Pembaca Blog Setia

Wednesday 31 October 2012

WORDLESS WEDNESDAY..! #31102012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Hehehe.. Suka sangat kerusi nih..!
 
 

Rasa macam nak curi bawak balik umah J
 
 

Agak-agak tau tak lokasi kerusi ni kat mane? Saje nak main teka tekuk plak..hihi.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 30 October 2012

WAJAH BARU..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Haa.. Semangat berwajah baru ni. Ok tak? Saje tepek muka kat atas tu sebab header dulu ade org ‘amik’ pastu letak sebagai cover photo untuk page dia kat FB. Bole gitu?

 
Mama hakim suka sangat ngan kaler dan bintang-bintang tuh..hihi. Sekali lagi mama hakim gunakan khidmat dari orang yang sama, Ilham Liyana.

 

Terima kasih sangat-sangat ye awak J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday 29 October 2012

OH..! IBU MERTUAKU..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Selamat hari isnin semua..!

Buat yang bekerja ari ni sama seperti mama hakim, memang monday bluessss pun tapi kita dah berjaya mengharungi setengah hari kan..! Cayalah..!

 
Seronok bercuti panjang, balik kampong dan berehat kat umah.. Aidiladha 1433H memang sangat lah biasa-biasa je bagi mama hakim sebab selain kami tiga beranak, hanya keluarga Angah je yang sememangnya ade kat kampong. Itupun Angah datang umah dah hampir tengahari, makan-makan pastu diorang lak bertolak ke Merlimau sebab mertua Angah nak buat kenduri. Lagi satu sebab kesihatan ayah mertua yang dah semakin dimamah usia, tak bole berdiri apetah lagi berjalan lama-lama. Sayu hati bila teringat mereka berdua tapi dalam hati sentiasa rasa kagum ngan mak mertua yang sangat gigih menjaga suami tercinta.

Mama hakim tau mak mertua sangat teringin menunaikan haji, bila dia tengok tibi, tengok umat-umat Islam yang berpeluang ke sana, bila dia bercerita tentang seorang kawan dia yang sama mendaftar dan dapat pegi tahun ni, mama hakim tau yang dia sangat-sangat teringin ke Mekah. Tapi Allah Maha Mengetahui, dengan keadaan ayah mertua yang keuzuran, mana mungkin mereka dapat panggilan untuk menunaikan haji kecuali Incik Joni atau adik nyer yang jadi peneman.

Setiap malam mak mertua mesti dah siap-siap tunggu depan tibi untuk tengok rancangan Salam Baitullah. Mak mertua penah gi umrah satu ketika dulu, mesti dia rindu sangat nak kembali ke sana.. Insya Allah mak, Allah kan Maha Mendengar..

Mak mertua mama hakim ni macam superwoman tau..! Memang superwoman kut.. Dia bangun seawal 3.30 – 4.00 pagi, solat dan mengaji sementara tunggu Subuh. Kalau dulu,  dia dan ayah akan ke masjid untuk berjemaah. Lepas subuh, mak mertua terus bersilat di dapur, membasuh kain dan buat breakfast. Biasa nyer kul 7.30 pagi kami tiga beranak dah disuruh bersarapan..hihi. Kecuali kalau takde ape-ape di dapur, mak akan ajak Incik Joni ke pasar tani dan beli sarapan. Lepas tu terus sambung duk dapur, prepare ikan, ayam, udang untuk masak tengahari pulak. Dalam kul 11.30 dah siap, dia ke kedai pulak beli bahan untuk minum petang..huu. Kadang-kadang ler, kadang-kadang dah ade stok mak sambung buat benda lain pulak. Memang jarang sangat tengok mak ni tido siang, at least rehat sekejap lelapkan mata. Jarang sesangat..!

Lepas zuhur, makan tengahari, mak duduk jap sambil lipat kain ke, pastu dia duk dapur lagi buat minum petang. Biase nyer ada la goreng pisang, paling simple pun mesti ade cekodok bilis. Pastu layan ngan kopi O..! Huhh! Marbeles kan.. Memang heaven duk kampong, sesuai untuk menaikkan berat badan tau..hihi. Dahla masakan mak-mak ni memang gerenti jilat jari, jadi setiap kali balik kampong mesti mama hakim makan tak hengat dunia punyer..!! Oh Ibu Mertuaku..! Nak bagi award “Best MIL in the World” lah J

 

p/s: Dalam hati muhasabah diri, bole ke jadi mak dan mertua yang terbaik camtu?

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday 25 October 2012

KURANG DARI SEJAM..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Ok mama hakim dah tak sabar nak balik. Lebih kurang sejam je lagi. Tapi hati dah tergedik-gedik intai-intai luar tengok keadaan trafik. Oh ade mama hakim bagitau opis ni pemandangan nyer Federal Highway..! Dan mama hakim di tingkat doblas. Jadi memang terang-terang nampak sampai tol Batu tiga J Walaupun balik nanti tak lalu highway tu pun..hihi.

 
Pukul 8 pagi tadi, sebelum bersiap ke tempat kerja mama hakim dah cakap kat Incik Joni ‘Pa, hati mama dah kat kampong lah’.. Memang tiap kali pun mama hakim terlebey eksaited bila nak balik kampong. Walaupun bukan kampong sendiri, kampong Incik Joni..hihi. Alamak, baju dan beg lum kemas..!!

 
Pukul 2 tadi henpon berbunyi lagu Wishing On a Star, Wonder Girls tau dah sape yang tepon. Bila mama hakim jawab terdengar suara kecik ‘mama..! maa..!’ Eh budak Hakim dah balik umah lah! Dia pun half day ari ni..huhu. Mama nyer plak keja full day! Kata Incik Joni, pengasuh dah mintak izin nak balik kampong awal pagi tadi dan pagi tadi Incik Joni yang anta Hakim gi umah pengasuh..!


Oklah takmo bebel panjang-panjang lagi. Selamat Hari Raya Korban semua..! Salam Aidil Adha dari mama hakim, Incik Joni dan Azizul Hakim J Pandu cermat, jiwa selamat. Mama hakim takmo kehilangan readers okeh (bajet ramai sangat readers..hihi). Sayang selaluuu..!

 
Gamba cilok dari Google. Ucapan dari YB Nurul Izzah J

 
(Edited at 4.43pm : Ujan lebat kat luar, gelap sangat! Ya Allah dugaan sungguh)


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday 24 October 2012

Punca Rasa Letih Dan Mengantuk Yang Kronik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sejak mama hakim kurang sehat dari dua minggu lepas, mama hakim kerap sangat rasa mengantuk tak kira masa. Pernah satu hari, mama hakim tak sehat sangat rasa badan balik separuh hari dari opis sampai umah jam 1 lebih terus tertido sampai petang. Masa tu Incik Joni ade kat umah, dia pun pelik je tengok mama hakim letih sangat tido pensan tak beralih-alih. Malam tadi pun mama hakim tido awal, kul 9 rasa nyer dah tak bole angkat kelopak mata. Tapi sekarang ni kat opis masih lagi rasa mengantuk tahap nak tongkat mata ngan batang mancis dah..

Terima kasih pada Incik Google, mama hakim jumpa info ni. Nak kongsi same lah sebab ape mama hakim keletihan semacam je..

Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang ‘heavy’ setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.

Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.

Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.

Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.

Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?

‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdengkur.

Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.

Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.
Haa.. ade tak yang terkena? Kurang darah tu mungkin sebab selalu nyer keletihan berlebihan ni jadi time period. Tiroid tu tak pasti lah..! UTI? Nak kena buat pemeriksaan la kut. Kafein? Oh tidak, mama hakim memang bestfriend dengan kopi dan nescafe..! Alahan makanan pun pasni kena lebih alert supaya mama hakim boleh tahu makanan ape yang buat mama hakim keletihan. Nombor 6 dan 7 tu insya Allah takde la kut. Terjaga sebab tiba-tiba sakit kepala tu ade lah beberapa kali tapi lemah jantung tu, mama hakim pun tak bape pasti lah.. Nampak nyer kena buat pemeriksaan pada diri sendiri dari ujung rambut ke ujung kaki ni. Kita kena lah selalu sehat supaya boleh jaga keluarga kan..! Bak kata Dato' Michelle Yeoh, "Asian women are the backbone of the family"..

SUMBER



Sampai jumpa lagi..wassalam.

WORDLESS WEDNESDAY.. # 24102012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Mood nak balik kampong dah..hihi. Asal nama nyer raya je mesti seronok kan..!
Dah terbayang ketupat rendang..! Oklah nak sambung keja sambil layan lagu raya kat radio Best 104 Sensasi Selatan J

 
Gamba raya Aidilfitri yang lepas J

 
p/s: Pahang cuti ye ari ni? Best..best..!

 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 23 October 2012

MENANTI JAM 5..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Sementara menanti jam 5 petang.. Sementara tunggu nak balik dan peluk hero kecik kesayangan. Cuaca agak mendung tapi tak hujan. Tengahari panas, elok kering baju yang di sidai J Lagi dua hari kita akan menyambut Aidiladha kan..! Terasa pantas masa berlalu meninggalkan kita. Ada yang membuat ibadah korban tahun ni? Bape hari amik cuti? Balik kampung tu sesuatu yang pasti..hihi. Mama hakim tiga beranak akan pulang ke Gemencheh nanti tapi tak cuti panjang, sekadar mengikut kalendar je.

 
Hari Khamis ni bole la puasa Arafah. Actually nak mula puasa esok pun bole. Antara kelebihan puasa Arafah ni “ Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang ” – Hadis Riwayat Imam Muslim.

 
Ok, its time to go home J Family will always be the first in my heart <3 <3
Tak sabar dah nak peluk Azizul Hakim nih, nak bagitau yang mama hakim sayang sangat kat dia, anugerah Allah yang tak ternilai..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

BENJOL LAGI..!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Malam tadi Hakim terjatuh + terhantuk lagi..! Menggigil lutut mama hakim tengok benjol kat kepala dia! Padahal dua hari sebelum baru je jatuh tapi tak teruk sangat benjol kat dahi. Ya Allah..! Ibu mana la yang tak panik bila tengok anak menanges dengan kepala benjol macam tu. Besar sangatt..!

 
Mama hakim peluk Hakim untuk tenangkan dia. Entah macamane dia jatuh.. Entah macamane keadaan Hakim masa dia jatuh.. Mama hakim tak nampak sebab Incik Joni lagi cekap untuk selamatkan dia. Masa peluk Hakim airmata mengalir sama. Sungguh mama hakim terasa kesakitan dia. Bila Hakim perasan, dia berenti nanges, usap pipi mama hakim sambil cakap ‘ngan anes..angan anes’..

 
Tapi Alhamdulillah, syukur Ya Allah.. Hakim tak ape-ape. Sekejap je dia dah sambung main semula. Dia tak nanges sampai muntah-muntah. Setengah jam lepas tu dah macam takde ape-ape yang berlaku. Benjol yang dah dituam dengan ais dan disapu minyak gamat, nampak ketara sangat kat kepala Hakim. Bila tersentuh Hakim cakap ‘aduii..’


 
Gambar pagi tadi sebelum anta ke umah pengasuh.
Senyum dengan kepala bertanda..!

Ya Rahman, Ya Rahim.. Lindungilah anak kecilku, Azizul Hakim.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday 22 October 2012

SI DIA.. YANG KU SAYANG..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Huii.. perasaan nak membebel aje rase nyer. Tak puas lagi dah menaip panjang lebar tadi. Alhamdulillah, tahniah pada mekchu sebab dah selamat bersalin, baby girl yang sangat cumell..! Skang ni tunggu berita dari IntanBerlian je. Moga dipermudahkan segala nyer. Anak ni kan satu anugerah, nikmat dan amanah. Mesti mekchu, IntanBerlian, mrspuex dan syawalsimpsons sangat seronok menikmati saat-saat ini.

 

Mama hakim pun seronok je melayan kerenah anak yang seorang itu. Walaupun makin besar makin banyak aksi-aksi cumell yang perlu ditangani dengan berhemah J Alkisah Hakim meragam takmo pergi umah pengasuh, macam-macam reaksi yang mama hakim terima kat fb dan jugak kat blog. Terima kasih atas segala nasihat, pandangan dan buah fikiran. Tak lupa jugak pada yang memberi kata-kata semangat dan dorongan. Betullah kate Acik Erna, dugaan buat ibu-ibu yang bekerja J

 

Sebenar nyer pengasuh Hakim baik-baik je. Mama hakim takde la gerenti seratus peratus tapi mama hakim pasti, dengan naluri seorang ibu yang Hakim mendapat layanan yang baik kat umah pengasuh. Kena marah tu biase la, sebab Hakim jenis yang suka memanjat,  melompat dan berlari keliling umah. Yang paling best dia akan ajak kawan-kawan lain buat camtu. So mama hakim paham kalau Hakim kena marah, dah tentu la rebut umah pengasuh tu kan bila keadaan tak terkawal macam tu. Setiap petang bila mama hakim amik Hakim, pengasuh memang akan bagi report ape yang Hakim buat. Kadang-kadang tengahari pun mama hakim dah Whatsapp kat pengasuh tanye keadaan Hakim J

Jadi kenapa Hakim takmo gi umah pengasuh? Kenapa dia meraung meragam tiap-tiap pagi? Sebab Hakim memang seorang budak yang terlebih kasih sayang J Kasih sayang mama hakim ngan Incik Joni melimpah ruah untuk Hakim..! Mungkin juga, mungkin sebab masa dalam perut Hakim tak dapat kasih sayang yang sepatutnyer. Maksud mama hakim, masa mama hakim pregnant, Incik Joni takde outstation sampai kandungan cecah 7 bulan. Pastu dah mama hakim duk spital plak. So masa bila nyer baby dalam perut nak bermanja ngan babah dia kan..!

 

Hakim sangat suka, sangat ceria satu ari bila dia bangun tido nampak mama hakim bergolek kat sebelah dan Incik Joni duk tepi dia sambil tengok tibi. Nampak dia seronok sangat bila dapat luangkan masa bertiga-tigaan je. Hakim akan sentiasa amik peluang duduk di antara mama ngan babah. Seolah-olah Hakim nak keadaan tu berterusan je, mama ngan babah duk ngan dia je.

 
Tapi inilah reality kehidupan. Tuntutan kerja Incik Joni yang selalu kena outstation dan berjauhan dengan keluarga. Mama hakim pun kena keja untuk menampung keperluan hidup yang tinggi sekarang ni. Dalam hati sentiasa terfikir untuk berhenti kerja dan membuat duit dari umah. Sedang mencari peluang untuk mencari rezeki tanpa perlu keluar bekerja 8-10 jam sehari. Bukan nak bermewah, tapi cukuplah sekadar dapat menampung keperluan keluarga. Lagipun sekarang ni jangan kata rumah, kereta pun dah jadi satu keperluan.

 
Haa.. Ni kalau dibiarkan mau juling bijik mata. Tiga mukasurat pun bole tau. Mama hakim ni kalau dah mula memang susah nak stop. So sebelum cecah 2/3 mukasurat, lebih baik mama hakim berenti dulu di sini. Ops..! Tetiba teringat bulan November ni Incik Joni ke Sabah, entah macam mane la aksi cumell Hakim bila rindu babah nanti..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

KUAH KACANG DAN CUCUR KURMA..! #2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

 
Pagi-pagi letak gamba lontong kan..! Sebenar nyer mama hakim first time buat kuah kacang sendiri. Projek nak buat kuah kacang ni dari Aidilfitri ari tu sebenar nyer, terus membawa ke AidilAdha..hihi. Selama 29 tahun hidup ni, memang tak penah tau buat kuah kacang. Selama ni duk tolong kacau periuk je bila mak masak. Pastu bila dah kawen, mak mentua pun jenis yang rajin buat sendiri. Mama hakim tolong kacau je..

 
Sebenar nyer bila usia dah makin banyak ni, lagi-lagi dah jadi mama ni memang perasaan nak memasak segala benda sendiri tu membuak-buak. Ye la selalu kalau orang tanye masakan kegemaran kita, mesti kita jawab masakan mak kan..! Haa..teringin jugaklah kalau-kalau ada orang tanye Hakim nanti dia pun jawab cenggitu J tak ke bangga kembang berbunga hati mama nyer..hihi. Jadi mestilah berusaha dari sekarang supaya masakan kita menjadi kegemaran seisi keluarga.

 
Proses buat kuah kacang ni bagi orang yang dah biasa buat mungkin senang dan mudah. Tapi bagi mama hakim, setiap proses dan peringkat tak bole di ambil mudah. Bayangkan ler mama hakim dah siap-siap sediakan segala bawang, serai, gula merah, udang kering yang tengah berendam tetiba baru dapat tau blender rosak..! Aduiyai mau give up gak la time tu. Tapi dalam hidup ni, kalau mudah sangat putus asa macamane kita nak capai apa yang dihajati kan..? Jadi kena la ade plan B..!

 
Bila dah buat sendiri, step by step, stage by stage barula mama hakim tau betapa mak kita bersusah payah menyediakan semua ni semata-mata untuk kita di pagi raya. Sebelum ni mama hakim tau main request jer..huhu. Tu belum lagi rendang ayam/ daging yang confirm memerlukan masa yang panjang nak siap. Pernah tak mak mengeluh? Hmm.. Tak penah pun mama hakim dengar. Oh! Terima kasih Mak! Terima kasih Mak Mertua! Terima kasih buat semua Mak dalam dunia ni J

 
Cucur kurma tu mama hakim buat untuk breakfast ngan minum petang semalam. Incik Joni request nak breakfast yang ringan je takmo kenyang sangat. Lepas breakfast, kami gi anta kereta untuk check up dan memulakan misi mencari Taska untuk Hakim. Dari Little Qaliph ke Dzul Iman dan sampai la ke Brainy Bunch. Ade lagi Genius Aulad, Taska Al Kauthar dan jugak beberapa taska lain. Sedang mempertimbangkan lagi kemasukan Hakim ke taska. Masih tak putus berdoa agar Hakim cepat belajar berdikari. Dan masih tak putus berdoa agar apa-apa keputusan yang diambil memberi manafaat dan kebaikan buat si anak.

 
Cukup la kut membebelnyer mama hakim ni. Kalau ikutkan mau berjela sampai jadi novel lak nanti. Terima kasih kepada yang sentiasa bagi support kat blog Towmater ni J
Sayang selalu..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

KUAH KACANG DAN CUCUR KURMA..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Menu di hujung minggu.

 

 

Hari ni kesibukan teramat sebab dah bape hari tak sehat dan kerja tertangguh. Alhamdulillah dah semakin sembuh, dah ade kekuatan untuk menjalankan segala tanggungjawab.

 
Azizul Hakim..? Masih meraung di pagi hari. Hari Ahad lepas mama hakim dan Incik Joni dah pun menjalankan misi memburu beberapa buah taska di kawasan SS14/SS15, USJ9/USJ14 dan kawasan-kawasan yang mama hakim lalui masa pegi dan balik keja.

 
Insya Allah berkesempatan mama hakim cite detail J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday 18 October 2012

IT HURTS..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Tiada perkataan yang bole diungkap untuk menerangkan perasaan hati ketika ini. Bila tengok si anak menangis sayu ketika nak di hantar ke umah pengasuh, hati macam disiat-siat ke, hancur ke atau turut sama menangis dengan si anak. Jam dah pukul 8.30 pagi tapi si anak masih tak mau keluar dari kereta..
 


 

Jasad je ada kat opis sekarang ni. Jiwa dan hati tertinggal bersama si anak. Mama hakim tau dia baik-baik je, cuma terbayang apa yang sedang dia buat ketika ni. Kata pengasuh, Hakim memang budak yang baik. Tak banyak buat perangai atau mengganggu kawan-kawan lain. Hakim tak bergaduh atau menangis, sebab dia takkan berebut dengan yang lain. Lega sangat hati bila dengar pengasuh cakap macam tu.


 


"Azizul Hakim, mama ngan babah sayang awak. Mama anta awak ke umah pengasuh bukan sebab tak sayang atau tak suka.. Awak lah satu-satu nyer chenta hati mama ngan babah.
Jaga diri baik-baik ye.. Nanti petang mama balik peluk cium awak.."

 


Ya Allah, ku mohon diberikan kekuatan semangat untuk menempuh hari ini dan hari-hari seterusnya. Lindungilah anak kecilku walau di mana saja dia berada.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday 17 October 2012

BILA TAHAP KREATIVITI MENINGKAT..! # 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Ahha.. Hakim dah mula nak menulis lah..! Sejak Hakim menunjukkan kreativiti dulu, mama hakim duk memikir macamane nak mengelakkan dia menulis di tempat-tempat tak sepatut nyer.  Jadi pada suatu hari yang aman damai (drama lebihh), mama hakim ajak Incik Joni ke kedai alat tulis J Pelik gak Incik Joni, di tanye nak beli ape tapi mama hakim malas nak explain..hahahaha!

 
So ini penyelesaian yang pertama, walaupun tak berapa efektif sebab Hakim menulis melangkaui sempadan..huu. Mama hakim beli kertas mahjong banyak-banyak (5 keping je!) pastu lekat dekat dinding sekeping dulu. Bila dah penuh dengan hasil tulisan, mama hakim tampal lagi satu J
 
 


Haa.. Kretip tak mama..hihihi! Tak penah terpikir lak nak rakam gamba Hakim menulis kat sini, kalau tak, bole juga dijadikan bahan bukti..
 

 
Setelah itu mama hakim beli pulak kertas itam ni @ sugar paper. Ni nak buat tampal-tampal. Mama hakim beli sticker ABC pastu bagi Hakim main tampal-tampal, cara nyer sama, lekat dulu kertas itam tu di dinding.
 
 

 
Seronok betul jari-jari kontot tu menampal. Mama hakim suruh dia ikut susunan seperti yang asal kat sticker.
 
 

Hasil akhir, bole la kan walaupun senget benget.
 
 

 
Penyelesaian yang ketiga, Incik Joni download apps Mufradat (Arabic Vocabulary) kat ipad untuk Hakim. Ha.. Yang ni untuk tulisan jawi pulak. Beriya la Hakim mengadap nyer. Mula-mula diconteng-conteng je tapi setelah beberapa kali ajar baru dia dapat ikut titik-titik sambung membentuk huruf. 
 
 
 
Hasil sambungan titik-titik sambil tangan mama tolong pegang jari kontot J Sambil menulis, sambil belajar bahasa Arab, bagus kan..!

Alhamdulillah, sekurang-kurang nyer Hakim ada tempat yang betul untuk dia salurkan kreativiti dia tu kan..! Mama hakim berharap sangat apa yang dibuat ni membantu Hakim belajar tentang sesuatu perkara dengan betul. Budak-budak ni dia serap je apa yang dia nampak dan kita ajar, tak tahu nak beza baik dan buruk lagi. Jadi, inilah penyelesaian yang mama hakim nampak setakat ni. Hakim pun enjoy je bila dapat belajar benda-benda baru J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

WORDLESS WEDNESDAY..! #17102012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

“Babah.. kerusi ni memang sesuai untuk saya.. Kan kan..?”


 


*Lokasi : IKEA
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 16 October 2012

SETIAP TAHUN PUN..! HUU..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Setahun sekali, mama hakim mesti ada masalah ni. Geram pun ade, rimas pun ade. Tapi nak buat cane, setiap tahun mesti kena sambut punyer..huu.



Cuba tengok, melekat-lekat kan.. Mama hakim tak tau ape masalah nyer. Tengok kereta orang lain elok je pulak.



Agak nyer mama hakim yang tak pandai tanggalkan kut.. Comot..!



Memang bole nampak tahun-tahun lepas punye kesan tinggalan kat cermin tu kan..



Ok, masa untuk menggantikan dengan yang baru J



Selesai dah tugasan yang tak susah tapi leceh ni..hihi. Kesan-kesan lame tu pun tak tau cane nak ilangkan. Melekat-lekat je rupa nyer. Mama hakim lap ngan kain basah je tapi pun tak bape bersih. Cermin keta ni yang bermasalah kut..haha..!

 

p/s: Ada ke cara untuk tanggalkan roadtax lame tu dengan senang ye?

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday 15 October 2012

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Ingat tak Doa yang penah mama hakim kongsi dulu tu..? nak bagitau ini lah buku nyer. Ha.. Tengok betul-betul tau. Tajuk nyer Indahnya Hidup Bersyariat karya Ustaz Dato’ Ismail Kamus.
 
 

Kalau tak silap mama hakim harga nyer RM55.00. Sorry la gamba terkabur pulak.
 


Antara doa yang ada dalam buku ni..
 


Mama hakim harap perkongsian ni membawa manafaat pada semua, Insya Allah.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger