Pembaca Blog Setia

Showing posts with label raya2012. Show all posts
Showing posts with label raya2012. Show all posts

Thursday, 25 October 2012

KURANG DARI SEJAM..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Ok mama hakim dah tak sabar nak balik. Lebih kurang sejam je lagi. Tapi hati dah tergedik-gedik intai-intai luar tengok keadaan trafik. Oh ade mama hakim bagitau opis ni pemandangan nyer Federal Highway..! Dan mama hakim di tingkat doblas. Jadi memang terang-terang nampak sampai tol Batu tiga J Walaupun balik nanti tak lalu highway tu pun..hihi.

 
Pukul 8 pagi tadi, sebelum bersiap ke tempat kerja mama hakim dah cakap kat Incik Joni ‘Pa, hati mama dah kat kampong lah’.. Memang tiap kali pun mama hakim terlebey eksaited bila nak balik kampong. Walaupun bukan kampong sendiri, kampong Incik Joni..hihi. Alamak, baju dan beg lum kemas..!!

 
Pukul 2 tadi henpon berbunyi lagu Wishing On a Star, Wonder Girls tau dah sape yang tepon. Bila mama hakim jawab terdengar suara kecik ‘mama..! maa..!’ Eh budak Hakim dah balik umah lah! Dia pun half day ari ni..huhu. Mama nyer plak keja full day! Kata Incik Joni, pengasuh dah mintak izin nak balik kampong awal pagi tadi dan pagi tadi Incik Joni yang anta Hakim gi umah pengasuh..!


Oklah takmo bebel panjang-panjang lagi. Selamat Hari Raya Korban semua..! Salam Aidil Adha dari mama hakim, Incik Joni dan Azizul Hakim J Pandu cermat, jiwa selamat. Mama hakim takmo kehilangan readers okeh (bajet ramai sangat readers..hihi). Sayang selaluuu..!

 
Gamba cilok dari Google. Ucapan dari YB Nurul Izzah J

 
(Edited at 4.43pm : Ujan lebat kat luar, gelap sangat! Ya Allah dugaan sungguh)


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 24 October 2012

WORDLESS WEDNESDAY.. # 24102012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Mood nak balik kampong dah..hihi. Asal nama nyer raya je mesti seronok kan..!
Dah terbayang ketupat rendang..! Oklah nak sambung keja sambil layan lagu raya kat radio Best 104 Sensasi Selatan J

 
Gamba raya Aidilfitri yang lepas J

 
p/s: Pahang cuti ye ari ni? Best..best..!

 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Sunday, 16 September 2012

LIL SIS ENGAGEMENT..!



Assalamualaikum..
Kenduri doa selamat, majlis pertunangan dan open house di penghujung Syawal.. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.. Walaupun penat tapi berbaloi-baloi tengok semua pun enjoy!
Esok cuti, masa untuk berehat dan menghabiskan masa dengan keluarga tersayang..! Selamat Hari Malaysia!
Sampai jumpe lagi..wassalam.
Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, 4 September 2012

MENGEMAS DAN DIKEMAS...!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Ketika semua umat Islam yang teruja nak menyambut Aidilfitri sedang berseronok-ronok mengemas baju nak pulang ke kampong halaman, mama hakim pulak sedang berperang dengan seorang budak bernama Azizul Hakim demi menyempurnakan tugasan yang satu ini.



 
Geram tau ngan si kecil ni, penat-penat lah mama hakim menyusun baju dalam beg tu dia pulak gi masuk ke dalam memuatkan badan dia sekali. Nak di marah, tak sampai ati. Last-last mama hakim amik henpon dan merakamkan perbuatan dia tu sebagai bukti! Kut-kut la tahun depan Hakim nak dera mama dia macam ni lagi..hihi.

 

Tapi bole pulak dia pose maut dalam beg tuh..! Mama nak kemas baju la anak.. Macam mane nak masukkan baju kalau awak yang duduk dalam beg tu kan? Kang mama pack awak sekali kang.. Tahun lepas pun awak panjat masuk beg jugak! Aduiyaii..

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 28 August 2012

MAKAN-MAKAN..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Kami di Project Management buat makan-makan ari ni. Simple dan sederhana. Department ni pun tak sampai 15 orang kut. Tu pun termasuk Project Manager tau.. Kecil dan comel je keluarga projek ni J

 

Ni la antara makanan yang ada. Kuih muih nampak meriah kan J First time rasa kuih kapit yang special tau, dalam ade peanut butter..! Terus jatuh cinta!

 

Dalam bekas putih tu nasi himpit, ade kek pisang dalam bekas kuning, rendang ayam, kuah kacang dan serunding ayam J

 
 


Kami makan sambil buat keja, pastu sape-sape yang naik ke teratak ni dapat la jamah sepotong dua..hihi. Biarpun simple tapi puas hati sebab dapat makan same-same dan berulang kali..hahaha!
 
“Pastu komplen badan dah tembun kan” ~ ayat Incik Joni tetiba terngiang di telinga..huishh!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 27 August 2012

BONDA + KELUARGA BESAR..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Selamat memulakan tugas harian semua. Hari ni kebanyakan daripada kita dah pun mula bekerja. Alhamdulillah, list to do for today tak panjang berjela J

 
Raya tahun ni mama hakim beraya di umah mertua di Gemenceheh. Sebelum balik ke kampong pada ari sabtu, jumaat malam tu lepas Incik Joni balik dari terawih kami balik ke umah mama hakim yang jarak nyer hanya 15 minit je dari USJ J Mujur sempat jumpa adik-adik kesayangan dan bonda terchenta. Satu-satu nyer kakak mama hakim beraya di Johor tahun ni, dia dah pun sampai ke umah mertua dia di sana malam tu so tak sempat nak jumpa pun.


Takmo bebel panjang-panjang, mama hakim cuma nak simpan gamba bonda dan adik kembar kesayangan kat blog J Adik kembar ni yang bongsu dalam keluarga besar kami, yang ke 10 & 11. Skang kat UiTM Melaka, part 5 rase nyer J


Gamba kembar beraya tahun ni J


 
Bersama bonda terchenta yang keja pada ari raya pertama.


 
Tak nampak muka bonda? Ni gamba bersama adik yang ke 9, atas kembar.

 
Kan mama hakim penah bagitau kami ramai J tapi masih tak sempat nak bergambar semua sekali. Gamba kembar tu pun sedut dari facebook je.


 
Gamba terakhir ni pun masa raya pertama tahun 2009.
Bonda keja so kami ramai-ramai pegi bermaafan kat tempat kerja bonda.
Tiga orang pompuan takde dalam gamba.
 
Sedikit sebanyak yang mama hakim bole share pasal keluarga besar mama hakim J Itu baru yang pompuan, mama hakim ade tiga orang abang lagi tau. Walaupun kami ramai, tapi masing-masing ade personality dan karakter sendiri. Bila dah kawen dan bekerja ni, masing-masing terikat ngan tanggungjawab. Tapi jauh di sudut hati kecil mama hakim berharap sangat kami dapat berkumpul tak kira la di hari raya ataupun hari biasa.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 22 August 2012

REZEKI SI ANAK..!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk bertemu di blog. Malam tadi mama hakim sekeluarga sampai dari kampung. Walaupun tak sesak sangat tapi banyak jugak kereta yang menuju balik ke KL.

Suasana raya tahun ni agak kurang meriah, biasa-biasa je. Mungkin sebab kesihatan ayah mertua yang tak berapa baik. Akak ipar pun dua-dua batuk selsema sampai ilang suara.

Sepanjang di kampung, sempat la kami beraya di rumah mak teh, mak anjang, induk dan puan. Rezeki Hakim pun lebih skit tahun ni. Syukur Alhamdulillah.. Macam-macam angpau yang Hakim dapat. Tapi yang paling mama hakim suka, tu yang tulis pasport malaysia ngan gamba henpon blackberry tu..hihi.. Ohh! Ari jumaat dah start keja lah..!

Sampai jumpe lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 16 August 2012

SALAM AIDILFITRI...!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




Dengan penuh rasa rendah diri dan ikhlas hati, mama hakim, babah hakim dan Hakim ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala silap salah kami sepanjang mama hakim berblogging.

Selamat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Berhati-hatilah di jalanraya dan semuga semua nya selamat sampai destinasi yang dituju.

Alhamdulillah, sambutan raya tahun ni membawa seribu rahmat kepada mama hakim sekeluarga J Syukur Ya Allah. Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan Hakim.




Insya Allah kita jumpa lagi selepas raya nanti J wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger