Pembaca Blog Setia

Thursday 31 July 2014

Promosi Paling Berbaloi Di Bulan Julai 2014 - Vivix Shaklee

Entry ni bakal melekat lekit kat atas sehingga hujung bulan Julai 2014 ye.
Scroll ke bawah untuk entry terbaru. Tq!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Bulan Julai 2014, Shaklee bagi promosi terbaik punya..! VIVIX tau uolls.. Ataupun gelaran lain sebagai Tonik Ajaib, Sirap Ajaib dan jugak Tonik Awet Muda gitu.. Kenapa dapat gelaran cemtu? Sebab VIVIX ni terlampau kaya (amboi ayat!) dengan antioksidan. Ianya diperbuat dari Anggur Muscadine (paling mahal tau), lobak ungu (purple carrot), Elderberry dan Polyganum Cuspidatum.


PROMOSI VIVIX


Vivix Shaklee ni merupakan supplemen anti-penuaan terbaik selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Dalam kajian makmal, ramuan yang ada dalam Vivix ni menunjukkan ia memberi kesan positif yang maksimum pada 4 mekasnisme utama pada tahap sellular :
  • -      Melindungi dan memperbaiki sel DNA
  • -      Mengawal genetik dan membantu melambatkan penuaan sel
  • -      Menggalakkan pembentukan baru (biogenesis) mitochondria
  • -      Melambatkan pembentukan AGE (Advanced Glycation End Products) yang akan menyebabkan kerosakan sel 

Selain daripada yang di atas tu, Vivix Shaklee juga membantu memelihara kesihatan jantung, otak, system imun, perlindungan antioksidan dan memberikan tenaga kepada sel (sebab tu la pengamal Vivix ni sentiasa kelihatan sihat bertenaga)


PROMOSI VIVIX


Jadi, sempena PROMOSI BULAN JULAI 2014, BELI 6 DAPAT 7 BOTOL VIVIX ni, mama hakim menyeru korang semua mengambil kesempatan membeli dan merasai kebaikan Vivix. Segala pertanyaan dan KONSULTASI PERCUMA bole hubungi no henpon kat bawah tu ye. Anytime je!

TESTIMONI VIVIX DI SINI!

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday 11 July 2014

Perkara Yang Kita Kata Kita TAKKAN LAKUKAN BILA DAH ADA ANAK, Tapi Sebaliknya..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Secara jujurnya kan kita yang dah jadi mak mak ni mesti ada sebut beberapa perkara yang kita TAK MAHU LAKUKAN atau TAK MAHU TERJADI pada anak  kita SEBELUM kita ada anak. Topik ni mama hakim dapat dari blog Humbledhomemaker.com tau. Bila baca perbincangan mak mak pasal benda ni memang terasa hati sangat..haha. Sebab bila dah ada anak, kita pulak buat dan alami perkara yang kita taknak sebelum tu.

Yang PERTAMA, dalam otak dah siap-siap set kan nak diaper free si anak bila berumur 2 tahun. Dah takmo fikir pasal duit beli pampers lagi kan. TETAPI, Azizul Hakim dah berumur 4 tahun dan masih nak memakai pampers..haha. Bukan dia tak paham dan bukan mama tak ajar tapi alasan dia ‘takmo pegi toilet’. Adeh!

Yang KEDUA, sekali lagi dah set kan yang bila si anak berumur setahun nanti akan diasingkan tidur. Ye la bawah setahun kan masih kecil dan menyusu sepenuhnya. Konon-konon lah..hihi. Macam la si anak tu robot yang boleh diprogramkan ikut kehenadak hati mak ayah kan..

Yang KETIGA, akan pastikan si anak MAKAN HANYA DI MEJA MAKAN. Bukan kat tempat dia bermain, bukan atas katil atau dalam kereta. Tapi sekarang ni tiap kali mama hakim kemas mainan anak, wajib bawak kain lembab (ke lembap?) sekali untuk lap kesan coklat, biskut atau air yang melekit-lekit. Dalam kereta? Penuh dengan habuk biskut ataupun plastik makanan dan minuman. Adeh lagi sekali!




Yang KEEMPAT, bila tengok anak orang lain yang berlari berguling main kat shopping mall terus pegang perut (masa tu tengah pregnant) siap pesan kat baby dalam tu jangan ikut perangai abang akak tu ye. TAPI, bila mama hakim berduaan shopping ngan Azizul Hakim, dia siap bukak kasut kat luar kedai, main celah-celah baju atau teraburkan susunan kasut. Hahahha..yang ni memang kena ketawa kuat sikit (ketawakan diri sendiri)

Actually list mama hakim memang panjang sangat tau! Nak bagi anak duduk dalam car seat sepanjang masa memandu, nak bagi anak makanan yang sihat aje, takmo marah-marah sambil tinggikan suara kat anak, takmo membebel and the list go on and on..hihi.

Mama hakim pasti banyak lagi yang mak mak lain pernah fikirkan untuk anak masing-masing dan semuanya pasti nak yang terbaik. Tapi kita bukan lah seorang yang sempurna kan. Baik pada mata kita tak semesti baik pada pandangan orang lain. Dan anak-anak tak dilahirkan bersama dengan manual atau guide book. Setiap seorang adalah unik dan lain. Dan setiap seorang ‘mengajar’ kita sesuatu yang baru setiap hari.

Ada tak mommies yang nak share perkara yang kita kata kita takkan lakukan bila dah jadi mak tapi akhirnya kita buat jugak?



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Testimoni Pengguna Vivix Shaklee Yang Awesome

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Seperti yang mama hakim janjikan, nak kongsi testimoni Vivix Shaklee yang awesome tu. Ini sebahagian aje tau. Ramai yang dah merasainya KEBAIKANnya sendiri. Memang hadiah terbaik buat mak ayah tersayang sebab mudah untuk diambil.

Testimoni #1

VIVIX SHAKLEE


Testimoni #2

VIVIX SHAKLEE


Testimoni #3

VIVIX SHAKLEE


Nak jadi sebahagian dari mereka? Hubungi mama hakim untuk KONSULTASI SEPENUHNYA.

NAK BELI SEKARANG? KLIK SAJA DI SINI.


iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Kebaikan Vivix Shaklee Yang Wajib Dikongsi Bersama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Promosi Vivix bulan ni sangat meletops uolls..! Semua orang nak ambil kesempatan merasa KEBAIKAN Vivix sementara tengah promosi ni sebab untung berganda-ganda! Mama hakim nak kongsi sikit tentang ramuan utama dalam Vivix ni selain purple carrot, iaitu anggur Muscadine. Sebab tu la warna Vivix ni macam Ribena yang pekat, kan.


REVESRATROL


Kalau korang tengok gambar anggur paling mahal ni, saiz dia pun lebih besar dari anggur biasa. Anggur ni mengandungi fiber yang tinggi, selain mengelakkan sembelit juga membantu menurunkan berat badan sebab ia rendah kalori. Selain daripada itu, kadar antioksidan yang lebih tinggi membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.


ANGGUR MUSCADINE


Anggur Muscadine juga mengandungi 6 kali ganda Resveratrol dari anggur biasa. Resveratrol membantu mengurangkan inflamasi,menghalang proses oksidasi kolesterol LDL (yang boleh menyebabkan pembentukan blood clots). Ia juga membantu melindngi sel saraf daripada kerosakan dan pembentukan plak yang boleh menyebabkan penyakit Alzheimer. Resveratrol dikatakan membantu menstabilkan paras insulin dan menurunkan glukosa secara konsisten dalam darah. (sumber : webMD.com)


REVESRATROL


Selain itu, anggur Muscadine juga mengandungi Ellagic Acid. Ellagic Acid ni dikatakan bertindak sebagai anti oksidan dan anti kanser. Dalam penyelidikan yang dibuat, Ellagic Acid dikatakan membantu hati menyingkirkan sumber-sumber penyebab kanser dari dalam darah. (sumber : cancer.org)

Sekarang mama hakim dah tau kenapa Vivix ni digelar Tonik Awet Muda..hihihi. Sebab kadar antioksidan yang tinggi dalam Vivix ni la. Vivix ni bertindak terus memberi tenaga kepada sel-sel dalam badan. Patutla mama hakim tengok mereka yang mengamalkan Vivix kelihatan lebih bertenaga, bersemangat dan MUDA of coz. Nanti mama hakim kongsikan pulak testimoni daripada pengamal Vivix yang dah pun merasai kebaikannya.

Dengan hanya satu sudu sehari, ianya sangat mudah diambil tanpa perlu menelan banyak-banyak jenis pil terutama jika dihadiahkan kepada mak dan ayah kan. Nak KONSULTASI SEPENUHNYA SECARA PERCUMA? Hubungi mama hakim ye. Anytime.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday 10 July 2014

Benarkah Supplemen Shaklee Tak Boleh Diambil Ketika Period?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Memang ramai yang bertanya pasal ni, sebab nya mama hakim pun tak tahu. Mungkin juga ada sesetengah jamu atau ubat tradisional memang tak boleh diambil ketika sedang period. Tapi mama hakim bukan nak cerita pasal jamu atau ubat tradisional yang lain, mama hakim cuma nak tekankan kat sini yang semua supplemen Shaklee BOLEH diambil setiap masa malah ketika period sekali pun.

Sebenarnya, pengambilan nutrisi yang betul ADALAH SANGAT PENTING masa period tau. Sebab ketika ini kebanyakan dari kita kehilangan darah dan mengalami ketidakstabilan hormon. Pasal tu la kadang-kadang kita akan jadi agak pemarah dan cepat letih, sebab hormon yang tak seimbang.

Sebagai contoh, semasa period mama hakim akan wajibkan diri ambil B Complex, Vitalea, Vitamin C, GLA Complex dan Ostematrix. Memang ini vitamin wajib mama hakim pun terutama Vitamin C, memang wajib makan hari-hari. Nampak macam banyak kan, tapi memang ini lah keperluannya. Kalau tak mama hakim akan mengalami kekejangan terutama kat perut, pening dan mual, sakit kepala dan sakit pinggang.

Bila dah sakit macam tu, macam mana kita nak tunaikan segala tanggungjawab dengan baik, kan. Mama hakim ni sejak jadi mak memang tak mampu nak jatuh sakit layan moody lama-lama tau.. Sayang je terbazir masa berharga dengan si anak. Jadi sebab tu lah kena ikhtiar cari penyelesaian supaya badan sentiasa sihat dan bertenaga.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Saat Kepala Dah Rebah Ke Bantal..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Korang semua biasa tak berangan sebelum tido? Atau baring sambil bayangkan list-to-do untuk hari esoknya. Takpun bila letak kepala atas bantal je tak sempat nak berangan atau fikir apa-apa dah terus terlelap? Yang last tu konpem sebab penat sangat tu kan..hihi. Tapi kadang-kadang tak jugak bole terus terlena, biasanya bila badan terlalu letih la kita rasa macam susah nak lelap. Lagi macam-macam yang bermain dalam otak ni ha..

Mama hakim paling geram kalau dah standby golek-golek ngan si chentahati, siap baca doa semua tapi otak masih nak bekerja. Masa tu la idea duk datang mencurah-curah, ilham datang berderet-deret. Sampaikan ade perasaan nak bangun terus buat kerja semula. Ishh ishh.. Sebab tu la henpon kena sentiasa ada di sisi. Terus masukkan semua dalam notes, so esoknya takde la terkebil-kebil memikirkan balik apa yang nak dibuat..hihihi.

Mama hakim suka guna Color Note ni. Selain bole tagging ikut warna dan priority, boleh buat checklist, reminder dan macam-macam lagi lah. Dah jadi macam organizer mama hakim dah tau. Gamba kat bawah ni dari google je. Lebih kurang macam ni la contohnya..




Yang penting, boleh sync melalui gmail so kalau tukar henpon takde la gigih kena salin balik satu persatu. Sync je nanti semua notes akan ade balik kat henpon baru. Korang suka guna apps apa? Cuba share kalau ada yang lagi best..!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Saturday 5 July 2014

Inilah Kesannya Bila Kita Konsisten Dengan Sesuatu.. Macam Shaklee!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Ini adalah entry kesinambungan dari SINI. Kesan sampingan super hebat nih. Kalau korag nak tahu, sebenarnya Incik Joni lebih cerah dari mama hakim tau. Dari mula-mula kenal dulu tengok kulit dia alahaiii.. malu jemah yang comot-comot dengan jerawat dan parut.

Tapi..tapi..tapi.. Korang tengoklah sendiri hasil konsisten dengan SustainedReleased Vita C, Vita E Complex, ESP dan yang terbaru lepas mendetoks dengan Herblax.


VITAMIN C SHAKLEE


Ini gambar terbaru, 2 minggu lepas masa anta Incik Joni ke KLIA. Masa lepas post gamba ni ke Instagram takde la perhati sangat. Tapi bila ada yang tegur, eh eh! Macam berbunga-bunga plak hati ni. Mama hakim memang bukan jenis yang pakai make up tau. Bedak pun ala kadar je janji tak nampak muka berminyak. Dan gambar ni tak edit atau guna camera360 tau (sebab tak tau guna..huhu)

Tak kenal maka tak cinta. Tak amal maka tak rasa.

Korang takkan nak tengok je kot? Rugi tau tak cuba, yang rugi bila hanya dengar cerita orang je!..hihi

Nakkan KONSULTASI SEPENUHNYA SECARA PERCUMA? Hubungi mama hakim ye.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday 4 July 2014

5 Sebab Anda Wajib Berdaftar Sebagai Pengedar Shaklee Dengan Team Magnifique

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Semenjak fenomena Shaklee melanda negara ni, ramai benor dah SID (Shaklee Independent Distributor) atau pengedar Shaklee bagai cendawan tumbuh lepas ujan kan. Ramai sungguh! Tahniah mama hakim ucapkan sebab dah berjaya mendaftar walau dengan siapa pun. Tapi apa yang mama hakim nak bagitau ni, selain dapat kelebihan dari Shaklee sesiapa yang mendaftar dengan Team Magnifique mama hakim ni wajiblah mendapat lebih dari sekadar ID je.


PENGEDAR SHAKLEE


Sebab yang PERTAMA, SID dalam team Magnifique akan diberi tunjuk ajar dari hal yang paling asas sampaila dapat membina satu empayar yang kukuh! Selain cara pengiraan point uv dan bonus tunai, bonus kereta, pelancongan 5/6 bintang dengan Shaklee, dan KHAS untuk bulan JULAI ini saja ada DUIT RAYA TAMBAHAN dari Shaklee tau! Kami ada FB group dan juga Whatsapp group untuk memudahkan perantaraan info dengan cepat dan tepat.

Sebab yang KEDUA, team kami ade support group dari nenek moyang jelita yang tak pernah kedekut turunkan segala ilmu. Mama hakim pernah cerita pasal program JOM HEBAT kan.. kat tempat lain ade? Malah ada program-program santai seperti Family Day dan sesi coaching one to one.

Sebab yang KETIGA, selain belajar pasal produk semata kami juga ada kelas-kelas asas blogging dan FB Ads. Nak berjaya kena la ada usaha menambah ilmu kan. Tak seperti MLM lain, kelas-kelas ni korang bole join TANPA PERLU MENINGGALKAN RUMAH DAN ANAK PUN. Sambil-sambil lipat kain dan susukan anak pun bole dapat ilmu tau secara online dan webinar.

Sebab yang KEEMPAT, matlamat UTAMA team kami adalah membantu orang lain menambah baik nilai kehidupan. Bukan sekadar dapat bonus gemoks di setiap tengah bulan tapi juga dapat membayar zakat dan bersedekah dengan lebih tanpa rasa ragu-ragu.

Dan sebab yang KELIMA, sebab kami mempunyai mentor yang hebat-hebat. Yang sentiasa memberikan motivasi dan kata-kata semangat. Saling membantu dan menyokong ahli-ahli dalam team. Malah kami ade web portal sendiri (ireach.com.my) untuk dijadikan panduan penuh dalam berShaklee.


PENGEDAR SHAKLEE


Masih tertanya-tanya nak join di bawah empayar yang mana satu?
Masih terfikir-fikir nak mendaftar dengan group yang mana satu?
Hubungi saya untuk PERTANYAAN LANJUT tentang kelebihan untuk berada bersama Team Magnifique.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Halang Penyerapan Kolesterol Di Pagi Raya Dengan Phytocol ST

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Masa Shaklee National Conference bulan lepas, macam biasa mesti ade pelancaran produk baru di Malaysia. Tapi kali ni mama hakim rasa terlebih teruja sebab poduk ni best sangat-sangat. Nama produk baru tu adalah Phytocol ST atau lebih senang nak kenal sebagai Cholesterol Blocker. Kenapa mama hakim kata produk ni best? Apa kelebihan Phytocol ni? Apa fungsi dia? Haa..meh meh teruskan pembacaan ye.

Apakah Phytocol ST?
Phytocol ST ni adalah hasil ramuan fitosterols yang diperbuat daripada 100% tumbuh-tumbuhan. Ianya mengandungi 2000mg phytosterol tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh membantu menurunkan paras kolesterol LDL dalam lebih dari 80 kajian. Phytocol ni takde sebarang bahan pengawet, pewarna dan rasa tau!




Bagaimana Phytocol ST ni berfungsi?
Struktur fitosterols ni agak sama dengan kolesterol, maka ia akan bersaing dengan kolesterol ketika penyerapan di dalam usus. Makanya, lebih banyak sterols ni, lebih kurang la kolesterol akan terserap. Phytocol ST Shaklee ni mampu menghalang sehingga 80% kolesterol tau.

Berdasarkan kajian, satu daripada tiga orang dewasa mengalami masalah paras kolesterol yang tinggi. Jadi bayangkan, betapa ramainya antara kita yang berisiko untuk mengalami serangan sakit jantung dan strok. Mama hakim pasti sangat ramai yang aware pasal kesan kolesterol yang tinggi dalam badan tapi tak mampu nak makan oat hari-hari kan. Dan sebagai rakyat Malaysia, ramai yang tak mampu nak tolak kesedapan makanan harian kita yang sentiasa tinggi kolesterol..hihihi. Cakap je nak makan apa, nasi lemak, roti canai, lontong, roti jala dan kuah kari. Haa itu baru sarapan tau, belum lagi makan tengahari dan malam.

Jadi sayang-sayang semua, yang nak enjoy Malaysian food tapi masih nak jaga kesihatan, inilah penyelesaian terbaiknya! Lagi-lagi nak raya ni kan, dengan rendang lemang bagai. Kan mudah bila kita dapat pastikan lelemaks berlebihan tu tak menyerap pun ke dalam salur darah dan mendap dalam arteri. Yang PALING ISTIMEWA, pastilah ade kesan sampingan terbaik..! Berat badan pun insya Allah akan menurun bersama-sama paras kolesterol. Best kan Shaklee ni? Kesan sampingan pengambilannya mesti mengujakan semua..hihi.

Nak order? Nakkan konsultasi sepenuhnya? Call/sms/whatsapp je nombor henpon di bawah.

NAK BELI SEKARANG? KLIK AJE KAT SINI.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Pengalaman Berpuasa Dengan Budak Bijak Berumur 4 Tahun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Pejam celik dah masuk hari keenam kita berpuasa kan. Sekejapan je rasanya. Tahun ni mama hakim berpuasa berdua ngan Azizul Hakim (yang bermaksud mama hakim sorang la ni..wuwuu) memandangkan Incik Joni terpaksa bekerja di perantauan..hihi. Alaa bukan pertama kali cenggini pun.. cuma first time tak beraya bersama nanti.

Memandangkan si budak bijak ni dah besar, dah ada banyak soalan memang agak mencabar berpuasa dan bersahur dengan dia saja..hihi. Hari pertama bersahur, Azizul Hakim dengan muka pelik tarik mama hakim dari dapur suh masuk bilik. Salah sendiri le sebab bila Hakim tanya ‘mama buat apa ni?’ Mama hakim jawab ‘mama nak makan nasik jap’. Haa..memang tak masuk akal la bagi dia nak makan kul 4 pagi kan. Sudahnya ku makan nasi dalam bilik duk sebelah dia..huhuhuuu.

Mujurnya sahur yang kedua, Hakim lena. Mama hakim bangun secara perlahan dan senyap-senyap je ke dapur. Pagi sahur yang ketiga, mama hakim bangun awal skit, kul 3 pagi. Masa mama hakim duduk mengambil semangat nak turun katil, Hakim terjaga. Alamaks! Terus keluar soalan penuh prihatin ‘mama kenapa? Mama sakit kepala ye?’ Alahai sayang mama ni, concern sangat kan. Cair hati mama tau. So mama hakim terus jawab ‘tak sayang, mama bangun nak semayang jap. Nak buat kerja’. Sekali lagi dia bersuara ‘ok mama’ dan sambung tido..fuhh! Lega.

Dan hari-hari seterusnya itulah jawapan mama hakim kalau si chentahati terjaga.

Masa berpuasa di siang hari pulak, jenuh juga mengelak suapan dari Hakim. Hakim kan suka mengunyah, kejap-kejap kunyah Oreo, kejap-kejap kunyah Chipsmore. Sebagai anak sayang sayangkan mama dia ni, rajin benor dia ajak kongsi sama biskut dia tu. Siap nak suapkan ke mulut. Bila mama hakim cakap ‘mama tak boleh makan la sayang, mama puasa’ terus keluar soalan lagi ‘mama pose? Kenapa? Mama pose taknak makan ye?’ Mujurnya selepas tu dah ke taska jadi kurang la masa nak menjawab soalan puasa dari Hakim..hihihi.

Nak buat cane kan, memang si chentahati tengah dalam proses membesar. Semua ni sebahagian dari perkembangan dia.. Peringkat umur macam dia ni memang ada 1001 persoalan kan. Jadi, jawab je la dengan jawapan yang penuh berhemah..hihi



Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger