Pembaca Blog Setia

Wednesday 23 April 2014

Selamat Hari Lahir Buat Diri Sendiri..haha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Selamat hari Rabu semua..!! Hari ni takleh nak buat wordless sebab ada banyak benda nak bebel dalam ni.

First of all, million trillion thanks to all the doa and wishes. Kat facebook, whatsapp, group whatsapp dan group Team Magnifique.. Hanya Allah yang bisa membalas segala kebaikan yang korang doakan buat mama hakim. Hari ni dah bertambah setahun lagi umur mama hakim tau.. Syukur Alhamdulillah dah 31 tahun mama hakim bernafas di atas muka bumi. Dah dapat jadi seorang isteri dan ibu (dalam keluarga Shaklee ku dah jadi nenek pun..hihi)




Dapat kek dari encik Google je tadi setakat pagi ni..hehehe. Oh!! Lupa pulak, dah dapat berates-ratus biji kek dalam whatsapp dan group whatsapp tau..hahaha. Salah satu benda wajib yang kena buat ari ni ialah RENEW LESEN KERETA! Mujur la sama tarikh ngan hari lahir kannn...

Sekali lagi, terima kasih atas ingatan korang. Sayang korang semua..!! 



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 22 April 2014

Jatuh Cinta Berkali-kali.. Dengan Si Dia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Mak-mak ni memang selalu jatuh cinta dengan anak sendiri kan..hihi. Mak mana yang tak sayangkan anak oii.. Kenangan bawak si anak dalam perut selama 9 bulan tu takkan luput sampai bila-bila.


image


Wajah terbaru si chenta hatiku pagi tadi sebelum anta ke taska. Mood ada baik nak bergamba sebab sekarang ni si anak pandai bajet retiss tau..hahaha.. Asal mama nak amik gamba je terus dia mengelak!

Sambil buat kerja, sambil layan feeling rindu kat anak..hehehe. Semoga Azizul Hakim baik-baik saja, semoga dia gembira dan bahagia sentiasa.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Monday 21 April 2014

Rindu Dengan Suasana Bekerja Di Pejabat..agaknya..hihi

image

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ehem..rindu opis ke ni? Tentulah rindu..hihi. Gamba kat pc mama hakim ni antara project yang akan dinaikkan di Damansara Perdana.

Being part of mega projects like this makes me feel awesome!! Hahahah.. tapi semuanya dah berlalu pun. Time to move on, time to move forward.

Entry mengada-ngada ini ditaip melalui Soffice, apps baru untuk blogspot dan wordpress sambil melayan si anak menonton Saladin kat tv9.

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Sunday 20 April 2014

Tips Elak Sembelit Ketika Dalam Pantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Masalah biasa ketika dalam pantang, adalah kesukaran membuang sisa-sisa toksin atau lebih senang disebut sebagai sembelit..hehe. Mama hakim tau, mesti ramai yang pernah mengalami sembelit walaupun semasa bukan dalam tempoh berpantang selepas bersalin, kan.. Sila mengaku pada diri sendiri..

Antara sebab utama sembelit ketika dalam pantang ni adalah pengambilan makanan dan minuman yang sangat terhad. Mak mak dalam pantang mane boleh sesuka hati nak sebat je kan. Wajiblah mengawal napsu yang satu itu..hihi. Maka, apabila tiba masa nak singkirkan hampas-hampas mula la segala perasaan ngeri dan takut semua muncul.

Cara paling mudah untuk mengatasi masalah sembelit ni dah tentulah banyakkan makanan serat. Contoh yang mak dalam pantang bole makan adalah oat, sayuran hijau dan buah-buahan yang bukan dalam golongan ‘sejuk’ atau ‘panas’. Kang kesian pulak baby kembung atau ceri beri. Antara makanan tinggi serat seperti yang mama hakim kongsikan kat gambar ni, tanya encik google je.


MAKANAN ELAK SEMBELIT


MAKANAN ELAK SEMBELIT


Serat ni rupanyer ade 2 jenis, satu yang jenis larut dalam air dan satu lagi jenis yang tidak larut dalam air. Dalam ertikata lain, serat larut air (soluble fibre) membantu meningkatkan bakteria baik dalam system penghadaman. Serat tidak larut air (insoluble fibre) berfungsi sebagai julap semulajadi yang meningkatkan proses penyingkiran dan mencegah sembelit. Kebaikan serat ni termasuklah menyingkirkan sisa dan kotoran dalam usus, mengekalkan kelembapan dalam usus (supaya sisa tak keras), dan membantu meningkatkan pergerakan usus ketika proses membuang berlaku (jadi, takde la lama sangat betapa dalam toilet)

Set bersalin atau berpantang juga memainkan peranan penting untuk mengelakkan sembelit ni. Seharusnya set yang diamalkan tidak menyebabkan sisa toksin yang nak dibuang tidak keras dan kesat. Pengambilan air yang mencukupi juga membantu mengelakkan perkara ini dari berlaku. Tapi ada juga amalan lama yang mengatakan tidak elok minum air banyak ketika berpantang takut kembang dan sejuk..huhuhu. Minum sedikit-sedikit dan kerap adalah lebih baik dari terus teguk setengah liter tau..

Kesihatan usus ni memang sangat penting untuk dijaga agar kesemua sisa toksin dan hampas dapat disingkirkan dari badan dengan jayanya. Badan pun akan terasa lebih ringan dan sihat. Segala macam nutrisi dan vitamin juga dapat menyerap dengan lebih baik bila sisa-sisa ni dah disingkirkan. Makanya, proses membuang takdelah menjadi mimpi ngeri lagi buat mak-mak yang dalam pantang.

Moga perkongsian mama hakim ni dapat memberi manafaat kepada semua. Gambar-gambar tu semua ihsan encik Google je. Dan sumber rujukan DISINI.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Saturday 19 April 2014

Bahaya Kekurangan Potassium Ketika Hamil

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Ketika hamil, banyak perkara yang perlu kita ambil tahu dan ambil perhatian sebenarnya. Mama hakim pasti sangat ramai antara kita tak tahu tentang kekurangan potassium dalam badan ketika hamil boleh mengundang bahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Potassium adalah mineral (elektrolit) penting dalam sel badan yang berfungsi dalam melancarkan peredaran darah. Ia penting untuk otot dalam badan termasuk jantung supaya dapat berfungsi dengan efektif. Organ penting yang mengawal kestabilan dan menyingkirkan potassium berlebihan adalah buah pinggang kita. Tahap normal potassium dalam badan adalah 3.5 ke 5.0 mmol/L jadi kalau jumlahnya kurang dari 3.5 maka seseorang itu dikatakan menghidapi HYPOKALAEMIA.

Seseorang yang mengalami rendah potassium boleh juga menyebabkan peluh yang berlebihan (hyperhidrosis) selain dehidrasi.  Antara simptom kekurangan potassium adalah

~ sering letih dan penat
~ kebas dan kekejangan otot
~ jantung terasa berdebar akibat degupan yang tidak stabil
~ terasa haus
~ kerap kencing dengan jumlah yang banyak
~ pitam akibat tekanan darah yang rendah


Sumber melalui BabyCenter.com mengatakan ibu hamil memerlukan lebih elektrolit (potassium, sodium, klorida) disebabkan kehamilan membuatkan peningkatan darah sebanyak 50% dalam badan dan jantung perlu berkerja lebih daripada keadaan biasa. Ibu hamil memerlukan lebih kurang 4,700mg dalam sehari.

Tapi, jangan pulak mak-mak yang tengah pregnant ni risau. Insya Allah dengan pemakanan yang seimbang dan penuh nutrisi maka dapatlah mengurangkan risiko mengalami kekurangan potassium ni. Mama hakim share melalui gambar yang di google seperti kat bawah ni sumber makanan yang tinggi kandungan potassium. Apa pun yang kita makan, ambillah secara sederhana..tak gitu?

MAKANAN TINGGI POTASSIUM


MAKANAN TINGGI POTASSIUM


Yang selebihnya, dapatkan nasihat dari doktor ketika lawatan bulanan ke klinik ye. Mereka dah tentu lebih arif tentang perkara ini. Mana tahu kan..jika ada antara mak-mak yang mengandung ni selalu mengalami kekejangan dan keletihan yang melampau, maka mama hakim harap artikel ni bole dijadikan rujukan bersama.

Rujukan : webmd.com



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday 18 April 2014

Master Celebration Buat Dua Orang Master Coordinator Shaklee di Pullman Putrajaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Tetiba je muncul memalam ni kan. Memang jarang sangat mama hakim update belog secara live skang ni. Semua main scheduled je..hihi. Tapi malam ni special skit sebab tengah duk pening pikir nak pakai baju apa esok. Ada apa esok? Haa..jeng jeng jengggg..

Ada Master Celebration atau lebih senang disebut MasCel untuk dua orang Master Coordinator Shaklee. Ini lah salah satu cara Shaklee menghargai segala usaha dan penat lelah air mata darah dan keringat yang tercurah sebagai Shaklee Independent Distributor. Master Coordinator adalah rank tertinggi dalam Shaklee, tapi lepas tu ada lagi rank penghargaan dari Shaklee tau!

MASTER WAN FATIHANUM


Esok ada dua majlis sekaligus pagi dan petang. Master Wan Fatihanum dan Master Azrin Mohd bersama suami masing-masing. Biasanya pada majlis seperti ini la master-master ni akan kongsikan segala suka duka mendaki tangga tertinggi Shaklee ni. Masa ni la kitorang nak amik aura dan semangat dari mereka.

MASTER AZRIN MOHD


Ada yang tak tahu nak buat apa esok? Kalau korang berdekatan dengan Putrajaya, mari lah beramai-ramai memeriahkan suasana. Sambil-sambil berkenalan dengan lebih rapat pasal Shaklee dan juga mama hakim..hihi. Yang penting, confirm ada makan-makan tau..!

Oklah nak sambung cari baju untuk esok..hihi. Kalau ada yang nak join, roger mama hakim ye. Kita jumpa di sana..!!!

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018 2835 816



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Jom Hebat Mega : Program Hebat Bersama Orang Yang Hebat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Salam Jumaat yang penuh rahmat. Pagi-pagi dah hujan kat sini, hujan yang lebat tapi tanpa sebarang angin atau bunyi guruh. Alhamdulillah sebab hujan turun lepas mama hakim hantar Hakim ke taska.

Mama hakim nak mengenang balik tarikh 15 MAC 2014..dah sebulan lebih pun..hehehe.. tapi masih tetap utuh dalam ingatan. Sebelum memori itu meruap keluar dari otak, baik mama hakim cepat-cepat catatkan details tentang apa yang berlangsung hari tu. Memang la dah cerita secara general tentang program tu, tapi kali ni mama hakim nak bagitau kisah di sebaliknya pulak. Tulus dari hati gittew..hihi

Sebenarnya Program Jom Hebat Mega ni adalah kompilasi dari program-program Jom Hebat yang diadakan di seluruh Malaysia. Bayangkan betapa komitednya Master Zainul dan Master Lyna dalam usaha membantu anak cucu cicit Shaklee ni memajukan diri. Malah kebanyakan program ini ditaja oleh duit poket mereka berdua sendiri. Bayaran yang dikenakan pada peserta boleh dikatakan sangat-sangat berbaloi nak dibandingkan dengan ilmu yang diberi. Ok takmo cerita bab duit. Mama hakim hampir-hampir tak dapat nak join program mega nih tau, tapi ALHAMDULILLAH memang takde sesiapa bole halang kalau DIA dah tentukan. Kita hanya merancang, ALLAH juga yang Maha Mengetahui.

Pasangan Master Coordinator Shaklee (by this time dah jadi Presidential Master Shaklee dah) yang humble down to earth ni memang sangat ramah dan mudah didekati. Asalnya Master Lyna ni pemalu katanya, tapi bila dah kenal macam membesar bersama dari kecik..hihi.




Di sebalik program hebat ni, mama hakim nak kenalkan ahli jawatankuasa yang juga hebat-hebat belaka sehingga program ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Kebanyakan daripada mereka adalah dari group khas CoP Sisters (^^) mama hakim memang respect sangat dengan segala usaha diorang ni untuk memastikan Program Jom Hebat Mega berjalan dengan baik dan semua orang selesa. Al maklumla, program Shaklee kami ni family friendly jadi bukan senang nak memastikan bapak, anak, babies selesa sementara mak-mak menceduk ilmu.




Gamaknya, saudara Amin Idris ni dah jadi penceramah tetap geng iReach kami ni..hihi. Semangat dan auranya dalam memberikan motivasi memang sangat-sangat best. Penyampaiannya tak membosankan dan selalu melibatkan peserta yang mendengar. Walaupun masa jemputan beliau selepas watu rehat dan makan, tapi mata tetap segar tau! Semua peserta yang hadir kembali rasa bersemangat dan teruja!


AMIN IDRIS BERSAMA SHAKLEE


Secara peribadi, mama hakim sendiri memang suka menghadiri program-program macam ni. Sebagai manusia biasa, kita tak lari dari perasaan kecewa, sedih dan down apabila ditimpa dugaan jadi dengan berkumpul bersama mereka-mereka yang hebat ni, mama hakim kembali rasa bersemangat dan kuat. Bukan senang tau sebenarnya nak jumpa mereka ni selalu, masing-masing ada komitmen yang tinggi terhadap group Shaklee masing-masing, keluarga dan kerjaya. Gambar kat bawah ni antara sahabat yang dikenali dalam Shaklee tapi ukhwah yang terbina membuatkan kami sangat rapat dan dekat dihati.


JOM HEBAT MEGA SHAKLEE


Insya Allah, program Jom Hebat ini akan menjadi acara tetap group iReach. Yang bakal berlangsung, Jom Hebat Selatan yang akan diadakan di Johor pada 21 Jun 2014. Masih sempat lagi kalau ada sesiapa yang berhajat nak join terutama yang berada di selatan tanah air. Hanya perlu berdaftar sebagai Pengedar Sah Shaklee dibawah group kami.

Mudah saja nak mendaftar..! Hubungi mama hakim untuk KONSULTASI dan PANDUAN MENAMBAH PENDAPATAN hanya dengan Shaklee.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018 2835 816



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday 14 April 2014

Celoteh Di Pagi Isnin..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam pagi Isnin semua..! Rutin seorang suri rumah zaman sekarang ni rasanya sama je dengan yang bekerja di pejabat, kan. Mama hakim baru lepas anta anakanda Azizul Hakim ke taska. Cukup la 2 bulan si chentahati tu duduk ngan mama kat rumah sejak mama hakim resign awal bulan 10 tahun lepas. Lepas tu mama hakim decide nak carikan dia taska supaya dia lebih ramai kawan dan dapat belajar setiap hari. Bukan lah sebab mama hakim tak bole mengajar dia di rumah, banyak je bahan pembelajaran dan  buku-buku untuk Hakim, TETAPI biasalah manja si anak kalau dengan mama sendiri..hihi. Baru abis menulis/mewarna satu mukasurat, dah cakap ‘hakim nenat(penat) la mama’..hahaha.

Anak bujang ku yang seorang ni memang masih pelat. Tapi mulutnya becok mengalahkan orang yang fluent. Jenuh mama dia yang agak selow ni nak menangkap maksud cerita dia selalunya.. Terutama balik dari taska, macam bertih jagung dia bercerita tentang kawan, makan, main dan cikgu/teacher. Nama kawan yang dia selalu sebut antaranya Amir, Amin dan Ziyyad. Alhamdulillah..lega hati ni sangat-sangat tau. Hakim jugak dah kelihatan agak berisi selepas 3 bulan ni. Dia mesti cerita apa yang dia makan, lauk ape, sayur dengan ayam atau ikan, nasi atau mee, suap sendiri atau disuapkan cikgu. Ya Allah, moga Hakim benar-benar gembira kat situ.

Perbualan setiap hari ahad sekarang ni,
Hakim : mama pegi la siap
Mama : nak bersiap ke mana?
Hakim : akim nak gi sekola ni
Mama : (ohh nak suh anta dia ke sekola rupanyer) tapi hari ni ahad, sekolah takde
Hakim : ohh..sekola takde

Bukan sekali je, kang lepas sejam dia tanya lagi..hahaha. Punya la suka nak ke sekolah. Pagi ni, macam biasa excited sangat dah. Cepat je mandi dan bersiap ambil beg.

Jadi, sekarang masanya mama hakim masuk ‘office’ pulak. WAHM katanyer bukan lah sekadar suri rumah biasa tetapi suri rumah luar biasa yang menjana wang dari rumah J



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday 10 April 2014

Kisah Azizul Hakim Di Awal Tahun 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Dah lama sangat mama hakim tak cerita pasal si chentahati yang makin membesar tu. Cerita tahun lepas, mama hakim takmo ulang lagi..risau menambah luka di hati. Echehh!!

Bermula Januari 2014 ni mama hakim dah anta Hakim ke taska baru, tak jauh gak dari rumah dan sesi belajar juga tak secara formal. Jenuh gak la memula mengharung onak dan duri gi survey Taska baru untuk Hakim. Antaranya termasuklah PASTI, Genius Aulad, Little Caliph dan Brainy Bunch. Tapi Hakim masih memakai pampers so PASTI kat sini memang dah tolak awal-awal. Yuran pendaftaran PASTI pun agak mahal RM845 dan bulanan RM280 (kalau tak silap), rupa-rupanya tak sama setiap tempat..fuhh! **lap peluh**

Genius Aulad, sesi persekolahan hanya 3 jam dan yuran pendaftaran pulak lebih kurang RM1000 gak, bulanan dalam RM268 (lebih kurang). Little Caliph pulak yuran pendaftaran dalam RM15xx, dan bulanan tak ingat langsung dah pun 3 jam je. Dan yang terakhir, mama hakim ke Brainy Bunch (BBIM) pulak. Pendaftaran RM2230 dan bulanan RM350 kelas selama 5 jam. Malas plak nak cite panjang lebar apa yang dibincangkan..kikiki. Ye la uniform, little scientist, makan, pengurusan diri dan skop pembelajaran.

Pilihan Hakim? Nampak teruja sangat ngan BBIM tu. Mungkin sebab suasana kat situ rasa sesuai ngan jiwa kot. Kemahennn anakku pilih yang paling mahal kan. Tapi BBIM ni bagus, sebab dia ade kaunselor untuk ibu bapa yang masih lagi ragu-ragu nak buat keputusan (macam mama hakim ni kan) so dia bagi segala option yang ada dan dia tak memaksa langsung. Siap cakap ‘ye la kalau budak-budak tak ready nanti, kesian jugak kita ni macam paksa-paksa’.

Balik rumah, mama hakim pikir lagi dan berdiskusi dengan Incik Joni yang jauh di mata (seberang laut masa tu). Tiba-tiba..*udah macam drama pulak* Hakim gi amik flyers kat postbox dan tunjuk kat mama dia yang kepeningan ni. Takde la tetiba sangat, sebab masa tu kami berdua nak keluar ke umah bonda dan si chentahati ni memang tak sah kalau tak ke postbox dulu (bajet-bajet ada orang nak bagi surat ke dia..haha)



Esoknya jugak mama hakim gi survey tempat tu, tak jauh pun 5 minit je dari rumah. Alhamdulillah jumpa puan owner yang comel dan lembut je orangnya. Hakim pun nampak ok je (sebab taska tu pun warna ijau dan kuning macam BBIM kot). Mama hakim diberi informasi lengkap pasal taska, jadual makan, masa bermain, masa belajar dan pengurusan diri. Setelah berdiskusi melalui whatsapp ngan Incik Joni, terus je mama hakim daftarkan Hakim sambil dalam hati berdoa agar ini adalah pilihan yang baik untuk si anak. Takmo buat salah dah..huhu



Panjang sangat pulak entry ni..lenkali je mama hakim cerita sepenuhnya pasal taska ni susah payah Azizul Hakim ke sini ye. Bukan Hakim yang susah nak gi sini, tapi kesian si kecik ni sebab macam-macam yang jadi sebelum dia dapat betul-betul sesuaikan diri sampaikan skang ni, hari ahad pun dia tanya ‘mama, nak gi sekola?’

Mama yang lega bila anak seronok berkawan dan belajar walaupun bukan secara formal. Insya Allah tahun depan bole la Hakim masuk BBIM. Masa tu mama hakim pasti dia akan lebih bersedia untuk terima pendidikan yang lebih formal.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 8 April 2014

Testimoni ESP Shaklee Produk Yang Paling Popular

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Sepanjang mama hakim mempromosi produk Shaklee, tak pernah lagi mama hakim letak testimoni kat sini kan. Yang ini khas untuk yang mengamalkan ESP Shaklee. Bagi kawan-kawan yang baru nak mencuba, pastikan dapat KONSULTASI SEPENUHNYA dulu ye. Testimoni ESP Shaklee ni mama hakim kongsikan buat tatapan semua. Buat pengetahuan korang, ESP Shaklee ni ada 1001 kebaikan tau. Soya asli dan organik yang diproses secara semulajadi untuk mengekalkan khasiat dan kebaikannya.

ESP SHAKLEE

Ada yang mengamalkan ESP Shaklee untuk membantu dalam proses penyusuan bayi, dan membantu menambahkan tenaga.

ESP SHAKLEE

Selain membantu menambah tenaga, ESP Shaklee memberikan bonus yang membuatkan ia menjadi kegemaran ramai sebab kulit akan terasa lebih lembap dan berseri. Bukan kulit muka aja tau..!

ESP SHAKLEE


Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Bila dah jatuh cinta, maka tak mahu berpisah dah..hihi. Tapi seperti yang mama hakim bagitahu sebelum ni, DAPATKAN KONSULTASI SEPENUHNYA supaya mendapat HASIL YANG TERBAIK.

Hubungi mama hakim ya..!!

NAK BELI SEKARANG? KLIK JE KAT SINI YE.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
H/p : 018-2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday 7 April 2014

Kelebihan Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee Bersama Kami

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Salam hari Isnin semua. Selamat berkerja samada di pejabat, hotel atau pun dirumah. Mama hakim teruja sangat hari sebab sebab video program Jom Hebat Mega yang diadakan di Institut Sosial Malaysia, Sg. Besi pada 15 Mac 2014 yang lalu sudah boleh mula ditonton. Program hebat yang mengumpulkan sebahagian dari keluarga besar iReach di bawah didikan Master Zainul dan Master Lyna Noh yang awesome! Inilah salah satu kelebihan sebagai Shaklee Independent Distributor yang duduk dibawah group mereka.

Selain bonus dan kelebihan yang ditawarkan oleh Shaklee sendiri, korang yang nak register dengan Shaklee ni wajibla memastikan yang bakal upline korang tu best macam family Shaklee mama hakim ni..hihihi. Jom enjoy the video..!!





Program Jom Hebat Mega ini bermula dengan sesi pendaftaran dan kanak-kanak diberikan kertas dan pensel mewarna agar masa mereka juga terisi di samping menemani mak ayah yang datang untuk mengaut ilmu. Betapa program kami ini sangat-sangat mesra keluarga kan..! Selepas itu sesi dari panelis hebat yang terpilih memberikan semangat yang tinggi buat kami. Kemudian, sesi pelacaran web portal oleh Master Zainul yang akan menjadi 'one stop center' buat semua ahli untuk mencari dan berkongsi maklumat tentang Shaklee, blog, FB Page, strategi marketing, coaching dan banyak lagi.

Oh part yang paling mama hakim suka, dalam program ini juga ada sesi Forum Kain Pelikat iaitu sesi bersama para suami yang menjadi penyokong kuat disebalik kejayaan seorang isteri. Panelis-panelis ini berkongsi rahsia dan cara yang terbaik buat para suami membantu isteri membina kejayaan dalam Shaklee. Ada juga sesi kuiz dan soal jawab antara peserta.

Selepas waktu makan tengahari dan solat, saat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peserta program iaitu jemputan khas Encik Amin Idris. Perkongsian dan motivasi magnet diri yang disampaikan sangat terkesan dalam hati ni tau. Boleh dikatakan setiap program Jom Hebat yang diadakan, Encik Amin akan menjadi pilihan sebagai jemputan khas. Dengan gaya dan penampilan Encik Amin ni, mama hakim confirm ramai yang akan ternganga bila tengok dia secara live di atas pentas..hahaha.

Amacam? Teruja tak? Kami yang berada kat sana pun teruja dengan semua perkongsian tau. Mereka-mereka yang hebat ni langsung tak kedekut ilmu dan sentiasa memberikan inspirasi pada downline yang dah dianggap seperti baby dan anak sendiri..hihi.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan macam ni. Kalau korang dah simpan hajat nak mendaftar sebagai ahli Shaklee, pastikan korang pun dapat hadiri program-program macam ni di masa akan datang. Berdaftarlah dengan kami..!

Hubungi saya bila-bila masa untuk sebarang PERTANYAAN DAN KONSULTASI

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
H/P : 018 2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday 3 April 2014

Bahaya Praeklampsia Kepada Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Baru-baru ni, ada seorang kawan mama hakim yang tengah sarat mengandung. Dia asek mengadu yang tekanan darah dia tinggi sangat. Even doctor cek waktu dia bertenang pun masih 140/110. Bayangkan lah betapa tinggi nya bp dia, terus kena tahan wad. Mama hakim tanya, ape lagi masalah dia selain tu, dia jawab kaki dia dah bengkak dan susah nak berjalan dan ada sedikit protein dalam air kencing. Alahai.. kesian sangat mama hakim dengar. Balik umah terus mama hakim google pasal ni. Ye la kan mana lah tahu kot-kot ada yang boleh dibantu untuk kurangkan kesakitan dia.

Mama hakim jumpa pasal PRAEKLAMPSIA. Nak tahu apa tu? Praeklampsia adalah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh dan protein dalam air kencing. Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boelh membahayakan bayi dalam kandungan. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi kerana oksigen dan nutrisi penting yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.

Antara risiko menghidapi praeklampsia ini adalah jika ibu hamil berusia 40 tahun dan keatas, berat badan yang berlebihan ketika hamil, mempunyai masalah kesihatan yang kronik yang boleh menjejaskan system darah (tekanan darah tinggi, LUPUS, masalah ginjal, diabetes) dan jika ibu hamil mempunyai sejarah keluarga yang mengalami praeklampsia. Jika ibu hamil pernah menghidap praeklampsia pada kehamilan pertama, 20% daripadanya akan menghidapinya pada kehamilan seterusnya.

Yang paling merisaukan mama hakim ialah, tiada rawatan pencegahan yang pasti untuk praeklampsia ini. Cara terbaik untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan adalah dengan memenuhi temujanji antenatal dengan kerap. Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah boleh memastikan ibu dan bayi tidak terancam serta dalam keadaan yang baik.

Ada bukti-bukti yang menyatakan dengan pengambilan KALSIUM yang mencukupi sebelum dan semasa kehamilan dapat mencegah dan mengawal praeklampsia ini. Jika tekanan darah tiba-tiba naik, ibu hamil dinasihatkan supaya banyak berehat, baring dengan sisi kiri supaya membantu aliran darah ke plasenta atau duduk dengan posisi tegak.

Cuba dapatkan nasihat dan rawatan doctor kalau-kalau ade ibu-ibu hamil kat sini yang rasa ada tanda-tanda macam praeklampsia ni ye. Kalau tetiba rasa tekanan darah tinggi melambung, serah diri je ke hospital berhampiran. Mencegah itu kan lebih baik.

Jadi, ibu ibu hamil ni jangan culas makan ubat/vitamin/supplement seperti yang dinasihatkan oleh doctor ye. Kalau sungguh sangat tak bole telan pun, mama hakim teringat petua dari seorang mama blogger. Katanya ‘cucuk pil tu dalam pisang yang dipotong kecil dan telan’. Insya Allah demi anak dalam kandungan dan juga diri sendiri, kan..hihi

Sumber : BabyCentre



Sampai jumpa lagi..wassalam

Wednesday 2 April 2014

Diet Atkins Membantu Mendapatkan Berat Badan Ideal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Biasa dengar tak pasal Diet Atkins? Famous tau menda ni skang.. Ramai di Antara kawan-kawan mama hakim yang mengamalkan Diet Atkins nih dan ramai juga Antara mereka yang dah pun mendapat keputusan yang memuaskan hati masing-masing. Ada yang masih belum tahu pasal Diet Atkins ni? Meh mama hakim story kat sini ye. Buat rujukan di masa depan juga..hihi

Mengikut web Atkins.com, ia adalah satu program diet rendah karbohidrat yang membantu menurunkan berat badan dengan cepat, efektif, memuaskan dan seimbang berdasarkan kepada kajian saintifik ke atas tubuh badan. Diet Atkins dicipta untuk ‘menukarkan suis metabolisma badan’ daripada ‘membakar karbohidrat’ kepada ‘membakar lemak’. Diet Atkins terbahagi kepada 4 fasa yang mana meningkatkan pengambilan karbohidrat mengikut fasa. Pelan pemakanannya akan membuatkan seseorang mampu menyeimbangkan pengambilan karbohidrat yang ideal mengikut pengurusan berat badan masing-masing.

Pengamal diet ini digalakkan mengambil makanan yang sihat, protein, sayur-sayuran berserat tinggi, buah-buahan rendah indeks glycemic dan lemak (seperti avocado dan minyak zaitun). Diet Atkins mempunyai pelan pemakanan yang berbagai-bagai jenis. Semasa fasa induksi, fokus adalah kepada pengambilan protein dan lemak yang secukupnya dan sayur-sayuran yang membantu dalam proses membakar lemak.

Pengambilan karbohidrat bagi pengamal Diet Atkins adalah tidak lebih dari 20gram sehari. Seseorang itu boleh duduk di dalam fasa induksi sehingga mendapat berat yang diidamkan asalkan saja tekanan darah dan paras gula tetap stabil dan badan terasa lebih bertenaga serta emosi yang stabil.

Jadi, diet ini membantu kita menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam menu harian. Malah senarai resepi juga disediakan bagi yang benar-benar serius. Bagi mama hakim, semua ini terpulang kepada semangat dan konsistensi masing-masing dalam menjayakan program diet. Jangan lupa juga minum air masak yang mencukupi dan senaman ringkas. Selain bentuk badan yang cantik, kita juga akan bertambah sihat dan bertenaga.

Sumber : Atkins.com



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 1 April 2014

From Raha Mohd Iskak's Facebook

I choose to be silent when explaining seems to worse the situation. I choose to shut my mouth rather than explaining to a person who never understand.. Welcome April ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger