Pembaca Blog Setia

Friday 19 December 2014

Y.E.S : Year End Sale Terhebat Dari Shaklee Untuk Disember 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


10 Disember yang lepas, Shaklee tetiba bagi mesej ‘surprise’ yang memang membuatkan semua SID terkejut..hihihi. Tiba-tiba kami dapat mesej Shaklee nak tambah lagi satu PROMOSI iaitu COLLAGEN POWDER BELI 3 KOTAK PERCUMA 1.


KOLAGEN SHAKLEE


Punya la teruja semua orang dengar khabar berita ni. Mana taknya, Collagen Powder Shaklee ni memang kolagen yang terbaik di abad ini tau! Ianya dihasilkan denga penun teliti dan kajian sehinggakan mampu diserap sepenuhnya oleh sel-sel badan.

Kalau korang nak tahu, sekotak Collagen Powder Shaklee berharga RM298 dan dengan pembelian 3 kotak sekaligus korang boleh dapat KEAHLIAN PERCUMA yang bernilai RM75. Haa..bestkan? Lepas tu bulan depannya pada 15hari bulan boleh dapat REBAT TUNAI pulak tu. Keuntungan mencecah RM400 lagi!! Wahhh..Shaklee ni kalau buat promosi memang konpem berbaloi-baloi.


KOLAGEN SHAKLEE


Oh ye, kenapa Shaklee tetiba je buat promosi kolagen terbaik ni? Sebab dah nak expired ke? Oh no no no..!! Shaklee tak main lah isu-isu cemni. Produk Shaklee ni biasanya tak sempat nak cecah 6 bulan sebelum expired pun dah boleh habis tau! Sebenarnya, Shaklee nak upgrade lagi Collagen Powder ni. Bila upgrade, kena la mintak pengesahan dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) semula. Supaya bahan yang digunakan memang sah-sah SELAMAT DAN SEMULAJADI.

So ape yang korang tunggu lagi? Takkan la nak melopong je tengok orang lain kemain kulit halus gebus kan? Sementara PROMOSI CANTIK JELITA ni la korang boleh mencantikkan kulit sambil berjimat. Mama hakim tahu, bab berjimat memang korang suka..hihihi.

Hubungi mama hakim kat nombor dibawah ye. Nanti kita story-story macam mana nak dapatkan kesan yang optimum dengan penggunaan SET CANTIK JELITA ni. Mama hakim ade tips EKSKLUSIF untuk pembaca blog TowMater dan customers tersayang tau!

Call/sms/whatsapp/telegram nombor di bawah ni SEGERA ye! Sebab tawaran ini bakal BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2014!

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

5 Cara Paling Mudah Telan Ubat Jenis Pil/Kapsul/Tablet Supaya Tiada Lagi Rasa Tercekik..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Tengok tajuk dah tahu dah mama hakim nak bebel pasal apa kan? Mama hakim pernah terima mesej pasal tak boleh nak telan supplement Shaklee jenis pil, kapsul mahupun tablet. Bila nak telan, rasa macam tersekat kat tekak, tercekik je walaupun dah minum sejag air.

Sebenarnya ramai je di antara kita yang masih susah nak telan ubat jenis pil/kapsul/tablet ni. Terutama bila dah jadi bakal ibu, mahu atau tidak, boleh atau tidak, doktor akan bekalkan kita dengan vitamin dan asid folik untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan. Tu belum lagi cerita kalau kita ada penyakit lain (Nauzubillah..) sebagai contoh kencing manis atau darah tinggi.

Sumber : Google


Jadi, dengan penuh semangat waja ni mama hakim nak tolong korang yang rasa tercekik bila telan ubat jenis pil/kapsul/tablet nih. Gigih tau mama hakim compile kan kat sini supaya boleh jadi rujukan sesiapa saja. Sharing is caring kan..hihihi.

CARA PERTAMA

Telan ubat dengan air yang diisikan di dalam botol yang mempunyai bukaan yang kecil. Contoh macam botol air mineral tu. Lebih kecil muncungnya, lebih mudah untuk menelan.

CARA KEDUA

Minum air melalui straw. Tak kisah la dalam botol atau cawan, tapi gunakan straw untuk sedut air selepas mencampakkan pil/kapsul/tablet ke dalam mulut. Terus telan air dan pil sekali, jangan pulak dikemam lagi airnya.

CARA KETIGA

Kalau kat rumah takde botol ataupun straw, boleh je nak guna cawan biasa. Tetapi muncungkan mulut kita seperti gaya minum melalui botol. Muncungkan betul-betul mulut tu sewaktu nak minum air untuk telan ubat.


Sumber : Google


CARA KEEMPAT

Instead of drinking plain water, tukar kepada jus buah-buahan. Rasa manis air buah tu akan memudahkan kita menelan segala jenis ubat pil/kapsul/tablet. Tapi INGAT! JUS BUAH-BUAHAN ATAU AIR YOGURT SAHAJA.

**Peringatan : Elakkan telan ubat/supplement dengan air teh/kopi/minuman berkarbonat/bercafein tinggi kerana ia menghalang penyerapan yang sempurna.

CARA KELIMA

Kalau tak boleh jugak nak telan dengan cara-cara di atas, cuba cucuk/sumbat ubat ke dalam pisang atau betik. Potong pisang ikut saiz yang boleh ditelan tekak, then cucukkan pil/kapsul/tablet. Baca bismillah dan telan lah pisang tu dengan apa cara sekali pun.

Haa.. amacam? Cukup tak LIMA CARA MUDAH MENELAN UBAT/SUPPLEMENT JENIS PIL/KAPSUL/TABLET ni? Cara yang mudah dan senang je tau. Tak memerlukan kos yang tinggi pun. Selamat mencuba ye korang..! Sharing is caring! Korang boleh kongsikan entry ni untuk sesiapa saja yang susah nak telan ubat jenis pil, kapsul dan tablet yang korang kenal.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday 4 December 2014

Promosi Berganda Terhebat Bulan Disember : Sustained Released Vita C dan Vita E Complex

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Hari ni dah 4 haribulan, baru mama hakim nak hebohkan pasal PROMOSI BERGANDA CANTIK JELITA untuk bulan Disember. Orang lain dan kecoh-kecoh kot..hihi. Almaklum, Year End Sale terhebat dari Shaklee ni kan. Bulan Disember biasanya penuh dengan kenduri kendara majlis kahwin, maka wajibla Shaklee yang baik hati bagi promosi macam ni.

PROMOSI BERGANDA CANTIK JELITA tu apa? Haa.. ni mama hakim share gambar dulu.

VITA E COMPLEX

Pembelian Twin Pack dapat diskaun 5%


SUSTAINED RELEASED VITA C

Pembelian 6 Botol Percuma 1 Botol


Sustained Released Vita C dan juga Vita E Complex. Bak kata orang, kembar tak seiras gittew.

Eh? Korang tau ke kenapa Vitamin C tu panjang sangat namanya? Sustained Released tu sebabnya Vitamin C Shaklee ni special sangat. Ia dilepaskan didalam badan secara perlahan-lahan ikut keperluan badan.

Selain daripada untuk kecantikan kulit, ada banyak lagi manafaat Vitamin C dan Vitamin E ni. Jom kita sembang-sembang, pakat-pakat kongsi macam mana nak makan vitamin-vitamin ni supaya boleh dapat kesan yang terbaik!

Hubungi mama hakim sekarang tau..!! sms ke, whatsapp ke, telegram pun boleh.


iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Kebaikan Chia Seed Yang Semua Orang Patut Tahu!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Beberapa hari lepas, mama hakim ternampak post seorang kawan kat facebook tentang chia seed ni. Dia campurkan dalam air dan minum begitu saja. Sebelum tu pernah gak nampak dalam post seorang lagi kawan. Mula la hati mama hakim terdetik, apa sebenarnya kebaikan chia seed sampaikan makin ramai orang mula menjadikan ianya sebagai menu harian?

Jadi dengan kelebihan encik google, mama hakim cari la kelebihan dan kebaikan chia seed ni pada tubuh badan kita. Dan ini lah yang mama hakim dapat. Mama hakim nak kongsikan dengan semua.. lepas baca ni, mama hakim gerenti korang pun nak gi serang kedai organik untuk dapatkan chia seed..hihihi.

Chia seed ni sebenarnya tumbuhan berbunga dari kawasan Amerika Selatan. Chia itu sendiri bermaksud ‘kekuatan’ dan masyarakat lama mengamalkannya sebagai energy booster. Rupa dia macam biji selasih tu bila dah kembang.


CHIA SEED


Kebaikan #1

Kaya dengan nutrisi. Mengandungi serat, protein, lemak (Omega 3), Kalsium, Magnesium, Mangan dan Fosforus.

Kebaikan #2

Kaya dengan antioksidan. Ia melindungi lemak yang berada di dalam chia seed. Ia juga membantu mencegah pembentukan radikal bebas yang boleh merosakkan sel badan.

Kebaikan #3

Chia seed sangat rendah karbohidrat dan tinggi serat. Dan disebabkan tinggi kandungan serat, maka ia akan melambatkan pencernaan dan menyebabkan rasa kenyang yang lebih lama. Serat juga membantu bakteria baik berfungsi dengan baik di dalam usus.

CHIA SEED


Kebaikan #4

Tinggi dengan protein yang berkualiti. Pengambilan protein yang cukup akan membantu mengurangkan selera makan. Ia juga bagus untuk golongan vegetarian yang kurang pengambilan protein haiwan.

Kebaikan #5 (mama hakim tahu ramai yang akan bersorak gembira!)

Chia seed membantu menurunkan berat badan. Ianya disebabkan ia rendah karbohidrat, tinggi serat dan protein. Kalau nak dapatkan kesan yang maksimum, perlu la disertai dengan pemakanan yang seimbang dan senaman.

Kebaikan #6

Tinggi kandungan Omega 3. Omega 3 adalah bagus untuk perkembangan otak dan mengelakkan kita menjadi pelupa! Ia juga membantu menurunkan risiko penyakit jantung kerana Omega 3 membantu menurunkan paras kolesterol.

Kebaikan #7

Menjaga kesihatan tulang dan gigi. Kandungan kalsium, mangan dan fosforus membantu menguatkan tulang dan gigi dan mengelakkan osteoporosis.

Kebaikan #8

Mudah disediakan! Disebabkan rasanya yang tawar, kita boleh campurkannya dalam air (macam sirap selasih), dalam bubur, oat ataupun sup. Gambar dari google kat bawah ni pun menarik kan!


CHIA SEED


So, lepas baca semua kebaikan tentang Chia Seed ni, siapa yang rasa nak terus gi kedai organik angkat mouse skang!! Hihihi.. Tak kenal maka tak cinta, kan? Bila dah tahu banyak kebaikan biji-biji kecil berwarna hitam ni, maka dah tentu kita tak ragu-ragu untuk amalkannya.

Ops! Mama hakim ade 1 lagi tips nak kongsi, cara membeli Chia Seed yang terbaik. Pastikan ianya tidak berwarna kemerah-merahan sebab itu tandanya ia belum cukup matang!



Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger