Pembaca Blog Setia

Monday 31 December 2012

MAMA DAN HAKIM #11122012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Sambil-sambil tunggu registration untuk Countdown Party jap lagi sempat lagi mama hakim duk belek gamba-gamba dalam henpon..hihi. Dah lama tak letak gamba tuan tanah ngan watak utama blog ni kan.

 
Gamba ni masa kami ke Genting Highland masa cuti 11 Disember 2012. Lama benor kan. Ni pun cuma entry pendek nak letak gamba kami berdua je..hihi. Cerita panjang nyer nanti-nanti ye. Tunggu tahap kerajinan menggunung tinggi.

 

Sementara tunggu babah isi minyak keta.
Hakim muncung sebab tak dapat ikut babah keluar kereta..haha.


 

Yang ni aksi gedik dua beranak dalam Genting Skyway..haha.
Hujan lebat kat luar tu.

 

Beberapa jam lagi nak masuk ke tahun 2013. Selamat bercuti semua..! Sayang selalu..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Jatuh Cinta Dengan Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Jatuh cinta lagi? Dengan siapa? Dengan Shaklee ler..hihihi. Baru-baru ni, disebabkan kehabisan stok Vitamin C yang masih menjadi tanda tanya akan kemunculan nyer mama hakim beralih arah ke Vitamin E Complex.

Haa.. bukan lah sampai tahap kecewa tapi sementara menunggu ketibaan Sustained Released Vit C, takkan nak biar je kulit muka ni naik jerawat kan..hihi. Meh sini mama hakim kongsi kebaikan Vit E Complex ni ngan semua. Mane la tau ada yang mencari penawar untuk jerawat dan senggugut yang tak berkesudahan.. Moga perkongsian ni memberi manafaat J




·         Membantutkan sel penuaan yang disebabkan radikal bebas / sebagai anti oksida

·         Memperbaiki peredaran darah dan memperbaiki tisu. Sangat sesuai untuk mengurangkan kekejangan akibat PMS

·         Memelihara kulit dan rambut agar sihat dan memudarkan parut

·         Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan mengendurkan otot kaki yang kekejangan

·         Merendahkan kadar kolesterol

·         Mengurangkan risiko Alzheimer

·         Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil


Dan yang lebih menarik, Vitamin E Complex ni juga digelar Vitamin Cinta untuk suami isteri. Lebih-lebih lagi sejak Vit E Complex ni dipertingkatkan lagi dengan Grapeseed Extract.

Mama hakim sendiri dah merasa kebaikannya pastu baru bole kongsi ngan semua.. Bonda pun mama hakim dah bagi makan Vit E. Alhamdulillah Ya Allah, syukur dengan nikmat Mu ini.. Setiap ciptaan Allah di muka bumi ni ada kebaikan dan kelebihan nya. Alhamdulillah.. Jika ada kemusykilan atau nak menegur jika tersilap bole hubungi mama hakim bila-bila masa saja.



Sms/ Whatsapp : 018 2835 816


 
Disclaimer : Penafian ini berkaitan blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organic dan produk Shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Maklumat di dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun di anggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.



Dengan niat Lillahi Taala, moga kekal ke hujung nyawa.

Sampai jumpa lagi..wassalam.

31 DISEMBER 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Hari ni hari terakhir di Tahun 2012, hari Isnin dan mama hakim bekerja seperti biasa. Malam ni ada Countdown Party di Empire Hotel.. Party sangattt..! Kira nya sebagai sambutan menyambut tahun baru yang company anjurkan untuk staf-staf tersayang di Empire ni..hihi. Ada makan-makan (ofkos ler..), ada cabutan bertuah dan penyampaian Employee of The Year Award..! Haa.. siap ade award bagai kan. Oh tak tak.. mama hakim tak dapat pun..(siap-siap jwb..heheh)


Incik  Google

 

Alhamdulillah.. Di tahun 2012 ni mama hakim dapat tambah kenalan dan sahabat baru di dunia blogging. Semoga persahabatan ini kekal sampai ke akhir hayat J Walaupun belum pernah bersua muka, tapi dalam hati rasa sangat dekat dan rapat. Masih banyak kenangan di hujung tahun ni yang belum sempat mama hakim letakkan di sini. Memori suka duka bersama watak utama blog ni..hihi.


Incik  Google
 

Semoga Tahun 2013 membawa lebih makna dan kebahagiaan dunia dan akhirat buat kita semua..! Sayang selalu..

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Saturday 29 December 2012

CAN'T LIVE WITHOUT YOU..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Sapa geng ngan mama hakim? Sep sikit..!! Hihihi.. Tanpa kopi atau nescafe, ilang salah satu nikmat hidup rasa nyer..

 
 

Ingatan buat diri sendiri, semua perkara pun biarlah bersederhana. Kang lebih sangat minum kopi kang memudaratkan diri sendiri pulak..hihi. Selamat berhujung minggu semua.. Sayang selalu..!

 

Sampai jumpa lagi..

Friday 28 December 2012

OHHOIII CANTIK NYER..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Haa.. Pink sangat kan..! Memang berkenan sangat di hati ni tau..! Bila mama hakim whatsapp gambo ni kat Incik Joni, dia balas ‘amboii! Merah nyer selipar’. Sabo la je la hati ni..hahahaha. Takde sense of fashion langsung..hihi. Ops terkutuk pulak. Ampun ye babah..! hihihi.


 
 
Amacam? Cantik tak?
 


 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

I AM NOT PERFECT #19 - ALLAH SAYANGKAN KITA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Salam Jumaat terakhir di tahun 2012. Jujur nya, ada macam-macam perasaan bila tahun 2012 dah pun nak meninggalkan kita. Mama hakim sendiri rasa macam cepat nya masa berlalu. Adakah masa yang berlalu tu digunakan dengan bermanafaat? Diisi dengan segala kebaikan? Muhasabah diri sendiri sambil bersyukur dengan kesempatan yang diberi untuk memperbaiki diri..

 

Betapa Allah sayangkan kita kan..!
 
 
Allah knows everything, and your intention.
Don't feel distressed, because Allah has rewarded you for your intentions.
Remember that Allah gives His Highest Mercy to Mothers.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday 26 December 2012

NOMBOR LAPAN TANDA BERTUAH..?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Saja duk gatal tangan..hihi. Suka lak tgk nombor yang tertera kat dashboard ni. Ni setakat jam 10.20 pagi tadi. Jangan lak duk percaya menda-menda gini okeh. Bagi mama hakim nombor semua sama je. Tapi memang ada kaum yang sangat percaya dengan kelebihan nombor lapan ni.

 

Sampai jumpa lahi..wassalam.

WORDLESS WEDNESDAY #26122012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Ketika sedang ber’whatsapp’ ngan Incik Joni.. Dia tanye Hakim tengah buat ape..?
Mama hakim pun amik gamba nak tunjuk kat Incik Joni..




*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 
*
 



Dan beginilah aksi beliau si Azizul Hakim..!
 



 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday 24 December 2012

BERHIBUR DI ZOO MELAKA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Cerita ni dah basi sangat, kisah di Aidiladha yang lepas..huu. Sebenar nyer mama hakim tunggu gamba dari henpon Incik Joni. Lepas raya haji tu Incik Joni kat outstation lebih kurang 40 hari tu yang terpendam je hasrat hati nak bercerita pasal ni.

 
Sekali cek kalendar ni kisah bulan Oktober la..aduiyaii.. Alkisah nyer kami tiga beranak pulang ke Gemencheh sambut Aidiladha 1433 yang jatuh pada hari Jumaat 26 Oktober 2012. So di hari Sabtu yang indah (sangattt) 27.10.2012, Incik Joni bawak ler mama hakim dua beranak ke Zoo Melaka. Lagipun Hakim dah pandai mengenal haiwan dalam tibi mahupun Ipad dia. So kitorang nak ler tunjuk secara live pulak kat Hakim.

 
On the way ke sana Hakim tido dalam kereta (macam biasa..huu) Dengan cuaca panas terik, berpeluh-peluh dia. So bila sampai je dia agak terpinga-pinga sikit.


 
 
Zoo Melaka ni pulak best sangat. Harga tiket untuk dewasa rm7.00 dan kanak-kanak kecil macam Hakim ni free..! Yeay..! Sampai umo 5 tahun pulak tu. Masuk-masuk je dah ada yang menyambut. Cantik-cantik pulak tu.  Yang best nyer burung kakak tua yang warna warni tu duk je diam-diam kat situ.



 
 
Tepek gamba mama ngan Hakim sebijik

 

Motip amik gamba ni? Heheheh..

 
Haiwan nyer banyak gak tapi ada yang jauh dan ada duk tidur di tengahari buta..huu. So layan je la gamba-gamba yang mama hakim sempat rakam di samping melayan si anak yang teruja..! Tak terkejar tau dengan tenaga dia..
 
 



 
 
Orang utan ni siap tadah tangan tunggu pemberian orang. Amboii..!

 

Macam tau je apa yang dibaca nyer tu..huu.

 
Ini pulak aksi kejar mengejar..hahaha.
Babah pun pancit nak kejar hero yang seorang ni.
 


 
Lepas tu sesi menghibur hati sendiri masa tunggu babah solat zohor.
Agak-agak la kan, lagu ape yang Hakim nyanyi tu?



 

Sorry ye teknik mengambil gamba oleh mama hakim ni tak professional langsung. Ntah ape jadah duk amik gamba kat celah-celah orang ntah..hihi. Yang penting Hakim seronok sangat dan mama dan babah nyer letih sangat..hahaha! Takpela bukan selalu pun. Sekali sekala berpenat lelah janji anak happy kan..! Of kos kami akan kembali lagi.. Selagi free untuk Hakim..hahaha.
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

ESP SHAKLEE vs AIR SOYA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Salam pagi Isnin yang tak berapa nak cerah sebab ramai yang cuti..hihihi. Tapi cuaca kat luar pun memang mendung J

 
Hari ni mama hakim nak tunaikan janji pada seorang sahabat maya yang ada bertanya pasal protein soya. Memang mama hakim akui tersebar luas tentang keburukan soya atau susu soya. Malah satu masa dulu mama hakim sendiri berhenti minum air soya bila terbaca tentang keburukan soya ni. Tapi skang ni mama hakim gigih mencari segala ceruk Google demi kebaikan semua sahabat-sahabat maya mama hakim J

 

 
Antara ESP Shaklee dan susu soya biasa memang bayak perbezaan nyer.. Ketara sangat. Dan mama hakim kongsi sekali link-link penuh info kat bawah sekali tu pasal baik buruk nyer soya.

 
ESP Soy Protein Isolate Powder

·         Tumbuh secara organic dan bebas segala jenis racun serangga

·         Tidak dihasilkan secara genetic (Non GMO -  Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.)

·         Mengandungi 9 asid amino yang diperlukan tubuh badan untuk menghasilkan hormon, enzim dan antibodi

·         Dalam proses pembuatan soy isolate, soya dibersihkan dengan air bukan alkohol dan tidak memusnahkan isoflavone (Isoflavone – menyeimbangkan hormone & menaikkan berat tulang)

·         Bahan anti-thyriod/anti-growth disingkirkan dari soya mentah tanpa melalui proses pemanasan pada suhu yang tinggi. ASID AMINO & ISOFLAVONE sangat sensitif pada kepanasan.

·         Ditambah dengan kalsium untuk meneutralkan keasidan soya.

 

Setelah habis study pasal ESP Shaklee, mama hakim mula yakin dengan kandungan dan keberkesanan nyer.. Insya Allah. Semua ni pun dengan izin Dia. Sahabat-sahabat semua bole contact mama hakim bila-bila masa jika ada sebarang keraguan lagi pasal mana-mana produk Shaklee.
 
Kredit gamba ESP.

 
Klik untuk lebih info pasal protein soya :



 
Sms/ Whatsapp : 018 2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Saturday 22 December 2012

BILA MAMA YANG MAIN LEGO

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Hahahaha.. Ni bukan Lego biasa tau, ni Lego kereta dari Shell tu. Haruslah mama nyer yang melego, kalau di bagi kat Hakim mau ilang segala spare part keta nyer.

 
Kalau tak silap hari Ahad lepas, petang tu kami keluar meronda mencari taska untuk Hakim lagi. Alhamdulillah jumpa yang dekat ngan opis mama hakim. Dah amik nombor tepon semua, tapi belum call untuk tanya pasal pendaftaran. Pastu gi isi minyak kat Shell, Incik Joni pun tanya nak ke? Of kos I nak..hihihi.




Ok berbalik pada mama hakim yang heboh nak memasang sendiri kereta Lego yang dapat dari Shell tu. Bila bukak je plastic nyer, terus berterabur segala isi kecik-kecik. Amboi..! Kena start dari bawah ok.. Tapi takpe semangat tinggi ni.. Layankan aje gambo yang diambil ni.


 
 
Haa.. Dah siap separuh jalan.
Bahagian depan.
 
 
Bahagian belakang.
 
Akhir nya masa untuk pasang sticker.

Dan siaplah sebijik kereta yang sangat comell! Siap duk atas podium ok
(penutup balang kuih je tu..haha)

 
 

Perasaan sangatlah teruja sebab dapat siapkan sebijik kereta..haha. Pastu Hakim duk berebut ngan mama hakim tapi jangan harapler mama nyer nak bagi..! Car McQueen dia ade banyak dah tau! Dan sekarang kereta Shell tu duduk dalam kereta yang mama hakim drive gi keja J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday 21 December 2012

KELAB BLOGGER BENASHAARI.COM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
 

 
 

Lama dapat dah baju ni. Sebagai tanda sokongan kepada DaddyQhaliff yang follow blog Towmater mama hakim masa mula-mula berblogging dulu.

 

Klik untuk lebih jelas


Kalau ikut tarikh mama hakim twit gamba baju ni kat Daddy Qhaliff, mama hakim dapat baju ni pada 14 Disember 2012 J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

SHAKLEE DAN SI CINTA HATI..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hati ibu mana la yang bole tenteram kalau anak kesayangan tak selera makan, memilih makanan dan kurang makan makanan berkhasiat kan..! Mama hakim rasa sebab Hakim dah besar, dah pandai memilih apa yang dia suka dan tak suka, dah pandai suka makanan yang tak berkhasiat so secara tak langsung Hakim dah jadi seorang yang picky eater. Sebab tu la saiz badan pun gitu je, macam tak beso-beso.

Lagi-lagi budak berumo lingkungan 2 ke 4 tahun ni memang sangat aktif sampaikan bole lupa dengan perkara lain. Ini pengalaman mama hakim jaga adik kembar bongsu dulu. Yang diorang tau main je.. Tak peduli la makan ke minum ke, kalau kita tak bagi memang diorang takkan mintak. Hakim sendiri kalau di bawak berjalan, satu hari tak makan nasi pun takpe. Asek minum air je. Tu yang kadang-kadang balik dari berjalan, anak kita meragam sebab lapar tapi kita ni biasa nyer salahkan keadaan pulak..huu..!

Jadi sebagai seorang mama yang selalu risaukan anak nyer nampak kurus sedangkan mama nyer membulat, mama hakim pun buat le research segala nak bagi si picky eater ni makan tanpa memilih makanan lagi. Korek punya korek terjumpa satu produk dalam Shaklee..yeayy! Terima kasih Shaklee sebab membantu J Lagi senang sebab mama hakim sendiri pun memang ahli dah. Banyak maklumat dan maklumbalas yang mama hakim terima dan baca dulu sebelum nak bagi Hakim consume produk dari Shaklee ni.

Alhamdulillah setelah dibahaskan bersama ngan Incik Joni, kami memilih Meal Shakes untuk Hakim. Sebab?

·         Mudah ~ hanya campur setengah sudu dalam minuman kegemaran anak (untuk Hakim, campur dalam susu je)

·         Sedap ~ tak rasa macam ubat langsung sebab Meal Shakes ni berperisa vanilla

·         Penuh Khasiat ~ sebab mama hakim tak selalu bole kawal apa yang Hakim nak makan

·         Jimat ~ setengah sudu je sekali sehari (sangat jimat…!)

MEALSHAKES SHAKLEE


Apa lagi kelebihan Meal Shakes ni?

·         Mengandungi 19 vitamin dan mineral

·         Kaya dengan sumber kalsium dan protein

·         Memberi tenaga dan menguatkan sistem imun

·         Meningkatkan selera makan

·         Kandungan serat yang tinggi boleh mengelakkan sembelit

·         Sesuai untuk kana-kanak yang mengidap asma, bronchitis dan eczema


Insya Allah mama hakim akan kongsi lagi kesan pengambilan Meal Shake dalam diet harian Hakim. Tengoklah dalam seminggu dua lagi. Yang penting kita kena berusaha sedaya upaya. Selepas tu disusuli dengan doa dan kemudian kita berserah pada Nya.


Sampai jumpa lagi..wassalam.

BILA SI DIA MULA TAK LENA..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Dah beberapa malam kejadian ini berlaku.. Adakah kerana nak beralih bulan? Nak membesar bagai johan (bukan Johan Raja Lawak ye)? Kadang-kadang mama hakim pun tak tau ape yang menjadi isu sampai Hakim buat camtu..


 

Yang pasti nyer kebelakangan ni Hakim tido lewat sangat. Kadang-kadang makpak dah berdengkur, Hakim masih melayan Upin Ipin kat Ipad. Ataupun menggelisah tergaru-garu kepala yang sudah dibotakkan sambil berpusing ke kiri kanan mencari posisi tido yang sesuai. Kesian pun ada tengok nyer. Ada satu malam tu di kala mama dan babah nyer dah melelapkan bijik mata, Hakim masih berjaga. Dalam kul 12 lebih Incik Joni terjaga, nampak Hakim masih belum tido. Incik Joni pun buatkan lah susu untuk anak tersayang. Abis je minum, terus Hakim tido. Adakah dia tak tido kerana lapar?


 
 
Tapi sayang nyer tak lama, dalam kul 2.30 macam tu Hakim merengek pulak. Meragam tak mau dipujuk atau dipeluk. Mama hakim pun bangun tukakan pampers sebab dah basah, lap-lap badan dia dengan kain lembap. Incik Joni pun bangun tolong pakaikan pampers dan tidokan Hakim semula. Last-last Hakim hanya betul-betul lena bila Incik Joni bangun kul 5.30 nak gi masjid.
 

 

Malam tadi pun Hakim duk merengek lebih kurang waktu yang sama kul 2 lebih. Baju abis dibukak nyer. Merajuk tau mau di peluk. Bila di tanye takmau menjawab. Jadi bagaimanakah..? Mama hakim redho je la menguap menahan mata kat opis ni ha..

 

p/s: Gamba-gamba memang takde kena-mengena ngan cerita..hihi. Cuma suka tengok betapa lena Hakim dalam kereta bila di bawa berjalan. Banyak lagi sebenar nyer.. Banyaaaakkk sangattt..

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger