Pembaca Blog Setia

Friday 19 December 2014

Y.E.S : Year End Sale Terhebat Dari Shaklee Untuk Disember 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


10 Disember yang lepas, Shaklee tetiba bagi mesej ‘surprise’ yang memang membuatkan semua SID terkejut..hihihi. Tiba-tiba kami dapat mesej Shaklee nak tambah lagi satu PROMOSI iaitu COLLAGEN POWDER BELI 3 KOTAK PERCUMA 1.


KOLAGEN SHAKLEE


Punya la teruja semua orang dengar khabar berita ni. Mana taknya, Collagen Powder Shaklee ni memang kolagen yang terbaik di abad ini tau! Ianya dihasilkan denga penun teliti dan kajian sehinggakan mampu diserap sepenuhnya oleh sel-sel badan.

Kalau korang nak tahu, sekotak Collagen Powder Shaklee berharga RM298 dan dengan pembelian 3 kotak sekaligus korang boleh dapat KEAHLIAN PERCUMA yang bernilai RM75. Haa..bestkan? Lepas tu bulan depannya pada 15hari bulan boleh dapat REBAT TUNAI pulak tu. Keuntungan mencecah RM400 lagi!! Wahhh..Shaklee ni kalau buat promosi memang konpem berbaloi-baloi.


KOLAGEN SHAKLEE


Oh ye, kenapa Shaklee tetiba je buat promosi kolagen terbaik ni? Sebab dah nak expired ke? Oh no no no..!! Shaklee tak main lah isu-isu cemni. Produk Shaklee ni biasanya tak sempat nak cecah 6 bulan sebelum expired pun dah boleh habis tau! Sebenarnya, Shaklee nak upgrade lagi Collagen Powder ni. Bila upgrade, kena la mintak pengesahan dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) semula. Supaya bahan yang digunakan memang sah-sah SELAMAT DAN SEMULAJADI.

So ape yang korang tunggu lagi? Takkan la nak melopong je tengok orang lain kemain kulit halus gebus kan? Sementara PROMOSI CANTIK JELITA ni la korang boleh mencantikkan kulit sambil berjimat. Mama hakim tahu, bab berjimat memang korang suka..hihihi.

Hubungi mama hakim kat nombor dibawah ye. Nanti kita story-story macam mana nak dapatkan kesan yang optimum dengan penggunaan SET CANTIK JELITA ni. Mama hakim ade tips EKSKLUSIF untuk pembaca blog TowMater dan customers tersayang tau!

Call/sms/whatsapp/telegram nombor di bawah ni SEGERA ye! Sebab tawaran ini bakal BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2014!

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

5 Cara Paling Mudah Telan Ubat Jenis Pil/Kapsul/Tablet Supaya Tiada Lagi Rasa Tercekik..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Tengok tajuk dah tahu dah mama hakim nak bebel pasal apa kan? Mama hakim pernah terima mesej pasal tak boleh nak telan supplement Shaklee jenis pil, kapsul mahupun tablet. Bila nak telan, rasa macam tersekat kat tekak, tercekik je walaupun dah minum sejag air.

Sebenarnya ramai je di antara kita yang masih susah nak telan ubat jenis pil/kapsul/tablet ni. Terutama bila dah jadi bakal ibu, mahu atau tidak, boleh atau tidak, doktor akan bekalkan kita dengan vitamin dan asid folik untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan. Tu belum lagi cerita kalau kita ada penyakit lain (Nauzubillah..) sebagai contoh kencing manis atau darah tinggi.

Sumber : Google


Jadi, dengan penuh semangat waja ni mama hakim nak tolong korang yang rasa tercekik bila telan ubat jenis pil/kapsul/tablet nih. Gigih tau mama hakim compile kan kat sini supaya boleh jadi rujukan sesiapa saja. Sharing is caring kan..hihihi.

CARA PERTAMA

Telan ubat dengan air yang diisikan di dalam botol yang mempunyai bukaan yang kecil. Contoh macam botol air mineral tu. Lebih kecil muncungnya, lebih mudah untuk menelan.

CARA KEDUA

Minum air melalui straw. Tak kisah la dalam botol atau cawan, tapi gunakan straw untuk sedut air selepas mencampakkan pil/kapsul/tablet ke dalam mulut. Terus telan air dan pil sekali, jangan pulak dikemam lagi airnya.

CARA KETIGA

Kalau kat rumah takde botol ataupun straw, boleh je nak guna cawan biasa. Tetapi muncungkan mulut kita seperti gaya minum melalui botol. Muncungkan betul-betul mulut tu sewaktu nak minum air untuk telan ubat.


Sumber : Google


CARA KEEMPAT

Instead of drinking plain water, tukar kepada jus buah-buahan. Rasa manis air buah tu akan memudahkan kita menelan segala jenis ubat pil/kapsul/tablet. Tapi INGAT! JUS BUAH-BUAHAN ATAU AIR YOGURT SAHAJA.

**Peringatan : Elakkan telan ubat/supplement dengan air teh/kopi/minuman berkarbonat/bercafein tinggi kerana ia menghalang penyerapan yang sempurna.

CARA KELIMA

Kalau tak boleh jugak nak telan dengan cara-cara di atas, cuba cucuk/sumbat ubat ke dalam pisang atau betik. Potong pisang ikut saiz yang boleh ditelan tekak, then cucukkan pil/kapsul/tablet. Baca bismillah dan telan lah pisang tu dengan apa cara sekali pun.

Haa.. amacam? Cukup tak LIMA CARA MUDAH MENELAN UBAT/SUPPLEMENT JENIS PIL/KAPSUL/TABLET ni? Cara yang mudah dan senang je tau. Tak memerlukan kos yang tinggi pun. Selamat mencuba ye korang..! Sharing is caring! Korang boleh kongsikan entry ni untuk sesiapa saja yang susah nak telan ubat jenis pil, kapsul dan tablet yang korang kenal.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday 4 December 2014

Promosi Berganda Terhebat Bulan Disember : Sustained Released Vita C dan Vita E Complex

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Hari ni dah 4 haribulan, baru mama hakim nak hebohkan pasal PROMOSI BERGANDA CANTIK JELITA untuk bulan Disember. Orang lain dan kecoh-kecoh kot..hihi. Almaklum, Year End Sale terhebat dari Shaklee ni kan. Bulan Disember biasanya penuh dengan kenduri kendara majlis kahwin, maka wajibla Shaklee yang baik hati bagi promosi macam ni.

PROMOSI BERGANDA CANTIK JELITA tu apa? Haa.. ni mama hakim share gambar dulu.

VITA E COMPLEX

Pembelian Twin Pack dapat diskaun 5%


SUSTAINED RELEASED VITA C

Pembelian 6 Botol Percuma 1 Botol


Sustained Released Vita C dan juga Vita E Complex. Bak kata orang, kembar tak seiras gittew.

Eh? Korang tau ke kenapa Vitamin C tu panjang sangat namanya? Sustained Released tu sebabnya Vitamin C Shaklee ni special sangat. Ia dilepaskan didalam badan secara perlahan-lahan ikut keperluan badan.

Selain daripada untuk kecantikan kulit, ada banyak lagi manafaat Vitamin C dan Vitamin E ni. Jom kita sembang-sembang, pakat-pakat kongsi macam mana nak makan vitamin-vitamin ni supaya boleh dapat kesan yang terbaik!

Hubungi mama hakim sekarang tau..!! sms ke, whatsapp ke, telegram pun boleh.


iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Kebaikan Chia Seed Yang Semua Orang Patut Tahu!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Beberapa hari lepas, mama hakim ternampak post seorang kawan kat facebook tentang chia seed ni. Dia campurkan dalam air dan minum begitu saja. Sebelum tu pernah gak nampak dalam post seorang lagi kawan. Mula la hati mama hakim terdetik, apa sebenarnya kebaikan chia seed sampaikan makin ramai orang mula menjadikan ianya sebagai menu harian?

Jadi dengan kelebihan encik google, mama hakim cari la kelebihan dan kebaikan chia seed ni pada tubuh badan kita. Dan ini lah yang mama hakim dapat. Mama hakim nak kongsikan dengan semua.. lepas baca ni, mama hakim gerenti korang pun nak gi serang kedai organik untuk dapatkan chia seed..hihihi.

Chia seed ni sebenarnya tumbuhan berbunga dari kawasan Amerika Selatan. Chia itu sendiri bermaksud ‘kekuatan’ dan masyarakat lama mengamalkannya sebagai energy booster. Rupa dia macam biji selasih tu bila dah kembang.


CHIA SEED


Kebaikan #1

Kaya dengan nutrisi. Mengandungi serat, protein, lemak (Omega 3), Kalsium, Magnesium, Mangan dan Fosforus.

Kebaikan #2

Kaya dengan antioksidan. Ia melindungi lemak yang berada di dalam chia seed. Ia juga membantu mencegah pembentukan radikal bebas yang boleh merosakkan sel badan.

Kebaikan #3

Chia seed sangat rendah karbohidrat dan tinggi serat. Dan disebabkan tinggi kandungan serat, maka ia akan melambatkan pencernaan dan menyebabkan rasa kenyang yang lebih lama. Serat juga membantu bakteria baik berfungsi dengan baik di dalam usus.

CHIA SEED


Kebaikan #4

Tinggi dengan protein yang berkualiti. Pengambilan protein yang cukup akan membantu mengurangkan selera makan. Ia juga bagus untuk golongan vegetarian yang kurang pengambilan protein haiwan.

Kebaikan #5 (mama hakim tahu ramai yang akan bersorak gembira!)

Chia seed membantu menurunkan berat badan. Ianya disebabkan ia rendah karbohidrat, tinggi serat dan protein. Kalau nak dapatkan kesan yang maksimum, perlu la disertai dengan pemakanan yang seimbang dan senaman.

Kebaikan #6

Tinggi kandungan Omega 3. Omega 3 adalah bagus untuk perkembangan otak dan mengelakkan kita menjadi pelupa! Ia juga membantu menurunkan risiko penyakit jantung kerana Omega 3 membantu menurunkan paras kolesterol.

Kebaikan #7

Menjaga kesihatan tulang dan gigi. Kandungan kalsium, mangan dan fosforus membantu menguatkan tulang dan gigi dan mengelakkan osteoporosis.

Kebaikan #8

Mudah disediakan! Disebabkan rasanya yang tawar, kita boleh campurkannya dalam air (macam sirap selasih), dalam bubur, oat ataupun sup. Gambar dari google kat bawah ni pun menarik kan!


CHIA SEED


So, lepas baca semua kebaikan tentang Chia Seed ni, siapa yang rasa nak terus gi kedai organik angkat mouse skang!! Hihihi.. Tak kenal maka tak cinta, kan? Bila dah tahu banyak kebaikan biji-biji kecil berwarna hitam ni, maka dah tentu kita tak ragu-ragu untuk amalkannya.

Ops! Mama hakim ade 1 lagi tips nak kongsi, cara membeli Chia Seed yang terbaik. Pastikan ianya tidak berwarna kemerah-merahan sebab itu tandanya ia belum cukup matang!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Sunday 30 November 2014

Dilema Anak Susah Makan Dan Mudah Jatuh Sakit Di Taska, Cegahlah Sebelum Parah!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Dilema anak-anak susah makan dan mudah jatuh sakit ni memang selalu menghantui ibu ibu berkerja kan.. Dulu zaman mama hakim bekerja di pejabat pun macam tu jugaklah. Dalam sebulan sekali tu mesti ada je selsema dan batuk. Yang paling membimbangkan bila selera makan si anak pun turut merudum. Apa lagi, makin kurus keding la dia..

Sebenarnya bila anak susah makan, kita boleh cuba pelbagai resepi ringkas dan mudah yang di ubah sikit mengikut selera anak. Atau sediakan hidangan yang penuh dengan warna untuk buat si anak tertarik mencuba.

Anak mudah jatuh sakit tu memang tak boleh kita nak elakkan bila duduk di taska. Ye la kan.. macam mana kita nak kawal pergaulan anak dengan kawan-kawan dia. Budak-budak ni bila dah berjumpa memang seronok bermain sama-sama. Bila ada yang bersin atau batuk, memang la mudah nak berjangkit.

Jadi cara yang terbaik, kita yang kena pastikan badan si anak cukup dengan nutrisi yang diperlukan supaya sistem imun badan juga meningkat dan susah untuk dijangkiti penyakit.  Mama hakim nak kongsikan pengalaman dua orang ibu yang satu masa dulu pun pernah merasa risau sebab anak susah makan dan mudah jatuh sakit ni. Jemput tengok ye.


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Bila badan anak sihat, cergas dan cerdas ibu ibu pun boleh bekerja dengan baik dan lebih efisyen.


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Segmen Bloglist Januari 2015 By CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.

Kredit untuk Kak Mialiana

Menyusukan Bayi Pramatang, Perjuangan Seorang Ibu Yang Sangat Tabah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Zaman sekarang ni, memang kebanyakan ibu ibu memang nak sangat menyusukan anak sepenuhnya dengan susu badan. Penyusuan menjadi lebih mudah apabila kita dapat melahirkan anak mengikut tarikh yang ditetapkan ataupun orang putih cakap full term. Tapi bagaimana pula cara menyusu anak pramatang atau premature ni? Adakah sama dan semudah menyusu anak yang lahir cukup bulan?

Kebiasaannya bayi yang lahir pramatang perlu tinggal di hospital dalam inkubator untuk dimonitor oleh doktor. Sama ada sebab berat badan belum cukup, organ belum matang ataupun sebab-sebab kesihatan yang lain. Jadi memang agak sukar untuk si ibu memerah dan menyediakan susu badan buat si anak yang berada di dalam inkubator. Apetah lagi dalam keadaan berpantang dan susah bergerak bebas.

Mama hakim nak kongsikan pengalaman seorang sahabat yang berjaya menyusu bayi pramatang yang dilahirkan ketika berusia 32 minggu. Jom sama-sama kita tengok video ni..!


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Kalau ada ahli keluarga korang atau sesiapa yang korang kenali juga sedang struggle perkara yang sama, apa kata kongsikan video ini dengan mereka. Mana tahu, boleh menjadi penguat semangat untuk meneruskan usaha menyusukan bayi pramatang mereka. Mereka ni memerlukan sokongan kuat dari kita tau..


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday 28 November 2014

Air Mata Seorang Ibu Bernama Fynn Jamal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Airmata mak mak mana yang tak meleleh bila dengar lagu Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal ni kan. Lagi-lagi masa Separuh Akhir Muzik-Muzik hari tu. Sejujurnya mama hakim tak tengok live pun.. Mama hakim tengok kat youtube je sebab kebetulan nak cari lagu Terbang Tunduk.

Bila tertengok rakaman Separuh Akhir Muzik-muzik tu, alahaiii.. sayunya hati sambil tengok si anak kat sebelah. Rasanya semua orang yang mengenali Fynn Jamal mesti tahu kisah anaknya yang pernah menjalani pembedahan besar satu ketika dulu. Dan fikiran mama hakim pulak cepat je teringat kat seseorang yang juga mengalami masalah yang hampir sama iaitu anak yang mengalami masalah jantung.

Sebagai mak, memang lah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat anak kan.. Apa saja yang kita buat, semua teringat kat anak dulu..

Eh! Korang dah tengok ke belum Fynn Jamal nyanyi live masa kat Separuh Akhir Muzik-muzik tu? Meh mama hakim kongsikan kat sini. Selamat menghayati, selamat meleleh ayaq mata!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Perjuangan Belum Berakhir.. Hingga Ke Saat Yang Terakhir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Salam hari Jumaat buat semua pembaca TowMater. Penghujung bulan, semua SID akan mengalami kesibukan melampau..hahah. SID tu Shaklee Independent Distributor lerr.. Hujung bulan, nak closing akaun, nak monitor progress anak cucu dan juga nak layan mesej-mesej customer yang nak beli supplement sebab dah gaji kan..



Maka untuk semua SID di luar sana, mama hakim ucapkan All The Best okeh! Perjuangan belum berakhir, ade berpuluh ribu saat lagi sebelum jam 12 tengah malam 30 November 2014. Teruskan berkongsi kebaikan, teruskan berkongsi manafaat dan teruskan membantu semua yang memerlukan!


Sampai jumpa lagi..wassalam.


Tuesday 18 November 2014

Usah Abai Rasa Lesu Dan Keletihan Melampau, Ia Mungkin Simptom Penyakit Yang Tidak Boleh Dirawat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Beberapa hari lepas, mama hakim belajar tentang penyakit yang tidak dapat diubati iaitu diabetes atau dalam bahasa harian kita sebut kencing manis. Sebenarnya boleh dikatakan dah 3 kali mama hakim attend kelas ni, 2 kali secara bersemuka dengan Nutritionist Shaklee dan sekali ketika webinar (online class). Apa itu penyakit diabetes? Ia adalah keadaan di mana terdapat gula yang berlebihan dalam salur darah kita.

Selalunya yang orang kita tahu, kencing manis ni penyakit keturunan kan. Tapi sebenarnya keturunan hanya menyumbang 20% je tau. Yang lagi 80% tu dari cara hidup dan pemakanan kita. Kalau korang nak tahu, 1/5 dari rakyat Malaysia skang ni adalah penghidap diabetes! Haa..ramai kan?

Macam mana nak tahu kalau ada di antara kita yang ada kencing manis ni? Meh sini mama hakim nak kongsikan simptom-simptom yang dialami oleh seseorang yang menghidap kencing manis.

Kerap Kencing – apabila terdapat gula berlebihan dalam badan, kita akan kerap ke tandas sebab badan akan cuba menyingkirkan lebihan gula tersebut




Rasa Haus – apabila kita kerap kencing, maka akan berlaku dehidrasi pada badan. Sebab tu la kita akan rasa haus je.

Badan Lesu – Disebabkan sel-sel badan tidak mendapat tenaga dari gula, maka kita akan mudah rasa letih dan lesu. Selalu rasa tak bermaya nak buat kerja.




Perubahan Berat Badan – Untuk pesakit Diabetes Type I, biasanya berat badan akan turun mendadak dan untuk pesakit Diabetes Type II, akan mengalami peningkatan berat badan.

Luka Lambat Sembuh – Gula yang berlebihan dalam salur darah menarik perhatian bakteria dan menyebabkan luka kecil melarat menjadi teruk

Kebas dan Kekejangan – Pesakit diabetes akan mengalami kekejangan dan kebas-kebas terutaman di tapak tangan dan kaki disebabkan pergerakan darah yang lambat dan tidak lancar.

Jadi, sekarang ni cuba periksa keadaan kita adakah letih-letih dan lesu yang kita alami selama ni sebahagian dari simptom kencing manis? Selain letih, ada lagi tak simptom-simptom lain yang kena dengan diri kita? Kalau ada, cepat-cepatlah ke klinik ataupun farmasi untuk buat pemeriksaan gula dalam darah.

Jika kandungan gula terlebih skit dalam badan dan kita dapat kesan lebih awal maka lebih mudah untuk kita mengawal pemakanan dan amalkan cara hidup yang lebih sihat. Mencegah lebih baik dari mengubati kan? Takkan sampai kena bergantung kepada ubat semata-mata baru kita nak ubah gaya hidup?

Jom mulakan hari ini! Amalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat..! Dan mama hakim ada rahsia untuk membantu MENGAWAL DIABETES dari terus melarat tau!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Bahaya Masalah Anak Sembelit, Atasinya Dengan Cara Yang Selamat Dan Semulajadi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Masalah anak sembelit memang merunsingkan ibu ibu kan? Kesian sangat tengok anak terpaksa menahan sakit setiap kali nak membuang. Ada yang menangis, ada yang sampai merah padam muka menahan sakit sembelit. Ada juga anak-anak yang trauma tiap kali nak membuang, takut sakit lagi.

Biasanya kan ibu ibu, masalah anak sembelit ni berpunca dari pemakanan yang kurang seimbang. Ye la mama hakim faham, kebanyakan ibu ibu sekarang ni bekerja dan tak pasti bagaimana anak-anak makan di taska. Adakah cukup dengan serat dan protein atau tidak, kita pun tak tahu.


MEALSHAKES
Sumber : listentoyourgut.com

 Jadi, untuk mengelakkan masalah anak sembelit ni berlarutan dan menjadi lebih teruk, apa kata ibu ibu buat sesuatu bagi memastikan si anak mendapat khasiat yang secukupnya. Mama hakim nak berkongsi idea ni supaya boleh jadi rujukan di masa akan datang.

First of all, ibu ibu boleh mula bagi buah-buahan yang banyak serat dan air pada waktu pagi sebelum anak makan apa-apa. Contohnya tembikai merah dan betik. Potong kecil-kecil dan letak dalam mangkuk, berikan kepada anak untuk dimakan sementara ibu bersiap. Untuk anak yang dah ke sekolah, boleh la dibekalkan buah-buahan juga.

Kalau ada mesin juicer, lagi best! Pagi-pagi, campurkan beberapa jenis buah untuk dibuat jus. Yang ni mama hakim pasti anak-anak sukakannya. Dan ibu ibu pun boleh juga minum bersama. Anak sihat, ibu pun senang hati..!

Yang seterusnya, gantikan snek harian dengan buah-buahan kering seperti prun, apricot atau kiwi. Haa.. buah-buah ni pun bagus untuk sistem penghadaman si manja tau. Selain kaya dengan vitamin C untuk meningkatkan sistem imun jugak.

MEALSHAKES
Sumber : Google

Tapi ada satu perkara yang perlu semua ibu ambil perhatian, iaitu air masak. Pastikan juga anak-anak minum air masak yang mencukupi setiap hari. Selain bagus untuk penghadaman, air juga perlu untuk mengganti kehilangan cecair dalam badan melalui peluh.

Akhir sekali, mama hakim ada satu rahsia yang nak dikongsi untuk ibu ibu yang mahu memastikan kesihatan sistem penghadaman si manja, selain menjadikan anak lebih aktif dan meningkatkan selera makan. Klik kat SINI ye rahsia kita-kita aje tau..syyhhh!!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Fighting The Demon Inside You

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


“The hardest battle in life is fighting with your own demon, the small inner voice inside your head. But still you have to force yourself to be a better you each and everyday..”

Setuju tak? Setuju tak? Memang susah nak bangkit, nak lawan nafsu dan amarah sendiri kan.. Sebab apa? Sebab yang menghalang kita tu pun adalah sebahagian dari diri kita sendiri. Sebahagian kecil yang sengaja taknak lihat kita maju ke hadapan.


Sumber : Google


Maka bangkitlah, ucap terima kasih kepada ‘suara kecil’ tu dan buktikan yang dia salah tentang kita! Kita mampu lawan apa jua halangan dan kekangan yang diri kita sendiri bina untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan berjaya dunia dan akhirat, Insya Allah..


Sumber : Google



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday 14 November 2014

Perkongsian Tentang Anak Asyik Demam ; Ibu Bekerja TAK Perlu Ambil Cuti Lagi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Salah satu dari dua belas group Whatsapp yang mama hakim join adalah group mak-mak yang membincangkan pasal perkembangan dan kesihatan anak. Perkara yang menarik minat mama hakim ialah, dalam seminggu mesti ada 3 atau empat mak yang anak asyik demam, muntah-muntah, ada yang cirit birit dan ada juga yang sampai kena tahan duk kat wad. Anak asyik demam ni memang menjadi dilema kepada mak-mak yang bekerja kan..

Sebenarnya Azizul Hakim pun pernah menjadi salah seorang dari anak yang asyik demam, selsema dan batuk ni. Azizul Hakim ni baby miracle. Anugerah Allah buat mama hakim dan suami. Sepatutnya, sebelum mama hakim dijangka bersalin lagi doktor dah sibuk buat persiapan dan booking inkubator. Tetapi Alhamdulillah, lahir je Azizul Hakim ke dunia, dia sihat sempurna.

Disebabkan keistimewaan tu, mama hakim cuba sedaya upaya beri dia susu badan, selama mana yang dia mahukan. Dan Alhamdulillah, berjaya menyusukan dia sehingga umur 3 tahun. Walaupun dia demam, selsema namun takdelah seteruk mana sehingga berlarutan atau pun ditahan wad.

Tetapi selepas dia cerai susu badan, Hakim mula selalu batuk sampai muntah-muntah sehinggalah suatu masa dia mula di serang semput. Mama hakim jadi takut nak bawak dia keluar ke tempat yang ramai orang, sebab bila balik je dia akan demam dan batuk-batuk. Sehingga Hakim berumur 4 tahun, hanya 2 kali kami pernah bawa dia ke kawasan air terjun dan esoknya demam serta muntah. Lepas tu tak pernah lagi bawa dia ke tempat mandi-manda lagi terutama taman tema.




Selepas mama hakim kenal Shaklee, adalah juga mama hakim berikan Hakim Meal Shakes dan Vitamin C Chew tapi takdelah secara konsisten. Namun bila tahap semput Hakim semakin teruk sampaikan kena tahan wad pada bulan Mei 2014, mama hakim nekad tak mau lagi perkara ni berulang. Tak sampai hati tengok dia dicucuk sana sini dan terbaring lesu.

Mama hakim kembali memberi Hakim Set Kanak-kanak Aktif dengan lebih konsisten. Apa yang adal dalam set ini? Haa.. 3 jenis supplement yang sangat-sangat membantu mengekalkan kesihatan Hakim. Meh mama hakim kenalkan dengan korang..


SET KANAK-KANAK AKTIF

SET KANAK-KANAK AKTIF


MEAL SHAKES - mengandungi nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat serta asid amino yang mudah diserap oleh badan.

OMEGAGUARD - mengandungi DHA untuk keperluan perkembangan otak dan EPA yang membantu meningkatkan sistem imun serta anti keradangan.

VITAMIN C CHEW - membantu meningkatkan sistem imun dan meningkatkan interferon semulajadi tubuh badan.

Selepas konsisten betul-betul dengan Set Kanak-kanak Aktif ni, Alhamdulillah dengan izinNya Hakim dah bole kembali di bawa bermandi manda di pantai. Kali pertama, kami hanya izinkan dia bermain air selama sejam je. Bila balik rumah dan dia tak demam atau batuk, kali kedua kami bagi dia bermain air dengan lebih lama. Tiada lagi istilah anak asyik demam je..

Alhamdulillah.. mak mana yang tak seronok bila tengok si chentahati boleh bermain dengan gembira. Sebenarnya kan, bakal-bakal ibu yang sedang mengandung pun dah boleh mula kongsi kebaikan set ni semasa bayi dalam kandungan lagi. Supaya bayi yang keluar, sihat dan aktif!

Hubungi mama hakim untuk KONSULTASI SEPENUHNYA tentang Set Kanak-kanak Aktif ni. Layanan first class buat pembaca blog TowMater tau!!

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday 12 November 2014

La Tahzan.. Innallaha Ma'ana

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sebagai seorang manusia kan, kita tak lari dari perasaan sedih, kecewa dan rasa patah hati. Kadang-kadang perasaan tu berpunca dari seseorang atau sesuatu yang terjadi dan kadang-kadang ianya berpunca dari diri sendiri. Memang tak salah merasa sedih atau kecewa, cuma kalau boleh janganlah ia dibiarkan berlarutan pula..

Dalam keadaan yang sedih, sebaiknya kita kembali kepada Yang Maha Pencipta. Jumaat lepas mama hakim ada tengok rancangan Tanyalah Ustazah dan Ustazah Norhafizah cakap, merayu dan mengadulah hanya pada Dia. Merintih dan menangis lah sekalipun, Allah kan Yang Maha Mendengar dan Mengetahui.

Beberapa hari lepas mama hakim berbicara dengan seseorang yang sedang rasa sedih. Sedaya upaya mama hakim cuba naikkan kembali semangat dia sebab mama hakim tahu, dia memang seorang yang sentiasa bersemangat dan ceria. Moga-moga keadaan dia bertambah baik hari ini dan seterusnya.


Sumber : iluvislam.com

Sebenarnya, ada beberapa cara yang boleh kita lakukan bila kita rasa down dan sedih ni. Mama hakim nak kongsikan agar ianya memberi manafaat kepada semua. Semoga kita kembali gembira dan bahagia, takmo bersedih lama-lama.

Yang PERTAMA, cuba bantu orang lain yang dalam kesusahan. Dengan membantu orang lain, hati kita akan lebih bersyukur ‘Alhamdulillah, rupanya masalah kita takde lah seberat mana nak dibandingkan dengan orang lain’. Bantu dengan cara memberikan idea atau nasihat yang baik pun boleh. Kalau takde orang yang perlu dibantu disekeliling kita, cari sampai jumpa. Zaman Google ni senang je kan?

Yang KEDUA, hubungi mak ayah atau ahli keluarga kita. Bukan untuk mengadu masalah tapi cukuplah sekadar mendengar berita tentang mereka. Tanya khabar mereka, tanya mereka sedang buat apa. Kalau hubungi mak, tanya mak masak apa. Kadang-kadang perbualan ringkas macam tu pun  dah boleh memujuk hati kita yang lara..

Yang KETIGA, bersedekah terutama kepada kanak-kanak. Tak semestinya disini bersedekah duit pada fakir miskin atau peminta sedekah di tepi jalan. Memberikan sesuatu pada anak syurga kita pun boleh. Atau anak-anak jiran yang rapat. Senyuman tulus di wajah mereka memang akan membuatkan kita pun sama gembira.

Sumber : hayyatalinsan.blogspot

Cukuplah tiga cara mudah menggembirakan hati sendiri ni kan? Lainkali mama hakim kongsikan cara lain pulak. Tak susah sebenarnya nak hilangkan perasaan sedih tu, bantu dan gembirakan orang lain maka insya Allah kita juga akan lebih gembira.

Korang ada cara yang lain untuk merasa lebih bahagia? Meh la berkongsi dengan mama hakim.



Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger