Pembaca Blog Setia

Friday 28 September 2012

TAK SABAR NAK TUNGGU ESOKK..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Hari Sabtu, 29 September 2012 kat masjid Al Falah USJ 9..!
Ada ape? Ada rancangan ni ha..




Mama hakim tak saba nak pegi, sebab nak jumpa Maria ElenaZarul..hihi. Melampau tak? Bukan nak pegi sebab ada banyak program-program memenuhi ilmu di dada ni..! Ishh..ishh kena betulkan niat nih.. Tapi beliau ni datang tak? Harap nyer datang lah, sebab awal bulan ari tu rancangan ni kat masjid Taman Melawati tu beliau ada J
 

Sumber : Google
 
Maria Elena ni mama hakim tak bagitau pun semua orang kenal kan..? Yang paling kanan pakai kardigan pink. Blogger pelik tapi penuh informasi tu. Paling suka tutorial berhijab yang dia buat. Sangatlah banyak kat youtube. Mama hakim takleh letak link kat sini, sebab entry ni di taip kat opis dan youtube di block okeh..!

 

Sapa-sapa yang berhampiran meh ar datang meramaikan Program Raudhah di hatiku ni. Datang pagi-pagi, bole join program Nasi Lemak Kopi O jam 8 pagi sampai 10 pagi. Jangan malu jangan segan..! Datang ye J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday 27 September 2012

JANGAN SAMPAI MAK AYAH YANG AMIK TINDAKAN..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Hari ni mama hakim nak kongsi satu cerita, nak kata lawak memang kelakar pun tapi rasa macam comel pun ada..hihi. Kalau rajin baca la ye. Saje nak kongsi sebab agak terkejut dan teruja bila mama hakim dengar dari kawan ni, tak sangka zaman teknologi serba canggih ni ada lagi yang amalkan cara macam ni.

 

Semalam, ber ‘whatsapp’ ngan seorang kenalan masa belajar dulu, lelaki, umur setahun lebih muda dari mama hakim, dipanggil N. Mama hakim kenal rapat ngan family dia, selalu gak duk nyebok melepak kat umah dia ngan kekawan kelas yang lain especially time ada group assignment. Mak ayah dia sangat mesra, sempoi dan layan kami macam anak sendiri. Lagipun adik beradik N ni sume lelaki so mak dia suka sangat bila ada geng bersembang ngan kekawan pompuan N.

 

Masa raya ari tu, umah N buat open house dan ramai ler kekawan N dari tempat keja yang datang. Mama hakim haruslah datang jugak, dah jadi anak pompuan kesayangan dah..hihi. Terkeluar dari mulut mak N, ‘kawan-kawan lelaki je ker?’. Mama hakim tak perasan la N ni dengar ke tak mak dia cakap camtu. So masa bersembang semalam mama hakim bangkitkan isu tu. Kira dah mengharap benor lah mak N tu nak tengok N kawen. Tetiba N bole jawab, bukan mengharap dah tapi terdesak sampaikan mak N dah carikan dua orang calon untuk N pilih. Mak N pilih sorang cikgu dan sorang lagi cik misi, jururawat kalau bahasa panjang nyer J bagus kan..?

 

Mama hakim yang tengah stress keja bole terbahak-bahak sampai di jeling orang sebelah..hahahaha! Marah plak N bila kena gelak! Tapi dia ni jenis tak amik ati, puas dah kena bahan ngan kekawan lain..heheh! Mama hakim tanye dia dah berkenalan ke belum, bape umur nyer dan ok ke tak, dah ready tak nak sara anak orang.. Haa panjang berjela kan mak budak yang menyebok ni bertanye.. N jawab satu je, lum tengok gamba pun! La.. ingat kan dah berkenalan. Yang paling comel sekali mak ayah N berpakat tu bersungguh nak kenalkan diorang. Ayah N siap curik bisnes kad N lagi untuk bagi kat dua orang calon pilihan tu..hihihi. Comel lah Encik M**d N**r ni!! Sebab mama hakim kenal dan selalu sembang ngan mak ayah N, so bila terbayang ayah N diam-diam amik bisnes kad tu memang tak tahan nak gelak golek-golek..!! Sambil taip ni pun sambil menyengih je tau..hihihi!

 

N cakap kalau bole biar lah dia tengok gamba dulu, bukan memilih tapi biarlah sepadan bila bersanding nanti kan.. Mama hakim paham.. Dia ni even luaran nampak brutal, tapi dalam ati ada taman..! Last-last dia suh mama hakim yang carikan calon! Eh! Mama hakim ni memang ler suka nyebok tapi takdela sampai bole jadi telangkai..! Ini urusan umah tangga orang tau..! Bukan main masak-masak macam masa kecik-kecik dulu!
Bila ditanya macamane taste dia, stylista ke hijabista? Yang rambut merah pun ok kate nyer..Haa! mahu sakit jantung mak ngan ayah dapat menantu rambut merah tau..!

 

Mama hakim cakap ngan dia, bincang bebaik ngan mak ayah. Mintak gamba dan nombor henpon dulu. Bole la sms ke berwhatsapp dulu ke, kenal-kenal hati budi. Kalau ada jodoh tak ke mana J Huuiii.. penat dah mulut tahan gelak depan pc ni..

 

Sampai jumpe lagi..wassalam.

Wednesday 26 September 2012

PERKEMBANGAN SI DIA..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Alhamdulillah Azizul Hakim akan berumur 2 tahun 3 bulan beberapa ari lagi. Sehat dan sempurna walaupun ramai cakap Hakim nampak kecik dan kurus. Tapi di sebalik badan yang kurus tu, Hakim sebenar nyer kuat makan. Kalau kat umah, dia rajin mengunyah ikut babah nyer..hihi. Kat umah mesti ade stok biskut Tiger Susu atau Captain Much Coklat. Kalau kehabisan stok, biskut jagung babah pun dia makan!

 

Hakim minum susu Friso Gold. Kalau dulu nak abiskan 6oz pun amik masa tapi skang pengasuh cakap kalau dia buat lebih sampai 8oz pun sekali hadap je dia minum. Dan bila abis pandai anta botol kosong ke dapur J Air kosong memang dari kecik Hakim kuat minum. Kira tak susah ler nak bagi dia minum. Bila dah kenyang, sendawa dia sebut ‘lahh..!’ sambil urut dada, tapi bila kentut dia sebut ‘toott..!’ sambil ketawa kuat-kuat..!

 

Hakim lambat berjalan, masa umur setahun 4 bulan ngam-ngam.. So sekarang nampak dia berlari agak terhoyong-hayang lagi…hihi! Mama hakim masih cemas kalau tengok dia berlari! Sampai kan ade perasaan nak belikan ‘knee guard’ untuk budak-budak main basikal tuh..!

 

Bila bab bercakap, dari kecik Hakim memang suka membebel dalam bahasa dia. Tapi bila dah berumur 2 tahun ni, dah banyak perkataan yang dia bole sebut. Yang paling mama hakim geram, bila suh mandi time dia nak tengok kartun bole plak dia cakap ‘abaaa.. abaa..’ *translation = sabar..sabar.. Yang mama hakim agak teruja, hakim seboleh-boleh nak sebut perkataan tu dengan betul. Bila nak susu Hakim sebut ‘maa..suu, suu’ sambil lentuk-lentuk manja pegang botol susu. Bila dah membuang Hakim tunjuk montot sambil cakap ‘maa..ghak! ghak..!’ Kalau nak cari mainan dia yang hilang, sambil buat gaye tangan dan cakap ‘ane? ane?’ dan kening terangkat..! Lagi satu kalau kejut Hakim pagi-pagi nak anta umah pengasuh dia akan cakap ‘nanak! nanak..!’ sambil peluk bantal ketat-ketat..!

 

Oh.. Hakim masih lagi direct breastfeed walaupun tak sekerap dulu. Dan rezeki untuk Hakim masih ada. Bila Hakim nak, dia akan pegang mama hakim sambil cakap ‘maa, nek..nek’. Agak nyer itu bahasa yang budak-budak sebaya Hakim gunakan bila nak menyusu badan..hihi!

 

Agak nyer disebabkan dari kecik Hakim selalu berkepit ngan mama hakim, even time solat pun terpaksa baringkan dia kat sebelah, Hakim dah hafal pergerakan dalam solat. Kadang-kadang bila Incik Joni solat, dia akan berdiri di sebelah dan buat pergerakan angkat takbir, rukuk, sujud, duduk tahiyat awal dan akhir pastu bagi salam kiri dan kanan. Pastu dia buat gaya baca doa, baca bismillah dan amin, usap muka. Tapi tak bole tahan bila tengok mulut dia terkumat kamit seolah-olah membaca surah dan doa..hihihi!

 

Hhmm.. ade lagi tak yang belum direkodkan? Cukup kot setakat ni. Nanti ade perkembangan terbaru mama hakim akan catat satu persatu supaya tak lupa. Semua ni akan jadi kenangan seumur idup J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

HAKIM NAK ADIK DAH KE..?!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Bersyahdu-syahdu dengar radio di pagi yang sejuk ni, hujan rahmat membasahi bumi.. Mujur lah masa mama hakim kuar gi keja tadi tak lebat, takdelah susah nak bawak Hakim ke umah pengasuh. Tapi, bila entry ni dipublish nanti dah tak pagi dah..hihi.

 
Ahad lepas mama hakim 3 beranak gi melawat kawan yang baru bersalin, tak baru sangatlah sebab baby dah 3 bulan J Saja nak lihat reaksi Hakim sebenar nyer sebab dulu dia macam sangat anti ngan baby apetah lagi kalau mama hakim yang pegang baby tu. Agak cemburu buta gak lah..hihi! Tapi rupa-rupa nyer sangkaan mama hakim jauh benor meleset bila Hakim nampak macam sangat baik dengan baby. Siap panggil-panggil lagi, geram dengar mulut kecik tu sebut ‘ba..by.., maa baby, baby’ sambil goyang-goyang tangan mama hakim dan tunjuk kat baby.


 
Masa ni baby dah terlelap, mak pak memasing lak masih sibuk menyembang.
 
 
 
Zahirah nama nyer, cumel sangat muka sebijik macam abang nyer masa baby, Zakuan.
 
 
 


Bila baby macam terkejut, terjaga, Hakim la yang paling sibuk nak tepukkan
sambil buat bunyi ‘sshh..’ berkali-kali..


 
Mama hakim suh Hakim beraksi baring ngan baby Zahirah tapi Hakim takmo,
 dia takut baby terjaga gamak nyer J

 
 
Lagi aksi Hakim ngan baby J
 
 



 

Mama hakim tak sangaka Hakim akan selembut tu ngan baby, bila suh cium pelan-pelan je dia letak pipi kat baby.. Eh! Dia plak suh baby cium dia..hihi! Pastu siap sebut 'yayang..'

Aiyoo..baru perasan takde langsung gambo mak, ayah dan abang baby Zahirah ni. Tu la mama hakim ni ‘obsessed’ ngan anak sendiri gamak nyer..!

 

Sampai jumpe lagi..wassalam.

WORDLESS WEDNESDAY..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..





Aksi favorite Hakim skang ni.. Aksi patah tengkuk..!
Ke sengaja tayang lesung batu kat pipi tu?

 

Sampai jumpe lagi..wassalam.

Monday 24 September 2012

PELIK..!

Assalamualaikum..

Mungkin tak pelik bagi orang lain tapi sejak jadi mama ni, perasaan sayang dan rindu pada anak sangat lah melimpah ruah..

Terus terang, mama hakim tak sampai hati nak tinggalkan Hakim walaupun sekejap. Kecuali atas sebab mencari rezeki, yang lain tu seboleh nyer mama hakim takkan jadikan alasan untuk berjauhan dengan Hakim. Apetah lagi nak anta Hakim duk jauh-jauh lama-lama. Sebab tu mama hakim pelik bila ada mak ayah yang sanggup buat camtu. Pikir positif, mungkin diorang terpaksa berjauhan, mungkin kesempitan hidup so terpaksa mintak mak ayah/ saudara mara diorang tolong jaga anak. Tapi...

Demi anak yang mama hakim bawak dalam perut selama 9 bulan, mama hakim sanggup buat apa saja. Amanah Allah yang satu ni, seboleh nyer mama hakim dan Incik Joni sedaya upaya membesarkan dan mengajar dia sendiri berpandukan Al Quran dan Sunnah. Mungkin ada yang cakap, ye la kami ni anak sorang. Hakim lah satu-satu nyer.. Nak dapat pun kena tunggu 5 tahun. Jadi, mak ayah yang sangat bertuah di luar sana, yang tak payah tunggu 5 tahun, bukan kah korang semua lagi sangat bertuah sebab lebih ramai yang akan mengaji dan mendoakan korang nanti..?

Anak adalah anugerah, nikmat dan amanah dari Allah subhana wataala. Setiap satu nyer mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Hargai mereka semasa mereka kecil maka mereka akan menghargai kita nanti.

Bak kata Saidina Ali r.a.,
"bermainlah dengan anak ketika 7 tahun pertama, didik mereka pada 7 tahun kedua, dan jadilah kawan mereka ketika 7 tahun berikutnya."

Maafkan mama hakim sebab membebel panjang lebar ni..

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday 20 September 2012

SUPERVISOR IN ACTION..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Entry rindu-rinduan lagi.. J

Rindu pada si anak terchenta.. Mama hakim tak pasti orang lain, normal atau tak.. Tapi ada waktu-waktu nyer mama hakim rindu sangat ngan Hakim. Walau sibuk cane pun mesti teringat-ingat ape la yang si anak tengah buat kat umah pengasuh J Selalu nyer memang rindu, hari-hari pun tapi kadang-kadang rindu sangat-sangat..hihihi.

 
Gamba-gamba ni mama hakim rakam sebelum raya. Gila lama kan.. Sekadar mengisi masa menunggu kat situ je tapi bila rindu, mama hakim selongkar-selongkar dan teringat aksi Hakim di sebalik gamba ni.. Waktu ni ari jumaat selepas kerja, dua hari sebelum raya. Last minute anta servis encik KAV tu. Masa ni dah beli siap-siap juadah untuk berbuka. Sementara menunggu mama hakim rakam aksi Hakim atas motor J

 

Aksi bawak motor babah

 

Ni name nyer muka terlebey kasih sayang..!

 

Babah tolong adjust ape tu?

 

Ohh.. Tak puasa budak tecik ni!

 

Pastu turun tengok keta dah siap tak..

 

Supervisor memantau! Buat keja baik-baik okeh..!

 

Ada-ada je aksi si anak ni yang bole buat mama ngan babah tersenyum-senyum bila teringat kat dia. Balik nanti nak gomol-gomol awak lah!! Hihihi..

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday 19 September 2012

WORDLESS WEDNESDAY..!

Assalamualaikum..

RM 9.90 each? For this kid? Hihihi..

Ada sapa mau?

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday 18 September 2012

NUDETUDE REVIEWS!!!!! N MY GIVEAWAYS…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Tetiba muncul dengan entry Giveaway pulak mama hakim ni. Bukan rajin sangat bermake up tapi tangan gatal gak nak try.


Gamba : Encik Google

Nak join tak? Nak dapat eye palette free tak? Klik je kat blog Desperate Mama ni.

Tarikh tutup 30 September 2012 tau!
 
 
 
Sampai jumpe lagi..wassalam.

 

Sunday 16 September 2012

LIL SIS ENGAGEMENT..!



Assalamualaikum..
Kenduri doa selamat, majlis pertunangan dan open house di penghujung Syawal.. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.. Walaupun penat tapi berbaloi-baloi tengok semua pun enjoy!
Esok cuti, masa untuk berehat dan menghabiskan masa dengan keluarga tersayang..! Selamat Hari Malaysia!
Sampai jumpe lagi..wassalam.
Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday 13 September 2012

DOA MENGUBATI DIRI SENDIRI..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Kebetulan Yayansmum ade sebut pasal Doa Mengubati Diri Sendiri yang mama hakim mms kat dia beberapa ari yang lepas. So mama hakim rasa tak salah kalau mama hakim kongsi sekali ngan kawan-kawan yang lain kan.. J

 

Actually doa ni Incik Joni snap dari sebuah buku, mama hakim memang ilang ingatan nama buku tu apetah lagi penulis nyer. Buku ni kepunyaan mak mertua kat kampong. Banyak lagi doa-doa harian yang bole dijadikan amalan dalam buku tu. Insya Allah minggu depan kami balik kampong, mama hakim akan cari buku tu. Bole share tajuk dan penulis nyer.

 
Sama-samalah kita mendapat manafaat dari doa ni ye. Kalau untuk ubatkan anak-anak kita, letak tangan kanan di tempat yang sakit dan berdoalah dengan sepenuh hati yang ikhlas. Insya Allah.. Allah Maha Mendengar J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday 12 September 2012

ITS TIME TO LET GO.. AND MOVE ON..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
 
Tak abis lagi cite kemas baju Hakim rupa nyer.. Alahai mama hakim nih…!

Masa duk berkemas tu, mama hakim rakam beberapa baju baby yang menjadi kesukaan hati. Banyak lagi sebenar nyer tapi ade la beberapa helai yang betul-betul mama hakim sayang bila nak disimpan dalam kotak. Suka sangat bila Hakim pakai baju tu. Tapi Hakim dah besa, kena la terima kenyataan untuk melepaskan dan teruskan hidup. Mama hakim ni suka merepek kan.. baju je pun. Nak buat cane,  tahap EQ tinggi sangat..hihi!

 
 

 

 
 
 
Baju Tigger dan Polkadot!
 
 

Next..


 


Dua helai ni beli kat Hongkong (pun nak bgtau!cheh!)



 Next..


Baju monkey kat montot!


 Dan lagi..

 
 

 
Semua baju-baju ni ade sentimental value yang tersendiri. Ada kisah disebalik nyer sebab tu lah macam ade sedikit perasaan sedey dan sebak… Uiishh tergedik lebey plak!
Sebelum mama hakim merepek dengan lebih lanjut, lebih baik entry ni habis kat sini je J



Sampai jumpe lagi..wassalam.

CLEANING UP HIS LIL CLOSET..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Beberapa hari yang lepas, mama hakim selesaikan satu projek yang dah agak lame terbengkalai gara-gara tak cukup masa nak hadap. Tak berkesampatan nak jengok tapi mungkin juga sebab ada perasaan taknak ‘let go’.. Takde lah closet sangat untuk budak kecik ni tapi drawer plastic yang bersusun segala baju Hakim. So bila dah ada ruang waktu untuk membelai-belai baju baby Hakim, mama hakim duk mengadap sampai kena tegur ngan Incik Joni..huhu. “La, ingatkan buat ape tadi, duk senyap je. Kemas baju kecik-kecik camtu pun amik masa ke?”
 
 
 
Drawer baju si budak Azizul Hakim.
 
 
Sebahagian baju baby yang akan diperam dalam kotak.
 
 
Sudah diterjunkan ke dalam kotak.

 
Baju-baju ni mama hakim akan simpan je. Takde niat pulak nak bagi sape-sape, simpan buat kenangan je. Its time to move on. Hakim dah besar. Dah lebih 2 tahun pun. Dah pandai nak merajuk, nak amik hati mama ngan babah dia. Mama hakim bersyukur sangat-sangat diberi peluang merasa nikmat yang satu ni J

 

Sampai jumpe lagi..wassalam.

Monday 10 September 2012

7 TAHUN DAH RUPA NYER...!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Just a quick update..hihi. As I am quite busy today..
 

 
 
Alhamdulillah.. Dah tujuh tahun rupa nyer. Syukur Ya Allah.
Hari ini, 7 tahun yang lepas, jam 2 petang, mama hakim selamat dinikahkan dengan Incik Joni di Masjid Al Falah USJ 9.
Tadi call, wish kat Incik Joni, nak potong-potong kek kate nyer..hehehe!
 
Nah letak gamba sekeping, buat kenangan. Badan masih slim gitu..
 
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday 6 September 2012

MORNING TANTRUMS..!!

Assalamualaikum..

Jam dah 8.15 pagi. Tapi si anak masih tak mau keluar umah.. Macam mane mama nak gi keja? Bila di paksa meraunglah si anak..!

Alahai Azizul Hakim, awak jangan lah dera mama macam ni. Awak meragam, mama pun tak aman kat opis. Balik nanti kita sembang ye, awak bole cite ngan mama ape masalah awak taknak gi umah pengasuh..

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday 5 September 2012

ONLINE SHOPPING..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Cuba kabarkan kat mama hakim ni, perempuan mana yang tak suka shopping? Perempuan mana yang tak suka Sale? Diskaun sana sini? 50% 70%..! Takde kan? Kan? Kalau ade pun bole dibilang dengan sebelah tangan mama hakim ni je. Perempuan dan naluri membeli sangatlah akrab dan rapat. Naluri je tau, bukan nafsu!

 

Ahahaha.. Ni nama nyer entry menyokong tindakan diri sendiri yang tersangatlah suka shopping. Tapi sejak lahir nyer Azizul Hakim ni peluang untuk pergi membeli dan belah sangatlah terhad kepada hari-hari tertentu saje. Kesukaran mengawal anak kecil berusia 2 tahun ke bawah sambil mata dan hati nak membelek dan membelai baju atau kasut satu persatu memang lah tak dapat dilaksanakan dengan lancar nyer!

 

Maka apabila tercipta nyer perkataan Online Shopping ni, laju-laju je jari kontot mama hakim menekan dan meng’klik’ segala jenis web dan page kat Facebook. Cuma masih lagi tak sehebat shopping sendiri sebab tak dapat nak belai-belai dulu barang yang nak dibeli. Tapi pastikan akaun kat cimbclicks ke maybank2u ke penuh dan berisi J

 

Yang terbaru, semalam mama hakim baru je dapat bungkusan dari Kidz Apparels. Shopping untuk baju Hakim amatlah mudah dengan Facebook..hihi. Macam-macam page ade tau. Banyak gak baju Hakim yang dibeli online, cantik dan selesa. Tipu la kalau cakap mama hakim tak penah ‘terkena’ kan, macam material tak sesuai (tebal), saiz gedabak, cutting baju tak cantik. Ade la sekali dua. Tapi yang lain sume ok.


 

Kidz Apparel ni baju dia cantik-cantik tau! Packaging pun nampak menarik.
Kain nyer lembut dan serap peluh.




Mama hakim beli baju tido, so mestila yang selesa dan tak panas.
Hakim pun dah tak saba nak pakai semalam.
 

 

Sekarang ni diorang tengah celebrate First Year Anniversary so memang ade diskaun dan free gift. Mama hakim pun dapat satu charm bracelet yang sweet ni J


 


Kalau nak tau lebih lanjut, jengoklah FB page Kidz Apparels sendiri. Kalau tak dapat klik link ni search je kat Facebook okeh!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

WORDLESS WEDNESDAY..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
 
Bila pulang ke kampong, intai-intai ler belakang umah..



Berpenat lelah si budak Hakim mengait, akhir nyer..
 
 
x
 
x
 
x
 
x
 
x
 
x
 
x
 
 
 
 
Dapatlah hasil yang lumayan ni..hihi.


Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger