Pembaca Blog Setia

Wednesday 27 February 2013

WORDLESS WEDNESDAY..! #27022013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
 
 
 
 
 
 
 
Dasar anak beranak berebut aiskrim..! Hahahaha.
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday 26 February 2013

BIRTHDAY CAKE YANG COMEL..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Dari minggu lepas perasaan mama hakim tak keruan sebenar nyer. Kalau di layan mau naik syehh dibuatnyer. Biasa la orang pompuan ni kadang-kadang mood memang jatuh menjunam ke dasar bumi. Yang penting diri sendiri kena kawal. Tapi pun bukan senang tau, memerlukan jati diri yang amat kuat! Hoh!! Kan dah merapu..!!

 
Saje je nak amik masa skit update blog yang sepi sekejap kecoh sekejap ni.. Takmo tinggal lama-lama, sayanggg sangattt!!

 
Nak cite pasal sambutan hari lahir member opis last week. Tarikh lahir 18 Februari, tapi kitorang sambut lewat sehari sebab memasing bizi..huu. Alkisah seorang lagi PM resign, jadi yang kami yang kecik-kecik ni la kelam kabut sendiri..!

 
Ni la kek nyer. Comel kan..!
 
 

 

Birthday girl. Pun comel sangat..!
 
 


 


Dan kami.. Yang tinggal bape kerat je dah.
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday 25 February 2013

EH..! IT'S HER BRTHDAY..!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Entry pendek sempena hari lahir seorang sahabat maya..!



Selamat Hari Lahir yang ke 30 IntanBerlian a.k.a Ina
 
 
 
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat dari Nya..!
Semoga sentiasa sihat dan bahagia disamping suami
dan anak-anak yang comel dan bijak.
 

p/s: Kita sebaya la Ina, beza 2 bulan je..! Sorry entry pendek sangat, terbizi..huu

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Saturday 23 February 2013

BERTEMU SAUDARA MARA SHAKLEE

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Mama hakim tengah menimba mencedok dan berkongsi ilmu dengan saudara mara Shaklee ni. Kalau selama ni berhubung di FB dan whatsapp, ari ni kami bersua muka. Seronok sangat macam dah lama kenal masing-masing ;-) dah macam sebuah keluarga besar..!!

Alhamdulillah mama hakim berjaya sampai ke sini pagi tadi setelah berperang dengan perasaan sendiri.. Bukan mudah memandu dalam KL ni berduaan ngan budak aktif berumur hampir 3 tahun tu. Kami berseminar dari pagi sampai petang di UTM Jalan Semarak.

Azizul Hakim? Tengah berseronok main bersama kawan-kawan baru ;-)

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 20 February 2013

WORDLESS WEDNESDAY #20022013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



 
Gambar yang sempat dirakam pagi tadi.. Muka musyukk nak gi umah pengasuh.
 
Gonna miss u for the next 9hrs..!
 
Sampai jumpa lagi..wassalam
 
 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday 18 February 2013

DAH SETAHUN BERLALU..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Meh sini meh.. Mama hakim nak story skit ni.. Tengah monday blues ek? Hihihihi.. Itu perkara biasa..!

 
Yang sebenar-benar nyer tiada yang benar melainkan yang benar belaka, BLOG TOWMATER ni dah mencapai umur SETAHUN jagung..!! Dasar memori yang tak tahan lama cenggini ler..hahahaha..

 
 

Nak celebrate cane pun lum abis pikir lagi..huwaa!! Ni la akibat dari kebizian sepanjang bulan Januari ari tu. Langsung takleh nak selit pasal blog dah kat otak. Dah nak abis bulan Februari pun nih.

 
Berkali-kali lagi, mama hakim ucapkan TERIMA KASIH sebab menyokong blog Towmater kecik mama hakim ni. Sayang sangat semua..!! Follower pun ada 111 orang..hihihi. Sempena setahun gamak nyer..!
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Saturday 16 February 2013

CNY HAMPER..! #2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




 




8 Februari 2013 5.00 petang
Bergambar kenangan sebelum balik.
Mama hakim punya hamper No. 13 tu..
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 15 February 2013

I AM NOT PERFECT #20 - KOMUNIKASI DUA HALA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Salam Jumaat yang penuh berkat..
 

 
 
p/s : Rindu bonda..


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday 14 February 2013

JAA JAH@T FIRST GIVEAWAY

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Sementara tak busy lagi ni, sempat join Giveaway..hihihi. Saje suka-suka je. Kalau korang nak join gak pun dialu-alukan.. Syarat seperti kat bawah tu. Kenapa 'Jah@t' mama hakim pun tak pasti..hihihi

 



Syarat-syarat penyertaan:
 
 
1. buat satu entry bertajuk " Jaa Jah@t First Giveaway "
 
2. lekat banner di atas dan linkkan ke blog Jaa Jah@t...
 
3. Tinggalkan komen kat blog Jaa Jah@t
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

AZIZUL HAKIM vs SYATHIRAH HUMAIRA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Sama-sama aktif, sama-sama galak bermain bergelak ketawa petang tu. Yang sorang tu sebab duk umah tak jumpa tanah. Yang sorang lagi pulak sebab sekali sekala terlepas kandang..hahaha!


Dua-dua ni sebaya, beza beberapa hari je. Tapi Syathirah yang keluar tengok dunia dulu. Syathirah ni tiap kali jumpa mesti nanges dulu. Lambat warm up. Tapi sekali dah main, memang rapat sangat. Mulut pun petah sangat, dah banyak perkataan yang dia bole sebut. Cakap pun dah lancar senang nak paham sampai tak larat nak melayan..hihihi.


Masa ni keluarga ipar (kak ngah Incik Joni) dan mak & pak mertua datang dari kampong duk umah adik ipar kat Kelana Jaya. Masa kitorang tiga beranak datang, yang lain-lain dah ke i-City. Syathirah tinggal sebab dia tido. Bukan tinggal sorang, nenek ngan atuk pun ade..


Selamat berkerja buat yang mula berkerja ari ni. Mama hakim pun..hihi.


Sampai jumpa lagi..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 13 February 2013

SAKAN BERCUTI..!

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Mama hakim masih bercuti..hihi. Esok baru start keja. Puas jugak ler bawak Hakim berjalan dua tiga ari ni. Kebetulan mak mertua datang dari kampung pulak. Seronok Hakim main ngan sepupu dia yang sebaya tu, beza bape ari je ni.

Nanti dah mama hakim update pasal aktiviti Hakim kat Farm in the City, Seri  Kembangan. Tempat tu best sangat..!!

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 8 February 2013

CNY HAMPER..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
 
 
 
Macam tahun lepas sehari sebelum cuti Tahun Baru Cina. Hamper tu semua untuk staff.. Last year mama hakim dapat sebijik :-) Kalau tahun lepas buat kat area reception kali ni kat sales gallery.
 
 
Ada company yang half day kan ari ni. Selamat bercuti semua..! Hati-hati dan jaga diri tau. Yang nak balik kampung tu of kos be extra carefull sebab jalan mesti jammed..!
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.
Published with Blogger-droid v2.0.10

AHMAD ADAM SYUKRI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Salam hari Jumaat yang benuh barakah..

 

Al Fatihah buat adik Ahmad Adam Syukri. Menggigil sekejap bila dapat tahu yang ahli syurga ni sudah pun dijemput Allah s.w.t. petang semalam. Berderai airmata tanpa dapat ditahan-tahan. Sampaikan Hakim pun terkejut tengok mamanyer tetiba menanges.

 


Kalau mama hakim tak silap, Ahmad Adam Syukri lahir pada 6 Mac 2012. Dan dia hanya sempat menemani mama dan papa selama sebelas bulan.

 
 

Sesungguhnya hanya Allah s.w.t. sebaik-baik Perancang dan Pelaksana. Arwah Ahmad Adam Syukri pasti tenang di sana. Menunggu mama dan papa di pintu syurga.

 

p/s: memang tak mampu nak taip banyak-banyak sebab nanti mata berair lagi..huu. Gamba sumber dari Google.
 
 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

A CUP OF MILO..!!

 
Assalamualaikum warahatullahi wabarakatuh..
 
 
Hakim dah 2 tahun 7 bulan skang. Alhamdulillah sihat dan sempurna. Mama hakim dah mula ajar Hakim minum susu guna cawan dah tapi sebagai motivasi mama hakim campurkan dengan sedikit Milo.
 
Sebagai permulaan, pagi-pagi buatkan secawan. Habis diminum nyer..! Kalau weekend mama hakim bagi lagi secawan sebelah petang. Buatkan susu dalam botol cuma bila Hakim mintak sebelum dia nak tido ;-)
 
Harap-harap tak lame la Hakim duk bergantung ngan botol susu.. Gamba tu pagi tadi Hakim minum sambil tunggu mama terhegeh-hegeh bersiap nak gi keja.
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday 7 February 2013

VITAMIN PALING HOT..!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Sambil-sambil buat keja sambil-sambil makan vitamin C yang hot ni.. Cepat betul orang sambar setiap kali kuar stok. Abis sume budak opis pun mama hakim pakse makan sekali sorang sebiji..hahaha..
Korang nak jugak? Meh meh mama hakim bagi percubaan percuma. Contact mama hakim okeh ;-)
Sampai jumpa lagi..wassalam.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 6 February 2013

WORDLESS WEDNESDAY #06022013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Minggu pertama di bulan Februari 2013..
 
Masih kebizian..
 
 
 
Nak pinjam tangan sotong lah..huu..

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 5 February 2013

TAK PERASAN KEPENTINGAN NYA..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Perasan tak? Perasan tak? Betul ni bila mama hakim cakap KALSIUM ni bestfriend tulang dan gigi kita. Especially us, WOMEN J Allah jadikan kita orang pompuan ni special sangat..!! Sebab kita bole mengandung dan melahirkan anak. Jadi apa kena mengena ngan KALSIUM?

 
Of kos banyak sebab nyer.. Terutama untuk pregnant mommies sebab baby dalam kandungan menyerap banyak khasiat dan zat dari ibu nya dalam proses tumbesaran. Masa mama hakim keja bahagian Kesihatan Ibu dan Anak dulu, ramai ibu mengandung yang mengadu sakit gigi dan sakit tulang belakang. Oh ye..! Lupa nak bagitau.. Kalsium bukanlah hanya untuk tulang tau. Ia juga penting untuk membina sel darah dan penjagaan urat saraf.

 
Kebanyakan ibu mengandung yang takde alahan ngan produk tenusu, memang akan minum susu bagi menggantikan kalsium yang kurang. TETAPI kebanyakan susu pulak ade TRANSFAT yang mungkin akan jadi masalah pulak pada jantung kita. Bukan sahaja ibu mengandung, biasenyer orang pompuan yang berumur 30 tahun ke atas yang sedar akan masalah kekurangan kalsium ni pun dah mula minum susu kan.. (hihihi saya lettew). Tapi jujur mama hakim cakap, tak lalu nak minum hari-hari apetah lagi 2 kali sehari..huu.

 
 
Jadi, solusi disini dengan senang hati mama hakim nak berkongsi ngan semua tentang kebaikan Ostematrix Shaklee. Nak tahu isi kandungan nyer bole baca kat SINI.

 
 

Ostematrix Shaklee ni sangat-sangat sesuai untuk sesiapa yang tak lalu nak minum susu dan juga yang memang alergik ngan produk tenusu/laktasi. Selain ibu mengandung dan yang menyusukan anak, Ostematrix juga sesuai untuk sesiapa yang selalu mengalami sakit-sakit kaki, sakit sendi, sakit tulang belakang, rasa bisa-bisa di tapak kaki dan kebas-kebas.

 
Ostematrix Shaklee ni sesuai gak untuk golongan yang selalu mengalami keletihan dan susah bila nak bangun pagi. Paling sesuai untuk yang selalu sakit kepala  dan sakit nyer pulak berhari-hari lame nyer. Kesian kan.. Kalau sampai tak bole bangun, cane lah kita nak tunaikan tanggungjawab kita..huu.

 
Selain daripada tu, Ostematrix Shaklee membantu mereka yang sedang menjalani sesi fisioterapi, yang mempunyai masalah pecah-pecah di tumit dan tapak kaki dan lovely ladies yang mengalami masalah senggugut teruk ketika datang bulan.

 

"Dear my lovely friends, especially girlfriends yg sweet macam korang semua ni.. Penting nya kita orang pompuan ni menjaga diri supaya kita bole jaga keluarga J Kita semua ni adalah supermommy yang bole multitasking..! Hhhmm..tetiba berbangga ngan diri sendiri..hihi. Sebab tu penting untuk kita jaga diri supaya sentiasa sehat dan cantik (bila dah sehat mestila kita kelihatan cantik!) demi keluarga tersayang"

 

Jangan segan silu contact mama hakim bila-bila masa je untuk menegur atau tanya ape-ape pasal produk Shaklee.
Email : ayudzul@yahoo.com
Sms/ Whatsapp : 018 2835 816
 

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
 
 
Disclaimer : Penafian ini berkaitan blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organic dan produk Shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Maklumat di dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun di anggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.

Monday 4 February 2013

SESI ICE BREAKING BERSAMA OMEGA..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
 
Memula dengar pasal OMEGA ni, mama hakim terus teringat pesakit jantung.. Ntah kenapa ntah..! Sebab yang mama hakim tau OMEGA ni boleh membantu menurunkan paras kolesterol. Jadi bagi menambah ilmu di dada, mama hakim merajinkan diri buat reseach yang lebih mendalam.. Rajin sangat..! Ye la supaya tak salah anggap lagi. Dan supaya mama hakim sendiri lebih jelas dengan ape menda lah OMEGA ni kan..

 

Lagi satu, bila sebut pasal DHA, EPA dan ALA je mama hakim teringat kat iklan susu formula yang melambak kat tibi tu. Semua pun mesti bagitau yang susu tu mengandungi segala khasiat AAA tuh.. Jom jom sebelum mama hakim duk merepek teringat teringat lagi meh kita baca fakta sebenar pasal OMEGA, DHA, EPA dan ALA ni ye.. Meh mama hakim kongsi ape yang mama hakim dapat.

 

Omega 3 Fatty Acids

Secara asas nyer Omega 3 ni satu keperluan untuk badan kita berfungsi secara normal. Badan kita pulak tak bole menghasilkan sendiri Omega 3 ni, dah tak bole nak tukar antara ALA kepada EPA dan DHA jadi, sangat-sangat perlu lah kita dapatkan Omega dari diet seharian kita.

 

EPA dan DHA bole didapati dalam sesetengah ikan dan ALA pulak dari tumbuhan. Menurut pakar, EPA dan DHA ada banyak kelebihan manakala ALA pulak bertindak sebagai perangsang kepada EPA dan DHA dan juga sumber tenaga kepada badan.

 

Antara kebaikan OMEGA ni pulak, membantu menyingkirkan lemak dalam darah. Lemak-lemak ni la yang terbentuk kat dinding arteri dan seterus nyer menghalang perjalanan darah yang lancar. Lagi satu, EPA dan DHA ni membantu mengurangkan kesakitan pada sendi. Ada jugak research yang cakap OMEGA ni membantu mengurangkan tekanan. So sapa-sapa yang keja nyer memang stress, sesuai sangat amik supplement minyak ikan. Ataupun time lunch tu gi makan ikan-ikan yang ada OMEGA yang tinggi ~ salmon, tenggiri, sardine, tuna.

 

Yang paling best, OMEGA adalah supplement yang penting untuk pregnant mommies J Satu, sebab sebagai sumber tenaga dan tahap kesihatan mommies yang baik. Dua, membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi dalam kandungan J

 

Selain yang kat atas tu, OMEGA pun baik untuk memperbaiki fungsi paru-paru terutama untuk mereka yang ade Asthma. Dan lagi, jika kita mengamalkan OMEGA ni bole elakkan kita dari penyakit nyanyuk dan pelupa.

 

Lenkali mama hakim share pasal beza Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 plak ye.. Kang keboringan plak baca karangan panjang-panjang nih..
 
Klik SINI untuk tawaran hebat di bulan Februari okeh..!

 


 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
 
Disclaimer : Penafian ini berkaitan blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organic dan produk Shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Maklumat di dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun di anggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.
 

Friday 1 February 2013

BULI..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Tadi tergodek-godek gambo lama.. Mama hakim terserempak ngan gambo budak kena buli ngan mama dia ni..! Hahahaha..! Takde keja duk pedajal anak sendiri.. Budak yang dibuli pun sukaaaa je pulak..hihihihi..


 


Masa ni umur Hakim tujuh lapan bulan kut..hihi. Mama nyer dah tak ingat..! Korang pun mesti biasa buli anak sendiri kan.. Cepat ngaku..!!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

ISTIMEWA DI BULAN FEBRUARI..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

 

Salam hari Jumaat penghulu segala hari..

 
Kali ni mama hakim takmo promosi lambat-lambat.. Sian kat customer dan bakal customer Shaklee nanti. Untuk bulan Februari yang penuh dengan bunga-bunga cinta ni, Shaklee sekali lagi berbesar hati membuat promosi beli 6 botol percuma 1 dan kali ni supplement yang sangat-sangat diperlukan oleh semua peringkat umur. Semua pun bole dapat kebaikan, semua pun bole bertambah sihat dan cantik berseri J

 

Ok ok mama hakim kenalkan bestfriend kepada badan, jantung dan otak kita..!

 

 
Haa.. kan dah kata.. Bestfriend kan.. Omega ni memang sangat diperlukan tubuh badan kita terutama kanak-kanak ketika mereka membesar. Untuk yang dah berumur pulak sangat sesuai untuk mengelakkan serangan sakit jantung dan membantu menurunkan paras kolesterol. Tak lupa untuk sahabat-sahabat mama hakim yang nak kuruskan badan, sangat sesuai mengambil omega.

 
Meh mama hakim cite skit ape kelebihan Omegaguard Shaklee pulak.

 
1. Minyak Ikan Terbaik Di dunia

Omega Guard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa pentaenoic acid), DHA (Docosa hexaenoic acid), ALA dan lain-lain lagi...  Satu hidangan  Omega Guard  (takes 3 capsules) menyediakan 990mg asid lemak Omega-3.

 
2. Ultratulen & bergred Farmaseutikal

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghlangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
 


Kalau takmo beli 6 botol pun boleh.. Of kos sangat boleh.. Beli 1 pun bole dengan harga yang sangat teristimewa tau..! Di tambah pulak dengan cabutan untuk Voucher RM60 lagi.. Ha jangan pikir lama-lama okeh..! Sayang Selalu..!!
 
 
Sms/ Whatsapp : 018 2835 816
 
 
 
Disclaimer : Penafian ini berkaitan blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organic dan produk Shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Maklumat di dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun di anggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger