Pembaca Blog Setia

Monday 30 July 2012

10 RAMADHAN 1433..

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua..


Alhamdulillah.. Ari ni ari ke sepuluh berpuasa, masih penuh lagi.


Bulan Julai ni mama hakim dapat 2 berita gembira! Pertengahan bulan Julai ari tu sorang sahabat maya selamat bersalin baby girl yang sangat cumell macam mamanyer, Cik Pora. Dan baru-baru ni ari khamis lepas sorang lagi sahabat mase keja gomen dulu selamat bersalin baby boy yang sangat ensem macam papa nyer..hihi. Jangan mare ye mrspuex J Of kos selagi tuan punyer badan tak publish sendiri gamba baby, mama hakim takleh la nak share kan..


Isnin, 30 Julai 2012 agak lemau kat opis ni. Bukan sebab lemau tak cukop tido ke ape tapi sebab bos takde dan dia gi site tanpa sebarang arahan. So mama hakim juz update ape yang patut je. Tunggu dia balik pas lunch hour nanti, sure huru hara macam tak cukup tangan dan kaki dibuat nyer..hihi. Tapi harap nyer tak gitu lah..! Haha..


Selamat berpuasa dan selamat bekerja semua..


p/s: Kat radio dah berkumandang lagu raya??


Sampai jumpe lagi..wassalam.

Friday 27 July 2012

KUNDASANG WAR MEMORIAL..!

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua..


Sambung cite kat Sabah sikit lah..

Sehari sebelum mama hakim 2 beranak balik ke pangkal jalan USJ dari Sabah, baru lah kami betul2 dapat berjalan ke kaki Gunung Kinabalu. Turun dari situ, Marcell terus bawak kami ke Kundasang. Kami ke tempat orang2 tempatan menjual hasil tanaman diorang. Macam2 sayur segar dan buah-buahan yang ada kat sane. Bunga-bungaan, madu dan makanan kering macam kopok dan kuih tradisi.





Mama hakim juz jamu mata je sebab tang mane nyer nak beli, abis kecut dan busuk je nanti. Tapi dapat gak la menyambar buah potong yang ada, buat makan dalam perjalanan balik ke KK..hihi.




Lepas tu kami ke Kundasang War Memorial ni.





Iye.. sesi merakam gamba banyak2 telah dibuat. Hakim plak over excited gamak nyer! Berlari ke sana ke mari dalam tu. Siap ade adegan nak bukak baju sebab Hakim nampak kolam air, nak mandi kolam pulak dah!!






Kawan incik joni lak yang risau, sebab dalam tu kan kawasan makam dan peringatan Tentera dari Australia dolu2..



Tapi Alhamdulillah.. Balik tu takde ape2 yang pelik berlaku. Malam pun Hakim tido lena macam biasa. Tiada ape yang bole terjadi tanpa izin Nya, kan..


Sampai jumpe lagi..wassalam.

BERKONGSI RAHSIA.. AL FATIHAH..!

Assalamualaikum..


Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua.



Sekadar berkongsi ilmu tentang rahsia surah Al Fatihah..


1.    Untuk membuat orang kesayangan di sekeliling kita sentiasa mengingati kita, bacalah surah Al Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2.    Untuk pesakit yang mengalami gangguan jiwa atau tekanan perasaan, bacalah surah Al Fatihah 7 kali sambil mengusap kepala pesakit sekali setaip pagi dan malam setiap hari.

3.    Untuk penyakit yang sukar diubati, baca surah Al Fatihah 41 kali dan tiup ke dalam air. Minum dan mandi menggunakan air tersebut.

4.    Bila kita dalam kesakitan yang amat sangat, bacalah surah Al Fatihah 3 kali tiup ke dalam segelas air dan minum. Setelah itu, baca surah Al Fatihah sambil mengusap tempat yang sakit.

5.    Untuk bayi dan anak kecil yang menangis pada waktu malam atau bila-bila sahaja, baca surah Al Fatihah 7 kali sambil mengusap kepala bayi/anak kecil.

6.    Untuk kecederaan disebabkan luka, disengat, berdarah atau jari tersepit, bacalah surah Al Fatihah 3 atau 7 kali. Gunakan ibu jari letakkan di langit2 mulut dan gosok pada tempat yang sakit.



Insya Allah dengan izin Nya akan berhasil, dengan syarat kita percaya surah Al Fatihah adalah penawar segala penyakit. Baca dengan penuh khusyuk dan bertawakal hanya kepada Allah Subhana wa Taala. Paling penting niat adalah untuk mendatangkan kebaikan.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday 25 July 2012

SAYA BERPUASA LAH..!

Assalamualaikum..

Ari ni ari penat mama hakim.. Penat sangattt.. Nyampah sangatt.. Tapi tak bole nak elak, dah keja name nyer.. Huhh! Redha mama hakim, redha! Ikhlas mama hakim, ikhlas!!.. Bila nak siap kalau asek merungut je ni?

Aduyai.. berpeluh dalam aircond dah ni.. 4.30 dah bole balik tapi mama hakim masih di sini.. Di opis.. Melayan dokumen2 untuk submission.. Membelai surat2 consultant..


Alololo…meh sini Hakim tolong lapkan peluh mama ye..


Mujur ade chenta ati sorang nih..hihi. Tunggu mama balik amik awak ye J


Sampai jumpe lagi..wassalam.

Tuesday 24 July 2012

CUCUR PISANG.. NYUMM!!

Assalamualaikum..

Tajuk ngengada kan.. Lagi syok panggil cekodok pisang..hehe! Jam dah pukul 7 sempat lagi mama hakim menggoreng kat dapur. Pisang tu mak mertua bagi mase balik kampung sabtu lepas.

Walaupun rupa mu tidak menawan.. Tapi rasa mu tetap menjadi pujaan hatiku :-)

Sampai jumpe lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

GARDENIA.. BUKAN SEKADAR ROTI, TAU..!

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua..


Selalu nyer Gardenia ni yang mama hakim tau tagline dia “lebih sedap dimakan begitu saja” kan kan.. Roti Gardenia kan.. Tapi yang ni tagline dia “Always quenching, always refreshing”.. Nampak tak? Kan kan..


Hihihi.. macam jakun sangat mama hakim nih! Tapi memang agak jakun pun, pelik pun ade sebab mama hakim tak penah nampak pun produk ni. Sape penah nampak? Sila garu idung!! Yela nak angkat tangan pun mama hakim tak leh nampak kan..

Ini ler yang mama hakim jakunkan tu..



Tak penah try pun, ari2 lalu tengok je. Pastu incik joni yang tegur, suh amik gamba mesin nih..hihi.


Sampai jumpe lagi..wassalam.

Monday 23 July 2012

AISKRIM LAGI...!

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua..


On the way turun dari kaki Gunung Kinabalu, kami singgah berenti solat. Sementara menunggu incik joni solat, haruslah mama hakim menjaga dan memerhati si budak Hakim. Dia kemain lagi ke sana ke mari kuar masuk kedai cenderahati kat situ. Tetiba Hakim berenti bila dia nampak satu peti yang sangat menarik hati..huhu..

Apelagi kalau bukan peti aiskrim! Anak oh anak, cuaca agak sejuk kat situ tapi awak tetap rileks je makan aiskrim kan..!



Tengok je muka budak yang puas ati dapat aiskrim tuh! Tanak share okeh! Jenuh tunggu dia abiskan, kalau dibiar makan sendiri dah tentula muka dan baju pun dia bagi makan aiskrim skali..!




Sampai jumpe lagi..wassalam.

MOUNT KINABALU..!

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan yang penuh barakah buat semua..


Bila sampai ke Sabah, of coz la nak gi naik Gunung Kinabalu kan.. Tapi mama hakim ni dapat ke kaki gunung pun dah cukup gumbira..hihi. Sebab tak larat nak bawak badan tembun ni memanjat ke atas!


Alhamdulillah cuaca ari ahad tu agak memancar matahari nyer. So bole la nak mulakan ekplorasi ke Gunung Kinabalu. Kami anak beranak pegi ngan sorang kawan incik joni yang datang dari Kuching dan tentu nyer tourist guide, Marcell anak jati Sabah J Kata incik joni, memang Marcell la yang selalu jadi mangsa keadaan untuk membawa kawan2 yang datang dari Semenanjung naik ke kaki gunung tu.. Jalan agak mencabar bila sampai area kampong. Dari jauh kami dah nampak gunung tapi puncak nyer masih dilitupi awan tebal. Hakim plak bole layan mata sepanjang jalan..




Berhenti kejap di perhentian, sempat merakam sekeping dua gamba sebagai kenangan.




Dan akhir nyer setelah berhempas pulas mama hakim menahan pening naik four-wheel atas jalan yang tak rata tu, kami sampai ke tempat di mana mereka2 yang nak mulakan pendakian melapor diri J


Ntah ape la yang diborakkan Hakim ngan Marcell tuh..hihi. Tekun beno gaya nyer..




Dah puas bergambo, kami turun balik ke pangkal jalan.. Hajat nyer nak ke Kundasang. Kata nyer dah dekat, haruslah pergi! Eh..Wajiblah!


Sampai jumpe lagi..wassalam.

Thursday 19 July 2012

SABAH..! KAMI DATANG..

Assalamualaikum..

Pagi selasa yang lalu, 10 Julai 2012, kami dua beranak kuar umah kul 6 pagi naik teksi ke LCCT. Hakim yang memula nampak sangat teruja tertidur gak akhir nyer sepanjang jalan. Sampai kat LCCT mama hakim dah bole terus masuk sebab dah cek in online tapi kami duk luar jap breakfast dulu. Makan roti coklat gardenia je pun pastu susu kotak Dutchladykid untuk Hakim. Masuk je dalam kapal, si budak Hakim bertambah excited! Mama hakim umpan ngan Ipad untuk suh dia duk diam. Tapi Hakim memang sangat baik pun.

Sepanjang jalan sekejap je dia tido, pastu bangun main Ipad. Mama hakim pun lega sebab yang duk bersama kami (3 seater kan) pun perempuan. Senanglah Hakim nak berkasih sayang J


Mama hakim mencecah tanah Kota Kinabalu lebih kurang jam 10.30 pagi. Turun je dari kapal terus nampak incik joni dah sedia tunggu kat depan kapal. Iye la dia pun tengah keja mase tu..hehe. Sebelah menyebelah je kapal nyer. Hakim macam terpinga-pinga plak, babah ke tu?..hahaha! Bila dah berpelukan dua beranak tuh, stroller pun dah dapat, mama hakim bergerak ke kaunter imegresen. Rugi tak dapat rakam time tuh.. Hakim bape kali berpaling cari babah dia. Puas pujuk cakap babah tunggu kat luar! Mujur berbaris tak panjang..huhh!


Bila kuar ke balai ketibaan je muka Hakim gumbira tak ingat!! Ye la babah dia dah tunggu! Terus gerak kuar dari airport dan kami di anta ke apartment tempat tinggal incik joni sepanjang di Sabah. Mama hakim sangat lega…sangattt.. Tak bole nak terangkan! Cuma perut tak bape sedap sebab perjalanan atas kapal tak bape lancar..hiii..
Lepas berehat jap, mandikan Hakim, kami kuar makan kat Centerpoint J Pastu sambung rehat plus aktiviti tido puas2..haha..


Tengokkan aje gaye Hakim tido lena celah tiak babah dia! Huhh! Mama jeles tau..


Sampai jumpe lagi..wassalam.

THE BEGINNING..!

Assalamualaikum..

Pembuka bicara setelah lama menyepi. Bila dah lama tak keja, bersusun la atas meja. Tapi bukan itu yang jadi penghalang mama hakim berceloteh tapi sebab nak kejar bos2 yang asik kuar masuk opis. Nak kejorkan tandatangan berharga mereka itulah..huu..


Sebagai permulaan, mama hakim nak share aksi si anak yang sangat gembira sepanjang seminggu kat Kota Kinabalu. Hakim sangat baik, tak meragam dan tak buat perangai langsung. Walaupun penat ikut mama ngan babah dia berjalan, dia tetap gumbira!!
Yang penting, Hakim paling suka laut.. Macam mama hakim gak J sangat suka..








Sampai jumpe lagi..wassalam.

Tuesday 17 July 2012

BERTENANG..

Assalamualaikum..

Hakim yang teruja ngan keindahan laut.. Subhanallah.

Alhamdulillah selamat sampai umah lebih kurang kul 8.30 mlm tadi. Kesian tengok Hakim yang keletihan, rimas dan lapar. So mama hakim cepat2 uruskan dia malam tadi. Tapi kerinduan Hakim kat keta dan lori2 buat dia kembali cergas bila dah mandi dan makan. Nanti mama hakim update details sepanjang kat Sabah ye. Ari ni mama hakim lum start keja lagi, amik ruang untuk bertenang dulu pastu baru amik semangat keja..heheh.. Cenggini ler bila dah cuti lame2..

Insya Allah incik joni akan sampai umah kul 2 pagi nanti. Dan esok akan bermula rutin harian seperti biasa.. Oh Ramadhan dah nak sampai, teruja dan terharu sebab dapat bertemu lagi, Insya Allah..
Semuga Ramadhan tahun ni lebih baik dari yang sebelum nyer. Mama hakim rindu nak terawih, dah 2 tahun 'cuti'..

Sampai jumpe lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 15 July 2012

BRIGHT SUNDAY..!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnye matahari muncul setelah beberapa ari memencil diri.. Harap nyer bertahan lah hingga ke petang. Dapatlah Hakim tengok Gunung Kinabalu nanti.

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 12 July 2012

PASAR IKAN..!

Assalamualaikum..

Pagi tadi incik joni balik keja kul 10 dan kami terus ke pasar. Kira nyer pengalaman pertama si anak pegi tempat menjual ikan dan makanan laut yang segar2.. Mama hakim sendiri teruja ngan berjenis ikan yang kecik2 sampai la sebesar Hakim! Tapi si anak?

Memula melangkah masuk ke pasar, Hakim tutup idung sambil cakap 'cukk!' Tergelak kami mendengar ekspresi pertama Hakim pasal pasar tu. Pastu bila mula meronda, Hakim langsung takmo berjalan sendiri. Dia nak mama hakim yang dukung. Bila kami singgah gerai tengok ikan, dia menjerit! Takut ke geli ke tu mama hakim tak pasti..heheh. Bila mama hakim sengaja tunjuk dan dekat kan Hakim kat ikan atau udang yang besa2 tu, mesti dia menjerit! Hahaha..

Alahai la anak.. Mama teruja, awak plak takut ye.. Gamba tu sempat mama hakim rakam sebelum dia melekat berdukung. Pelik gak bila dalam keadaan camtu Hakim nak ngan mama dia je..hihi.. Walaupun Hakim menjerit, kami sempat menjala beberapa ekor ikan dan sekilo udang yang bole tahan besar nyer.. Nyumm!

Ketika mama hakim menaip, ujan sedang mencurah-curah kat luar.. Dari tengahari tadi gamak nyer.

Sampai jumpe lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 11 July 2012

WORDLESS WEDNESDAY..!

Assalamualaikum..

Aksi si anak sebelum berlepas ke Sabah semalam.. Motif bergamba camtu? Hanye Hakim je yang tau..haha!

Sampai jumpe lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 10 July 2012

SAFELY ARRIVED..!

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Mama hakim 2 beranak dah selamat menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu lebih kurang jam 10.30 pagi tadi.
Tengok je lah muka teruja si budak Hakim bila nampak babah terchenta! Syukur gak sebab Hakim baik je sepanjang perjalanan tadi. Ade la sekali dua dia cuba nak gi merayau tapi bila di pujuk2 dia duduk balik.
Mama hakim plak yang agak kurang sehat ni. Nak kate jet-lag, ngade2 benor kate incik joni! Haha... Yang penting anak gumbira, mama nyer pun ceria..hihi.
Sampai jumpe lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 9 July 2012

BOWLING BERSAMA JKKP..

Assalamualaikum..

Ari sabtu lepas mama hakim wakil kompeni (macam hebat je bunyi nyer kan..hihi) untuk satu perlawanan bowling yang dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (betul ke ekk?) Kami berempat satu pasukan. Perlawanan ni di buat kat Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid.

Sampai2 je terus dapat goody bag, ade Tshirt, air mineral, roti coklat Gardenia dan stokingJ


Ni la supporter yang diimport khas..tapi dia tengah leka ke lain plak.


Ngan team member a.k.a opismet. Terserlah kan ketembunan saye!huu..


Hakim pun nak tunjuk bakat gak..

Muka budak keterujaan.. Yang akhir nyer..


Tewas setelah puas menahan mata..


Mama hakim tak menang pun..hihi. Saje meramaikan je. Tapi ade la dapat cabutan bertuah sebijik, dapat lampu meja. Kira ok lah kan tak balik ngan tangan kosong.



Sampai jumpe lagi..wassalam.

YM..! MAAFKAN MAMA HAKIM TAU!

Assalamualaikum..

First of all minta maaf banyak2 kat YM sebab dah buat YM salah paham. Pasal beg mama hakim yang akan naik flight lain ke Sabah. Alkisah sebenar nyer…


Incik joni bekerja kat Subang Airport, salah satu kompeni pengangkutan kargo yang ada kat situ. Most of the time, he will follow company flight to go outstation especially around Malaysia. Dan disebabkan hampir setiap ari dalam seminggu pun ade kapal mengangkut kargo ke Sabah, jadi beg mama hakim akan diselitkan kat situ..huhu. Adakah ini dikira menyalahgunakan reta kompeni?? Janganler ade orang dari tempat keja incik joni yang baca plak..haruuu!


Minta maaf ye YM, dah buat YM salah paham.. Tiket ke Sabah memang mahal..huhu. Dengan harga yang sama bole gi oversea tau.

Saya budak baru bangun tido..


Maafkan kami ye buat auntie salah paham..



Sampai jumpe lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger