Pembaca Blog Setia

Monday 30 April 2012

PRECIOUS PRINCE..

Assalamualaikum..

Cepat sembuh ye awak.. Mama rindu gelagat awak yang menghibur ati tu. Mama rindu senyuman manis awak. Susah ati nyer mama tengok awak terbaring lesu tak bermaya. Kuat semangat ok! Mama ngan babah selalu ada bersama awak..

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

BUDAK YG TAK SEHAT NI..

Assalamualaikum..

Ni la budak yang asek muntah je tu. Sempat posing bila mama hakim kate nak amik gambar. Ntah style ape ntah.. Baru lepas muntah td. Tapi nampak dia ada tenaga nak main dah. Mujur Hakim senang makan ubat, siap mintak lagi tu.. Demam pun kurang dah. Alhamdulillah..

Cepat sembuh ye awak.. Rindu nak tengok awak lincah bermain :-)

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

SAYU HATI MELIHAT SI DIA..

Assalamualaikum..

Sepatutnyer sekarang ni mama hakim tengah bersiap nak gi keja tapi... Bukan sengaja mengambil kesempatan sebab esok cuti tapi..

Anakanda terchenta jatuh gering. Sejak kul 8 malam tadi anakanda terchenta muntah2. Minum skit air terus muntah. Alhamdulillah selama ni Hakim bukan seorang yang mudah jatuh sakit. Mungkin sebab dia masih 'berkasih sayang' ngan mama hakim.

Malam tadi mama hakim ngan incik joni terus bawak hakim gi hospital Serdang. Bila tengok hakim tak bole tido dan asek muntah2, tahap kerisauan terus meningkat. Dalam hati tak putus berdoa agar anakanda terchenta dapat bertahan dan takde ape2 yang serius terjadi. Dalam tempoh menunggu pun Hakim muntah2 lagi. Sayu hati melihat dia..

Alhamdulillah, setelah diperiksa doktor, Hakim dibenarkan balik berbekalkan antibiotik dan ubat demam. Tonsil nyer bengkak.

Anakanda terchenta Azizul Hakim, semoga awak cepat sembuh ye. Mama ngan babah tak sampai ati tengok keadaan awak tak bermaya macam ni. Disebabkan awak takmo menyusu botol dan makan, mama sanggup berkasih sayang ngan awak sekerap mana pun awak nak.. Janji awak aktif balik.

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 28 April 2012

MAT KOOL DI MALAM HARI

Assalamualaikum..

Malam tadi lepas beli barang kat Mydin, kami sekeluarga makan kat sane gak. Tapi hakim bukan bole duk lelama, bila dia bosan mula ler segala perangai kuar. Demi memujuk anak terchenta, mama hakim terbelikan askem matkool spiro.

Haruslah mama hakim di jeling2 oleh para ibu sebab bagi hakim makan askem kul 10.30 mlm. Tengokla muka budak dapat habuan, sonok nyer kemain. Mood terus tuka jadi budak paling sopan..

Ape aktiviti ari ni ye? Incik joni ajak gi mandi sungai :-)  dok pikir bekalan nak bawak untuk piknik nih. Jap lagi nak selongkar peti sejuk lah.

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 27 April 2012

INILAH BARISAN KETA..

Assalamualaikum..

Barisan keta ye bukan kita.. Ntah ape perangai si budak hakim gemar susun mainan dia camtu..

Pas maghrib kang nak gi Mydin jap. Belakang umah, bolela nak gi shopping memalam gini. Sebab esok & ahad konpem ramai giler sume dah gaji kan. Encik Bos Besa, adakah kau baca blog ku ini? Sila la bagi gaji cepat skit..heheh

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

I AM NOT PERFECT #5

Assalamualaikum..

Sekadar peringatan buat diri sendiri.



Wanita ideal adalah yang baik dalam melayan suami, manis tutur katanya, tidak suka mengucapkan kata-kata kotor kerana dia percaya bahawa wanita yang lidah nya kotor akan melukai hati dan menusuk perasaan suami. Dia bagaikan sabit yang menuai kelopak-kelopak cinta dari hati suami sebelum datangnya waktu menuai.
(Sumber : Buku tulisan Dr. Najah Ahmad Az Zhihar)


Sampai jumpe lg..wassalam.


EMPIRE HOTEL..

Assalamualaikum..

Ari ni lunch hebat skitt..eh banyak gak la. Banyak makan cheesecake sampai tak sempat nak amik gamba. Tu cuma gamba appertizer ngan desert hehehe.. Tunjuk sume kang nanti terbongkar rahsia mama hakim tembun!

Dah 5 bulan keja baru merasa makan kat sini. Kiranyer Empire Hotel ni dalam Group of Companies gak. Tapi makan tadi on the house ekk, kalo baya sendiri even staff price pun tak tergamak rase nyer..

Tu je mama hakim nak share buat masa ni. Ntah bila lagi nak dapat makan kat sane. Sebab member yang penah pegi cakap ade lamb chop ngan lobster. Ari ni takde pun..uishhh rugi!

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 26 April 2012

IYE SAYA TENGAH STRESS..!

Assalamualaikum..

Mama hakim stress sekarang ni. First time rasa nyer stress ngan keja. Bukan keja sendiri tapi bila berurusan dengan orang especially yang berpangkat tinggi. Kerana mereka bisa berkata apa saja untuk mempertahankan diri sendiri. Walaupun sebelum membuat keputusan mama hakim dah double check ngan dia. Tapi bila berlaku kesilapan, dia memutar belitkan fakta mengatakan mama hakim salah dengar, miss communication..! Kerana gaji kamu yang berpuluh kali ganda dari mama hakim, jadi kamu fikir kamu bole mempersendakan keja orang lain terutama jawatan yang lebih rendah dari kamu..

Terasa hati sebab ini isu kredibiliti. Macam mama hakim ni ‘ngok’ sangat nak buat salah bodoh macam tu. Jadi penyelesaian nyer mama hakim haruslah lebih berhati-hati. Terutama bila berurusan dengan pihak atasan. Tak rela lagi dipersalahkan sebegitu. Mujur nyer perkara ini hanya akan berlaku sekali dalam 3 bulan J so Puan Manager, kita jumpe lagi bulan 7, dan saya akan pastikan saya tidak mengulangi kesilapan yang sama.


p/s: kebulur sangat dah ni, datang je tadi terus kena settle hal ini dulu.. nak mamam skang gak!

Sampai jumpe lg..wassalam.

Wednesday 25 April 2012

ADOI!! BENJOL LAGI..!

Assalamualaikum..

Siannyer anak mama yang seorang diri ni. Tu la main buas sangat kan dah tergolek atas lantai. Mama rase ni kali ketiga dahi awak bertelo! Mujur awak tak meraung, nanges skit je. Mama dah letak minyak gamat. Harap nyer esok surut la bengkak nyer tuh.

Tapi yang paling best anak mama ni tetap menten kontrol ensem bila mama nak ambil gamba. Ilang dah sakit nyer bila mama suh awak pose depan kamera kan..

Maafkan mama ye sayang sebab terleka tengok tibi sampai tak perasan awak nak tergolek. Kalau la mama bole sambut awak tadi..

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

URGENT!!

Assalamualaikum..

Nampak tak banyak tapi sume nak urgent! YM, bole pinjam tangan sotong u?? Tak pegi lunch la jawab nyer huhu..

Mengemas? Pun tak settle lagi..

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum..

Ari ni Rabu? USJ tak jammed?

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 24 April 2012

TAK PATUT PUN BERLAKU...!

Assalamualaikum..

Berita kat tibi 2-3 ari ni sebok cite pasal adik Mohd Danish yang kena dera dengan kekasih ibu nyer. Aduhai si ibu.. ape lah perasaan mu membiarkan anak yang dikandung selama 9 bulan dan dilahirkan dari darah daging mu sendiri diperlakukan sebegitu rupa oleh manusia berhati binatang? Menitis airmata setiap kali gamba adik Mohd Danish terpampang di kaca tibi. Alhamdulillah dia dah stabil setelah dibedah untuk membuang darah beku. Tapi pinggangnya patah. Dah dia kemungkinan lumpuh sebelah kanan badan. Wahai si ibu, ketika Allah membersihkan dosa-dosa mu ketika sakit melahirkan, bagaimana pula dengan dosa mu mensia-siakan amanah Allah yang satu ini? Tidak kah terdetik sedikit pun perasaan kasih pada si anak? Apa dosa anak kecil itu pada mu?



Maafkan mama hakim sebab terlampau emosi. Sedih, sebak, naluri mama hakim sangat terusik. Sebelum ini anak seorang teman yang belum pun berusia setahun dimasukkan ke hospital setelah demam panas dan sawan. Mama hakim yang terasa hati. Terus hubungi teman dan tanyakan perkembangan. Alhamdulillah, anak kecil tu sekarang dah sehat dan bole bermain macam biasa. Memang mama hakim sensitif..especially pasal anak2. Tak kira la penah jumpe atau tak. Sebab bagi mama hakim kita sepatutnyer yang menjaga dan melindungi mereka.
Mungkin inilah yang dikatakan naluri keibuan.

Sampai jumpe lg..wassalam.

UNFINISH MISSION..

Assalamualaikum..

Iye betul tu misi masih belum selesai. Rase nyer sepanjang minggu ni mama hakim akan mengemas opis baru. Seronok memang seronok tapi tersangatlah penatt! Masih menyusun fail yang menimbun dan drawing yang berteraburan. Opis baru ni tema nyer putih suci tapi kerusi kaler merah tetiba!

Sape ntah punyer idea.

Take 5 for a while to regain energy.. Almaklumla umur dah bertambah..hihi

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 23 April 2012

YEAY!! ITS MY BIRTHDAY!

Assalamualaikum..


Confirm ari ni mama hakim berumur 29 tahun..hihi
Alhamdulillah.. The past 28 years was full of blessed and meaningful J

Semoga tahun ini mama hakim dapat terus menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam, sebagai mama, sebagai isteri dan sebagai seorang pekerja dengan penuh ikhlas dan amanah. Ade sape2 nak bagi kek? Hehehe.. I likeee!!


p/s: Kek-kek di atas adalah sumbangan incik Google ye.

Sampai jumpe lg..wassalam.

Sunday 22 April 2012

NEW BOOKS FOR HIM..

Assalamualaikum..

Semalam sempat bawak hakim gi jalan2 kat Empire Shopping Galery. Singgah kat Popular, terus rembat buku baru untuk budak tecik nih. Bukan main happy lagi dia. Selain tu mama hakim belikan dia sketch book untuk dia luahkan kreativiti dia.

Aktiviti ari ni juz melepak meluangkan masa berdua ngan hakim. Incik joni keja pulak. So selamat berujung minggu sume.. Dan tak lupe juga selamat bekerja untuk orang Ganu..

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 21 April 2012

DENGAN BANTAL PUN BOLE..

Assalamualaikum..

Asal dalam keta, asal tengah drive, asal benti kat traffic lite simpang 4 Summit, mesti hakim nak buat pose maut.. Kali ni ngan bantal cumell dia. Baru beli tadi, tanye nak mainan ape akhirnyer bantal tu yang dia pilih.. Tak kesah la wahai chenta ati mama, janji awak happy!

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

MOVING IN PROGRESS

Assalamualaikum..

Just a quick update on what happen here in my office right now..huhu. Sakit pinggang mak!! Nanti mama hakim tayang opis baru yang tersangat cunn ekk.

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 20 April 2012

I AM NOT PERFECT #4

Assalamualaikum..

Sekadar peringatan buat diri sendiri.


Wanita ideal adalah yang menjaga kesucian kehidupan suami isteri. Dia tidak rela bila ada rahsia rumahtangga nyabocor kepada yang lain. Dia tidak mahu seorang pun mengeruhkan keadaan dan mencampuri urusannya.
(Sumber : Buku tulisan Dr. Najah Ahmad Az Zhihar)


 
Sampai jumpe lg..wassalam.

CHEF JONI..!

Assalamualaikum..

Breakfast pagi ni incik joni yang masak. Semalam ade baki nasi, so pagi2 lepas subuh incik joni dah bertukang kat dapur. Pastu di tabur plak ikan bilis goreng cili. Memang sedapp breakfast pagi ni.

Mekasih incik joni :-) pasni bole tuka nama jadi chef joni yek..

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 19 April 2012

LUCKY 19

Assalamualaikum..

Lunch ari ni 1901, Food for Friendship :-)

Actually on 19th of every month, harga untuk New York Chicken just RM2.99 for regular size and RM3.99 for great size.

So enjoy!!!

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

NAK PINDAH

Assalamualaikum..

Semalam dah terbgtau yang mama hakim tengah packing barang dalam bilik bos kan. Kami nak pindah..hehe macam la jauh sangat pun. Disebabkan bangunan ni Encik Bos Besa yang punye so sukati dia la nak suh kitorang duk mane dengan alasan duk tempat lagi besa lagi luas bole membuka minda pekerja2 beliau supaya bekerja dengan lebih efisien. Sukati la wahai Encik Bos Besa. Opis mama hakim skang ni kat tingkat atas skali, tingkat doblas. Mujur nyer pindah takat sebelah opis je, kalau ke tingkat 3 ke 5 ke agak pensan lah! Puan bos mama hakim masih cuti sakit, so mama hakim lah yang kena kemas dan pindahkan barang dalam bilik dia.

Kesimpulan nyer tak dapat la nak hadap computer dan blog terchenta ari ni huhuhu.. Sedikit sedey..! Oklah nak cepat2 kemas supaya petang ni bole hadap blog kejap. Encik Bos Besa bagi masa sampai sabtu ni untuk kemas, makne nyer minggu depan mama hakim akan berblog ditempat baru dan suasana baru J

Sampai jumpe lg..wassalam.

Wednesday 18 April 2012

TENSION

Assalamualaikum..

While I was packing things in my boss room, I stumbled upon a piece of paper clipped at her tray. Just a small piece of paper but full of meaning on it. So I decided to share with all of you. Happy reading J



The moment you are in Tension
You will lose your Attention
Then you are in total Confusion
And you will feel Irritation
Then you will spoil personal Relation
Ultimately, you won’t get Cooperation
Things will then be full of Complication
Then your blood pressure may raise Caution
And you may have to take Medication

INSTEAD, understand the Situation
And try to think of a Solution
Many problems can be solved by Discussion
This will work better for your Profession
Don’t think it’s my free Suggestion
It’s only for your Prevention
If you understand my Intention
You will never like to be in Tension

Sampai jumpe lg..wassalam.

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum..

Sape suh mama hakim pandai sangat bagi dia menulis guna pen kan..

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 17 April 2012

EARLY DINNER

Alhamdulillah.. Dah makan malam dah. Incik joni yang masak. Sambal sardin ngan sayur campur.. Incik joni keja malam, sebelum pegi tadi sempat dia masakkan makan malam untuk mama hakim 2 beranak. Siap ade extra untuk tapau esok :-) Sedap hingga menjilat siku hehehe.. Hakim pun makan same lebih 10 suap. Tu nampak dalam gamba, ade budok dah tak saba nak makan.

Mekasih babah. Kami sayang babah sangat2!!

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

......

Assalamualaikum..

Ari ni tiada apa yang nak dikongsi dan dirakam kat blog..bole?

Isk isk.. ari ni sebenar nye takdelah sibuk sangat. Keja harian biase2 je. Pastu ari ni nak jalan2 blog dalam list puas2. Nak tambah kawan, nak tambah ilmu, nak tambah pengalaman, nak tambah list tempat nak gi makan2 J ramai gak yang rajin berjalan dan bermakan, kira JJCM la ni. Suka baca entry camtu, pastu sengaja meliurkan diri sendiri tengok gambo makanan, pastu tepon incik joni tanye bila dia cuti weekend..hehehe.
Incik joni keja shift, so off day dia memang tak tentu. Jarang2 dapat time weekend nih.

Hakim? Kelihatan agak kurus skang, sebab sangat susah nak bagi dia makan nasi. Agak susah nak bagi dia makan ape2 je. Dia makan tapi kuantiti yang sikit. Dulu tak makan nasi, dia nak juga makan roti + biskut tapi skang agak kurang. Hampir setiap ari, mama hakim masak kat umah untuk dinner, pastu suap hakim makan nasi ade la 7-8 kali. Pastu incik joni dengan rajin nyer buat milo panas untuk hakim. Roti cicah milo tu ade la sekeping yang abis nyer. Dulu2 ade gak 8 keping biskut tiger susu sekali hadap.
Alahai anak mama, susah ati la pikir pasal awak nih. Mama nyer makin tembun tapi anak mama kecil2 cili padi gitu..

Ok dah terbebel banyak nih.. Nak jalan2 blog dulu. Nak baca puas2. Nak tatap setiap perkataan.

Sampai jumpe lg..wassalam.

Monday 16 April 2012

ORGANIC FOOD.. HALAL KE TAK?

Assalamualaikum..

Gamba kat atas tu, yang pertama produk Netherland. Takde tanda halal dan 100% organik. Yang kedua produk Australia. Pun takde tanda halal.

Sebab hakim kurang makan nasi, so mama hakim selalu belikan dia biskut2 yang pelbagai rupa dan rasa. Hakim cepat jemu kalau hadap yang sama je. Tadi gi Jaya Grocer mama hakim jumpe biskut tersebut di atas. Masalah nyer takde tanda halal. Nape la Malaysia takde produk macam tu? Maksud mama hakim, biskut memang banyak tapi jenis yang sehat kurang..ehh takde langsung kut. Sehat tu maknenyer kurang/takde gula, takde pengawet, organik... Kalau mama, ibu dan mummy di luar sane ade jumpe biskut yang halal dan berkhasiat untuk anak kecil sila lah berkongsi ye..

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

SEKADAR RENUNGAN..

Assalamualaikum..

First of all mama hakim nak minta maaf banyak2 sebab entry ni mungkin menyinggung perasaan peminat2 Amy Search. Mama hakim sebenar nyer bukan lah peminat artis2 sangat. Setakat dengar radio tu mane yang sedap di dengar dek telinga mama hakim ni ade la.. Tapi tak sampai meminati artis tersebut, cuma lagu dan lirik nyer je.

Korang2 mesti tengok ABPBH 2011 yang lepas kan. Kalau korang perasan pemakaian Amy Search la. Dia duk sebelah anakanda kesayangan, Nabila Huda. Iye betul tu, mungkin dia sekadar nak bergaya, mengikut perkembangan semasa. Tapi pemakaian juga melambangkan peribadi kita. Bukan nak kata mama hakim ni tersangatlah alim, masa nampak tu mama hakim terus terpikir, muhasabah diri..

Semoga Allah sentiasa bersama kita. Semoga Allah sentiasa memberkati kita. Niat, perasaan, ibadah kita semua semata-mata kerana ingin mendapat keredhaan Allah s.w.t. Tolong betulkan mama hakim sekiranyer ada yang salah dan silap.

Amy Search dolu dolu

Lepas gi Mekah

p/s: Sumber gamba ni dari incik Google ye.

Sampai jumpe lg..wassalam.

Sunday 15 April 2012

HELLO HELLO!!

Assalamualaikum..

On the way balik dari umah lecturer tadi hakim tak banyak ragam. Penat sangat agak nyer. Puas jugak dia main tadi. Sampai traffic light simpang empat dekat Summit tadi memang lame skit lampu merah nyer.. Tetiba terdengar si budok hakim bercakap sensorang. Rupe2 nyer kunun2 bercakap kat henpon.. Sila lah tengok 'henpon' dia tu. Bak kata nenek moncheh, kereta bantal dia tu dibuat henpon. Apa2 sajelah anak. Janji awak tak meragam ye.

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

HIS NEW INTEREST

Assalamualaikum..

Ini budak bangun tido terus cari ipad. Hampir setiap masa dia dengan ipad. Mujur nyer incik joni telah download apps yang sesuai dengan jiwa raga seorang budak berumur setahun 9 bulan ni.. Ehh! Anak mama dah besa la!

Hakim bukan main angry bird atau sprinkler je tau tapi dalam ipad tu ade flash cards, koleksi doa harian, bahasa mandarin & korea, cara solat dan banyak lagi selain game. Mungkin sebab tu agaknyer mama hakim tak belikan hakim buku. Kat ipad pun dia bole menulis, tak risau comot bagai kan.. Haha dasar pemalas!

Mama hakim paling suka koleksi doa. Suara budak2 yg baca, so hakim alert lebih skit. Pastu gamba pun ade bunyi. Sesapa ade tab atau ipad bole la download. Android pun bole. Tu gamba yg last tu. Even ketapi kat bawah tu pun ade bunyi.

Yang terbaru incik joni download piano tu. Sebelum ni set drum hakim tak minat sangat. Sonok betul jari2 kontot tu..hehe.

Jap2 lagi nak gi umah lecturer kat sek 7 shah alam. Itu je aktiviti ari ni. Sementara tunggu malam incik joni pulang.

Selamat berujung minggu semua.

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 14 April 2012

CAR MCQUEEN LAGI..

Assalamualaikum..

Dah setengah jam sampai umah. Kebetulan lecturer mama hakim ade hal lain plak so dia suh gi umah dia esok. Acara mencari bahan menulis untuk hakim terpaksa ditangguhkan lagi. Mama hakim tak bawak stroller, hakim dengan gah nyer berlari ke sana ke mari. Letih mengejar dia!!

Mujur nyer achik kembar ada belikan buku untuk hakim. Mekasih yer achik aween ngan achik ayeen. Hakim sayang achik kembar ketat2!!!

Dalam adegan kejar mengejar, mama hakim sempat rembat beg ngan stokin untuk hakim..hehehe. Bukan rembat sesaje ekk mama bayo tau! Tengok kat gambo tu, a'ah beg ngan stokin CAR :-)

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

BERPOYA-POYA DI ARI SABTU!

Assalamualaikum..

Ari ni mama hakim keja. Tapi takde keja nak buat, bole? Hehehe sebab dengan dedikasi nyer mama hakim menyiapkan semua semalam. Ade la lagi 2-3 keping drawing nak kena lipat. Malam tadi Alhamdulillah hakim bole dikatakan lena la jugak. 3 kali je dia terjaga. Lepas incik joni kuar umah kul 10 lebih tu hakim ngamuk gak, nanges sedu sedan dekat sejam. Sian gak tengok nyer tapi mama hakim tak tau nak buat ape. Susu sudah, makan pun sudah. Berkasih sayang pun sudah. Puas gak pujuk suh dia tido. Akhir nyer dalam kul 11.30 tu dia lelap. Syukur sgt2..

Oh incik joni cakap dia cecah tanah airport subang kul 9 malam esok J So takde la lama sgt dia pegi kan.. Ala ngade2 lebih mama hakim nih!

Aktiviti ari ni, lepas keja ingat nak gi berpoya-poya ke Shah Alam jap. Nak cari buku untuk si chenta ati yang dah menunjukkan tanda2 nak menulis. Harap2 tahap kepeningan ari ni tak teruk lah. Nak berjalan berdua je ngan hakim nih. Then kalau takde aral lecturer mase kat uitm pun nak ajak jumpe. Maybe bole gi lepak ngan dia skali petang nih J terpinga orang tua tu bila mama hakim ajak dia berjimba-jimba hahaha…

Nanti mama hakim cite aktiviti berjimba petang ni yek J



Sampai jumpe lg..wassalam.

Friday 13 April 2012

DAH MULA DAH...ADOI!

Assalamualaikum..

Ntah dari mana hakim belajar menulis mama hakim pun tak tau. Tak perasan pun. Tapi tetiba tadi nampak hakim pegang pen, ingatkan dia tak tau guna. Rupa2 nyer dia tau nak tekan montot pen tu untuk menulis.. Adoiyai pasni takleh sepah2 dah pen atau pensel. Sebab tahap kreativiti si anak dari menulis kat kertas dah sampai ke dinding.. Nampak tak gambo di atas? Tu baru sikit tu. Kalau dibiarkan haruslah dinding umah bercorak abstrak gitu.

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

BUSY & DIZZY..

Assalamualaikum..

As usual, friday is super busy day. Plus today i got super dizzy. Last tuesday dah gi check up, blood presure normal.. So the doctor gave me pills as always for dizziness and nausea.. Ntah sampai bila nak bergantung dengan ubat. Si chenta ati meragam malam tadi. Lepas pukul 5 pagi baru dia lena tido.. Sian incik joni, keja pagi pastu malam kena gi sabah. Isnin balik.

Harap2 hakim baik malam ni sebab esok mama hakim keja..

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

I AM NOT PERFECT #3

Assalamualaikum..

Sekadar peringatan buat diri sendiri.

Wanita ideal adalah yang setia pada suaminya yang selalu menjaga kecintaan kepadanya, sama ada sebelum melahirkan anak ataupun selepasnya. Dia percaya bahawa suaminya adalah batang pokoknya, sedangkan anak-anak adalah cabang dari pokok tersebut.
(Sumber : Buku tulisan Dr. Najah Ahmad Az Zhihar)




Sampai jumpe lg..wassalam.

Thursday 12 April 2012

TEA TIME



Assalamualaikum..

Minum petang ari ni. Sebab terpedaya ngan wahida td maka mama hakim pun membodek incik joni ke sini. Nak tggu birthday lambat lg so tak yah berlengah lg terus terjah secret recipe kat mydin nih.

Pilihan ati mustila strawberry mashmellow ngan chocolate indulgence! Mekasih ye babah.. Mama sayang babah sgt2!

Sampai jumpe lg..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

KOSONG..

Assalamualaikum..
Entry ni khas untuk awak cik C. Sebab saya kesian dengan awak. Moga awak sentiasa dalam lindungan Allah..

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong 2x

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong 2x

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong .. kosong..
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

kosong.. kosong..

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/11/lirik-lagu-kosong-najwa-latif.html#ixzz1roNlf0AZ


Sampai jumpe lg..wassalam.

AIR KELAPA MUDA..LAYANNN.

Assalamualaikum..

Dapat minum air kelapa ketika cuaca panas memang syokk kan? Layan abis.. Macam budak ni, sampai berkerut dahi nak menikmati air kelapa..hehehe. Tangan yang rajin menyuap tuh tangan Nonoy. Adik mama hakim.

 


Amacam? Syokk tak?

Sampai jumpe lg..wassalam.

RAGAM SI ANAK

Assalamualaikum..

Tuntutan kerja baru2 ni membuatkan mama hakim tak sempat nak gi jengah blog semua. Kalau sempat baca pun tak sempat nak komen. Kesihatan pun tak berapa baik skang ni. Pening2 dan sakit pinggang especially at that time of the month!!

OK2 tujuan entry ni bukan untuk merungut pasal diri sendiri ye..hihihi..

Nak cerita pasal chenta ati mama hakim yang seorg tu, Azizul Hakim J

Honestly, mama hakim rasa macam terlampau manjakan dia. Sampaikan skang ni dia memang tak bole ditegur. Mama hakim tak tinggi suara pun, cuma nada je berlainan dan kasi tarikk lebey skit. Hakiiimmm… Incik joni je ade tinggi suara skit sebab kalau tak dia akan melawan balik. Nak contoh? Masa kat kampong dia nak ikut atok gi masjid solat zuhur, bila mama hakim tutup pintu dia menjerit nak nanges. Bila mama hakim nak dukung, dia melawan dan pukul mama hakim. Gitu la lebih kurang. Dia akan melawan samada dengan suara, ataupun dengan perbuatan.

Dia yang pandai nak ‘Hepp!’ mama hakim tau..hehehe. Kalau dia pukul, mama hakim akan tepuk tangan dia. Tak pukul balik tapi tepuk pastu bgtau dia ape yang dia buat tu tak betul. KID DOES NOT COME WITH A MANUAL macam TLF penah cakap.

Mama hakim sebenar nyer tak suka mendidik dengan kekerasan. Kakak mama hakim slalu cakap, “ko jgn lembut sgt ngan anak”. Bagi mama hakim, jika kita tak guna kekerasan sejak kecil, dah besa nanti pun kita tak perlu guna. Kita cuma perlu bagitau dia jika ada buat salah. Tapi itu tak bermaksud kita tak perlu bertegas kan.. Bukan garang tapi tegas. Lain maksud tuh.

Kalau tak dapat sesuatu atau mama hakim larang dia buat sesuatu, dia akan menanges macam orang kena pukul. Tahap meraung la tu! Bukan mama hakim tak penah ilang sabar, selalu jugak. Katekan mama hakim nak pakaikan dia pampers tapi dia meronta ronta, mama hakim akan tepuk bantal tepi dia kuat2 macam lepas geram kat bantal tu. Memang biasa je bantal jd mangsa hehehe..
Cukup la mama hakim bebel pasal chenta ati yang seorg ni dulu ye..

p/s: kalau bole nak berguru ngan blogger mama sekelian J


Sampai jumpe lg..wassalam.

PANASONIC VS SONY

Assalamualaikum..

Sungguh la kate2 blogger senior ni memang rindu sangat terhadap blog terchenta bila dah beberapa hari tak dapat nak hadap. Nak kata sibuk sangat pun takdelah sangat cuma ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.

Jumaat lepas mama hakim balik kampong, internet takat 2G je macamane nak online kan.. Ahad malam sampai USJ, isnin dah heboh2 ngan keja. Then tetiba ari selasa terpakse lagi menjejakkan ke Melaka. Makne nyer mama hakim balik kampong incik joni sekali lagi. So malam tadi kul 11 lebih baru sampai USJ semula.

Nak cite pun tak tau nak start dari mane. Agak kelakar jugak bila dikenangkan.

Bermula nyer ari sabtu, tibi kat umah mertua tetiba ilang kaler. Jadi tibi itam putih pulak. Disebabkan kami 3 beranak dah bercadang nak gi jalan2 kat Melaka, kami pun singgah la Aeon Megamall Melaka yang besa gedabak kat Cheng untuk membeli tibi baru brand Panasonic. Sebelum tu sempat gi minum Coconut Shake kat Klebang tau J

Alkisah nyer ahad malam on the way balik USJ, mak mentua call cakap tibi tak bole on. Aikk? Bukan ke tibi baru beli?? Cite nyer membawa ke ari isnin. Mak mertua kata kalau bole balik lah tgk ape yg tak kena ngan tibi tu.

Selepas berdiskusi, mama hakim setuju nak amik cuti ari khamis sebab rabu memang cuti. Tapi tak kesampaian bila ari selasa pagi hakim buat perangai tak bagi mama hakim bersiap gi keja, dah la tengah sakit perut senggugut. Incik joni plak baru balik dari keja malam. Maka nyer mama hakim gi klinik amik mc dah kami 3 beranak terus la memulakan perjalanan balik ke kampong semula..

Sampai kampong rehat2 makan tengahari then terus gi Aeon semula. Tuka tibi brand Sony plak. Dah tentu takkan jadi pape. Insya Allah.. So setakat jam 10 pagi ni mak mertua takde call bagitau pasal tibi. Kira ok lah tu kan.

Lega nyer dah dapat menyembur segala terbuku di ati..hehehe.

Sampai jumpe lg..wassalam.

Tuesday 10 April 2012

ICE CREAM TIME!!

Assalamualaikum..

Ni la rupe budak dapat aiskrim..

Sementara tunggu incik joni petang tadi, sempat la mama hakim 2 beranak melantak double scoop regular nih. Flavor favorite haruslah chocolate mint. Nyumm! Hakim makan sampai nyampah dah. Last2 mama hakim yang abeskan. Lokasi? Kat Aeon Megamall Melaka. Tetiba kan..padahal ari ni selasa. Esok baru la cuti. Alkisah panjang cerita nyer sampaikan terpaksa 3 orang sekeluarga ini menjejakkan kaki ke melaka.

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger