuti ari isnin ni balik ke kampung halaman berbuka ngan keluarga..! Hati-hati di jalanraya..

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 2 August 2012

ADDICTED KE..?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kenyang..
Berbuka ari ni lauk ikan keli goreng bersambal ngan sayur campur. Paling penting, air yang sedap mesti la ade..hehe.

Dah bape ari terpikir-pikir akhirnyer berjaya gak berbuka ngan air Chatime. Kali ni mama hakim amik flavor Choc Hazelnut dan incik joni request flavor Mocha. Dua-dua sedap tau..nyumm!!

Sampai jumpe lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger